Aug 11, 2011

12 bulan = 1 tahun

Dari kecil kita da diajar

Dalam 1 jam ada 60 minit
Dalam 1 hari ada 24 jam
Dalam 1 minggu ada 7 hari
Dalam 1 bulan ada 30 hari
Dalam 1 tahun ada 12 bulan

Pejam celik pejam celik, rupa-rupanya hari ni da setahun saya dengan en.Nasir bersama.  Cepat betul masa berlalu. Rasa macam baru je kenal dia.

Mari flashback

Mula kenal masa pergi Kursus Induksi Bil 1/2010 Kumpulan Pengurusan & Profesional serta Sokongan 1 (A&B) di Felcra Tebing Tinggi, Segamat, Johor. Time tu pergi sama-sama dengan abang. So, takde lah rasa awkward sangat since saya sorang je yang pergi dari office saya. 

Kursus bermula dari 17 Mei 2010 sehingga 27 Mei 2010. Jadual pack dengan aktiviti dan ceramah. At that time, takde langsung jatuh hati dengan dia sebab nampak dia jenis yang poyo. Ohh, en.Nasir satu kumpulan dengan abang. Kalau da duduk dekat dengan abang, memang riuh lah 1 kelas bila dorang ni berbual atau buat lawak.

So, after balik induksi, masih takde apa-apa perasaan atau hubungan. Setakat berkawan dalam facebook dan dalam group induksi di facebook dan email. Sampai lah satu hari, dia minta no.phone. Masa tu tengah bertugas di Dewan Peperiksaan untuk pengambilan pelajar baru. Nak no.phone minta lah abang!

Bermula dari situ, barulah kami mula berbalas SMS dan dia selalu call. Sampailah satu hari, kami buat keputusan untuk bersama. *ayat macam dalam novel pula. Sehinggalah ke hari ini, alhamdulillah kami masih bersama. Bertunang pada 11.03.11 sempena birthday saya dan inshaALLAH akan bernikah pada 11.11.11. 

Sempena 1 tahun bersama ini, saya ingin mengucapkan,
Jutaan terima kasih untuk Nasir dan ingin memohon maaf atas segala kesilapan saya.
Semoga hubungan kita kekal hingga ke syurga. 
Semoga kita jadi pasangan yang bahagia dan diredhaiNya.
Ameen~


p/s : 92 hari je lagi!

.ohhshera.

Aug 10, 2011

jom jakarta - episode satu

Just before Ramadhan, my parents, en.Nasir and me pergi Jakarta. Again! Kali ni untuk settelkan hal yang tertangguh before this. Trip 3hari 2malam ni merupakan trip budget. Kenapa budget? Sebab pergi semata-mata nak settlekan pasal kad, shopping terhad, tidur di hotel biasa-biasa dan kereta sewa yang biasa.

The story goes right this.

29Julai2011

Flight dari KLIA pukul 7.10pagi
pada masa itu, tiket Garuda lagi murah dari AirAsia
Sampai di Lapangan Terbang Soekarno-Hatta, Jakarta lebih kurang pukul 9.00pagi. Pak Nana *driver kami di sana da sedia menanti di ruang menunggu. 
tengah tunggu kereta sampai
First thing first. Settlekan hal kad di Pasar Tebet. Tapi nasib tak berapa baik. Kad belum siap dipacking ke dalam kotak dan Pak Idris belum sampai office. So, shoot ke Jati Negara untuk shopping dengan begitu laju. Jalan ke Jati Negara sangat jam sebab da nak puasa, semua orang sibuk shopping.

Para lelaki pergi solat Jumaat di tingkat atas Jati Negara manakala para wanita memulakan tugas mencari kain yang diburu. Plan asal nak jalan seluruh Jati Negara before membeli. Tapi, last-last pergi ke kedai yang last time datang. Tak larat da nak berjalan. Keadaan panas dan sesak.
tokey Prima Textile yang pakai kemeja putih
Lepas shopping, perut pun lapar. Kami makan di Restoren Beringin berdekatan dengan Jati Negara. After that, heading to Pasar Tebet. 
antara kad yang ada
Fuhh, part ni mencabar sebab tak tahu pula yang kad tu maha berat. Nak bawa balik naik flight rasanya tak terbawa. So, terpaksa cari courier service yang boleh hantar ke Malaysia dengan kadar yang berpatutan. Pula tu Pak Idris tak cukup cetak. Nak tunggu siap cetak makan masa lagi. At this point, semua orang pun stressed out dan nak marah-marah saje.

