Oct 31, 2011

Nombor 11 dan saya

Hari ini 31.10.11.

Esok sudah masuk bulan 11. Bulan yang dinanti-nantikan. *dupdapdupdap.

11.03 pada setiap tahun saya akan jadi popular sekejap sebab ramai yang message, call dan post di wall fb saya. Kadang-kadang ada yang bersusah payah siap bagi hadiah. Sayang betul mereka semua pada saya. Hehe.

Tapi 11 yang paling special ialah 11.03.11 sebab saya melalui satu lagi fasa baru dalam hidup saya. I'm engaged yaww.

Mengikut counter di bawah blog saya, lagi 11 hari ke tarikh 11.11.11 *banyak nya 11! Tak sabar campur nervous.

 Jadi saya ada masa 11 hari sahaja lagi untuk menyiapkan diri sebelum melangkah ke alam yang baru. Sedia tak sedia saya kena lalui juga.

11 hari juga yang saya ada untuk settlekan semua kerja-kerja untuk majlis nanti termasuk untuk pampering myself. Sempat tak sempat kena sempatkan juga.

Untuk bergelar single atau pun cik, saya hanya ada 11 hati je lagi untuk guna gelaran itu. Selepas itu title bertukar.

Cuti kahwin ialah 11 hari bekerja ;) Tiada honeymoon. Booo!

Bermula esok, akan ada 11 entri berkaitan saya, preparation dan wedding.

surprise cupcake untuk Nasir ;)

ps : hari hujan. tiba-tiba rasa sedih pula bila tinggal 11 hari je lagi.

.ohhshera.

Oct 30, 2011

tortura

Apa itu TORTURA?
Totura ialah satu exhibition tentang bentuk penyeksaan di zaman dahulu. Dalam exhibition ini, pengunjung dapat melihat alatan yang digunakan untuk menghukum pesalah pada zaman dahulu. *mungkin tortura bermaksud torture tua atau torture amat.

pintu masuk tortura
Exhibition ni bertempat di tingkat atas Dataran Pahlawan Mall, Melaka. Dibuat seolah-olah bentuk castle, fully covered dengan khemah dan kain. So, keadaan sedikit gelap. Plus sepanjang berada di dalam tu, ada music yang seram macam ada ritual terlarang pula. *rasa seram sejuk sebab aircond sejuk.

sama-sama pakai hitam except me ada inner pink
Masuk-masuk je nampak patung ni. Mula-mula takut juga nak ambil gambar. Mana lah tahu, tiba-tiba patung ni bergerak. Tapi setelah dicucuk-cucuk perutnya bagi memastikan ianya adalah patung, barulah berani nak snap picture.

Banyak peralatan yang dipamerkan di sini termasuk juga gambar-gambar yang menunjukkan macam mana hukuman dijalankan. Rasanya exhibition ni tak sesuai untuk kanak-kanak. Saya yang tengok dan baca pun boleh sakit kepala sampai balik BP sebab fikir betapa seksanya orang yang dihukum itu.

pesalah digantung dan badannya dicarik-carik
gambar menunjukkan alat untuk menarik usus
baring, kaki dan tangan diikat kemudian diregangkan. badan kena besi yang bergolek di bawah badan. ouch
Lembu Jantan Falaride dicipta oleh Perillus untuk mengampu Raja Phalari kerana raja yang zalim itu menawarkan hadiah kepada sesiapa yang berjaya mencipta alat untuk menyeksa manusia. Tetapi, nasib Perillus sangat malang kerana dia dijadikan mangsa pertama yang dibakar di dalam perut lembu besi yang diciptanya.

dikatakan pekikan orang yang dibakar di dalam lembu besi ini mirip seperti lembu mendenguh
kerusi ini diganti dengan kerusi elektrik pada masa kini
click untuk lihat gambar di belakang dengan lebih jelas
potong kepala
Banyak lagi alat yang dipamerkan di sini. Mostly memang rasa ianya amat menyeksakan. Macam manalah rasa orang yang dihukum tu ek. Diseksa teruk sebelum mati. T__T

Rasanya exhibition ni last pada 31 Oktober 2011. Tapi tak tahu lah kalau penganjur extend kan tempoh pameran. Tiket RM10 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak. Kalau bawak camera atau video camera, kena xharge RM5.

Last but not least.

the legendary Iron Maiden 
.ohhshera.

Oct 29, 2011

disengat landak laut, digigit tapak sulaiman

Sakit sungguh rasanya disengat landak laut dan digigit tapak sulaiman. *eh landak laut ada sengat ke?Dan tapak sulaiman boleh gigit kita ke?

