Showing posts with label macam-macam ada. Show all posts
Showing posts with label macam-macam ada. Show all posts

Jun 27, 2012

Apa tu?


Presenting,
Adik's new handphone.

stail sungguh
Orang guna Iphone from Apple.
Dia guna handphone from Cucumber. *model baru di pasaran.
Boleh namakan TimunPhone or CucuPhone.

Bagi close up sikit

bandingkan dengan saiz normal di belakang itu
Fine.
Bukan handphone baru Adik yang canggih, yang boleh masuk dalam air dan masih bernyawa tu. 

Terjumpa timun bersaiz super besar di Carrefour Batu Pahat last Sunday. Time shopping dengan Mak, Nasir, Adik, Wafiy dan Hadrami.

Bagi model cilik pulak posing.

alahai~

Lots of Love,
Lots of Love,Lots of Love,

Apr 23, 2012

Hello Kitty says Hello Malaysia!!!

A Super Good News to all Hello Kitty Fans!!

I believe a lot of you girls and guys searching around
where to grab for Hello Kitty items in Malaysia for a really
long time…

And today…
Finally… Hello Kitty Malaysia is here..!

They are having pre-launch right now and as a special
pre-launch offer, you can have RM5 voucher and bonuses like
Cute 3D Hello Kitty Model at zero cost. If you don’t believe me
check it out for yourself here, while it’s still available:


This special pre-launch offer is valid only till the launch day,
after which it may be taken off completely. Stop reading this now,
and go to the Hello Kitty Malaysia website and claim all voucher
and bonuses now:


If you’re reading this blog post too late, then you may have missed it.
Don’t leave a comment to complain because there’s nothing I can do.
I DID tell you it’s a limited offer :)




Lots of Love


Mar 21, 2012

Cuba Teka

Cuba teka apa ini?
Berwarna-warni sangat cantik tertarik kan.
Macam mainan tapi sebenarnya ialah
Anak Ayam!

Yups. Anak ayam yang hidup boleh bergerak-gerak tu. 
Ha aa. Anak ayam yang boleh bunyi-bunyi 'cipp cipp cipp' tu.

Macam mana boleh jadi warna-warni seperti ini?
Mengikut kata Abah, pewarna akan diinject ke dalam telur ayam. Kira sebelum mak ayam eram telur sendiri, pewarna da diinject kot. Saya pun tak pasti. Dan tak tahu la berapa banyak kali kena inject dan sukatan pewarna yang digunakan. Tapi da lama-lama bila anak ayam ni besar, warna tu akan hilang.

close up
Dilla sure takut ni!

Lots of Love,

Mar 6, 2012

artis youtube lagi?

Hari Ahad lepas, Abang ada cakap pasal remaja yang upload video di Youtube dan seterusnya menjadi artis macam Yuna dan NajwaLatif. The latest is Syed Shamim. Ehem, bukan Syamim adik saya ok. Nama sama pulak tu. *ejaan je lain. So, hari ni saya pun mencari lah video Syed Shamim ni di youtube.

Tapi yang saya nak cerita ni bukan pasal video Syed Shamim. Tapi pasal video lagu opening cartoon-cartoon jepun. 

1st, my favorite cartoon ShinChan. Lagu opening dalam Bahasa Indonesia.


Next ialah cartoon Sailormoon. Lama nya tak tengok cartoon ni.


Dan ini yang paling best ;)
Empunya suara dan rupa di sebalik nyanyian lagu opening cerita Doraemon!


Terbaik. 

.ohhshera.

Feb 29, 2012

datang 4 tahun sekali

Hari ni 29 Februari 2012.
Hari terakhir dalam bulan Februari untuk tahun ini.

Senang je nak tahu sama ada tahun ni ialah tahun lompat ke tak. Kepada mereka yang tak tahu macam mana nak kenal pasti , cuba cara ini. 
Just bahagikan tahun yang dikehendaki kepada nombor 4. Kalau jawapannya genap, means tahun tersebut ialah tahun genap.

