Showing posts with label BFF. Show all posts
Showing posts with label BFF. Show all posts

May 23, 2013

1st Wedding Anniversary

1st Wedding Anniversary Trip
11.11.12 - 16.11.12
Bandung-Jakarta

Pejam celik pejam celik da setahun kami menjalani hidup bersama. *Kira time entri ni ditype da hampir setahun 7 bulan la. Gembira, gaduh, merajuk, pujuk, senyum, masam muka, geram dan suka semua da rasa. Just belum lagi rasa loya-loya di pagi hari dan juga kena bangun pukul 2-3 pagi. BELUM ye, bukan tak nak. ;)

Sempena setahun da jadi puan dan tuan ni, kami plan bercuti-cuti di Bandung & Jakarta bersama kawan-kawan. 1 word, Awesomeness! 

Plan asal ada 10 orang yang akan pergi bersama, tapi last minute tinggal 8 orang je. 7 dewasa dan seorang budak kecik yang banyak cakap yang selalu menceriakan suasana dengan kecomelan dia tu. *Fiya, aunty selly and uncle yayang rindu awak ler!

Hari Pertama
Kakak dan saya naik flight pagi and the rest naik flight tengah hari. Tak dapat nak naik satu flight sebab nak tiket murah punya pasal. Sesampainya group kedua ke Terminal 3 Soekarno Hatta, kami terus bergerak ke Bandung. Tempat pertama yang dituju; RUMAH MODE! Tak perlulah diceritakan ke-best-an shopping di situ. Kena pergi dan rasa sendiri :) Lepas shopping, kami makan malam dan kemudian check in di Amaris Hotel.

Hari Kedua
Selepas breakfast, kami ke Tangkuban Perahu. Cuaca best, tak panas dan tak berapa sejuk. Plan nak makan di Kampung Daun masa on the way turun tapi sebab perut masing-masing masih kenyang, kami teruskan perjalanan ke factory outlet yang sedia menanti kunjungan duit poket kami. Quick shopping at Donatello, Gossip, Blossom, Jetset and Episode. Kemudian kami ke Angklung Udjo untuk menyaksikan persembahan angklung. Dapat main angklung ramai-ramai sekali. Sangat recommended untuk pergi. Next, isi perut yang sudah kelaparan. Aktiviti terakhir pada hari kedua diisi dengan menabung di Cascade dan Heritage. Balik hotel dan tido.

kami di Tangkuban Perahu
gerai jualan di Tangkuban Perahu
Saung Angklung Udjo

Hari Ketiga
Ready untuk breakfast dan check out. Singgah di Kartika Sari untuk beli brownies yang sangat sedap dan last minute shopping di Rumah Mode. Lunch di Gampong Aceh sebelum meneruskan perjalanan yang lama ke Puncak. Tertidur-tidur semua nya. Sampai Puncak da malam, perut siap da lapar semula. Dinner di Rumah Makan Alam Bakar Indah 1 sebelum check in di Safari Lodge.

Kartika Sari

Hari Keempat
Bangun pagi walaupun kesejukan di Puncak boleh membuatkan diri sendiri untuk menarik selimut dan lelap kembali. Gagahkan mata untuk buka sebab aktiviti seterusnya ialah TAMAN SAFARI. Yang ni pun best dan patut pergi. Di Taman Safari, kita boleh bagi binatang yang jinak makan dengan tangan kita sendiri. Kiranya, kita stay dalam kereta, nanti binatang seperti Llama, kuda. rusa dan seladang akan datang dekat, So kita hulurkan tangan berserta lobak melalui tingkap. Nanti binatang tu akan makan. Best! Haiwan liar seperti singa, harimau, gajah dan badak pun ada juga. Selain itu, ada juga mini zoo, animal show, souvenir shop dan kedai makan kat Taman Safari tu. Boleh singgah sebelum keluar. Plannya nak singgah ke Taman Mini Indonesia Indah masa on the way ke Jakarta. Tapi sebab hujan, kami tak jadi singgah. Terus check in di Orchardz Jayakarta Hotel.

Safari Lodge
Geng Badak 
mari makan~
adventure gile kereta lalu air camgini

Hari Kelima
Again. Plan yang tak menjadi. Nak pergi ke Dunia Fantasi Ancol. Tapi disebabkan terlalu ramai orang yang beratur nak beli tiket, kami putuskan untuk pergi shopping di Tanah Abang instead of pergi bermain di Ancol. Part shopping ni yang Nasir tak suka. Maaf Yayang. Lepas ni pergi dengan kaum Ibu je untuk shopping ok. Malam pulak pulun karaoke kat hotel sampai ke pagi. Err, tapi saya naik awal sebab da mengantuk.

Hari Terakhir
Masa untuk mengucapkan selamat tinggal kepada Kotaraya Jakarta.
Terima kasih kepada driver Adi. Semoga kita bertemu di lain hari.

