Showing posts with label food. Show all posts
Showing posts with label food. Show all posts

Jun 26, 2012

Burger Panggang in the house

Habis sudah cerita pasal trip ke Boracay. 
Banyak cerita yang pending nak share di sini. 
So, lets get started!

Entri kali ini, saya nak share pasal Burger Panggang di Batu Pahat.

Sekarang kan da macam trend makan burger bako. Burger yang dagingnya dibuat sendiri, tebal seinci. Kemudian diserve bertingkat-tingkat. Letak pulak cheese yang cair bila kena panas. Perghh. Sangat menggiurkan. Tapi kena tunggu lama baru dapat makanan yang dipesan. Sabo jela.

Saya tak tahu lah kalau di Batu Pahat da lama ada benda ni. Tapi saya baru je discover tempat yang jual burger panggang. 2-3 kali juga la niat nak makan tapi tak berkesampaian sebab tak jumpa kedai dan kedai belum bukak. 

Akhirnya, minggu lepas dapat juga merasa Bee Pee Burger Panggang.

buntingnya
the menu
Saya rasa saya ialah customer pertama pada malam itu. Sebab tak ada orang lain dan dia pun baru je susun-susun barang atas meja. 

Pilih punya pilih nak makan burger yang macam mana. Kemudian tak tahu nak bungkus ke nak makan situ. Tapi memandang kan nak lebih feeling makan burger bako ni dan tengok meja pun kosong, kami decide makan situ saje. 

tunggu adik tu panggang bege 
Sambil tunggu sambil main game kat handphone. 
Eh tak siap lagi?
Sambung main game lagi.
Belum siap juga?
Ok, kacau Nasir main game pulak.
Eh da sampai!

double chessy burger daging panggang with extra chicken ham
And...

entra sausages with black pepper and mayonnaise!
The result~

Yummeh!
Sila lah cuba burger panggang ni.
Stall dia kecik je. *boleh berkembang in future! Ada 1 meja je untuk melepak. TV untuk tengok Euro ada tapi kat kedai seberang jalan lah.
So, stall nya berdekatan entrance WetWorld Batu Pahat. 
Dorang start beroperasi jam 7 lebih malam. 
Siang-siang boleh tengok stall tu ada jual air durian belanda.

Selamat mencuba!

Lots of Love,


May 23, 2012

Mereka lebih besar dari yang lain

Apa yang lebih besar tu?

Kereta?

Rumah?

Handphone?

Handbag?

No. No. 
Yang lebih besar ialah burger mereka. 
Besar ke?
Check it out~

Adik with his Fontana Burger
Me with OZ burger
Nasir's Sloppy Joe
Aduh. Time-time puasa di bulan Rejab ni pula la nak up entry pasal makanan kan.
Mahu tergugat iman tengok burger-burger yang besar dan sedap ni.
Sabar. Sabar.

Kenapa anda mesti try burger kat sini?

- Sebab burger dia special, dihidang bersama fries.
- Sebab burger dia super besar.
- Sebab kedai dia cozy.
- Sebab kedai ni pernah masuk dalam rancangan Jalan-Jalan Cari Makan musim terbaru.
- Sebab harga dia berpatutan.
- Sebab selain burger, ada juga menu lain seperti
#western - Beef Steak, Fish&Chips
#middle eastern - Khabsa Rice, Lahem Mishwi
#goreng-goreng - Nasi Goreng Cina, Char Kuey Teow
#Thai cuisine - Pad Thai, TomYum
#Chinese cuisine - Sichuan Chicken, Kung Bo Chicken
#pasta - Lasagna, Spaghetti Carbonara

Interior dalam kedai
Apple Juice Jumbo Size. 
Perasan tak mostly barang-barang yang di display dalam kedai ni banyak nya Aussie stuff? Ada boomerang, lukisan Aboriginal Australians, bendera Aussie dan didgeridoo. Sebabnya, owner kedai ni memang asal dari sana. 

Nampak Nasir macam makan burger tu betul-betul kan

Mana nak carik? *gaya Johan

Fontana Cafe & Catering
No.7, Jalan Putra Permai 1A,
Taman Equine,
43300 Seri Kembangan,
Selangor Darul Ehsan

Lots of Love,



Mar 22, 2012

Mengintai apa tu?

Birthday celebration untuk si gadis 17 *bajet! disambut lewat seminggu. 
Makan malam ini disertai seramai 7 orang dewasa di suatu tempat terpencil.

muka-muka kelaparan
Tunggu punya tunggu punya tunggu, minuman tak sampai-sampai. Makanan apa tah lagi. Jangan kata nak nampak pinggan, bau pun takde. Lambat sungguh. Mungkin sebab chef nya sorang je kot. Then ramai customers juga malam tu.

Tunggu lagi dan tunggu lagi.

Akhirnya.

