Showing posts with label a day trip. Show all posts
Showing posts with label a day trip. Show all posts

Dec 4, 2012

Tanah Lego

Venue : 1st Legoland in Asia
Date : 1st September 2012
Event : 1st Family Day of Legoland Malaysia

Wah.. Nampak 1st, 1st dan 1st sajek. Kira, dapat masuk Legoland ni pun antara orang yang 1st batch juga. Disebabkan kakak kerja di sana, jadi dapatlah tiket masuk ke private event yang tak berapa nak private sangat. Sebab still crowded dengan orang yang ramai. Still kena beratur panjang-panjang. 

Enough said. Mari layan gambar di sekitar Legoland Malaysia sempena Hari Keluarga Legoland Malaysia pada September yang lalu.

Mari masuk
Kuda ku lari gagah berani
Happy Mum
Permainan yang agak bahaya. Eh memang bahaya.
Kawan baru
4D 
Lego Express
Junior Driving School
Driving School yang tak berapa nak junior
Tak dapat naik Project X, jadi snap gambar di luar saje
Pembuat roti lego
Kami tabik pada LLM
Itu antara gambar yang sempat disnap dan dishare di sini.
Thank you sangat-sangat pada Dilla sebab sponsor 10 tiket ke LLM.
Pasni sponsor lagi yek (",)

Last but not least;
We have been there. Yay :)

Lots of Love


Oct 30, 2011

tortura

Apa itu TORTURA?
Totura ialah satu exhibition tentang bentuk penyeksaan di zaman dahulu. Dalam exhibition ini, pengunjung dapat melihat alatan yang digunakan untuk menghukum pesalah pada zaman dahulu. *mungkin tortura bermaksud torture tua atau torture amat.

pintu masuk tortura
Exhibition ni bertempat di tingkat atas Dataran Pahlawan Mall, Melaka. Dibuat seolah-olah bentuk castle, fully covered dengan khemah dan kain. So, keadaan sedikit gelap. Plus sepanjang berada di dalam tu, ada music yang seram macam ada ritual terlarang pula. *rasa seram sejuk sebab aircond sejuk.

sama-sama pakai hitam except me ada inner pink
Masuk-masuk je nampak patung ni. Mula-mula takut juga nak ambil gambar. Mana lah tahu, tiba-tiba patung ni bergerak. Tapi setelah dicucuk-cucuk perutnya bagi memastikan ianya adalah patung, barulah berani nak snap picture.

Banyak peralatan yang dipamerkan di sini termasuk juga gambar-gambar yang menunjukkan macam mana hukuman dijalankan. Rasanya exhibition ni tak sesuai untuk kanak-kanak. Saya yang tengok dan baca pun boleh sakit kepala sampai balik BP sebab fikir betapa seksanya orang yang dihukum itu.

pesalah digantung dan badannya dicarik-carik
gambar menunjukkan alat untuk menarik usus
baring, kaki dan tangan diikat kemudian diregangkan. badan kena besi yang bergolek di bawah badan. ouch
Lembu Jantan Falaride dicipta oleh Perillus untuk mengampu Raja Phalari kerana raja yang zalim itu menawarkan hadiah kepada sesiapa yang berjaya mencipta alat untuk menyeksa manusia. Tetapi, nasib Perillus sangat malang kerana dia dijadikan mangsa pertama yang dibakar di dalam perut lembu besi yang diciptanya.

dikatakan pekikan orang yang dibakar di dalam lembu besi ini mirip seperti lembu mendenguh
kerusi ini diganti dengan kerusi elektrik pada masa kini
click untuk lihat gambar di belakang dengan lebih jelas
potong kepala
Banyak lagi alat yang dipamerkan di sini. Mostly memang rasa ianya amat menyeksakan. Macam manalah rasa orang yang dihukum tu ek. Diseksa teruk sebelum mati. T__T

Rasanya exhibition ni last pada 31 Oktober 2011. Tapi tak tahu lah kalau penganjur extend kan tempoh pameran. Tiket RM10 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak. Kalau bawak camera atau video camera, kena xharge RM5.

Last but not least.

the legendary Iron Maiden 
.ohhshera.

Oct 29, 2011

disengat landak laut, digigit tapak sulaiman

Sakit sungguh rasanya disengat landak laut dan digigit tapak sulaiman. *eh landak laut ada sengat ke?Dan tapak sulaiman boleh gigit kita ke?