Adi the driver yang kiri sekali.
p/s : kalau nak no phone Adi atau harga tiket masuk, sila email ye (",)

Lots of Love

Jan 30, 2012

peach putih, aini dan faris

Hari ini, genap seminggu Majlis Perkahwinan Aini dan Faris berlangsung. Seorang lagi BFF saya sudah menamatkan zaman anak daranya. Lets flashback together, shall we?

22 Januari 2012
Pagi

Majlis Khatam Al-Quran dan Majlis Potong Jambul anak sedara Aini yang paling baru dalam familynya. Saya diberi penghargaan untuk make up kan Aini dan adiknya, Amni. Serious cuak nak make up kan BFF sendiri. Sorry lah Aini dan Amni kalau tak menepati cita rasa sendiri. Bab kening memang fail. Haha. Sorry!

gambar dicurik dari fb asum (abang pengantin)
Malam

Majlis Pernikahan Aini dan Faris. Dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Encik Musa Abas. Nasib lah kami BFF, dapat cop tempat paling terbaik yang ada. *paling baik mestilah tempat pengantin lelaki kan. Dengan sekali lafaz, Aini dan Faris selamat diijab qabulkan. Alhamdulillah ;) Tiada adegan nangis menangis sebab pengantin perempuan begitu tegar sound tak bagi sedih-sedih. Fine.

stay. stay, stayyyyy belum snap gambar lagi. stayyyy
the pengantins and next in line *gambar cilok dari shidie punya album
Baju Aini comel. Suka.

23 Januari 2012
Tengah hari

Hari Persandingan Raja Sehari.
Tema Peach+Putih. Kelas! Baju pun cantik. Suka lagi.

the bride and the polkadots. bff hugs!
the gorgeous bride *cilok dari album asum lagi.
Jadi tol girls tapi sedih tak dapat duit tol. Sungguh tak tegar hati kami. Kesian tengok Faris terkebil-kebil tak dapat masuk. Plus time tu da lambat sangat nak bersanding. Jadi, kami open jelah laluan untuk Faris.

without mak buyung and pengantin. *cilok dari kak ni (kakak pengantin)
Sangat seronok pada hari itu. 
Hujan di petang hari. Lantas outdoor photoshoot tidak dapat dijalankan seperti yang dirancang. Plan pergi ke Ayer Hitam, satu tempat yang sangat teringin nak pergi oleh semua orang sebab tempatnya menarik. Tapi last-last pergi ke UTHM saje. 

Sebenarnya banyak gambar bole boleh diletak di dalam entri kali ini. Tapi teringat iklan di radio Era oleh Acha, jangan cilok mencilok. terus tak jadi cilok gambar orang banyak-banyak. *eh ada kena mengena ke? Abaikan.

Kepada pasangan baru kahwin, Aini dan Faris,

Semoga hubungan kalian berdua diberkati Allah swt dengan dilimpahkan rezeki yang tidak putus-putus dan  diredhai kehidupan sekeluarga di dunia dan di akhirat.
Didoakan agar dapat cahaya mata yang soleh dan solehah.
Dan semoga berbahagia hingga ke syurga ye.

Last but not least, my fav pic;

kami.
Love it!

.ohhshera.

Jan 26, 2012

parti ala madagascar

Berminggu-minggu memikirkan tema yang sesuai untuk anak dara Kak Diana. Tak nak terlalu girly dan tak nak terlalu budak-budak. So, tema Barbie, Princess, Power Puff Girls, Mickey Mouse dan juga Hello Kitty awal-awal da kena reject. Tuptup timbul idea nak buat tema Madagascar. 

Tarikh da diset dan ini merupakan parti kejutan buat birthday girl. *even belated tetap suprise party. Kami bersiap sedia di taska lebih kurang pukul 3 petang. Kena siapkan semua before birthday girl balik dari Sekolah Agama lebih kurang pukul 4.30 petang. Ingat sempat lah nak setting table dan deco sikit-sikit, tapi sebenarnya kami tak cukup masa. Belum siap tiup belon, Caca da sampai. *caca = birthday girl.

Mari lihat gambar untuk cerita selanjutnya.

alakay alex and no 8
marty, alex, gloria and melmen
Cake ditempah dari sini mengikut tema yang dipilih. *ibunya yang pilih design cake.

Next on the buffet line are;
heart and star shape sandwiches
nuggets 
fruits
apam polkadot
tidbits 
mari makan
Makanan kami sediakan sendiri kecuali cake dan apam dot-dot. Apam super cantik lagi menawan ditempah dari kawan saya.

goodies
Goodies dibuat oleh kami bertiga, Kak Diana, Shahnaz dan saya. Kalau berminat boleh tempah di sini.

