Aug 19, 2011

jom jakarta - episode akhir

31 Julai 2011.
Hari ni merupakan hari terakhir di Jakarta. Esok da puasa. Hari terakhir buat apa lagi kalau bukan last minute shopping kan. Since Hotel N1 is just a walking distance to Tanah Abang, amatlah tak patut kalau tak shopping di sini.

Lepas breakfast, kami start berjalan ke Tanah Abang. Jalan sangat sesak dengan kenderaan dan orang. Disebabkan masih awal dan kebanyakkan kedai masih belum buka, Abah nak tunjuk Nasir Masjid Tanah Abang yang terletak di 'Lantai Atap' atau dalam english, Roof Floor.

dari tepi masjid
Abah bagi waktu 3jam je untuk shopping. So, Mak dan saya da decide nak pergi 1 floor je. Concentrate dengan benda yang dicari. Telekung!

the 1st shop yang kami pergi
sulaman yang halus.
Then pergi mencari baju hoodies untuk diri sendiri dan Dilla. Tuptup mak pun nak juga. Jiwa remaja. Hehe. Abah dan Nasir beli kemeja solat untuk adik, Boy dan diri masing-masing. Abah kepenatan, Jadi Mak dan saya je yang berjalan mencari telekung hantaran saya. Manakala Abah dan Nasir duduk. *Abah sampai tertidur.kesian.

Balik hotel, mandi-mandi dan bersiap untuk check out selepas menunaikan Solat Zohor. 

Hotel N1
Budget jalan akan jem, tu yang gerak awal dari hotel. Rupanya kami sampai awal. Lunch di Airport before check in. Saya tak lapar, jadi just makan pisang keju yang hangat diperkatakan kesedapannya. Tapi, bila da rasa, terasa macam biasa saje. Nothing special pun. 

Since masa masih banyak before boarding, kami jalan-jalan di souvenir shops dan duty free shops. Again. Last minute shopping beli souvenir untuk rakan-rakan di Malaysia. *yang lelaki je shopping ye. Maybe nak habiskan duit Rupiah kot. 

aksi Nasir memanggil
Da lah sampai Airport awal, flight delay pula tu. rasa macam, "Eeeee, ruginya sampai awal. Kalau tahu boleh shopping lagi kat Tanah Abang,". Sementara tunggu kapal terbang sampai, main angry bird dulu. ;p 

Naik flight, perut da lapar pula. Lepas makan, baru terasa kepenatan. So, mahu tidur.

That's the end of my 3 days 2 nights trip to Jakarta with my parents and my fiancee. Stressful, hectic and exhausted but at the end of the trip, it was a meaningful trip to me.

bye!

.ohhshera.

Aug 17, 2011

86 days to go

Hari ni 17 Ogos 2011.

Hari ni Hari Nuzul Al-Quran. 
Tapi disebabkan saya rakyat Johor, jadi hari ni tetap bekerja seperti biasa. Untunglah sesiapa yang bekerja di Selangor, Perak, Pualau Pinang, Perlis, Pahang, Kelantan dan Terengganu sebab dapat cuti di tengah-tengah minggu. 

Mengikut counter yang berada di bawah blog ni, tinggal 86 hari je lagi untuk saya memegang title single. Lepas ni kena tukar lah katil single saya kat bilik tu ke katil double. Jangan ditanya tentang preparation. Rasanya banyak benda nak dibuat tapi tak tahu nak mula dari mana. 

Ohh, sebenarnya saje nak tunggu sampai angka 86 dalam perkiraan perjalanan sebelum ke hari pernikahan sebab saya dan Nasir lahir pada tahun yang sama iaitu tahun 1986. Ada kesinambungan tak 2 benda ni agak-agak? Emm, tak kisah lah.

Lagu ini dituju khas buat Nasir sempena lagi 86 hari menuju ke alam baru. Enjoy~


Lagu ni selalu dengar kat bilik Abah pagi-pagi hari Sabtu atau Ahad. Nyanyian dari Mille Small.

.ohhshera.

Aug 15, 2011

jom jakarta - episode dua

Ingat lagi entri pasal trip budget ke Jakarta? Kalau ingat mesti anda tahu pada entri kali ni, saya akan bagitahu saya pergi Bandung atau Bogor pada hari kedua. Mari sama-sama baca.

Hari kedua dimulakan dengan breakfast di Hotel N1. Kami breakfast pada pukul 6.30 waktu Jakarta. Breakfast biasa-biasa saje since tak banyak choice makanan.

mee goreng, keropok dan telur
Setelah difikir-fikir dengan begitu kuat, Abah decide untuk pergi ke Bogor sahaja since urusan kad masih belum settle. Punah sudah harapan untuk bershopping di branded outlet store =(  Bye-bye Rumah Mode

After makan, siap-siap untuk ke Bogor. But before that, pergi ke pejabat courier untuk tanya rate. Perjalanan ke Bogor lebih kurang 2 jam. Sempat tidur dalam kereta sebab bosan. Kereta nak naik ke Bogor dan Puncak sangat banyak sebab hari ni ialah hari Sabtu. Tambahan pula, Presiden pun nak datang Puncak petang nanti.