Dilla's
Nasir's
Adik's
Boi's and Mine. Bukan share tapi order yang sama. Tengok sotong tuu
paling special - Mummy's
paling biasa - Daddy's
Makanan memang sedap. Tapi nak tunggu lama lah pulak. 
Lagi satu yang special di sini ialah minuman dia. Macam-macam buah yang dicampur. 
Contoh; *kalau taksilap lah ye
KELACI = Kelapa + Limau Kasturi + Laici
CINGGO = Ciku + Manggo
PETURI = Pegaga + Epal + Limau Kasturi
Unik dan menarik. rasa pun sedap!

Maaf tiada gambar sebab sibuk makan dan tak endah dengan kamera masa itu.

Mak tengah minum Kelaci.
deko ruang makan yang menarik di belakang sana
Suasana makan di sini sangat tenang dan nyaman. Ada kolam dan ada pokok-pokok. Deko pun menarik, cosy dan mendamaikan.

aksi naik basikat bajet k-pop
Eh, apa nama tempat ni?
Intai-Intai Restaurant

Kat mana restoren ni?
Lot 378 Backyard,
Jalan Ampang Hulu Kelang (MRR2 Highway),
Ampang, Selangor

Bukak hari apa?
Tiap-tiap hari pun buka.

Pukul berapa boleh pergi sana?
Waktu perniagaan 12.30 tengah hari sampai 12.30 pagi

jom intai-intai makanan di sini

Lots of Love,

Mar 15, 2012

Feeling ala-ala chef

I love cooking. *tapi selalu masak tak sedap.
And I love baking too~ 
Time puasa, mulalah buka buku resepi Mak. Konon nak try itu ini. Siap da beli bahan-bahan. Tak nak buat awal takut nanti time raya da tak sedap. Kalau boleh nak buat time period, so that boleh nyambil-nyambil merasa time buat tu. Last-last satu apa pun tak buat. Balik-balik buat kek cokelat *ihsan resepi EndeJah dan juga kek yang saya suka buat, kek lapis asam manis. 

Pernah try buah biskut tart *resepi arwah MakTok. Menangis woo buat tu. Sebab, bila nak tekap doh yang telah diuli guna acuan bunga, nanti doh tu pecah sebab sangat rapuh dohnya. MakTok punya resepi biskut tart paling lazat sebab biskutnya lembut dan jem nenas tu buat sendiri. Memang patut pun orang yang tak reti macam saya ni, akan cepat give up bila nak membuatnya.

Well, lately ni asyik-asyik nak membaking je rasa. Semalam, try power lagi. Kali ni cuba buat Peach Crunch Cake. Tak tahu la menjadi ke tak. Tapi bila makan, boleh tahan lah dengan tekak dan lidah ni. Cuma saya rasa ada part yang sangat manis. Bila makan dengan ice-cream vanilla, rasanya less sweet than the previous one.

The journey begins from here;

the ingredients 
Masukkan peach berserta sirap yang ada dalam tin ke dalam loyang. Potong-potong peach jadi kecik.
Tabur rata mix cake atas peach tadi.
Potong mentega kepada beberapa bahagian. *lebih kurang 16 keping. dan susun atas lapisan mix cake tadi.
Tabur rata gula perang.
Tabur selerak walnuts.
Bako.
Siap dan boleh dimakan.

tambah ice-cream vanilla untuk balancekan rasanya.
Tak sampai 3minit;

licin tak licin sangat
Next, nak try buat RedVelvet hasil permintaan Dilla ;)

By the way. Nak wish Happy 80th Birthday kepada my dear TokMak. 
Semoga dikurniakan kesihatan yang sejahtera.
Dilimpahkan rezeki yang mencukupi.
Dan semoga kehidupan diredhai oleh Allah SWT di dunia dan di akhirat.
Amin.

Lots of Love,

Mar 13, 2012

dari pakaian, kini beralih ke makanan pula

Assalamualaikum semua.

Ingat lagi entri pasal Oreo Truffles yang pernah saya cuba try test dulu?
Semalam try lagi. kali ni buat sebab Nasir nak hadiahkan untuk sepupu-sepupunya sempena birthday mereka. 

siap!
close up sikit
sealed elok-elok
Lain-lain produk yang berasaskan cokelat boleh lah tengok di page RP di FB. 
Atau boleh cekidaut di blog RedChocolate.

Now nak makan balance yang ada.



Lots of Love,


Feb 20, 2012

pertama kali

Last Tuesday was my first time ever masak untuk Nasir. 
Yups, da nikah 3 bulan baru lah nak pegang sudip dan kuali masak untuk kami. Bukan malas, tapi memang tak pandai masak. T_T  *nasib hantaran tak kurang sebab tak pandai masak.

So, this is the meal of that night.