Sebagai contoh, tahun 2000. 
2000 bila dibahagi 4, jawapannya ialah 500. 
Genap dan tanpa baki kan. 
So, tahun 2000 ialahtahun lompat. 

Kalau tahun 2010 pulak. 
2010 bahagi 4 ialah 502 berbaki 2. 
So, tahun 2010 bukan tahun lompat.

Senang kan. 

Next, kepada sesiapa yang lahir pada tarikh istimewa ini, Selamat Hari Lahir diucapkan. Mesti yang sambut hari lahir hari ni, muda-muda belaka sebab celebrate empat tahun sekali. Hehe

Bercakap pasal orang yang lahir pada hari istimewa tahun lompat ni, tadi dapat berita yang kawan saya (Kak Diana) punya sepupu (Puan Fadhilah) baru sahaja melahirkan anaknya yang kedua. Punya lah susah nak dapat tarikh hari ni kan. The best part is, baby dia ialah baby yang pertama lahir pada tarikh istemewa ini di Singapore. Yang lagi best ialah, Management Development Institute of Singapore (MDIS) hadiahkan scholarship sebanyak S$ 30K kepada baby tersebut. Bertuah dan beruntung sekali. Tu yang dinamakan rezeki dan tuah anak. Bila Allah nak bagi rezeki tu, bila-bila pun boleh dapat. Berita penuh boleh baca di sini.

So, apa yang istimewa yang berlaku pada anda pada hari ini?

Ohh by the way, jumpa lagi 4 tahun untuk tarikh yang sama ye ;)

.ohhshera.

Jan 4, 2012

selamat datang 2012

Entri pertama bagi memulakan tahun 2012.
Sebelum bercerita panjang, saya nak jot down benda-benda yang penting yang berlaku di sepanjang tahun 2011. Terasa sekejap betul masa berlalu yek. Mari flashback!

Januari 2011
Trip ke Kuching, Sarawak bersama BFF. Masa ni masing-masing masih belum berkahwin.
Digemparkan dengan berita rusuhan di Mesir. Sangat risau tentang keselamatan Syamim di Monsuora.

Februari 2011
Get ready for my E day
Happy sebab Syamim balik Malaysia. So masa bertunang, semua family members ada.

Mac 2011
Lulus dengan jayanya untuk Kursus Induksi
My 25th Birthday
My Engagement Day

April 2011
1st time menjejakkan kaki ke TBS.
1st time celebrate birthday Nasir sebagai tunangnya.
Raikan Majlis Perkahwinan Naziha dan Akmal.

Mei 2011
Kehilangan Tazz yang menyayat hati.
Birthday Abah.
Abah settlekan PTPTN.
Family trip to Jakarta untuk preparation bulan November.

Jun 2011
Adik langgar bumper Sugar. Sampai sekarang masih tak betulkan.
Save The Date - Arina dan Nasrol.
Kursus Pra-Perkahwinan bersama Nasir dan Boi.

July 2011
Birthday Wafiy!
Sudah 4 bulan bertunang dan lagi 4 bulan akan bernikah.
Start online business.
I was there - Malaysia vs Liverpool Asia Tour 2011
Trip to Jakarta again - untuk settlekan kad kahwin. Ohh, ni 1st trip bersama Nasir.

Ogos 2011
Menyambut Ramadhan sebagai tunang nasir.
Celebrating 1 year berkawan dengan Nasir.
Family trip to Kuala Kangsar.
Birthday Akir!

September 2011
Last raya as a single lady.
Wedding Syazwan dan Shahlawaty.
Family time - Futsal bersama big family.
Trip to Singapore - beli barang hantaran.

Oktober 2011
Start cuak sebab banyak benda tak settle untuk majlis yang tinggal sebulan je.
HIV test bersama Nasir, Dilla dan Boi di Klinik Kesihatan Batu Pahat.
Interview Nikah di Pejabat Agama Batu Pahat.
Birthday Syamim!
Distribute Wedding Card.

