Dec 31, 2011

Penutup 2011

Hari ni 31.12.2011. Hari ni merupakan hari terakhir untuk tahun 2011, sekaligus menutup tirai tahun yang sungguh awesome ini.

Tarikh 31.12 bukan sahaja menjadi hari terakhir bagi tiap-tiap tahun, tapi merupakan suatu hari yang perlu diingati oleh kami sekeluarga. Ini kerana pada hari ini merupakan hari kelahiran Syed Mohamad Firus iaitu abang saya ;)

Biasanya dulu-dulu, kami akan celebrate pada malam 30 Dec sebab pada 30 Dec birthday akak dan 31 Dec pulak birthday abang. Kira share celebration la abang dan kakak. Tapi sekarang, susah nak dapat celebrate sama-sama macam dulu. Sebab masing-masing busy dengan kerja dan jarang dapat kumpul semua sekaligus.

Dulu saya akan rasa jealous sebab family akan celebrate birthday abang dan akak. Bila ada celebration, mestilah ada cake dan hadiah. Tapi bila part birthday saya, jarang ada celebration sebab sorang-sorang tercampak lahir awal tahun. Ada juga yang lupa nak wish. Yang menguatkan untuk celebrate birthday mereka ialah arwah atok. Bila atok da meninggal, kami pun da jarang nak gather ramai-ramai dengan uncles, aunties dan sepupu. Rindu suasana dan kemeriahan dulu.

Sempena birthday abang yang dipenghujung tahun ni, nak lah juga saya wish kat birthday boy ni. Even da wish di FB, tapi kena la wish kat blog juga sebab abang tak ada FB.

Kepada Abang,
Selamat menyambut hari lahir.
Semoga dilimpahkan rezeki di hari-hari yang mendatang pada tahun depan bermula esok.
Semoga menjadi suami dan ayah yang mithali.
Semoga dipermudahkan urusan di dunia dan di akhirat.
Dan semoga kehidupan kita semua diredhai oleh Nya.
Amin.

Kepada rakan-rakan yang membaca blog saya, terima kasih kerana sudi singgah dan luangkan masa bersama blog saya. Diam-diam da setahun saya berblog secara tidak aktif.

Selamat tahun 2012. Semoga pada tahun baru ini, kehidupan kita bertambah baik dari tahun-tahun sudah.

Dec 30, 2011

My first dim sum

Hey hey. Hari ni birthday my dear sis. She is 30 years old on 30th December. Da masuk 3 series da. Hehe.

Well, now we are celebrating her birthday at Restoren Jom Cari Makan. A bit sad sebab tak cukup korum. Adik beradik ada yang tak ada untuk celebrate sama. Ok, tinggalkan part sedih. Lets yay with the food.

Masing-masing makan macam-macam jenis makanan. Dari chinese ke western ke mongolian. Ohh the best part is, this is my first time makan dim sum. Lame right.

Ok. Makanan da sampai. Nak makan bersama family yang ada. Happy 30th birthday Dilla. Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Ohh by the way, hari ni juga birthday anak sedara paling kecik setakat ini, Syed Ahmad Hadrami Altamis yang ke 3. Full of number 3 betul hari ni. Maybe abang and kak Wahidah sedang celebrate birthday boy tu kat Johor.

Bye!
Tunggu! Esok ada birthday seseorang dalam family. Meriah betul birthday sebelah-sebelah yek.

p/s : try to upload gambar dimsum yang dimakan tapi tak dapat. :(

.ohhshera.

Dec 27, 2011

tapi...jangan bilang orang ya.

Tersenyum bila dengar ayat begitu.
"Tapi, jangan bilang orang ya,"
Terasa seperti menonton filem lama. Filem-filem P.Ramlee lagaknya.

Christmas Eve, kami sekeluarga pergi ke Singapura. Abah kata, nak sambung tradisi melihat lampu-lampu di sekitar bandar Singapura especially di Orchard Road. Setelah sekian lama tak buat macam ni dengan family, tahun ni, Abah ajak kami semua pergi. SEMUA ada kecuali Syamim yang jauh di perantauan. Actually, tujuan sebenar pergi Singapura ialah sebab nak ambil Akir yang landed a day before. 

