Showing posts with label business. Show all posts
Showing posts with label business. Show all posts

Jul 3, 2012

Currently I am into this ...

Transforming this one


Into this


And make couple more

Engagement Gift
this one made by Shahnaz
Interested to order?

Visit my other blog
or
Visit my FB page

Lots of Love,



Apr 4, 2012

35MM LOMO AQUA PIX Waterproof Camera

Pernah tak anda jalan-jalan, tak kira lah jalan-jalan pergi makan angin atau jalan-jalan di bandar. Then ada sesuatu yang menarik perhatian anda dan anda nak capture that moment tapi anda tak bawak digital camera atau pun DSLR. Nak guna camera handphone, battery pulak takde.
Well, kami ada solutionnya.

Pernah tak anda pergi ke waterpark atau bercuti di pulau. Bermadi di pantai yang indah dan bersnorkeling. Nak capture keindahan ciptaan Allah swt di dalam air tapi tak ada camera yang waterproof. Ruginya tak dapat nak share that moment kan.

Memperkenalkan

35mm LOMO AQUA PIX

in the house yaw!



Pakai filem beb. Tak main lah memory card. Baru boleh tengok ke-terror-an korang mengambil gambar. Siap ada waterproof casing. So that korang boleh snap gambar dalam air. Wuuuuu~ Tapi jangan la dalam sangat. 10 feet maximum ok!

Interested?

Boleh beli di sini.

Harga RM45 untuk 1 set (LOMO camera+waterproof casing)
atau
RM120 untuk 3 set + FREE postage

Tunggu apa lagi?

Jom ber-LOMO

Lots of Love,



Mar 13, 2012

dari pakaian, kini beralih ke makanan pula

Assalamualaikum semua.

Ingat lagi entri pasal Oreo Truffles yang pernah saya cuba try test dulu?
Semalam try lagi. kali ni buat sebab Nasir nak hadiahkan untuk sepupu-sepupunya sempena birthday mereka. 

siap!
close up sikit
sealed elok-elok
Lain-lain produk yang berasaskan cokelat boleh lah tengok di page RP di FB. 
Atau boleh cekidaut di blog RedChocolate.

Now nak makan balance yang ada.



Lots of Love,


Mar 7, 2012

new collection at RedPapyrus

Hie Hie Hie.
Lagi iklan pasal baju di Red Papyrus.
Kali ini, Red Papyrus (RP) mengeluarkan baju untuk lelaki pula. 
Untuk permulaan, 1 design diperkenalkan. 
*design ni direka oleh adik saya, Danial ;)

left -front view, right -back view
Ni pula contoh gambar yang dipakai oleh model tak berbayar.

smart beb!
Material : Cotton
Sleeve : Short
Colour : Black
Size : S, M, L and XL

 Boleh dipakai bila-bila masa di mana jua.
Boleh dihadiahkan kepada Abah, Abang, Adik, Kawan, Boss, Jiran sebelah rumah. Eh yang perempuan pun boleh pakai kalau suka sebab design ni ada juga yang lengan panjang. *tapi size M da habis.

Berminat nak beli, boleh la order dengan saya sekarang. Atau layari page RP di FB.

Thank you so much.
hugs~

p/s : lepas ni nak keluarkan collection untuk budak-budak pulak lak. RP Jr. hehe. InshaAllah

.ohhshera.

Mar 5, 2012

kemaja polos in the house!

Kemaja Polos?
Apa tu?
Polos = Plain.
Jadi,
Kemaja Plain.

Suka pakai baju kemeja plain? 
Jom shopping kemeja plain dari RedPapyrus.

Ini antara kemeja plain yang dijual ;





Apa tunggu lagi. 
Check out our FB page now.

Happy shopping semua ;)

.ohhshera.

Jan 31, 2012

rp in action

Syukur Alhamdulillah ke Hadrat Allah SWT.

Perancangan saya untuk membuka booth Red Papyrus di Dataran Batu Pahat pada hujung minggu lepas dapat direalisasikan dengan jayanya.

Terima Kasih yang tak terhingga kepada Mak, Abah, Adik, Dilla, Boi, Kak Wahidah, Abang, Ayu, Wafiy dan Hadrami yang menyokong usaha saya ini. Paling teristimewa terima kasih kepada hubbybie yang sentiasa membantu dari semua segi dan juga memberi sokongan padu kepada isteri yang degil ini. *dalam bahasa arab habibi bermaksud orang yang disayangi. saje tuka ejaan bagi gedik sikit.