November 2011
Birthday Mak.
Busy Busy Busy - doorgift, hantaran etc
Penggambaran Video Save The Date di rumah oleh semua ahli keluarga.
Persiapan diri sebelum majlis - pergi jumpa dentist dan facial.
Dapat surprise cupcake dari Nasir, 3 hari before majlis nikah ;) suweeettt!
Birthday Adik.
Majlis Nikah saya.
Majlis Nikah Dilla.
Majlis Resepsi - Malam dan Siang.
Majlis Bertandang - belah Nasir.
Majlis Bertandang - belah Boi.
Wafiy Convo.

Disember 2011
Birthday Kak Wahida.
Celebrating our 1st month as husband and wife.
Family trip to Singapore - sempena Hari Natal.
Birthday Dilla dan Hadrami.
Birthday Abang.
Family trip to Cameron Highland - penutup tahun 2011 dan pembuka tahun 2012.

2011 ialah satu tahun yang penuh dengan cabaran, suka, duka dan kejutan. Sedih meninggalkannya tapi kehidupan perlu diteruskan. Semoga tahun 2012 memberi impak yang lebih positif kepada diri saya supaya saya menjadi insan yang berguna. Begitu juga kepada ahli keluarga yang lain. Semoga di hari-hari yang mendatang ini, kehidupan kita sekeluarga akan dilimpahi dengan rezeki yang secukupnya, diredhai kehidupan kita dan dijauhkan dari musibah yang tidak diingini. Amin.

.ohhshera.

Oct 19, 2011

are you smarter than a fifth grader?

Pernah tengok show 'Are You Smarter Than A Fifth Grader?' 
Kadang-kadang saya rasa soalan-soalan yang ditujukan agak susah sampai saya pun tak tahu nak jawab. Tapi kat US, budak-budak kecik da belajar semua tu. World History la, Science la. Terbaik.

Video di bawah ni pun terbaik juga. Jom tengok~
Saya sendiri tak tahu Ibu Negeri bagi setiap Negara. Hasan baru umur 2 tahun dan dia tahu. Tapi yang paling terbaik ialah jawapan last ;) kan?

Bila tengok video ni, terus teringat birthday boy. Dia ni pun boleh tahan terror bab-bab general knowledge. Mim, boleh challenge adik Hasan ni tak?

By the way, 
Happy Birthday Syamim. Selamat masuk ke alam 20-an.
Cepat-cepat grad and jadi doctor yang berjaya.

.ohhshera.

Oct 3, 2011

jangan tidur, jangan diam-diam

Ingatlah, walau apa pun terjadi,
Malaysia ini negara anda.
Ianya negara kita.


Sudah mendaftar?
Belum? Boleh tengok di sini
Sudah? Boleh semak di sini

Malaysia perlukan kita semua.
Undilah! Register lah!
.ohhshera.

Sep 6, 2011

ada apa dengan no 6

Hari ni 6.9.11 
*9 kalau diterbalikkan jadi 6.
Adik beradik saya 6 orang.
Start kerja di Hospital Pantai Batu Pahat pada 2 hari bulan 6 tahun 2007.
Lagi 66 hari je tinggal untuk memegang status single.
Bulan 6 tahun depan baru nak pergi honeymoon.
*nota tambahan. Entri ini yang ke 116!

Jom dengar lagu yang popular pada zaman 1960an ini sementara nak tunggu enam puluh enam hari lagi yang bakal menyusul. Ambil mood je dulu. Preparation belum start lagi ni. *nervous kejap.


Esok baru nak update blog dengan cerita pasal raya 2011.
Esok juga ada pendaftaran pelajar baru. Mesti banyak medical check up.
Will be extra busy -_-

.ohhshera.

Aug 25, 2011

si botol comel

Semalam shopping barang di Carrefour. Plan nak buat cake before balik Ipoh nanti. Jalan-jalan di area toiletries, nampak lah botol yang comel ni. Terus hati tertambat lalu masukkan ia ke dalam trolley. 

