Nov 25, 2011

14 hari = 2 minggu

Alhamdulillah. Hari ini sudah genap 2 minggu saya menjadi isteri yang sah kepada Mohd. Nasir. 
Alhamdulillah sekali lagi kerana keempat-empat majlis berjalan dengan lancar. Walaupun ada perkara yang dirancang tidak dapat dilaksanakan, tetapi kesemua majlis tetap meriah dan berjalan dengan baik.

Akan cerita satu persatu majlis bila saya dapat gambar dari Official Photographer. Cerita berserta gambar lebih menarik bukan? Kalau membaca je, mesti bosan. Rasa macam baca buku sejarah pula. Jadi, kena tunggu lah. Mungkin December nanti boleh share cerita ini ;)

Just nak share date dan occasion dulu ok.

11.11.11 - Majlis Pernikahan
12.11.11 - Resepsi I
13.11.11 - Resepsi II
20.11.11 - Majlis Bertandang

Sempena 14 hari menjadi isteri Nasir ni, saya nak bagi sedikit ucapan untuk dia. *err.actually cilok dari internet.

Woman came out from the man rib.
Not from his feet to be walked on;
Not from his head to be superior.
But from his side to be equal;
Under his arms to be protected;
And next to his heart to be loved.

Semoga kita kekal bahagia hingga ke syurga. Amin~

.ohhshera.

Nov 24, 2011

Jubah dan mortar board

Mengikut tajuk yang berunsur hint, da tentu saya nak cerita pasal convocation kan. Tak kan la masa wedding pulak nak pakai jubah dan mortar board.

Tapi convo siapa? Degree saya belum habis lagi. Convo Diploma da 4 tahun berlalu. Nasir? Sudah tentu salah. Jawapannya ialah, si comel Syed Muhammad Wafiy Alwee yang tamat tadika dan convo nya pada hari ini. I mean petang tadi majlisnya.

The first performance ialah Wafiy jadi nasi. Nasi? Ha a. Jadi nasi dalam lagu Bangau Ohh Bangau. So comel dan kelakar pergerakan Wafiy. Sayang tak record! Just ada gambar je.

Selepas itu ada persembahan dari pelajar-pelajar 4,5 dan 6 tahun Tadika Al-Hidayah dari cawangan Banang Jaya dan Tanah Merah.

Then ada penyampaian sijil dan piala buat semua pelajar. Kira macam convo la kan sebab siap pakai jubah mortar board. Sangat comel!

Well, Wafiy dipilih oleh cikgunya untuk menyampaikan cerita dalam Bahasa Inggeris. Nasib dia tak lupa ;)

Last, semua pelajar menyanyikan lagu 1 Malaysia dan lagu Standing In The Eyes Of The World. *eh ni lagu masa induksi bersama Abang dan Nasir. Hehe

P/s tunggu saya upload video nya ye ;)
wafiy jadi nasi
spot kak D's daughter

Nov 10, 2011

Gigi ohh gigi

Now, i'm waiting for my turn to do scaling and whitening to my teeth.

Di mana?
Di Klinik Pergigian Nuur, Jalan Tanjung Laboh.
Ditemani oleh my bridesmaid, the lovely T.R.A! Yay. Thanx darl.

Got to go.
Bye!

heee

Nov 9, 2011

aktiviti malam hari untuk hari ini

Pada saat ini, kami sekeluarga sedang bertungkus lumus menyiapkan doorgift untuk majlis nanti. Hadrami pun tolong sama.

Sakit-sakit tangan mengikat apa ntah nama yang digunakan untuk ikat potpuri tu. Jom layan gambar kami sekeluarga.

Ayu mengantuk la tu
terima kasih semua
Hadrami turut membantu
comel!