Apr 6, 2011

jom layan lagu arab

Sangat sangat suka dengan video clip dan lagu ni. So, hari ni nak share video ni dengan korang semua. Enjoy~


So comeyL kan Nancy Ajram ni..

Ni pula translation lagu ni in english ;)

Walking next to me, and with your eyes, you melt everyone around you.
A stare this way and a look that way, you don't miss any pretty girls.
And you forget that I'm so jealous especially a girl smile to you.
And you become happy, they melt your heart.
And the cutest guy wish to go out with me.
Not like you, you prefer playing around and make me confuse.
And if a pretty girl waves at you, you follow her and left me behind.
And if by coincidence i meet a friend on the street,
right away you make a report and question me.
"Who? Where? How? Why? He is your friend since when?"
Melt and suffer, that is OK. 
You have been torturing me from years

Pastu banyak lirik dia ulang-ulang. 

.ohhshera.

Apr 5, 2011

tbs ohh tbs

TBS tu bukan short form untuk table spoon macam dalam resipi masak-masak tu yek. 

TBS yang dimaksudkan ialah Terminal Bersepadu Selatan, Bandar Tasik Selatan.

Hari tu 1st time naik bas turun kat TBS ni. Tersangat lah kagum *dan jakun dengan kecanggihan kat sini. Da terasa macam kat airport pun ye juga. So, jom layan gambar untuk lihat sendiri keadaan di sana.

tempat bas turunkan penumpang
naik escalator untuk ke terminal ketibaan
muka gembira.jalan menuju ke balai ketibaan
kat dalam tu ruang menunggu.
ni kat dalam tbs.tengok macik-macik tu bawak trolley macam kat airport
tbs dari luar
Ok. Yang ni pula tambahan gambar yang ada dari macam-macam belog orang lain.

kaunter tiket dan information board |source1|
ruang menunggu di balai berlepas |source2|
pandangan luar |source3|
pandangan malam |source 3|
kemudahan di sekitar tbs |source4|
Pendek kata mudah, senang, selesa dan nyaman lah bila berada di TBS ni. Harap-harapnya tak lah awal-awal je cantik kan. Silalah pergi ke TBS. Macam-macam kedai ada kat sana untuk makan, minum dan shopping. Tapi jangan sampai tertinggal bas pula. Make sure 30mins sebelum bas bergerak, anda da tunggu di balai berlepas. *kan da cakap macam kat airport. Dan kita sebagai pengguna, kena lah jaga kebersihan kat sana ye. ;) Bangga sikit bila tourist tengok Malaysia macam ni

.ohhshera.

Apr 4, 2011

33tahun

Da lama nak update belog ni dengan cerita ni. Tapi asyik-asyik lah tak sempat. 

Cerita kali ini tentang anniversary my parents yang ke..

33 !!
 
My parents nikah di Luton, England on 10th February 1978. 33 tahun berkahwin, dikurniakan 6orang anak dan 2cucu *cucu yang lain on the way ye ;) 

So, nak celebrate besar-besaran adalah terlalu last minute nak plan. Jadi, malam tu just makan-makan dengan family di...

haha.tak nampak pun orang yang posing depan kedai ni
Layali Hadramaut menjadi tempat pilihan sebab nak try test makanan arab. Tengok boleh lawan  Tarbush atau Al-Rawsha tak.

semua ada kecuali adik dan saya yang tengah snap ini gambar
Time pilih makan ialah sangat kecoh. *trademark family ;) 

Makanan yang diorder - Mandy Lamb, Shish Tawook, Falafel, Chicken Kabsa dan ada lagi yang da tak ingat nama.

Tunggu makanan pun sangat lah lambat. Perut lapar gile.
Tiba-tiba ada surprise buat abah dan mak.
Taadaa~

red velvet cuppies
Comel tak cupcake ni? Last minute tempah kat kak Alice. Nasib order tak direject. Rasa memang superb. Design boleh pilih. Best!

abah, hadrami, wafiy, mak
Nampak tak pinggan yang licin tu? Maknanya makanan sedap tapi still tak boleh kalahkan Tarbush dan Al-Rawsha la. Just kecewa dengan makanan yang lambat sampai. Overall, da ok da.

Cupcake simpan bawa balik rumah dan makan kat rumah.

Jadi, jom terjah makan kat Layali Hadramaut di;

40@41, Jalan Universiti 1,
Taman Universiti, 86400, 
Parit Raja, Batu Pahat,
Johor Darul Ta'zim

.ohhshera.

Apr 1, 2011

ini bukan cerita april fool

Ye, hari ni 1st April. Tapi entri ini ditaip bukan nak carita pasal April Fool. Apa tah lagi untuk menyambutnya.

Ini kisah benar.

Kisah pasal saya pada bulan April 2011.

*kasi saspen sket.

Sila lihat gambar di bawah untuk mengetahui cerita selanjutnya.


*ok da tak saspen balik.

Cermin mata. Ya. Cermin mata ini kepunyaan saya. Saya sudah memakai cermin mata kembali. Nampak nerd eh salah nampak educated bak kata SyafiQue. *tengok.ayat pun skema je.

Mula-mula pakai rasa pening-pening sebab tak biasa. Sampai sekarang pening lagi. Memang camtu ke ek? Pening ah~

Cerita masa nak memilih spek ni akan disiarkan nanti sebab gambar pada en.Nasir.

Ok, orang nerd mahu berhenti menaip. Tata~

it so not me
.ohhshera.