Nasir memang suka exaggerate cerita. Padahal tak ada pun kes kena sengat dengan landak laut atau pun digigit dengan tapak sulaiman. Malah, binatang-binatang laut ni boleh dipegang dan kita boleh berposing depan camera dengan mereka. 

mari pegang ikan jerung. nampak tak jerungnya?
Masa mula-mula masuk ke dalam, kita akan jumpa area di mana kita boleh pegang-pegang dan posing-posing bersama hidupan laut. Ada baby ikan jerung *seperti gambar di atas , tapak sulaiman, belangkas, ikan pari dan gamat.

ini ialah telur ikan jerung, nampak tak bentuk ikan dlm telur ni?
Macam-macam jenis tapak sulaiman yang boleh dilihat. Cantik-cantik semuanya. Ada tapak sulaiman yang keras dan ada juga yang bentuk yang berbulu. Tapak sulaiman bergerak sangat lambat. Jadi bila nak tengok dia berjalan, memang kena tidur situ lah jawab nya. Tapi kalau yang daya fikiran lambat, hanyalah patrick star kawan spongebob tu.

ni jenis yang keras
ni jenis yang berbulu
ni pula the smallest starfish. kecik gile kan
Next, ke kolam ikan pari. Tak sempat nak snap gambar sebab time tu pula kawan call ajak jumpa. Bila da letak phone, yang lain semua da pergi ke kolam gamat dan belangkas.

Semua tak nak pegang gamat. Saya dengan berlagaknya nak pegang. Suruh Syamim snap gambar. Nak tunggu Syamim snap gambar punya lah lama, gamat tu da bergerak-gerak. Sumpah geli. Gambar pun tak jadi.

belangkas
Enough meet and greet with them, sekarang berjalan tengok hidupan laut yang pelik-pelik dalam akuarium pula. Terlalu banyak haiwan yang cantik-cantik dan pelik-pelik. Kalau upload semua, jadi macam mini album pula. So, ambik mana yang rasa best saje.

piranha buat dek je. tak pandang ikan yang tergantung tu pun.
seahorse
jellyfish
Ada satu haiwan ni yang hidup since zaman dinosaur.Tapi saya tak tahu apa nama dia. Anyone yang tahu?

macam scary kan
Ok. Cuba teka gambar apa kah di bawah ini?



Perhiasan aquarium yang berbentuk ikan?
Batu karang bentuk mirip ikan?

Sebenarnya ketiga-tiga gambar di atas ialah IKAN! I mean real fish. Tapi, ikan-ikan ni tak boleh berenang. *pelik kan ikan tak berenang. Mereka menggunakan kaki untuk bergerak. Err, tak tahu lah namanya kaki ke apa. Tapi nampak macam kaki. Ada video yang menunjukkan macam mana dia bergerak dan menangkap ikan kecil untuk dimakan. Kalau nak tengok macam mana, kena lah pergi Coral Wonderland.

Bertempat di Dataran Pahlawan Melaka, Coral Wonderland dibuka setiap hari dari pukul 10.30pagi. Harga tiket bergantung kepada anda warganegara mana.

Kalau ada MyKad atau MyKid, harganya RM30.
Kalau tak ada, kena bayar extra RM10.
Tapi kalau anda warga emas berumur 60 tahun ke atas, dapat kurang RM10.
Eh, kalau student nak dapat harga warga emas pun boleh. Tapi kena bawak kad student lah.

p/s : Nasir tak puas. Nak pergi lagi.

.ohhshera.



Oct 25, 2011

Sweet 17...days to go

Ya ALLAH. Tinggal 17 hari je lagi. Banyak benda tak settle.
Kad belum siap edar.
Hantaran belum finalize nak gubah macam mana.
Doorgift belum decide nak bagi apa. *any idea?
Bilik belum kemas. Jadi katil pun belum boleh bawa masuk.
Baju pengapit belum beli.
Chocolate hantaran belum beli.
Wedding cake untuk majlis belah Nasir belum tempah.
Facial belum buat.
And the list continue...
Adoi. Sempat ke buat semua tu dalam masa singkat ni?

So little time but yet so much to do.

Mode:cemas

Oct 21, 2011

tutti fruitti versi batu pahat

Punya lah membuak-buak nafsu nak makan Tutti Frutti sejak 2-3 hari lepas ni. Nak cari kat mana Tutti Frutti kat Batu Pahat ni. Paling dekat ada kat JB. Tak kan nak pergi JB semata-mata nak Tutti Frutti. Not worth going pulak rasanya.

Nasib baik lah ada Say Yo di Batu Pahat Mall. Dapat lah makan frozen yogurt  yang diidam-idam kan walaupun bukan dari Tutti Frutti. 

mine, kak D's and Shahnaz's
adik-adik penjual di Say Yo
Frozen yogurt di Say Yo berharga RM 3.90 per cup. 
1st topping RM 0.80
2nd topping onward RM 0.60/topping

Topping ada macam-macam. Untuk topping kering ada chocolate chips, rainbow chips, coco crunch, oreo, m&m, almond dan peanuts. Untuk yang fresh fruits ada strawberry, kiwi, longan, nata de coco, dragon fruit, tembikai, honey dew, peach dan mango.

