Sep 14, 2011

raya di uthm

Pagi tadi ada sambutan raya di UTHM. Meriah juga lah sambutan nya. Bertempat di Padang Kawad, UTHM. Lebih luas, lebih selesa dan lebih meriah dari tahun lepas.

sampai di Padang Kawad
Bermacam-macam juadah yang dihidangkan. Ada ketupat, lemang, rendang, nasi briyani, serunding, sate, laksa johor, buah-buahan, ais-krim dan bermacam-macam lagi. Tak lupa juga pelbagai jenis minumam untuk penghilang dahaga.

meriah kan. ni baru sikit khemahnya
Kami pun apa lagi, seranglah setiap khemah yang ada. Ketupat, lemang, rendang dan sate jadi pilihan. Barulah raya. Tak lupa laksa, ais-krim, dadih dan buah jambu. Tempat yang UTHM sediakan untuk staff makan adalah terhad, so terpaksa tapau dan makan di office.

di gerai PPA
Now, sangat kenyang dan rasa malas nak kerja. Tapi banyak student nak x-ray untuk medical check up. Terpaksa gagahkan diri untuk bekerja dengan perut yang penuh ni.

Terima Kasih UTHM 
dan 
Selamat Hari Raya

p/s : photos taken from Shahnaz.

.ohhshera.

Sep 13, 2011

wedding wan & waty

Last Saturday night ialah wedding my 2nd cousin. Syazwan a.k.a Wan dengan Shahlawaty a.k.a Waty.
Wah.. Nama ada ong la. Both innitial sama. Nama sebenar start with S dan nama panggilan start with W.

Night reception was held at Villa Felda on 10th September 2011.
The theme were tiffany blue and white. Nice lah!

Wan muka cuak
Next ialah pengantin di pelamin.

with aunties, cousin and the 'pengantins'
Makanan memang superb lah. Nama pun Felda punya. Tapi sebab saya take late lunch before that, tak dapat lah makan banyak-banyak. Kami satu family duduk satu meja dengan Uncle Isa & Aunty Mon dan Uncle Mansor & Aunty Ha.

notes from Abah to Wan
Selebihnya berphoto sakan bersama family yang ada. Even, tak semua family yang hadir, saya tetap tak kenal family members yang ada. Lebih-lebih lagi yang jarang-jarang jumpa atau jarang-jarang tunjuk muka. Apa da, sedara sendiri pun tak kenal.

Thus, terus terasa yang Hari Keluarga TTS patut dianjurkan lagi. Barulah boleh kenal sedara mara. Tidak lah kalau terlanggar bahu kat mana-mana, buat tak tahu je. Tu pun kalau ada yang tak nak join juga, tak tahu lah kan. Masing-masing da besar, sendiri fikir mana baik mana buruk. Jangan nanti, bila turn kita pula yang buat event, tak ada sedara yang nak support. Time tu jangan pula berbunyi sedara tak nak datang tolong. 

with dla and aunties yang macam sepupu je
families
more families
Last but not least, Syamim with cousin Haikal and the most sporting grandma in the world, Tokmak.

semua single lagi
Sila ambil tahu asal usul anda. Eratkan hubungan dan sayangi kelurga anda.
Lots of love.

To Wan & Waty,
Congratz. Semoga berbahagia hingga ke syurga. 
Cepat-cepat dapat baby comel ok.

p/s : TTS means Tongkat Timun Som. Names of the late great grandparents. Legacy TTS la kiranya ni.

.ohhshera.

Sep 12, 2011

persamaan antara kumpulam mamu raja lawak dengan nasi vanggey di ipoh

Bukan main panjang lagi tajuk entri kali ini. Nak tahu apa persamaan antara kumpulan Mamu Raja Lawak dengan Nasi Vanggey di Ipoh? Kalau nak tahu, kena baca sampai habis entri kali ini.

Last buka puasa untuk tahun ini, saya sekeluarga berbuka di Restoren Nasi Vanggey di Greentown, Ipoh.