Bila sampai rumah, terus nak ambil gambar si botol comel ni.

bagi tengok kotak dulu
Yups. It is EDT from Playboy. Packing comel. Mari tengok botol dia pula.

comel kannnnn
Ada 3 fragrance. Saya pilih Play It Lovely sebab bau dia yang memikat hati. 

arnab!
 Sebelum tidur, last snap.

playboy for women
Murah je. RM 39.90. Boleh didapati di super market, hyper market dan farmasi berhampiran anda. Boleh try test bau dan bagitahu saya anda suka yang mana. Selamat mencuba.

.ohhshera.

Jul 28, 2011

go tigers!

Go Tigers! Go Tigers!

Eh, ini bukan nak pergi jalan-jalan naik flight Tiger Airways. Tapi nak lawan negara yang empunya syarikat penerbangan tambang rendah bernama Tiger Airways ni. Siapa lagi kalau bukan Singapura.

Semua orang tahu malam ni Malaysia akan bertemu Singapura untuk perlawanan timbal balik untuk kelayakan Piala Dunia 2014 di Stadium Nasional Bukit Jalil. Dengar khabar, tiket habis dijual. Tsktsk. Sedih lah saya sebab tak sempat nak beli tiket. Takpe lah. Malam nanti tengok bersama family di rumah sahaja.

So, sempena perlawanan Malaysia dan Singapura malam ini, apa kata kita nyanyi lagu-lagu yang menaikkan semangat pemain bola sepak negara kita. 

Ni lagu yang dibuat oleh penyokong Harimau Malaya

Yang ni dinyanyikan oleh Harimau Pagi Era - Aznil, Ray dan Haniff

Ni pula versi English oleh JJ and Ean

Last but not least

Sama-samalah kita kembalikan kegemilangan sukan bola sepak Malaysia.
Good Luck Harimau Malaya! 
Dengarkan ngauman Harimau membaham Singa malam ini.


Hitam Kuning Hitam Kuning
Go Tigers!
|3-0|

.ohhshera.

Jul 27, 2011

i was there...again!

I WAS THERE
MALAYSIA vs LIVERPOOL
ASIA TOUR 2011
Tapi kali ni time game pula. 

Bersemangat nak pakai jersey Malaysia tapi tak sempat nak beli. Last-last pakai baju biasa je. Rasa tak ada semangat nak tengok bola pula bila pakai baju biasa. Huuu~

Gambar-gambar yang diambil semasa sebelum, semasa dan selepas game.

Masuk seawal 2.30petang

terima kasih en acab sebab belikan tiket.
before game. player baru masuk padang
kick off at 5.45pm
full house! pandangan depan saya
full house! pandangan kiri saya
separuh masa kedua bermula
goal Liverpool yang ke-5
permainan tamat
mari pulang
Final score
Malaysia 3 - Liverpool 6

Overall, game sangat best. Banyak goal untuk both teams. Tapi disebabkan pakai baju biasa, takde lah nak sorak lebih-lebih. Hehe.

Sila datang Malaysia lagi ye~
YNWA~
.ohhshera.

Jul 25, 2011

i was there

I WAS THERE
MALAYSIA vs LIVERPOOL
ASIA TOUR 2011
(training session)

nasir, saya, acab. Gambar taken from acab's fb
acab n haikal
di sebelah kanan saya
di depan saya
zoom paling habis da ni
sesi warm up
training 3/4 padang
Last but not least
korang ada? ;p
p/s : video akan di upload later. sorry for the low quality due to - i don't have camera muncung-muncung tu
.ohhshera.

Jul 19, 2011

cara terkini untuk menjamin keselamatan kereta anda

Kereta itu penting dan berharga. Lagi-lagi baru start kerja terus sambar kereta idaman. Mestilah nak pasang itu ini bagi menambah-cantikkan kereta anda. 