Perjalanan dari Batu Pahat dimulakan dengan breakfast dulu di kedai Timah Sari di depan Tabung Haji. Kemudian singgah di Pasir Gudang sebelum masuk ke Singapura melalui Second Link. Kalau ikut Woodlands memang jem giler. Jauh pun jauh lah asalkan tak berapa nak jem. Hari hujan, jadi tak dapat nak ambil gambar banyak-banyak masa atas jambatan tu.

lihat kereta yang beratur panjang nak masuk Johor
Destinasi pertama ialah pergi ke rumah AyahLong dan MamaLong di Tempines untuk berjumpa dengan Akir. Nasib Abang sefamily dan Dilla manage untuk sampai ke rumah AyahLong dengan selamat even da sesat-sesat. Lepas solat dan makan keropok yang sedap, kami bergerak untuk makan murtabak di tempat wajib; VICTORY. 

makan-makan
4 Briyani Kambing + 1 Briyani Ayam + 2 Large Murtabak Kambing + 1 Large Murtabak daging dikongsi oleh kami berlapan dewasa dan dua kanak-kanak. Kenyang! Satu perkataan lagi nak beri selain kenyang, Delicious! Next, melawat Masjid Sultan yang berada di hadapan kedai Victory. Tahukan anda, di Masjid Sultan ini lah, Natrah disembunyikan suatu ketika dahulu. Kagum dengan interior di Masjid Sultan. Selepas bergambar di luar dan dalam masjid, kami ke Kampung Glam.

dari entrance utama
 Kampung Glam. *sila sebut ala-ala gelam bukan glamors ok. Deretan kedai di sini kebanyakkannya kedai Melayu. Ada kedai souvenir, butik, kedai kamera, kedai makan dan juga B&B. Sementara tunggu Abang salin pampers Hadrami di dalam kereta, saya gatal-gatal la kaki masuk ke kedai kamera. Ada sale up to you, eh salah. Sales up to 50%.  Harga Ipad2, Iphone 4s, lens camera, DSLR dan Galaxy Tab yang softwarenya belum keluar kat Malaysia lagi, berharga jauh lebih murah dari Malaysia. Fine!

Adam yang sebut "Tapi jangan bilang orang ya." Bilang pasal sales di kedai kamu boleh kan Adam?
Seterusnya kami berjalan kaki ke Bugis Village untuk beli baju I heart SG melalui Bussorah Street dan Arab Street. Singgah di butik yang buat sales. Mak beli seluar yang original pricenya ialah S$ 89.90 dan harga semasa membeli ialah S$10. Murah kan. Cantik pulak tu. Kak Wahidah pula beli blouse super cute dengan harga S$9. Berbaloi. 

suasana di dalam Bugis Village
Kalau nak beli souvenir Singapura, datang lah ke Bugis Village. Dia ala-ala Petaling Street tapi lebih selesa. Sesak memang sesak, sampai Abah bosan nak jalan. Kami berjalan di level bawah saje. Di sini juga terdapat banyak kedai yang menjual jam, baju ala-ala Korea, beg dan accessory. Murah harganya dalam S$. Bila convert ke MYR da sama je macam shopping di Malaysia. Masuk Bugis Village, matahari masih ada, bila da keluar, hari da gelap. Kembali ke pangkal jalan, menunaikan solat di Masjid Sultan.

Masjid Sultan di malam hari
Sebelum berangkat pulang ke Malaysia, kami lalu Orchard road dan kawasan sekitar. Yelah. Tujuan asal selain nak ambil Akir ialah nak mengembalikan tradisi 'tengok lampu masa nak Christmas' kan. Teringat masa kecik-kecik. Da nak Christmas je wajib pergi Singapura sebab nak tengok lampu. Comel! 

lampu yang ada
 Keluar dari Singapura ikut Woodlands dan kami terus balik ke Batu Pahat tanpa dinner. Jalan menghala ke Highway sangat jem. Tengok cerita Magika dalam kereta dari mula sampai habis pun tak masuk-masuk Highway Plus lagi. Saya? Tidur hingga sampai di gate rumah.

.ohhshera.

Dec 21, 2011

pre-honeymoon

11.12.11 hari tu, genaplah sebulan saya bergelar isteri kepada Mohd Nasir Mohamad Rosdi. Kejap je da sebulan kahwin. Honeymoon pun tak lagi sebab Nasir tak boleh cuti lama-lama. Sad =(

Dari dulu memang teringin nak pergi Universal Studio Singapore tapi tak berkesempatan untuk pergi. Jadi, on this very special day, saya plan short trip ke Singapore untuk pergi ke USS. Kira this is our Pre-Honeymoon cum 1st Monthsary lah.

Kami tidur di JB dan pergi ke Singapore on Saturday pagi. *kira celebrate a day before our 1st monthsary. Naik Coach Odyssey dari Tune Hotel. Tapi disebabkan hari tu school holiday, kami dapat bas tambahan je. Tak dapatlah merasa free wifi dalam bas. Lebih kurang pukul 8.45 pagi bas pun bergerak. Di Johor Immigration tak lama tapi agak lama di Singapore Immigration. Beratur panjang. Rasa macam menyesal pula naik bas. 

