Jan 31, 2011

doakan keselamatan adik saya di mansuora

Pagi tadi saya buka facebook. Terbaca kawan saya post ini di wallnya. Saya copy paste dari blog ariff.

Bila baca balik rentetan kejadian yang berlaku di Mesir sekarang ni, aku rasa sangat kesian kepada pelajar di sana. Aku faham sangat situasi mereka dan aku rasa apa yang mereka alami sekarang berpuluh kali lebih teruk dengan keadaan di Moscow. Aku juga teringat kepada segelintir pembaca blog.ariff yang juga merupakan pelajar kursus perubatan di Mesir dan juga kawan-kawan seangkatan di MAI ni yang kebetulan menghabiskan masa cuti musim sejuk di sana. Harap mereka semua ni dan seluruh rakyat Malaysia di sana selama.

Inilah nasib pelajar kita yang belajar di luar negara kalau ditempatkan di negara kelas kedua atau ketiga. Aku rasa satu hari nanti kerajaan patut menghentikan daripada menghantar pelajar ke negara-negara yang bermasalah dan hanya menempatkan pelajar di negara maju sahaja. Sebentar tadi aku baru dapat mesej melalui Facebook daripada seorang pelajar Malaysia yang menuntut di Egypt berkenaan keadaan pelajar di sana dan aku rasa mesej ini perlu disampaikan kepada semua supaya kita tahu yang sepatutnya kerajaan kita perlu secepat mungkin menghantar bantuan dan mengeluarkan rakyat kita dari sana.
Salam Ariff, saya Nadia, a student in Egypt.
Ariff, kini saya berada di Malaysia kerana pulang untuk winter break, but when I got home, the condition in Egypt somehow got worse about the Hosni Mubarak thingy. Ramai yang sangka keadaan kat sana adalah okay, mengikut kata Jabatan Penuntut Kaherah Mesir dan Kedutaan Malaysia di sana, but there are parts that they don’t know:
Di tempat saya Mansoura, people got killed on the streets, houses are getting robbed and they are aiming to attack Malaysian students. There are about 6000 prisoners on the streets! Pelajar kita di Alexandria dirogol, airport dibakar dan anggota polis tidak lagi menjalankan tugas mereka.
Kita memohon supaya kerajaan Malaysia memandang serius hal ini. Bukan sahaja di Mansoura, malah di seluruh Mesir keselamatan rakyat kita terancam.
Segala update berkenaan keadaan di sana boleh dibaca melalui blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita
Jika ada cadangan di luar sana untuk membantu kami mendapatkan perhatian kerajaan Malaysia, sila hubungi Nurul Nadia Binti Md Zin di 017-3193923
Atau melalui:
Facebook:
Nuvul Nadiva Dizavch
Twitter: DyyaDizarch
Blog: Nadia-ism
YM: nadia_mdzin2001@yahoo.com
Please let all Malaysians know about this. I will do the same but I need your help too especially to all the bloggers out there. May Allah save our citizens there.
- Nadia
So what can you do now?
  1. Kalau ada Twitter, retweet this. Aku sengaja mention @NajibRazak dalam tajuk entri supaya everytime orang retweet, akan automatically mention nama dia. Click the retweet button. Lagi banyak, lagi bagus. It show’s that things are really serious there and we care.
  2. Reblog this. Copy paste dan post dalam blog. Time ni memang aku galakkan sangat-sangat untuk korang copy paste.
  3. Share this on Facebook.
Semalam abah call Syamim. Dia kata mereka kena curfew dari pukul 4pm hingga 8am. Now mereka semua standby dengan passport dan beg kecil just in case ada red alert. ATM tak boleh guna. Internet connection tiada dan hanya boleh call saja. *text message tidak berfungsi. Untuk masa sekarang ini, saya just ikut update dari blog ini saja. Kami sekeluarga sangat-sangat risau. Diharap kerajaan Malaysia dapat evacuate pelajar dan rakyat Malaysia di Mesir secepat mungkin. Doakan adik saya dan rakyat Malaysia selamat di sana. Ameen.

|ohhshera|

Jan 28, 2011

makanan sejuk dan sedap

Memandangkan cuaca di Batu Pahat yang asyik hujan dan sejuk, saya nak cerita pasal satu benda yang sejuk dan sedap. Benda ni sedap dimakan pada waktu hari panas terik. Cuba teka apa dia?

Siapa yang teka air batu campur tadi? Haa, jawapan anda salah. Slurpee juga bukan. Ais krim? Barulah betul ^__^ Sejak-sejak koperasi UTHM sudah beroperasi di belakang bangunan PKU ni, rajinlah juga menabung di sana. Nak keluar pergi 7e jauh sangat.