Nasir memang suka exaggerate cerita. Padahal tak ada pun kes kena sengat dengan landak laut atau pun digigit dengan tapak sulaiman. Malah, binatang-binatang laut ni boleh dipegang dan kita boleh berposing depan camera dengan mereka. 

mari pegang ikan jerung. nampak tak jerungnya?
Masa mula-mula masuk ke dalam, kita akan jumpa area di mana kita boleh pegang-pegang dan posing-posing bersama hidupan laut. Ada baby ikan jerung *seperti gambar di atas , tapak sulaiman, belangkas, ikan pari dan gamat.

ini ialah telur ikan jerung, nampak tak bentuk ikan dlm telur ni?
Macam-macam jenis tapak sulaiman yang boleh dilihat. Cantik-cantik semuanya. Ada tapak sulaiman yang keras dan ada juga yang bentuk yang berbulu. Tapak sulaiman bergerak sangat lambat. Jadi bila nak tengok dia berjalan, memang kena tidur situ lah jawab nya. Tapi kalau yang daya fikiran lambat, hanyalah patrick star kawan spongebob tu.

ni jenis yang keras
ni jenis yang berbulu
ni pula the smallest starfish. kecik gile kan
Next, ke kolam ikan pari. Tak sempat nak snap gambar sebab time tu pula kawan call ajak jumpa. Bila da letak phone, yang lain semua da pergi ke kolam gamat dan belangkas.

Semua tak nak pegang gamat. Saya dengan berlagaknya nak pegang. Suruh Syamim snap gambar. Nak tunggu Syamim snap gambar punya lah lama, gamat tu da bergerak-gerak. Sumpah geli. Gambar pun tak jadi.

belangkas
Enough meet and greet with them, sekarang berjalan tengok hidupan laut yang pelik-pelik dalam akuarium pula. Terlalu banyak haiwan yang cantik-cantik dan pelik-pelik. Kalau upload semua, jadi macam mini album pula. So, ambik mana yang rasa best saje.

piranha buat dek je. tak pandang ikan yang tergantung tu pun.
seahorse
jellyfish
Ada satu haiwan ni yang hidup since zaman dinosaur.Tapi saya tak tahu apa nama dia. Anyone yang tahu?

macam scary kan
Ok. Cuba teka gambar apa kah di bawah ini?



Perhiasan aquarium yang berbentuk ikan?
Batu karang bentuk mirip ikan?

Sebenarnya ketiga-tiga gambar di atas ialah IKAN! I mean real fish. Tapi, ikan-ikan ni tak boleh berenang. *pelik kan ikan tak berenang. Mereka menggunakan kaki untuk bergerak. Err, tak tahu lah namanya kaki ke apa. Tapi nampak macam kaki. Ada video yang menunjukkan macam mana dia bergerak dan menangkap ikan kecil untuk dimakan. Kalau nak tengok macam mana, kena lah pergi Coral Wonderland.

Bertempat di Dataran Pahlawan Melaka, Coral Wonderland dibuka setiap hari dari pukul 10.30pagi. Harga tiket bergantung kepada anda warganegara mana.

Kalau ada MyKad atau MyKid, harganya RM30.
Kalau tak ada, kena bayar extra RM10.
Tapi kalau anda warga emas berumur 60 tahun ke atas, dapat kurang RM10.
Eh, kalau student nak dapat harga warga emas pun boleh. Tapi kena bawak kad student lah.

p/s : Nasir tak puas. Nak pergi lagi.

.ohhshera.



Oct 7, 2011

from teluk anson with love

tempat wajib snap picture
Jangan ingat Leaning Tower hanya ada di Pisa, Italy saja. 
Di Teluk Anson, Perak pun ada. 

pose wajib
 2nd day raya, kami bergerak dari Ipoh ke Teluk Anson@Teluk Intan untuk beraya di rumah sedara Mak. Teringat1st time saya pergi practical di sini dulu. Masa tu umur baru 18tahun. McD pun belum wujud kat situ.

Tak pernah pergi rumah sedara Mak di Teluk Anson. Hanya berpandukan GPS di handphone je dan nasib baik tak sesat. Sampai je di rumah sedara Mak, hati da teruja sebab rumahnya style rumah lama-lama.

depan rumah
tuan rumah
puan rumah
Rumah simple. Memamg feel at home lah. Makan-makan dan bual-bual sebelum kami bergerak ke Shah Alam dan beraya di rumah TokMak.