Restoren ini merupakan restoren nasi kandar yang terkenal di Ipoh. Ada beberapa cawangan Nasi Vanggey ni di Ipoh dan yang di Greentown merupakan salah satu cawangan yang ada. 
boleh pilih nak duduk di tempat kipas atau air-cond
Masa kami sampai di sana, baru pukul 6.30 petang. Masih banyak seat kosong dan tak ramai yang beratur nak ambil makanan. Jadi, lepak-lepak dulu.
aksi Akir, Adik dan Abah sebelum berbuka
Jam menunjukkan hampir pukul 7 malam. Barisan bertambah panjang. Mari sertai barisan yang sedia ada untuk mengambil juadah makanan yang disediakan.
saat tunggu azan
Makanan super sedap. Harga tak berapa nak mahal. Memang berbaloi lah. Ayam goreng dia memang Pergh habis!
gambar sesudah makan
tangkap curi
Ok. Jawapan kepada soalan tadi, apakah persamaan antara kumpulan Mamu dengan Nasi Vanggey ini ialah,
Vanggey bererti Mari.
Means, memang Mari ahh makan nasi kandar kat sini. *mari ahh ye bukan Mariah macam kelas kau Maria atau pun meriah.
Tagline kumpulan Mamu pula, "Mesti Mari!".
Sekarang kita tukar.
Mesti Vanggey!
memang mesti mari punya lah!
Fin.

.ohhshera.

Sep 8, 2011

namakan bandar diraja negeri perak

Ipoh? salah. Itu ibu negeri bagi negeri Perak.
Kuala Kangsar? Ye.. Tepat sekali.

Sehari sebelum raya, kami sefamily except abang and his family pergi jalan-jalan melawat Kuala Kangsar. Meriah sungguh. Kami konvoi 2 kereta dari Ipoh ke Kuala Kangsar. 

First pit stop ialah Galeri Sultan Azlan Shah. Galeri ini merupakan Istana lama yang dikenali sebagai Istana Ulu atau pun Istana Kota. 


Macam-macam yang boleh dilihat di dalam galeri ini. Antaranya, gambar-gambar Keluarga Diraja Perak, Pingat-pingat Kebesaran, Piala-piala yang dimenangi oleh Sultan Azlan Shah dan hadiah-hadiah Baginda. Yang paling saya suka ialah koleksi kereta mewah Sultan Azlan Shah, koleksi bagasi Baginda *custom made dari LV! dan kad pengenalan serta passport Baginda dan isteri.

di pintu masuk galeri
the gallery
Next, pergi solat di masjid berdekatan. Mana lagi kalau bukan Masjid Ubudiyah.


Then, pergi ke Istana Kenangan. Istana ini juga dikenali sebagai Istana Lembah dan Istana Tepas. Tapi kami tak masuk istana ini sebab ada renovation.


Abah dan air tak dapat dipisahkan. *tak caya boleh tanya ahli keluarga yang lain. Kalau jumpa air je, mesti nak ambil gambar. Tak kira lah sungai ke laut ke. Hatta, kolam dan empangan sekalipun. Mesti kena berhenti kejap untuk snap picture.


Apa lagi yang terkenal di Kuala Kangsar, kalau bukan labu sayong nya. Jadi kena lah shopping labu sayong untuk dibawa balik ke Johor. Tapi sayang, sebab time kami datang tu, orang yang buat labu sayong da cuti raya. Jadi tak dapat tengok cara labu sayong dibuat.

bersama owner kedai
Lagi satu tempat yang wajib pergi bila sampai Kuala Kangsar. Tak lain dan tak bukan ialah, MCKK! Teringat dulu pernah pergi sini dengan kawan-kawan setingkatan sebab menjadi ahli sorak untuk pasukan bola jaring sekolah kami. Lawan kat sekolah all boys tapi main bola jaring. Haha.


Haaa, yang last ni special sikit. Anda tahu tak pokok getah yang pertama ditanam di Tanah Melayu berada di Kuala Kangsar? Saya pun tak tahu dan baru je tahu. Cari punya cari, akhirnya jumpa.


Penat seharian berjalan bersama family but overall sangat happy. Tak tahu bila lagi boleh jalan-jalan macam ni sebab nak kumpul adik-beradik serentak agak sukar. Hopefully, bila masing-masing da besar dan da ada family sendiri, kita tetap akan rapat dan dapat jalan sama-sama macam ni lagi.
Ameen~

It was an awesome day trip to Kuala Kangsar.
Yippy yay.

Syamim lompat tak ingat dunia

.ohhshera.