Semalam cuaca mendung-mendung tapi tak hujan. So ajak Shanaz dan kak Ila pergi koperasi belakang ni. Tengah pilih-pilih ais-krim macam kanak-kanak kecil, datang pula kak Diana menempel sekali. Lepas bayar, lepak di luar koperasi sambil menikmati ice-cream yang sejuk sedap itu.

mak-mak orang dengan ice cream kacang merah
Disebabkan saya bukan mak-mak orang macam kak Diana dan Shanaz, kenalah pilih yang lagi canggih dan menawan hati. Taadaa. Memperkenalkan ice cream pilihan saya.

paddlepop pelangi
Eppp. Jangan gelak. Mesti korang ingat saya pilih cornetto kan? Kan? Kan? Paddlepop pelangi ialah ais krim favourite saya. *sambil nyanyi lagu paddlepop. Selain dari itu, saya suka ice cream solero yang dalam perisa vanila luar perisa lime, ice cream mooo~ dan juga ais krim Malaysia yang dulu harganya seposen je.

Last Monday makan ais krim Malaysia dengan my sis. Tapi dia makan ais krim perisa cendol. *heaven.

Korang pula suka makan ice cream apa?

p/s : kak ila tiada di dalam gambar sebab kak ila tak makan ice cream.

|ohhshera|

Jan 27, 2011

saya sudah ada external hard disc

Weee... Saya sangat suka sebab saya sudah ada external hard disc. *senyum sampai telinga. Setelah seminggu menunggu, akhirnya parcel yang ditunggu-tunggu tiba.

Saya beli online. Beli via afiQ kat facebook. Murah-murah je. Saya order 2 external hard disc, satu Western Digital dan lagi satu Samsung. Tapi last-last ambil Samsung sebab ada anti virus sekali.

abaikan buah limau kat belakang tu
Cute je size external hard disc Samsung ni. *pocket size. Bolehlah bawa pergi kelas Sabtu ni. Nak simpan presentation pathology kawan-kawan yang kena present nanti. Senang kan. Ok, jom tengok benda ni dengan lebih dekat lagi.

ada pouch, anti virus, ext hdd
Minta Afiq bagi warna pink, merah or silver tapi dia kata tak ada stock. Tak apa. Hitam itu menawan. Mulai hari ini saya panggil external hard disc saya, Kiki. Nak pergi godey-godey Kiki jap. Tata~

Kalau sesiapa nak beli external hard disc, bolehlah contact Afiq di facebook nya.

|ohhshera|

Jan 26, 2011

saya ingat saya je yang tak pandai eja

Ekoran dari entri lemau pagi tadi, saya post lagi satu entri untuk hari ini.

Even masih hujan di luar sana tu, saya akan karang sehabis baik untuk entri kali ini.

Nak tahu satu rahsia tak? Saya tak pandai eja. *haha. Dulu masa sekolah tingkatan 4, saya eja bangunan macam ini banggunan. Double g. Kena marah dengan cikgu Bahasa Melayu. *nasib baik tak kena rotan.

Bila da besar, saya masih tak pandai eja sangat. Bahasa Melayu pun tak lepas, ini kan pula Bahasa Inggeris. Lagi lah fail. Kalau mak suruh take note, nanti terkebil-kebil sebab tak tahu eja. Lepas tu minta mak eja kan. Kadang-kadang tu nak type post kat belog ni pun, saya message en bf dulu, tanya macam mana nak eja perkataan yang saya tak tahu. *ok berhenti gelak guling-guling.

Malu memang lah malu tapi nak buat macam mana, da tak reti. Malu bertanya sesat jalan kan. Kena lah tebalkan muka tanya orang macam mana nak eja perkataan yang susah-susah. *kadang-kadang perkataan senang pun tak pandai eja.

Ohh, sebenarnya saya nak share satu gambar ni. Di ambil masa saya dan keluarga pergi MATTA International Fair Selangor Umrah & Muslim Travel di SACC Mall, Shah Alam, 2 minggu lepas.

ini ialah akir. dia lah yang nampak kesalahan ejaan di sini
Romantic Life Weeding Photo? Bukan sepatutnya Romantic Life Wedding Photo ke? Kalau kita translate kan apa yang tertera di dalam gambar ke Bahasa Melayu, ia akan memberi maksud; gambar penyiangan romantik secara langsung atau gambar romantik penyiangan secara langsung. *jom gelak guling-guling lagi. Nak buat proses penyiangan tumbuhan secara romantik pulak.

Malu ohh kalau buat signboard tapi salah eja. Lain kali kena double check ^__^

Selamat belajar mengeja untuk saya.

p/s : ada siapa-siapa nak buat kelas ejaan untuk saya, sila pm saya. terima kasih

|ohhshera|