Selepas selesai urusan di Singapore Immigration, bas bergerak ke Pulau Sentosa. Ohh, jangan takut ditinggal bas ye. Sebab driver bas akan tunggu semua penumpang ada, baru bas gerak. Tapi kalau naik bas tingtong dari Larkin, kena lari-lari kejar bas. Hehe.

Bas akan turunkan kita kat bawah Sentosa Resort World. Then kena naik escalator untuk ke Universal Studio. Ada signboard, jadi jangan takut sesat. Sampai je kat level atas, bila pusing kan badan 180 degree, anda akan nampak globe pusing-pusing tu. Tapi at that moment kami berdua tak ada nafsu untuk ambil gambar tersebut sebab fikirkan masa yang ada untuk bermain di dalam. Kaunter tiket? Ada di luar pintu masuk USS. Tapi, memang beratur panjang gile. Jadi dinasihatkan beli awal atau beli online.

Disebabkan ini ialah pre-honeymoon trip, Nasir dan saya decide untuk beli express pass. Tak nak lah kami buang masa beratur dan rasa bosan menunggu sampai akan timbul rasa tak enjoy kan. Rasa membazir tapi Nasir kata pembaziran yang worth. Ok, once in a lifetime. Ohh ye, kalau anda da ada tiket USS dan nak beli tiket express, jangan pula beratur panjang kat kaunter luar entrance tu. Masuk USS dan pergi ke customer service yang berada di sebelah kiri anda selepas entrance tu.

Lepas beli tiket express dan ambil map, kena lah study dulu nak pergi mana. 1st thing in our minds is, nak naik Transformer Ride. Terus jalan laju-laju menuju ke ride tersebut sampai Poo, Woody Woodpecker dan Betty Boop yang tengah sibuk pose bergambar pun tak pandang. Tapi harapan kecewa lah sebab bila sampai di ride tersebut, ada masalah teknikal pulak. Jangan spoil mood. Mari menuju ke Mummy Ride pulak.

Mummy Ride ialah sangat best dan seronok dan errr best. Eh da cakap best ke tadi. Ok. Mummy ride ialah best. Harus cuba walaupun anda takut naik roller coaster. Nasir sebenarnya tak berapa berani naik roller coaster sebab dia takut muntah. *ye ke?ke memang takut? But, really, I'm so proud lah sebab dia sanggup teman saya naik Battlestar Galactica yang Cylon tu. Human tak naik sebab dia tak berani. *harus pergi dengan Dilla pulak ni.

The whole day jalan 1 USS dengan puas hati sebab dapat naik ride dengan mudah dan jayanya. *terasa macam VIP bila dapat potong queue. Kami pusing 3 kali sampai kaki penat. Kalau nak cerita every rides yang kami naik, rasanya sampai esok tak siap taip. So, better pergi dan rasa sendiri. Worth to go. Really!

My favorite rides are;
i) Transformers Ride
ii) Battlestar Galactica - Cylon
iii) The Mummy Ride

So, photo ada di FB, yang ni yang tidak dipublish di FB ye ;)

Kungfu Fighting
Woody and his GF
WaterWorld Live Performance
Human Or Cylon?
I like to move it move it
err... next!
SantaRina
the globe
kaki yang penat
Nak tahu apa-apa pasal USS? Boleh tinggalkan pertanyaan di komen ye. 
Thanxie and have a great day.

.ohhshera.

Dec 11, 2011

Happy 1st Monthsary

Hey. Today is 11 Dec 2011!
Happy 1st Monthsary to my beloved hubby, Mr.Nasir.
Not forgetting, to my lovely sis, Dilla n Boi. Love you!

Nasir and I had dinner just now at BP RestHouse. Nothing special and fancy to celebrate our day tonight. But we did celebrate it one day early. Day trip to Universal Studio Singapore!! Yay!!

For now, I'm still exhausted! Need to recharge my energy as I will work tomorrow. Will post again later. Goodnight!

p/s: love you more and more with each passing days. Hugs

Dec 10, 2011

My Victory

Entri ini ditujukan khas untuk Abah.

Dear Abah,
I manage to go to New Victory Restaurant just now. Walking from Queen Street to there without any map is so challenging. Nasib baik Nasir ingat part kat Victoria Street tu.

I'm rewarding myself a medium mutton murtabak for my Victory at this very particular Victory Restaurant we went few months ago.

Thank you Abah. Love you lots.