Oct 31, 2011

Nombor 11 dan saya

Hari ini 31.10.11.

Esok sudah masuk bulan 11. Bulan yang dinanti-nantikan. *dupdapdupdap.

11.03 pada setiap tahun saya akan jadi popular sekejap sebab ramai yang message, call dan post di wall fb saya. Kadang-kadang ada yang bersusah payah siap bagi hadiah. Sayang betul mereka semua pada saya. Hehe.

Tapi 11 yang paling special ialah 11.03.11 sebab saya melalui satu lagi fasa baru dalam hidup saya. I'm engaged yaww.

Mengikut counter di bawah blog saya, lagi 11 hari ke tarikh 11.11.11 *banyak nya 11! Tak sabar campur nervous.

 Jadi saya ada masa 11 hari sahaja lagi untuk menyiapkan diri sebelum melangkah ke alam yang baru. Sedia tak sedia saya kena lalui juga.

11 hari juga yang saya ada untuk settlekan semua kerja-kerja untuk majlis nanti termasuk untuk pampering myself. Sempat tak sempat kena sempatkan juga.

Untuk bergelar single atau pun cik, saya hanya ada 11 hati je lagi untuk guna gelaran itu. Selepas itu title bertukar.

Cuti kahwin ialah 11 hari bekerja ;) Tiada honeymoon. Booo!

Bermula esok, akan ada 11 entri berkaitan saya, preparation dan wedding.

surprise cupcake untuk Nasir ;)

ps : hari hujan. tiba-tiba rasa sedih pula bila tinggal 11 hari je lagi.

.ohhshera.

Oct 30, 2011

tortura

Apa itu TORTURA?
Totura ialah satu exhibition tentang bentuk penyeksaan di zaman dahulu. Dalam exhibition ini, pengunjung dapat melihat alatan yang digunakan untuk menghukum pesalah pada zaman dahulu. *mungkin tortura bermaksud torture tua atau torture amat.

pintu masuk tortura
Exhibition ni bertempat di tingkat atas Dataran Pahlawan Mall, Melaka. Dibuat seolah-olah bentuk castle, fully covered dengan khemah dan kain. So, keadaan sedikit gelap. Plus sepanjang berada di dalam tu, ada music yang seram macam ada ritual terlarang pula. *rasa seram sejuk sebab aircond sejuk.

sama-sama pakai hitam except me ada inner pink
Masuk-masuk je nampak patung ni. Mula-mula takut juga nak ambil gambar. Mana lah tahu, tiba-tiba patung ni bergerak. Tapi setelah dicucuk-cucuk perutnya bagi memastikan ianya adalah patung, barulah berani nak snap picture.

Banyak peralatan yang dipamerkan di sini termasuk juga gambar-gambar yang menunjukkan macam mana hukuman dijalankan. Rasanya exhibition ni tak sesuai untuk kanak-kanak. Saya yang tengok dan baca pun boleh sakit kepala sampai balik BP sebab fikir betapa seksanya orang yang dihukum itu.

pesalah digantung dan badannya dicarik-carik
gambar menunjukkan alat untuk menarik usus
baring, kaki dan tangan diikat kemudian diregangkan. badan kena besi yang bergolek di bawah badan. ouch
Lembu Jantan Falaride dicipta oleh Perillus untuk mengampu Raja Phalari kerana raja yang zalim itu menawarkan hadiah kepada sesiapa yang berjaya mencipta alat untuk menyeksa manusia. Tetapi, nasib Perillus sangat malang kerana dia dijadikan mangsa pertama yang dibakar di dalam perut lembu besi yang diciptanya.

dikatakan pekikan orang yang dibakar di dalam lembu besi ini mirip seperti lembu mendenguh
kerusi ini diganti dengan kerusi elektrik pada masa kini
click untuk lihat gambar di belakang dengan lebih jelas
potong kepala
Banyak lagi alat yang dipamerkan di sini. Mostly memang rasa ianya amat menyeksakan. Macam manalah rasa orang yang dihukum tu ek. Diseksa teruk sebelum mati. T__T

Rasanya exhibition ni last pada 31 Oktober 2011. Tapi tak tahu lah kalau penganjur extend kan tempoh pameran. Tiket RM10 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak. Kalau bawak camera atau video camera, kena xharge RM5.

Last but not least.

the legendary Iron Maiden 
.ohhshera.