Tiada keputusan yang paling best buat masa ini untuk membawa balik kad-kad tersebut. Akhirnya, ambil keputusan untuk check in di Hotel N1 di Tanah Abang dulu. Lepas mandi, turun untuk makan di sekitar hotel. For the first time, kami makan di kedai tepi jalan *betul-betul percutian budget. Soto ayam yang sedap tapi, Abah mengalami buang-buang air selepas itu. *perut Abah memang sensitive.

Sebelum tidur, berbincang esok either nak pergi Bandung or Bogor.

Nak tahu kami pergi mana?
Kena tunggu episode seterusnya. Hee~

.ohhshera.

Aug 9, 2011

berbuka bersama keluarga

Hari Sabtu yang lepas, berbuka puasa di Hotel PineTree bersama keluarga. Semua ada kecuali Syamim, Akir dan Adik. 

Makanan kat situ so-so saja lah. Bukan tak sedap tapi juga bukan lah sedap sangat. Ada lebih dari 100 jenis makanan yang dihidangkan. Antaranya, roti canai, murtabak, mee goreng, sate, roti jala dan nasi putih. Lauk pulak ada kerabu mangga, kerabu sotong, udang masak butter, ayam merah, kerang bakar, ulam dan banyak sangat lah. Sampai tak termakan pula. 

Sambil-sambil menjamu selera, ada show. Ingat ada ghazal ke apa, rupanya ada 2orang perempuan dan seorang lelaki yang menyanyi. Kira cam karaoke lah. But, pada saya lagi baik tak ada show macam ni daripada ada sebab rasa macam bising dan tak tenteram pula. Then, lagu-lagu yang dinyanyikan rasa macam tak kena dengan suasana dan MC agak bosan. Sorry. No offense. Itu pendapat saya dan keluarga. Baik suruh Dilla or Kak Wahidah yang nyanyi.

Sekarang, mari layan gambar yang sempat diambil. *tak perasan battery camera da low.

si kecik yang tak puasa
Wafiy yang puasa
1st round abang
1st round saya
kuih kaswi
yummeh
nak buat caricature pun boleh
penyanyi
happy dating anniversary
budak masscom tukang ambikkan gambar kami
After makan, kami semua jalan-jalan kat Bazaar Ramdhan di BP Walk dan Dewan Jubli. Disebabkan masih awal, banyak kedai yang masih belum beroperasi. Hampa.

By the way, sesiapa yang ingin berbuka puasa di Hotel PineTree boleh walk in atau call untuk book seat. 

RM 50 nett untuk dewasa dan RM 28 nett untuk kanak-kanak.
Start dari pukul 6.30 petang sampai 10 malam.

Hari ni nak buka apa pula ye? Emmm

.ohhshera.

Aug 8, 2011

salam ramadhan

Assalamualaikum wbt.
Salam Ramadhan Al-Mubarak.

Walaupun sudah genap seminggu umat Islam berpuasa, rasanya belum terlambat lagi untuk saya mengucapkan selamat menyambut Ramadhan dan selamat berpuasa untuk semua. Maaf ye lambat wish sebab saya kurang sihat di awal Ramadhan. Perut terkejut kena puasa agaknya.

Erm, rasanya ada 2-3 benda yang nak diceritakan. Tapi disebabkan tak bawak card reader, jadi niat untuk cerita sambil post gambar terpaksa ditunda ke esok hari.

Untuk masa sekarang ni, saya mahu blogwalking blog-blog yang da lama tak dilawati. Sampai jumpa lagi esok. InshaALLAH.

Selamat menjalani ibadah puasa bagi umat Islam semua.

p/s : lagi 95 hari je lagi?erkk.pengsan
.ohhshera.