Mari tengok aksi si gadis harijadi pula.

muka happy campo terkejut
mari potong cake
bagi hadiah kat kawan-kawan
Ibu dan Aunty Shahnaz
Overall, majlis berjalan seperti yang dirancang. Cuma belon buih yang tiup-tiup tu je tak berfungsi dengan baik. Jadi, tak dapat shoot gambar Caca bersama belon buih. Penat tapi happy!

Kepada Nurul Aisyah, 
Aunty ucapkan Selamat Hari Lahir yang ke-8.
Semoga menjadi anak yang solehah dan pelajar yang cemerlang.
Ikut nasihat Ibu dan Bapak.
Good luck in your future undertakings. 
Hugs~

.ohhshera.

Nov 1, 2011

bachelorette lunch

Venue : Secret Recipe, Jalan Rahmat, Batu Pahat
Date : 28/10/11 *2weeks before my solemnization
Time : Lunch hour

kak D and me
kak D and Shahnaz
creme brulee as appetizer?
Ze main course.
tomyam noodle
curry laksa
grilled fish with lobster sauce

Ze face.
Bridesmaid I
Bridesmaid II
Bride to be
Last but not least
banana split as dessert
Much food. 
Stomach fulled. 
Sleepyhead.
Enough said.

p/s : i don't have any bachelorette party due to time restrain. T__T
.ohhshera.

Aug 22, 2011

not-so girls night out

Lagi cerita pasal berbuka puasa. Yelah, kita kan masih dalam bulan Ramadhan lagi. Kali ni berbuka dengan kawan-kawan di office. Kak Diana dan Shahnaz berserta anak-anak perempuan mereka. Jadi, boleh lah dikatakan girls night out tapi disebabkan ada yang bernama Mohd Nasir join sekali, jadilah 
"Not-so Girls night out".

Tempat berbuka yang dipilih ialah Restoren Daddy Village di Taman Bukit Pasir. Menunya pula bermacam-macam sebab tak nak order makan hidang. Semua nak ala-carte.

Kak Diana + Caca
Shahnaz + Nurin
my mee cantonese
licin
Terima Kasih kepada lelaki yang belanja kami yang perempuan-perempuan ini. Tapi saya masih lapar.

bye~
.ohhshera.

Jun 13, 2011

save the date - arina & nasrol

Another one of my BFF yang da selamat bernikah. Alhamdulillah.

taken from arina's fb
Congratulations for both of you. 

Majlis dibuat di rumah Mak *nenek Arina di Kampung Baru, Peserai. Berlangsung sekali ialah Majlis Perkahwinan sepupu Arina. Kira jalan sekaligus like mine nanti lah.

bunting yang ditempah dari saya. ;)
Before majlis, rasanya macam-macam dugaan untuk Arina. In less than 3months, Arina kena prepare all the bride-to-be thingy. Konon-konon saya nak menghulurkan tangan bagi meringankan beban Arina. But it turns out yang ada benda makin menyusahkan Arina. So sorry babe =(

Actually banyak event sempena Majlis Perkahwinan Arina. Start from Majlis Potong Jambul dan Akikah, Khatam Al-Quran, Majlis Pernikahan, Malam Berinai dan Majlis Resepsi. Meriah sekali! Tapi unfortunately, saya tiada camera. Tunggu punya tunggu kawan-kawan upload gambar. So, ini saja yang ada. Tu pun taken from Maisarah's and Bee's. *thanks sayangs.

fadhli + nisa & nasrol + arina
Pelamin sangat-sangat nice. Kerusi custom made untuk mereka. Combination colour pun sangat superb. 

tangkap curi
tengok camera
Dari sekolah rendah lagi Arina memang suka warna kuning. And yellow does fit you well. Baru lah betul Raja Sehari kan.

kek pun kuning
Ada live ghazal dan zapin performance. Memang asyik lah tetamu-tetamu yang datang menjamu selera. Tapi kami tak stay lama di rumah Arina. Sampai masa nak balik tu, Arina cam kecik hati. T__T Tapi kami da tak tahu nak buat apa lagi. Pengantin sibuk ambil gambar dan kami pula da kenyang makan. Jadi, sebab penat, kami pulang awal. Sorry bff!

Before balik, mari sign guest book di khemah guest book. Nasib baik sempat tulis. Yang lepas kami, tak dapat nak tulis sebab da penuh guest book nya.

cik bee + cik mai + cik shieda
Untuk Arina & Nasrol

Selamat Pengantin Baru dan selamat menjalani kehidupan yang baru. 
Semoga berbahagia hingga ke syurga.

Ameen~

p/s : kalau ikut plan, next yang akan berkahwin antara bff sekalian, ialah saya. *kalau tak ada sesiapa yang langkah bendul lah. huu. tak sabar.

.ohhshera.