Appertizer : Mushroom soup and plain bread 
Main course : Nasi goreng tomyam and honey BBQ fried chickens

The best part is, lepas masak saya terus selsema. Dua hari lepas tu, MC pulak. 
But, I really enjoy cooking.
Anyone nak share simple recipe with me?

.ohhshera.

Feb 2, 2012

lapar dan tak pandai masak

Sebenarnya da berniat nak masak untuk dinner malam tadi. Kira bulan baru di tahun baru nak lah buat perubahan kan. Tapi, disebabkan tak berapa nak pandai masak plus lapar sangat kononnya, jadi ajaklah My Habibi pergi dinner di Restaurant Middel Eastern. Nope. Bukan typo atau tak pandai eja. Tapi itu yang tertulis di signboard kedai. Lantas membuat hati membuak-buak ingin pergi  makan di situ.

Venue : Restaurant Madinat Hadrawat
Date : 1 February 2012
Time : 6.15 pm

Ramai juga customer di dalam restoren ni. Cari seat untuk kami berdua dan tunggu orang ambil order. Lama juga tunggu. Maybe sebab masing-masing busy hantar makanan kat meja lain. Tengok macam kenal je. Ohh, rupa-rupanya same management dengan Restaurant Layali Hadramawt di Taman Universiti, Parit Raja tu.

Order makanan yang diingini dan tunggu. Nasir minta Mandy Chicken dan saya order Saltah with Bread. Tak lama menunggu, makanan pun sampai. Mak oi, roti dia. Besar sampai tak nampak pinggan. Actually, Mak dan Adik lah yang mula-mula makan di sini. Mak da warning awal-awal yang roti kan sini semua big size. Makan sorang tak habis punya. Nak tengok macam mana besar nya?

bandingkan dengan phone di sebelah tu
Besar kan. Makan time panas-panas memang sedap. Da sejuk, roti jadi liat sikit. Kat roti tu ada letak bijan dan apa ntah. So, rasanya takde lah plain sangat. I always love bread ;)

Mandy Chicken
Air paling sedap di sini ialah Arrashi. Tak pasti pulak ejaan nya macam mana. Campuran buah-buahan dan ada buah potong dalam gelas. Sedap dan pekat tapi manis buat saya.

mouth watering
Ok, kami da ready nak makan.

si kurus
si tak berapa nak kurus
bismillah
End up, orang yang lapar dan malas masak ni, tak habis pun makan. Bungkus bawak balik. 

Recommended to go.

Where?
Kedainya di Batu Pahat.
Berdepan dengan Bukit Pasir. 
Dekat area Wonderland tu. 
Deret Caltex dan Kings Kopitiam *dulu Oldtown White Coffee. 
Senang cite, kedai ni ambil tempat Restaurant Ajisen Ramen yang dulu.

Errr, tak tahu juga? 
Sorry. Bab-bab tunjuk jalan memang tak pandai. 
Tapi, anda boleh tanya dan minta direction dari saya sendiri melalui komen di bawah, email, sms or call.

Cuba tau~

the menu

.ohhshera.

Jan 18, 2012

berakhir sudah satu penantian

Betul lah cakap orang. Penantian itu satu penyiksaan. 
Sangat terseksa rasanya menunggu sesuatu yang pasti tapi benda tu tak sampai-sampai.
Hinggalah satu hari, ianya terpampang di depan mana. Yes benda yang ditunggu sudah tiba! 
Yahoo!

Teringat pepatah melayu yang menyebut, Orang tamak selalu rugi. 
Jadi sikap gelojoh dan ketidaksabaran disimpan elok-elok dalam diri.
Hanya tunggu masa yang sesuai untuk bersua muka.

Akhirnya pada 12 Januari 2012, saya buat keputusan drastik untuk bertemu dengannya. Ajak nasir sebagai peneman diri. Tak lupa juga Shahnaz dan anaknya, Nurin sebagai pengiring. Langkah disusun kemas menuju ke tempat yang dijanjikan.

Taa Daa~
Ni lah dia benda yang ditunggu-tunggu tu.

Mine. Red velvet yougurt and all the sweet thingy at the top.
Shahnaz's. Vanilla yougurt and red cut fruits.
Nasir's.  Tutti Frutti yougurt and banana chocolate.
Nurin's. Chocolate yougurt only.
photo taking before makan!
Sejuk pulak lepak-lepak di dalam even kat dalam tu nampak cantik tempatnya. So, pindah kat luar pulak.

tak tahu kenapa Nurin malu
You + Me = Us with TuttiFrutti
Opening promo da habis sekarang ni. Masa kami pergi dapat 20% off. 

Akhirnya, Tutti Frutti buka juga outletnya di Batu Pahat. 
Yayness!

Errr, What's next?
Subway perhaps.

p/s : punya excited nak pergi. balik locum tanpa tukar baju kerja terus terjah sana.
.ohhshera.