Pemandangan cantik. Tapi tak sempat nak berhenti untuk snap. Hanya sempat snap dalam kereta while moving. Banyak lah gambar blur. Kami ada berhenti untuk beli ubi bakar dan pisang. Lepas tu berhenti lagi untuk makan tengah hari. Time ni, Mak beli kuih gemblong dan Abah beli strawberry yang super murah. Rasa kuih gemblong ni macam kuih getas kat Malaysia.

ni lah rupa kuih gemblong
mak tengah makan kuih gemblong
After lunch, rushing balik Jakarta dan terus heading to Pasar Tebet. Mak oi! 1 kotak kad sangat berat dan tak muat nak masuk semua dalam kereta. Jam pula laju macam air terjun. Cepat betul masa berlalu. Pejabat courier da nak tutup pukul 4 petang. So, sumbat 5 kotak dalam kereta dan lagi 2 naik teksi. Abah dan Mak gerak dulu, while saya dan Nasir naik teksi. 

Alhamdullillah, sempat sampai walaupun traffic jam yang amat. *KL pun kalah. Nasib pejabat tu belum tutup lagi. Setelah dikira semua kotak, urusan membayar dijalankan before balik. Kotak-kotak akan dibawa berlayar dan akan sampai dalam masa 2 minggu. Amboi lama betul. Padahal dari Indonesia ke Malaysia je pun.

have a safe journey ya
 Jam menunjukkan belum pukul 5 petang. So, rasanya masih sempat untuk singgah Tanah Abang. Survey-survey before shopping esok pagi. Balik jalan kaki dari Tanah Abang dan since memang da kat luar, kami terus pergi ke Restoren Minang untuk dinner. Before balik, singgah kedai runcit untuk beli air. 

anak owner yang duduk tu. lelaki sebelah Abah ialah yang jaga kedai bersama familynya
Sampai Hotel N1, jumpa The Legendary Pak Erwan. Kenapa dia lagend? Sebab Pak Erwan sudah terkenal di kalangan saya dan Dilla. Macam mana kenal? Sebab baca blog dan banyak yang recommend untuk ambil kereta sewa dengan Pak Erwan sebab murah dan dia tak berkira. Tapi sebab last minute booking, Pak Erwan tak free, tu yang dia suruh Pak Nana ganti.

Mak, Abah, Pak Erwan dan Pak Nana
Hari belum malam tapi badan sangat penat, jadi mari kita tidur.

Sesiapa yang ingin menggunakan khidmat The Legendary Pak Erwan di Jakarta, boleh call atau SMS beliau di no +6281513914533 

Bila call cakap lah nama saya, nanti dapat discount 10%. Haha. Memandai je. Kidding je. Kalau dapat, tu dikira bertuah.

.ohhshera.

Aug 12, 2011

seafood ohh seafood

Semalam 1 year bersama dengan en.Nasir.
Sehari sebelum tu pergi buka puasa di Sabak Awor.
Dan hari ni baru nak cerita pasal berbuka di sana.

Seafood adalah kegemaran saya dan Dilla. Bila time puasa ni, mula lah tekak terasa-rasa nak makan seafood. Selalu boleh tahan tapi kali ni da tak boleh nak tahan-tahan lagi. Nak tak nak kena pergi Sabak Awor untuk makan seafood. Nak pergi Umbai rasa da terlalu jauh pula dari Batu Pahat.

Selasa petang lepas balik kerja, siap-siap untuk bergerak ke Muar. Plan nak pergi bersama kawan-kawan tapi last minute ada yang tak jadi ikut. Pergi berdua. Kira macam celebrate la da 1 year together. Haha.

Jalan jem, jadi buka puasa di dalam kereta saja. Sampai kat Sabak Awor, tak tahu nak pilih kedai yang mana satu. Last-last pergi kat kedai yang tak berapa nak ramai orang. Dengan harapan, makanan sampai cepat.

kedai pak bakar ikan bakar
Jom jamu mata dengan hidangan yang dipilih.

1/2 ikan siakap masak 3 rasa
lagi 1/2 ikan siakap dibakar sambal tapi sambal asing
ketam masak black pepper
udang masak butter
menu wajib - sotong goreng tepung
sayur kailan ikan masin
Pergh. Memang kembung perut la makan. Siap bungkus bawa balik lagi sebab tak habis. Overall, makanan sangat yummeh! Senang-senang datanglah ke Sabak Awor ye. Harga pun murah-murah je ;)

.ohhshera.