First night begitu mencabar sekali. Sebab orang Majlis Perbandaran Batu Pahat kata just datang bawa khemah dan lampu. Rupa-rupanya wiring lampu kena bawa sendiri. Mencari hampir setiap kedai elektrik di bandar yang masih buka, tetapi hampa. Bila da jumpa kedai yang buka, tak tahu pula apa yang patut dibeli. I mean tak tahu berapa panjang wayar yang nak dibeli, jenis wayar yang macam mana yang patut digunakan dan nak guna apa untuk sambung dari wayar ke cable. 8 lebih baru siap dan bergegas pergi ke lokasi booth. Adik tengah tunggu sorang-sorang. Mak dan Ayu balik ke rumah untuk solat.

Siap pasang itu dan ini, benda yang nak disambung ke cable pulak tak ada. Nasib ada abang booth sebelah-sebelah yang baik hati pinjamkan cok yang patut disambung dari wiring lampu ke cable. Selamat. Susun atur ala kadar sebab da penat. Tunggu Abah, Dilla dan Boi sampai dari Kuala Lumpur sebab Dilla lagi kreatif bab-bab susun atur ni. ;)

Settle malam pertama.
Penat.
Tidur sampai lewat bangun untuk sarapan bersama keluarga esok paginya.

Second night, da tahu apa kurang. So, da standby siap-siap apa barang yang perlu dibawa dan barang apa yang nak ditambah baik. Better than yesterday. Definately! Malam minggu, ramai juga yang datang berbelanja di booth kami. Alhamdulillah. Tak sia-sia usaha 2 hari ini. Syukur~

So, apa yang ada di booth Red Papyrus kami?

antara produk yang ada
Jom intai rupa bentuk booth Red Papyrus.

dari jauh
close up sikit
mannequin dan handbags 
kain ela
Last night which is hari Ahad malam Isnin. Ingat da malas nak buka sebab esok da kerja plus malam tu ada Anugerah Juara Lagu. Perasaan sendiri - mesti tak ramai yang datang dataran. Tapi gagahkan juga hati ini untuk buka sebab Abah da sacrifice nak balik KL sebelum subuh esok instead of malam ini. *sorry Abah, Dilla and Boi susahkan korang. Eh, alhamdulillah ada juga rezeki kami malam itu. Ingat tak ada orang singgah. Hehe.

Kira-kira banyak juga barang yang dijual. Alhamdulillah lagi ;)

Ohh, by the way kami cuti 3 minggu tak buka booth. Bukan sombong sebab da untung tapi sebab tiada di Batu Pahat.
Next date yang kami akan buka ialah pada 24-26 Februari 2012. Please mark your calender ye ;) Nanti free-free singgah lah ke booth kami.

.ohhshera.

Jan 5, 2012

mari rapat-rapat

Assalamualaikum wbt para pembaca semua.

*straight to the point.

Sempena hari baru, bulan baru, tahun baru ini, apa kata kita tambah koleksi baju-baju baru di dalam almari saudari-saudari sekalian. Barulah nampak diri saudari yang baru dan fresh untuk tahun baru ini.

Saudari-saudari semua boleh lah singgah di page RedPapyrus di Facebook untuk melihat koleksi-koleksi baju yang baru sampai di RedKouture. Saya baru upload gambar pagi tadi. Masih segar ;)

Silakan singgah ye.
Dan tekan button LIKE ;)

Terima Kasih daun keladi.

.ohhshera.

Jul 26, 2011

promosi promotion

Jom shopping-shopping raya di blog RedKouture

RedKouture ialah blogshop di bawah company Red Papyrus.

Macam-macam product ada. Contohnya,

contact lens original from Korea
gelang
brooch
Well, RedKouture ialah blogshop saya bersama kakak tercinta. Masih baru. Jadi, marilah support saya dan kakak. Hehe ^__^ 

Ada banyak lagi barang yang belum diupload. Stay tune~

By the way, boleh terjah blog RedKouture dan juga facebook Red Papyrus.

Terima kasih banyak-banyak atas sokongan anda semua.
*hugs*

p/s : special discount untuk jadi 1st 50 followers di blog RedKouture.


.ohhshera.