Apr 14, 2011

tumbuh meliar selepas hujan

Apakah benda yang tumbuh meliar selepas hari hujan?

Cendawan. Tepat sekali.

Macam peribahasa melayu "Bak cendawan tumbuh selepas hujan"  yang bermaksud  terlalu banyak pada sesuatu masa.

Tapi, pernahkah anda mendengar cendawan busut? Saya tak pernah. In fact last Sunday baru pertama kali dengar. Bagi yang tak pernah lihat macam mana bentuk cendawan busut ni, mehla tengok gambar di bawah.

pelik tak?

Nampak cendawan busut ni dijual di tepi-tepi jalan masa on the way ke Kuantan, dekat area Muazam Shah kalau tak silap saya. Mula-mula ingat orang jual telur penyu. Tapi nampak macam pelik pulak telur penyu macam tu. Jadi bila abah berhenti isi minyak dan kebetulan ada orang jual cendawan busut ni di seberang jalan, kami pun singgah lah. Then, barulah tahu yang benda pelik ni namanya cendawan busut.

sesi sorting cendawan sedang dijalankan
muka ceria abah beli cendawan busut
Seikat cendawan ni harga nya RM2.00 sahaja. Cara masak sama macam masak cendawan biasa. *jangan takut pula cendawan ni beracun ke apa. Ada yang da siap potong, dia jual dalam plastik beg warna merah, harganya pun RM2.00.

pak hamid sedang pilih cendawan yang nak dibeli
kembang kembang cendawannya
Akhirnya, Pak Hamid beli seikat cendawan busut siap dengan tangkainya tu. Abah dan Ende Jah beli cendawan busut yang da siap dipotong, sebungkus seorang. Minta discount, dapat ler RM5.00 untuk semua. Ohh, yang jual cendawan busut ni ialah orang asli area situ.

Sekarang cendawan busut da siap dimasak dan dimakan. Eh, ada lagi balance kat dalam peti sejuk rumah. Banyak giler sebungkus tu. Tak habis lagi. Kalau korang lalu area Muazam Shah, try lah beli cendawan busut besar murah sedap ni.

.ohhshera.

Apr 13, 2011

demam durian

2-3 hari ni tekak rasa sakit. Demam lak semalam. Sebab apa? Ni pasti sebab layan durian Segamat banyak sangat. Ohh hari Ahad lepas saya pergi Kuantan melawat sedara meninggal. So, on the way ke Kuantan tu, singgah Yong Peng untuk breakfast, singgah Segamat makan durian dan berhenti sekajap di Muazam Shah beli cendawan busut.

Begitu cuti-cuti Malaysia kan. Jadi entri kali ni nak cerita pasal durian Segamat yang famous tu.

mari terjah durian segamat
Makan durian tepi-tepi jalan la seronok. Baru feel. Abah dan Pak Hamid pilih durian. Ende Jah tolong pilih juga. Wafiy dan saya, duduk tepi sambil snap gambar. Akir? Stay dalam kereta sebab dia tak suka durian.

durian ohh durian
geramnya tengok durian ni,fresh lak tu
pilih molek-molek
Beli 6 biji durian untuk dimakan 5 orang. Fuuhhh. Sedapnya tak tergambar. Jadi, mari layan gambar.

wafiy macam takut-takut nak makan durian
ni baru 1/3 dari hasil terjahan.
 Last-last Wafiy just makan seulas je. Maybe dia tak reti makan kot. Saya? Tak terkira banyaknya. Naik kereta, rasa haus pula. Cari kedai jual air. Sambil tu, kereta penuh dengan bau sendawa durian. Hehe.Jangan marah ea Akir.


.ohhshera.

Apr 8, 2011

mari belajar tentang planet

Pernah pergi Planetarium Negara kat Kuala Lumpur? 
Kalau pernah, cuba try pergi Planetarium Melaka pula. Terletak di MITC, Planetarium Melaka yang bernilai RM20juta ini merupakan planetarium tercanggih di Asia.

wafiy di pintu masuk.
Bermacam-macam info tentang aero angkasa boleh dipelajari di sini melalui pameran dan mesin simulator.