Korang yang berada di Batu Pahat, kalau teringin nak makan frozen yogurt boleh lah pergi ke BP Mall dan pergi kat kiosk Say Yo ni. Kiosk nya berdekatan dengan Big Apple.

da makan sikit baru sibuk nak snap picture
Say Yo!
Say Yogurt!
Say Yo!

.ohhshera.

Oct 19, 2011

are you smarter than a fifth grader?

Pernah tengok show 'Are You Smarter Than A Fifth Grader?' 
Kadang-kadang saya rasa soalan-soalan yang ditujukan agak susah sampai saya pun tak tahu nak jawab. Tapi kat US, budak-budak kecik da belajar semua tu. World History la, Science la. Terbaik.

Video di bawah ni pun terbaik juga. Jom tengok~
Saya sendiri tak tahu Ibu Negeri bagi setiap Negara. Hasan baru umur 2 tahun dan dia tahu. Tapi yang paling terbaik ialah jawapan last ;) kan?

Bila tengok video ni, terus teringat birthday boy. Dia ni pun boleh tahan terror bab-bab general knowledge. Mim, boleh challenge adik Hasan ni tak?

By the way, 
Happy Birthday Syamim. Selamat masuk ke alam 20-an.
Cepat-cepat grad and jadi doctor yang berjaya.

.ohhshera.

Oct 17, 2011

dari umur 6 tahun hingga 58 tahun

Selepas melantak di rumah Ende Jah, Abang dan adik-adik plan nak main futsal. Court da ditempah, tinggal siap-siap dan main saja. Lepas makan terus main futsal? Memang terbaik!

Bertempat di Court Futsal Jeng, Parit Besar, malam itu merupakan 1 sejarah apabila lelaki-lelaki dari family besar saya bermain futsal. Dari umur 6 tahun iaitu Wafiy hinggalah Abah yang berumur 58 tahun turut sama bermain. Saja nak eratkan silaturrahim ;)

Mari lihat aksi-aksi yang sempat dirakam. 

before start
baru start
si kecik pun nak join sama
Kami para wanita duduk di luar court. Bagi sokongan moral and jai pompom girls. Seronok juga sekali sekalai buat aktivi macam ni. Should buat once a month la.

entah kenapa dengan Abah
Abah ditolong oleh Pak Nan
Untuk pengetahuan semua, Abah, Wafiy, Akir dan Adik first time main futsal. Mungkin Ami Pin dan Ajim pun first time juga. Tak pasti. Nanti minta Cik Cika komen. Da nama first time main, macam-macam la jadi. Kelakar pun ye. Permainan 1 jam penuh dengan gelak tawa.

Ni pula gambar after game. Gaya macam penat sungguh dorang ni bermain.

tapak yang hampir tercabut
ada juga tapak yang terus tertanggal
empunya kasut yang tapaknya tertanggal terus. both side pula tu
kesan biru di lutut seluar sebab jatuh atas court
2 pemain import
Macam perlawanan bola, mesti nak ambil gambar team kan. Mari selit sekeping dua gambar mereka yang bermain.

para pemain kecuali hadrami. Ajim diri macam nak nyanyi lagu Negaraku
pemain dan tukang sorak. tapi kenapa tangan pose gitu ek?
Overall, sangat enjoy even saya tak main pun. 

And the best picture goes to:


Gaya Akir dan Wafiy kelakar.
Akir macam nak berlari.
Wafiy macam duduk.
Abah pula macam jalan bersahaja.

.ohhshera.

Oct 14, 2011

makan, makan dan makan

Date : 10 September 2011
Venue : Pok Chu & Ende Jah's House

Malam tu, Ende Jah ada masak-masak untuk family datang makan-makan. Raya punya pasal. Kira macam open house juga la tapi untuk family je. Jom tengok apa Ende Jah masak.

the food
baca doa cepat. lapar da ni
Makan ramai-ramai ni seronok. Nampak je macam makanan tak berapa nak banyak tapi semua dapat makan. Siapa lambat, nasib la ye. Hehe. 

bual-bual orang dewasa
para remaja
Ada satu scene yang agak kelakar terjadi. Mari lihat gambar di bawah.

cuba teka kenapa muka mereka macam ni?
Nampak macam tengok TV kan tapi muka macam pelik. Why lah?


Mana tak pelik. Subtitle ada, tapi gambar tak keluar. Jadi baca subtitle jelah.

Since TV program tak ada yang menarik, para budak-budak decide untuk bermain bunga api. Nama pun Hari Raya. Main bunga api baru lah nampak meriah.

mari nyalakan bunga api
bola-bola api
Hadrami macam takut-takut gitu
Selepas main bunga api dan perut pun sudah kenyang, aktiviti seterusnya bersambung di entri selepas ini.
Nak tahu ke mana kami semua pergi? Kena tunggu entri esok ;)

.ohhshera.