Pasang sistem audio yang 10batu da boleh dengar bila kita play lagu-lagu yang boleh pecah gegendang telinga.
Pasang juga LCD TV monitor dalam kereta. Kot-kot bosan dalam traffic jam boleh lah layan movie kejap.
Tukar seat Recaro. *baru nampak sporty.
Tukar rim dan pakai tayar paling nipis. *stylo habis da ni.
Ohh, tinted kereta jangan lupa. Bagi paling gelap sekali.
Pasti sedih kan bila kita da bersusah payah, berhabis duit menambah-cantikkan kereta, tuptup kereta kesayanagn kita kena pecah dek orang yang tak bertamadun. Hati panas la tak terkira. 

Jadi, jalan penyelesaian apa? 
Pasang alarm? 
Pun kena pecah masuk juga.

Ini ada satu cara masa kini untuk menjamin keselamatan kereta dari dipecah masuk.
Kenapa saya cakap cara masa kini? 
Sebab ini kali kedua saya terjumpa dengan orang yang menggunakan cara ini untuk menjaga keselamatan kereta mereka. *pasti ini cara tekini kan.

 Kenapa saya cakap terjamin keselamatan?
Sebab barang-barang dalam kereta tak ada siapa nak ambil dan tidak ada tanda-tanda orang akan pecah masuk walaupun barang dalam kereta terang-terang nampak dari luar.

Macam mana caranya?

Sila rujuk gambar di bawah



Kali pertama boleh tengak di sini

Berani try test cara ini kat kereta baru anda?

p/s : tapi kenapa both kereta yang guna cara ini ialah kereta berwarna merah?

.ohhshera.

Jul 8, 2011

jangan marah anak bila mereka tak tahu mengeja

Anak tak reti eja atau salah eja, nak salahkan siapa? 

Salahkan ibu-bapa yang tak ajar anak?
Salahkan susu tepung yang diberi masa kecil tidak membantu pertumbuhan sel-sel otak anak?
Salahkan maid sebab tak tolong ajar anak?
Atau...
Salahkan cikgu sebab ajar tak betul?

Now, Wafiy tinggal dengan saya dan mak. Jadi semua homework, Mak akan pantau dan tengok Wafiy buat sampai betul. Memang teruk lah Wafiy kena marah kalau dia salah. 

Teringat masa sekolah rendah dulu, kalau tak dapat siapkan homework, memang kena marah kaw-kaw dengan Mak. Da lah Mak mempunyai pitch suara yang tinggi. Bukan setakat dalam rumah je dengar, sampai ke rumah Atok boleh dengar. Saya pernah menangis sambil siapkan lukisan sebab Mak tak nak tolong. Pulak tu, saya da mengantuk dan da lewat malam. Da lah Mak tak nak tolong saya, kena marah pula tu. Memang sadis. Tapi, takpe. Semua tu mengajar saya untuk menjadi lebih baik di masa hadapan.

Ok, enough flashback. Nak cerita pasal homework Wafiy yang diberi oleh cikgu tadikanya. Emm, tengok lah sendiri gambar di bawah ini.

homework subject tulisan
Tulisan berwarna merah ditulis oleh cikgunya. Yang guna pencil tu, baru tulisan Wafiy.

Macam mana lah budak-budak nak pandai ejaan kalau cikgunya sendiri salah eja. 
Haih.

Melentur buluh biar dari rebungnya.

.ohhshera.

Jun 23, 2011

terbaik tahun ini

Baca belog bride-to- be ini. 
Then jumpa link ini.
Lepas tu tertarik dengan video di bawah ini.
Enjoy!


Amacam? Best tak? Best tak?
.ohhshera.

Jun 8, 2011

heartbroken

Heartbroken.

Tak semua yang kita rancang akan terjadi.
Tak semua yang kita nak, kita akan dapat.
Setiap yang terjadi pasti ada hikmah yang tersembunyi.

Tapi hati tetap sedih.

