Bertemu lagi kita di entri mari bantu mangsa banjir episode dua. Tanpa membuang masa, jom tengok keadaan di mana kami ditempatkan di Kampung Seri Menanti, Sri Medan.
|
ramai orang kan |
|
|
kaunter pendaftaran dan pemeriksaan |
Haaa, kan da cakap kami ditempatkan di warung. Actually, meja yang kami gunakan tu, meja makan untuk pelanggan di warung ini.
*pinjam sat na tuan kedai. Tempat ialah sangat limited dan kurang selesa. Jangan tertipu ye, yang ramai-ramai kat dalam tu ialah orang-orang kampung sedang ngeteh, bukan tengah tunggu giliran nak check.
|
gambar dari depan |
Dari orang-orang kampung yang sedang ngeteh di warung itulah kami dapat pelanggan. Ada yang memang teringin sangat nak jumpa kami dan dapatkan pemeriksaan kesihatan percuma. Ada yang nak jumpa doktor tapi takut-takut dan malu-malu. Ada yang tidak tahu pun kami menyediakan perkhidmatan ini pada hari tersebut. Tapi nasib baik ada yang menyampaikan kepada mereka yang di rumah.
|
saya di kaunter pendaftaran |
|
lepas daftar boleh jumpa doktor atau medical assistant |
|
selepas itu ambil ubat di farmasi |
Kami juga ada bukak kaunter makmal perubatan bagi mereka yang ingin periksa darah dan juga ada perkhidmatan pemeriksaan pergigian. Siapa check gigi, nanti dapat berus gigi dan ubat gigi percuma. Best kan. Bukan calang-calang brand tau. Dapat berus gigi Oral B dan ubat gigi Colgate. Siapa tak check, sangat rugi.
|
dental team tengah tunggu pelanggan |
Ohh sungguh mencabar kerja di bawah atap zink dengan cuaca yang maha panas. Tengah hari, kami dipelawa makan di rumah Pak Naib. Eh, bukan rumah Encik Naib tapi Pak Naib tu ialah gelaran ketua kampung di sini. Sedap ohh lauk yang disajikan. Nak tahu, kena tunggu episode seturusnya. Tunggguuuuuu~
|
berhenti menulis sambil minum mineral dan makan pikin |
.ohhshera.
No comments:
Post a Comment