Feb 21, 2012

panggilan padang - episode satu

Awal bulan Februari 2012. Saya dengan gatal hatinya ikut Abah dan Mak bersama Adik pergi ke Padang, Indonesia. Actually, Abah da beli tiket AirAsia time tengah promo setahun yang lepas. Saya ni last minute baru sibuk-sibuk nak join sama. Saje betul nak join Anniversary Trip mereka. ;p

Jadi ni ringkasan perjalanan kami ke sana.
Ohh, saya da pecahkan kepada 4 bahagian. 2 hari punya cerita untuk 1 bahagian ok ;)
Enjoy the story.

Day 1 (4th February 2012)
# Bergerak ke LCCT sebelum subuh
# Solat subuh di airport and breakfast di Marrybrown LCCT
# Bye-bye Malaysia and Hello Sumatera!
#Tiba di Minangkabau International Airport pada jam 0800 WIB
# Berjumpa dengan supir kami bernama Pak Handi 
# Bertolak ke Pariaman
# Makan Nasi Sek di Pantai Gandoriah, Pariaman
# Bertolak ke Danau Maninjau
# Check in di Hotel Pasir Panjang Permai, Danau Maninjau
# Tak dapat masuk ke Rumah Kelahiran Buya Hamka sebab ditutup awal *sebab esok Maulid Nabi
# Minum petang di salah satu warung berdekatan hotel.
- Makan ikan bilis dari Danau Maninjau
- Makan kerang yang mengakibatkan Abah buang-buang air dan muntah-muntah. Mak dan Nasir pun sakit perut
# Jalan-jalan di Pekan Maninjau
- Makan roti bakar bandung yang super sedap
- Beli simcard indonesia, tapi dicharge double
# Dinner berdekatan dengan hotel. Makan mee sedap
# Tidur awal sebab kepenatan travel

di Pantai Gondoriah, Pariaman
di hadapan Rumah Kelahiran Buya Hamka
on the way balik dari Rumah Kelahiran Buya Hamka
makan Roti Bakar Bandung
Mee Sedap for dinner

Day 2 (5th February 2012)
# Breakfast at hotel. Makan Nasi goreng dan teh o
# Check out dan menuju ke Bukit Tinggi
# Bergambar di sawah padi sebelum meninggalkan Danau Maninjau
# Dari Danau Maninjau menuju ke Bukit Tinggi, melalui Kelok 44. Nasib tak mabuk.
# Berhenti di Puncak Lawang untuk melihat pemandangan Danau Maninjau dari atas. Subahanallah. Cantik nya pemandangan!
# Adik, Abah dan Nasir main flying fox di sini. Sebagai ganti tak dapat main para gliding
# Berhenti di Matur. Beli kerepek labu dan keropok jengkol
# Stop by at Lembah Anai to take photo and video
# Melawat Pusat Dokumentasi dan Informasi Kebudayaan Minangkabau di Padang Panjang. Abah dan saya cuba try test pakaian adat orang Minang. By the way, Pak U' rox!
# Makan sate Padang. Bukan kuah kacang tapi makan sate dengan kuah masak lemak cili padi yang pekat
# Berhenti di Pandai Sikek
- Tengok orang menenun songket
- Beli tudung sulam dan seliper kulit di sini
# Check in di The Hills, Bukit Tinggi
# Dinner kat kedai makan yang agak stailo tapi dengan harga yang murah. I ate Mpek-mpek telur. Nice!
# Night walk di Dataran jam Gadang
# Tidur dengan nyenyak sebab penat berjalan 1 hari

Danau Maninjau di belakang itu
melompat dengan lebih tinggi di Puncak Lawang
Lembah Anai
pakaian adat orang Minang
menenun songket di Pandai Sikek
untuk Nasir, bakso for dinner
Bersambung esok untuk part kedua ye ;)

.ohhshera.

Feb 20, 2012

pertama kali

Last Tuesday was my first time ever masak untuk Nasir. 
Yups, da nikah 3 bulan baru lah nak pegang sudip dan kuali masak untuk kami. Bukan malas, tapi memang tak pandai masak. T_T  *nasib hantaran tak kurang sebab tak pandai masak.

So, this is the meal of that night.


Appertizer : Mushroom soup and plain bread 
Main course : Nasi goreng tomyam and honey BBQ fried chickens

The best part is, lepas masak saya terus selsema. Dua hari lepas tu, MC pulak. 
But, I really enjoy cooking.
Anyone nak share simple recipe with me?

.ohhshera.

Feb 2, 2012

lapar dan tak pandai masak

Sebenarnya da berniat nak masak untuk dinner malam tadi. Kira bulan baru di tahun baru nak lah buat perubahan kan. Tapi, disebabkan tak berapa nak pandai masak plus lapar sangat kononnya, jadi ajaklah My Habibi pergi dinner di Restaurant Middel Eastern. Nope. Bukan typo atau tak pandai eja. Tapi itu yang tertulis di signboard kedai. Lantas membuat hati membuak-buak ingin pergi  makan di situ.

Venue : Restaurant Madinat Hadrawat
Date : 1 February 2012
Time : 6.15 pm

Ramai juga customer di dalam restoren ni. Cari seat untuk kami berdua dan tunggu orang ambil order. Lama juga tunggu. Maybe sebab masing-masing busy hantar makanan kat meja lain. Tengok macam kenal je. Ohh, rupa-rupanya same management dengan Restaurant Layali Hadramawt di Taman Universiti, Parit Raja tu.

Order makanan yang diingini dan tunggu. Nasir minta Mandy Chicken dan saya order Saltah with Bread. Tak lama menunggu, makanan pun sampai. Mak oi, roti dia. Besar sampai tak nampak pinggan. Actually, Mak dan Adik lah yang mula-mula makan di sini. Mak da warning awal-awal yang roti kan sini semua big size. Makan sorang tak habis punya. Nak tengok macam mana besar nya?

bandingkan dengan phone di sebelah tu
Besar kan. Makan time panas-panas memang sedap. Da sejuk, roti jadi liat sikit. Kat roti tu ada letak bijan dan apa ntah. So, rasanya takde lah plain sangat. I always love bread ;)

Mandy Chicken
Air paling sedap di sini ialah Arrashi. Tak pasti pulak ejaan nya macam mana. Campuran buah-buahan dan ada buah potong dalam gelas. Sedap dan pekat tapi manis buat saya.

mouth watering
Ok, kami da ready nak makan.

si kurus
si tak berapa nak kurus
bismillah
End up, orang yang lapar dan malas masak ni, tak habis pun makan. Bungkus bawak balik. 

Recommended to go.

Where?
Kedainya di Batu Pahat.
Berdepan dengan Bukit Pasir. 
Dekat area Wonderland tu. 
Deret Caltex dan Kings Kopitiam *dulu Oldtown White Coffee. 
Senang cite, kedai ni ambil tempat Restaurant Ajisen Ramen yang dulu.

Errr, tak tahu juga? 
Sorry. Bab-bab tunjuk jalan memang tak pandai. 
Tapi, anda boleh tanya dan minta direction dari saya sendiri melalui komen di bawah, email, sms or call.

Cuba tau~

the menu

.ohhshera.

Feb 1, 2012

rabu yang kurang kata-kata

Looking at this photo;


Makes me wanna sing this song;


p/s : mood holiday sudah mari.

.ohhshera.