Dec 31, 2011

Penutup 2011

Hari ni 31.12.2011. Hari ni merupakan hari terakhir untuk tahun 2011, sekaligus menutup tirai tahun yang sungguh awesome ini.

Tarikh 31.12 bukan sahaja menjadi hari terakhir bagi tiap-tiap tahun, tapi merupakan suatu hari yang perlu diingati oleh kami sekeluarga. Ini kerana pada hari ini merupakan hari kelahiran Syed Mohamad Firus iaitu abang saya ;)

Biasanya dulu-dulu, kami akan celebrate pada malam 30 Dec sebab pada 30 Dec birthday akak dan 31 Dec pulak birthday abang. Kira share celebration la abang dan kakak. Tapi sekarang, susah nak dapat celebrate sama-sama macam dulu. Sebab masing-masing busy dengan kerja dan jarang dapat kumpul semua sekaligus.

Dulu saya akan rasa jealous sebab family akan celebrate birthday abang dan akak. Bila ada celebration, mestilah ada cake dan hadiah. Tapi bila part birthday saya, jarang ada celebration sebab sorang-sorang tercampak lahir awal tahun. Ada juga yang lupa nak wish. Yang menguatkan untuk celebrate birthday mereka ialah arwah atok. Bila atok da meninggal, kami pun da jarang nak gather ramai-ramai dengan uncles, aunties dan sepupu. Rindu suasana dan kemeriahan dulu.

Sempena birthday abang yang dipenghujung tahun ni, nak lah juga saya wish kat birthday boy ni. Even da wish di FB, tapi kena la wish kat blog juga sebab abang tak ada FB.

Kepada Abang,
Selamat menyambut hari lahir.
Semoga dilimpahkan rezeki di hari-hari yang mendatang pada tahun depan bermula esok.
Semoga menjadi suami dan ayah yang mithali.
Semoga dipermudahkan urusan di dunia dan di akhirat.
Dan semoga kehidupan kita semua diredhai oleh Nya.
Amin.

Kepada rakan-rakan yang membaca blog saya, terima kasih kerana sudi singgah dan luangkan masa bersama blog saya. Diam-diam da setahun saya berblog secara tidak aktif.

Selamat tahun 2012. Semoga pada tahun baru ini, kehidupan kita bertambah baik dari tahun-tahun sudah.

3 comments:

cahya indah said...

happy new year :)

Fello de Caminero said...

Hahaha... TQ TQ...

Azam tahun 2012, nak ada Facebook. Hahhaha... Boleh gitu??

miss shera said...

diya : thanx.happy new year to u too

abg : cepat add fb