Oct 29, 2011

disengat landak laut, digigit tapak sulaiman

Sakit sungguh rasanya disengat landak laut dan digigit tapak sulaiman. *eh landak laut ada sengat ke?Dan tapak sulaiman boleh gigit kita ke?

Nasir memang suka exaggerate cerita. Padahal tak ada pun kes kena sengat dengan landak laut atau pun digigit dengan tapak sulaiman. Malah, binatang-binatang laut ni boleh dipegang dan kita boleh berposing depan camera dengan mereka. 

mari pegang ikan jerung. nampak tak jerungnya?
Masa mula-mula masuk ke dalam, kita akan jumpa area di mana kita boleh pegang-pegang dan posing-posing bersama hidupan laut. Ada baby ikan jerung *seperti gambar di atas , tapak sulaiman, belangkas, ikan pari dan gamat.

ini ialah telur ikan jerung, nampak tak bentuk ikan dlm telur ni?
Macam-macam jenis tapak sulaiman yang boleh dilihat. Cantik-cantik semuanya. Ada tapak sulaiman yang keras dan ada juga yang bentuk yang berbulu. Tapak sulaiman bergerak sangat lambat. Jadi bila nak tengok dia berjalan, memang kena tidur situ lah jawab nya. Tapi kalau yang daya fikiran lambat, hanyalah patrick star kawan spongebob tu.

ni jenis yang keras
ni jenis yang berbulu
ni pula the smallest starfish. kecik gile kan
Next, ke kolam ikan pari. Tak sempat nak snap gambar sebab time tu pula kawan call ajak jumpa. Bila da letak phone, yang lain semua da pergi ke kolam gamat dan belangkas.

Semua tak nak pegang gamat. Saya dengan berlagaknya nak pegang. Suruh Syamim snap gambar. Nak tunggu Syamim snap gambar punya lah lama, gamat tu da bergerak-gerak. Sumpah geli. Gambar pun tak jadi.

belangkas
Enough meet and greet with them, sekarang berjalan tengok hidupan laut yang pelik-pelik dalam akuarium pula. Terlalu banyak haiwan yang cantik-cantik dan pelik-pelik. Kalau upload semua, jadi macam mini album pula. So, ambik mana yang rasa best saje.

piranha buat dek je. tak pandang ikan yang tergantung tu pun.
seahorse
jellyfish
Ada satu haiwan ni yang hidup since zaman dinosaur.Tapi saya tak tahu apa nama dia. Anyone yang tahu?

macam scary kan
Ok. Cuba teka gambar apa kah di bawah ini?



Perhiasan aquarium yang berbentuk ikan?
Batu karang bentuk mirip ikan?

Sebenarnya ketiga-tiga gambar di atas ialah IKAN! I mean real fish. Tapi, ikan-ikan ni tak boleh berenang. *pelik kan ikan tak berenang. Mereka menggunakan kaki untuk bergerak. Err, tak tahu lah namanya kaki ke apa. Tapi nampak macam kaki. Ada video yang menunjukkan macam mana dia bergerak dan menangkap ikan kecil untuk dimakan. Kalau nak tengok macam mana, kena lah pergi Coral Wonderland.

Bertempat di Dataran Pahlawan Melaka, Coral Wonderland dibuka setiap hari dari pukul 10.30pagi. Harga tiket bergantung kepada anda warganegara mana.

Kalau ada MyKad atau MyKid, harganya RM30.
Kalau tak ada, kena bayar extra RM10.
Tapi kalau anda warga emas berumur 60 tahun ke atas, dapat kurang RM10.
Eh, kalau student nak dapat harga warga emas pun boleh. Tapi kena bawak kad student lah.

p/s : Nasir tak puas. Nak pergi lagi.

.ohhshera.



Oct 25, 2011

Sweet 17...days to go

Ya ALLAH. Tinggal 17 hari je lagi. Banyak benda tak settle.
Kad belum siap edar.
Hantaran belum finalize nak gubah macam mana.
Doorgift belum decide nak bagi apa. *any idea?
Bilik belum kemas. Jadi katil pun belum boleh bawa masuk.
Baju pengapit belum beli.
Chocolate hantaran belum beli.
Wedding cake untuk majlis belah Nasir belum tempah.
Facial belum buat.
And the list continue...
Adoi. Sempat ke buat semua tu dalam masa singkat ni?

So little time but yet so much to do.

Mode:cemas