Wafiy dan planet
tekun Syamim membaca yek
susun-susun buruj
Jam Matahari Kuadran Khatulistiwa
gerbang galaksi
info tentang Neil Armstrong


picture taken from here
 Selain itu, di tingkat atas bangunan ini terdapat satu dewan yang dipanggil Space Theatre. Pengunjung boleh menonton tayangan 3D mengikut masa yang ditetapkan. Masa mula-mula masuk dewan tu, macam biasalah, teruja dan jakun sebab seat kat situ bukan tegak-tegak macam dalam panggung wayang. Tapi seat dia terbaring. *da rasa macam duduk kat kerusi osim pula. Skrin dia kat kubah bangunan. Besar. Luas mata memandang.

picture taken from here merah atas tu ialah skrin
Ohh, by the way, saya baru tahu yang planet kat dunia ni bukan lah hanya ada Mercury, Venus, Earth, Mars Jupiter, Saturn, Uranus, Neptune dan Pluto sahaja. Tapi ada Ceres dan Eris. Kenapa dulu tak pernah dengar pun pasal Ceres, padahal Ceres sudah ditemui pada awal tahun 1800an. 

Sebenarnya, apabila objek Ceres, Pallas, Juno dan Vesta ditemui mengorbit di antara Marikh dan Musytari semasa awal 1800an, mereka diisytiharkan dan diterima sebagai planet, dan ini kekal buat beberapa lama. Namun apabila semakin banyak objek ditemui di kawasan yang sama, mereka dikelaskan sebagai asteroid, berserta dengan saudara mereka di orbit yang sama. Saiz Ceres yang lebih besar dan kebulatannya menyebabkan ia dikemukakan untuk layak menjadi planet kembali tetapi pada tahun 2006, ia diletakkan oleh Kesatuan Astronomi Antarabangsa (IAU) di dalam kategori planet kerdil. Akhirnya, Pluto dan Eris juga termasuk dalam kumpulan planet kerdil.

Panjang lebar pula nak cerita apa yang saya dapat kat sana yek. Jadi, apa kata bila pergi ke Melaka tu, singgah-singgah lah ke Melaka Planetarium yang canggih ni. Asyik pergi kota A'famosa je, kadang-kadag bosan juga kan.

.ohhshera.

Apr 7, 2011

ikan bakar parameswara

Kalau pergi Melaka tak sah kalau tak makan ikan bakar kan. Hari tu pergi Melaka. Bawa Wafiy ke Planetarium Melaka. So, on the way balik, plan nak makan ikan bakar kat Crystal Bay tapi kedai kat situ semuanya belum buka lagi. Jadi, cakap dengan en Nasir, kita pergi je makan kat Umbai.

Kalau da sampai Umbai, haruslah pergi ke Ikan Bakar Parameswara yang terletak betul-betul kat tepi laut. *siap ada tempat makan dalam bot lagi. Orang ramai jangan cakap lah. Lagi-lagi hari Ahad. Nasib ada tempat duduk. Suruh Syamim dan Wafiy duduk dulu, saya dan en Nasir pergi pilih ikan.

fresh kan
rambang mata nak pilih ikan
Hasil tangkapan kami ialah seekor ikan siakap, sotong dan udang. Kalau ikut nafsu, mau order ketam, lala, kerang dan siput buluh. Ikan siakap belah dua. Separuh masak 3rasa lagi separuh bakar sambal. Sotong cam biasa goreng tepung dan udang haruslah goreng butter!

Tunggu makanan punyalah lama. Nasib ada buah-buahan dan otak-otak. So, melantak tu dulu. Lauk sampai je, macam tak keruan nak makan sebab lapar sangat. *sampai lupa nak snap gambar masa makanan sampai. 

ikan siakap masak 3 rasa
ikan siakap bakar sambal
butter prawn dimakan oleh syamim dan wafiy
muka puas dan kenyang
Time makan sotong, barulah tahu yang sotong ada paruh. Tak caya? Ini lah gambar nya. *kalau salah, maknanya en Nasir tipu saya.

nampak tak? yang warna hitam tu
Total : RM 80++ *da lupa berapa duit kena bayar. Tak kisah lah tu. Yang penting kenyang.

Sila lah pergi ke sini untuk menikmati hidangan laut yang fresh.

Ikan Bakar Parameswara
Pengkalan Pualau Besar, Pernu, Umbai,
75460, Melaka.

.ohhshera.