Mar 8, 2011

tayar pancit?

Ayok. Apa nak buat kalau tayar pancit? Panic sekejap. Bagi orang yang tak reti nak tukar tayar macam saya ni, haruslah panic sekejap kan. *sekejap je.jangan lama-lama.

Hari tu, masa lepas balik kelas dari Puncak Alam, terperasanlah tayar depan belah kiri kereta mak pancit. Padahal Syamim baru lepas tampal 2 hari sebelum pergi KL. Nak pergi kedai tayar sorang-sorang tak berani, so tunggulah abah balik rumah.

abaikan rim yang berdebu itu.
Sebelum bertolak balik ke Batu Pahat, abah bawa kereta mak ke kedai tayar dekat dengan rumah. Disebabkan abah bawa kereta laju manakala Syamim bawa kereta begitu berhati-hati, saya hanya sempat snap gambar ini sahaja. *akak tak cakap mim bawa lambat ok.

upacara menampal tayar
lepas tu pam angin
masukkan tayar dalam kolam untuk check air bubble. kalau ada bubble means ada bocor lagi
last sekali pasang balik tayar kat kereta
Haa. Siap da. Murah je tampal tayar ni. RM5 per tampalan. Kalau tayar motor or tayar lori saya tak tahu la pula berapa. Plus kalau tayar pancit kat highway lagi mahal la kot rasanya. So, belajar-belajar lah tukar tayar sendiri. Tapi make sure tayar spare tu tak pancit juga. *hehe.

Now, masa untuk pulang ke Batu Pahat dengan tenang. Lagi-lagi bila Syamim yang drive. Yahoo. Boleh tidur.

hari hujan.jom tidur

.ohhshera.

Mar 7, 2011

keputusan kursus induksi

Hari ini 7 Mac 2011.
Baru je tadi dapat surat dari Timbalan Pendaftar UTHM.
 
"Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Panel Penilaian Kursus Induksi Umum / Khusus Bil. 1/2010 telah menimbangkan dan memutuskan bahawa *ehem-ehem nama saya telah mengikuti dengan jayanya Kursus Induksi Umum / Khusus Kumpulan Pengurusan & Profesional Serta Sokongan 1 (A&B) Bil. 1/2010 pada 17 hingga 27 Mei 2010. Keputusan keseluruhan adalah LULUS."

Disertakan sekali Sijil Kursus Induksi Umum / Khusus Kumpulan Pengurusan & Profesional Serta Sokongan 1 (A&B) Bil. 1/2010. Tahniah diucapkan kerana telah hadir dengan jayanya.

Alhamdulillah. Lulus sudah Kursus Induksi dan juga BTN. Sekarang mari tunggu disahkan jawatan. *senyum lebar sambil rasa cuak.
 
Nasib baik saya dapat pergi Induksi pada tahun lepas. Kalau tak, tak jumpa lah en nasir saya tu. *teehee~

.ohhshera.

Mar 3, 2011

mari bantu mangsa banjir-episode tiga

Masih ingat cerita yang saya bagi bantuan kepada mangsa banjir? Kalau tak ingat boleh baca kat entri ini untuk episode dua dan entri ini untuk episode satu.

Hari ini nak sambung cerita pasal kami semua pergi makan tengah hari di rumah Pak Naib. Mencabar tahu nak mencari sesuap nasi di rumah Pak Naib ni. Sebab kami kena berjalan kaki di tengah-tengah hari buta, panas terik tu. Kena redah kelapa sawit lagi. Tak caya, boleh tengok gambar kat bawah ni.

bermulalah aktiviti lumba jalan kaki ke rumah Pak Naib
kiri kanan kelapa sawit.
Walaupun berjalan atas jalan tar, tapi sebab kiri kanan ada kelapa sawit, tetap nak taip kami redah ladang kelapa sawit. Tengok mata masing-masing jadi sepet sebab silau dan panas terik. Akhirnya kami sampai ke rumah Pak Naib. Taadaa~

posing Sha, jangan tak posing
Setelah penat berjalan yang tak sampai pun 10minit tu, kami dihidangkan dengan lauk kampung. Sedap ohh. Isteri Pak Naib masak bersama dengan student perempuan dari UTHM yang ikut kami sekali.

makan time
para lauk pauk
Tengok lauk kat gambar last ni, tiba-tiba rasa lapar. So, nak berhenti di sini dulu. Nak makan nasi ambeng yang disponsor oleh en Asrol sebab dia da naik pangkat. Tahniah Asrol. Rezeki baru kahwin la tu. Alhamdulillah. Sampai jumpa di episode seterusnya.

.ohhshera.

Mar 2, 2011

surat kepada en subway

Ke hadapan en subway yang dirindui. 
Sudah hampir dua purnama rasanya kita tidak ketemu. Kangan bangat sama kamu. 
Nasib menyebelahi kita kerana pada Ahad lepas, kita sempat bersua muka dan melepaskan rindu.

Balik rumah dari kelas, tengok tak ada sesiapa kat rumah. *line clear! Boleh lah kita berdua-duaan kan.

en subway sedang lepak di atas carpet depan tv
terserlah kesedapan en subway
Rindunya saya kat awak.

nak gigit awak lah
melt.
Sungguh! Saya masih rindu awak lagi.
Ohh Parmesan Oregano with Chicken Teriyaki.
Tunggu saya ada kelas lagi, kita boleh jumpa, ok? Salam sayang dari saya.

.ohhshera.