Ohh, by the way, dalam perjalanan nak ke Teluk Anson ni, terjadi adegen ngeri di jalan raya. 
Accident?
Kucing kena langgar?

Akir penuh drama
begitu suspend sekali
Main berhenti depan rumah orang yang berada di selekoh. Nasib tak berhenti tengah-tengah jalan. 
Eh, kenapa?

jack sakit
Gear kereta Dilla tak boleh guna. Nak masuk gear tapi tak boleh masuk. Nasib baik terjumpa seseorang *yang berbaju biru kat dalam gambar di atas ni dan kebetulan dia ialah seorang mechanic. Kalau tidak, mau tersadai je Jack kat Tapah sebab mostly bengkel tutup sempena 31 Ogos.

Lama juga kami lepak-lepak depan rumah orang. Sambil tu makan kuih raya yang dibawa dari Ipoh. Terima kasih abang baju biru sebab tambahkan minyak gear. 

Adegan ngeri tak berhenti di situ. On the way ke Shah Alam dari Teluk Anson, kereta Abah pula berjangkit. Tapi bukan sebab minyak gear habis. Belting power steering putus. Macam-macam dugaan betul di Hari Merdeka ni.
Memories to and from Teluk Anson.
.ohhshera.

Sep 8, 2011

namakan bandar diraja negeri perak

Ipoh? salah. Itu ibu negeri bagi negeri Perak.
Kuala Kangsar? Ye.. Tepat sekali.

Sehari sebelum raya, kami sefamily except abang and his family pergi jalan-jalan melawat Kuala Kangsar. Meriah sungguh. Kami konvoi 2 kereta dari Ipoh ke Kuala Kangsar. 

First pit stop ialah Galeri Sultan Azlan Shah. Galeri ini merupakan Istana lama yang dikenali sebagai Istana Ulu atau pun Istana Kota. 


Macam-macam yang boleh dilihat di dalam galeri ini. Antaranya, gambar-gambar Keluarga Diraja Perak, Pingat-pingat Kebesaran, Piala-piala yang dimenangi oleh Sultan Azlan Shah dan hadiah-hadiah Baginda. Yang paling saya suka ialah koleksi kereta mewah Sultan Azlan Shah, koleksi bagasi Baginda *custom made dari LV! dan kad pengenalan serta passport Baginda dan isteri.

di pintu masuk galeri
the gallery
Next, pergi solat di masjid berdekatan. Mana lagi kalau bukan Masjid Ubudiyah.


Then, pergi ke Istana Kenangan. Istana ini juga dikenali sebagai Istana Lembah dan Istana Tepas. Tapi kami tak masuk istana ini sebab ada renovation.


Abah dan air tak dapat dipisahkan. *tak caya boleh tanya ahli keluarga yang lain. Kalau jumpa air je, mesti nak ambil gambar. Tak kira lah sungai ke laut ke. Hatta, kolam dan empangan sekalipun. Mesti kena berhenti kejap untuk snap picture.


Apa lagi yang terkenal di Kuala Kangsar, kalau bukan labu sayong nya. Jadi kena lah shopping labu sayong untuk dibawa balik ke Johor. Tapi sayang, sebab time kami datang tu, orang yang buat labu sayong da cuti raya. Jadi tak dapat tengok cara labu sayong dibuat.

bersama owner kedai
Lagi satu tempat yang wajib pergi bila sampai Kuala Kangsar. Tak lain dan tak bukan ialah, MCKK! Teringat dulu pernah pergi sini dengan kawan-kawan setingkatan sebab menjadi ahli sorak untuk pasukan bola jaring sekolah kami. Lawan kat sekolah all boys tapi main bola jaring. Haha.


Haaa, yang last ni special sikit. Anda tahu tak pokok getah yang pertama ditanam di Tanah Melayu berada di Kuala Kangsar? Saya pun tak tahu dan baru je tahu. Cari punya cari, akhirnya jumpa.


Penat seharian berjalan bersama family but overall sangat happy. Tak tahu bila lagi boleh jalan-jalan macam ni sebab nak kumpul adik-beradik serentak agak sukar. Hopefully, bila masing-masing da besar dan da ada family sendiri, kita tetap akan rapat dan dapat jalan sama-sama macam ni lagi.
Ameen~

It was an awesome day trip to Kuala Kangsar.
Yippy yay.

Syamim lompat tak ingat dunia

.ohhshera.