Feb 25, 2011

mari bantu mangsa banjir-episode dua

Bertemu lagi kita di entri mari bantu mangsa banjir episode dua. Tanpa membuang masa, jom tengok keadaan di mana kami ditempatkan di Kampung Seri Menanti, Sri Medan.

ramai orang kan
kaunter pendaftaran dan pemeriksaan
Haaa, kan da cakap kami ditempatkan di warung. Actually, meja yang kami gunakan tu, meja makan untuk pelanggan di warung ini. *pinjam sat na tuan kedai. Tempat ialah sangat limited dan kurang selesa. Jangan tertipu ye, yang ramai-ramai kat dalam tu ialah orang-orang kampung sedang ngeteh, bukan tengah tunggu giliran nak check.

gambar dari depan
 Dari orang-orang kampung yang sedang ngeteh di warung itulah kami dapat pelanggan. Ada yang memang teringin sangat nak jumpa kami dan dapatkan pemeriksaan kesihatan percuma. Ada yang nak jumpa doktor tapi takut-takut dan malu-malu. Ada yang tidak tahu pun kami menyediakan perkhidmatan ini pada hari tersebut. Tapi nasib baik ada yang menyampaikan kepada mereka yang di rumah.

saya di kaunter pendaftaran
lepas daftar boleh jumpa doktor atau medical assistant
selepas itu ambil ubat di farmasi
Kami juga ada bukak kaunter makmal perubatan bagi mereka yang ingin periksa darah dan juga ada perkhidmatan pemeriksaan pergigian. Siapa check gigi, nanti dapat berus gigi dan ubat gigi percuma. Best kan. Bukan calang-calang brand tau. Dapat berus gigi Oral B dan ubat gigi Colgate. Siapa tak check, sangat rugi.

dental team tengah tunggu pelanggan
Ohh sungguh mencabar kerja di bawah atap zink dengan cuaca yang maha panas. Tengah hari, kami dipelawa makan di rumah Pak Naib. Eh, bukan rumah Encik Naib tapi Pak Naib tu ialah gelaran ketua kampung di sini. Sedap ohh lauk yang disajikan. Nak tahu, kena tunggu episode seturusnya. Tunggguuuuuu~

berhenti menulis sambil minum mineral dan makan pikin

.ohhshera.

Feb 24, 2011

mari bantu mangsa banjir-episode satu

Seperti yang dijanjikan, saya mempersembahkan cerita tentang rumah dan air.

Ada sesiapa dapat teka tak yang saya nak cerita pasal banjir? Yelah, hint yang diberi tu kan betul. Rumah yang dibanjiri dengan air = banjir. Teehee~

Berminggu-minggu yang lalu, UTHM ada hantar bantuan membantu mangsa banjir di Sri Medan, Batu Pahat, Johor. Tapi tak ada lah sampai kena redah banjir, naik sampan dan tengok air sampai bumbung rumah. Kira kami bantu untuk pasca banjir je.

muka orang paling awal sampai di PKU
barang-barang yang dibawa

breakfast meehoon goreng
dengar taklimat di bilik gerakan di Sri Medan
keadaan di dalam bas
Mencabar betul nak membantu mangsa banjir ni. Bukan sebab kena redah banjir tapi sebab team kami asyik kena campak entah kat mana-mana je. Mula-mula kata kami ditempatkan di Sekolah Agama Sri Medan. Lepas tu entah kat mana lah. Last-last pergi ke Kampung Seri Menanti, nun jauh di dalam. *maxis ada 1 bar je.

Pula tu, kami tak diberikan tempat yang sesuai untuk memberi khidmat pemeriksaan kesihatan percuma. Just di letakkan di warung tempat orang-orang kampung ngeteh. Ohh mencabar. Dengan cuaca yang panas, tempat limited dan tak selesa, kami teruskan jua aktiviti ini.

Nak tahu keadaan warung tempat kami menjalankan pemeriksaan kesihatan percuma? Tunggu episod kedua ye. ;p

.ohhshera.

Feb 23, 2011

cak baa~

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca belog saya.

Hari ini sangat malas nak siapkan presentation pathology yang tinggal sikit je lagi tu. So, masa yang ada, saya godey-godey lah belog ini. Tukar font, tukar kaler, sambil berphotoshop belajar buat header baru. *wiwit. Walaupun tak secute mana, tapi boleh lah, kan?

Tiba-tiba terbayang makanan yang sedap di Secret Receipe. Lapar~ *mesti syndrome pre-menstrual ni.

sedap kan. yummies~
Esok saya janji saya akan update belog ini. Janji. Nak tahu tak saya nak cerita pasal apa? Meh saya bagi hint meh~

taadaa~
Aha. Nampak botol mineral 1kotak tu? Agak-agak nak cerita pasal pergi berkelah bersama student UTHM ke cerita pasal rombongan Cik Kiah ke Sukan Komenwell? 

Saya bagi lagi hint. Rumah, air. Tak dapat lagi? Kalau nak tahu, kena lah baca belog saya esok ok. ;)

Jaga diri yek.

.ohhshera.

Feb 21, 2011

update entri cepat-cepat

Assalamualaikum wbt. 

Lamaaaaaaa gilaaaaaaaa tak update belog ekoran daripada kebusyan buat assignment, kerja dan ehem-ehem ;) *wah siap ada ehem-ehem.

Now pun sambil siapkan presentation pathology, sambil layan patient, sambil update belog, sambil ym dan sambil berfacebooking. 5in1 ;)

Saja lah nak tayang selipar baru. Beli kat Kluang Mall Jumaat lepas.

tada~
HK on the move
Haha. Sebenarnya saya bukanlah peminat Hello Kitty pun. Time jalan-jalan, Sha ternampak selipar ni. Saya pula terus jatuh hati bila Sha tunjuk selipar ini. Beli sama dengan Sha. *jangan mara aa sha sebab kite tiru awak.

Murah je, RM15.00 sepasang. Kalau datang Kluang Mall pergi lah kedai Happii Feet. Macam-macam corak selipar yang menarik ada di situ. Ada gambar strawberry, katak, bintang, pisang dan banyak lagi. Dari saiz budak kecil sampai lah ke mak budak.

Nanti bila da free, saya update belog lagi ok. Jaga diri.

|ohhshera|