Benda jadi depan mata. Tak boleh nak undur masa dan halang dari berlaku. Masih terbayang-bayang kejadian malam tadi.
Saya tak salahkan dia. Sebab saya yang minta dia buat macam tu. Tapi 3hari lepas, dia ok je. Malam tadi pula buat hal. Sedih lagi.

Ini lah sebab saya sedih to the max!

heartbroken 1
Yes. Bumper belakang Sugar pecah dan bercalar.

Kejadian berlaku malam tadi. Masa tu nak keluar makan dengan adik. Minta adik keluarkan Sugar dari garage. Saja je lah nak suruh adik biasakan diri drive kereta. 3hari lepas adik keluarkan ok saja. So tak pikir pun yang akan terjadi apa-apa.

Dari dalam rumah saya terdengar macam adik terlanggar sesuatu. Cepat-cepat keluar. Fuuhh. Selamat adik tak langgar tembok. So, saya cakap kat adik, pelan-pelan gostan. Kalau tak boleh biar je. Sekali adik masuk gear reverse dan reverse dengan lajunya sambil langgar tembok tepi rumah. Boleh bayangkan tak? Depan mata nampak Sugar langgar tembok dengan laju. Menangis.

heartbroken 2
Dalam hati memang nak marah je adik. Kenapa perlu reverse laju-laju? Kan da tahu yang ada tembok besar kat belakang. Hah. Tapi nak salahkan siapa? Adik or diri saya sendiri? Kena redha saja lah.

heartbroken 3

heartbroken 4
Maybe sudah sampai masanya bagi Sugar bumper dan skirting baru. Detomaso perhaps.

.ohhshera.

Jun 2, 2011

penakut

Jun muncul bila Mei pergi.
Semoga apa yang dirancang dapat direalisasi.

Ameen~

.ohhshera.

May 25, 2011

blacklist PTPTN

Susah hati kan bila nama kena blacklist kat PTPTN. Bukan tak nak bayar tapi saya tak pernah dapat statement. Tak tahu macam mana nak bayar. Serious. Bila call PTPTN nak minta statement berapa banyak kena bayar dan macam mana nak bayar, dia kata dia akan hantar by post. Tuptup dapat surat menyatakan saya da blacklist. Habis punah harapan nak pergi UniversalStudioSingapore. T__T

Terasa PTPTN ni jadi PTPTipu lak. Orang minta statement tapi tak bagi. Then terus nak blacklist. Bila da blacklist, lagi lah rasa tak nak bayar. Sebab untuk unblacklist kan nama kena baya lumpsum. Kalau RM100 tu tak apa lah juga. Ini jumlah siap boleh beli PS3, Nintendo Wii, Camera DSLR d90, kasut Christian Louboutin dan handbag Juicy Couture.

Ohh tapi kan, hari tu abah dengan baik hatinya ingin membantu. *TerimaKasih Abah. Abah kata, biarlah dia bayarkan dahulu untuk settlekan PTPTN saya dan kakak. Nanti-nanti bayar balik kat dia. Mula-mula rasa segan nak terima pelawaan abah tu. Ye lah, sendiri punya masalah. Then nak bayar balik, abah pula tak tetap kan duedate macam bank. Malu ohh.

Tapi, disebabkan nak pergi Jakarta untuk survey barang kahwin, kuatkan hati juga pinjam duit kat abah walaupun malu dan segan. 

Hari Jumaat, 29 April 2011, saya dan kakak pergi ke HQ PTPTN di Damansara untuk settlekan semua. Pergi dengan perasaan marah dan bengang sebab kes minta statement tapi kena blacklist. Kaunter di sini rasanya tak user friendly. Nak ambil nombor giliran pun tercari-cari mesinnya. Rupa-rupanya mesin tu diletakkan di belakang bunting. *haihs.

Masa pergi pagi tu, jumpa dengan pegawai untuk bincang cara pembayaran dan tempoh untuk unblacklistkan nama dari senarai hitam imigresen. Bila da tahu amount yang perlu dibayar, petang tu datang balik untuk buat pembayaran.

 5 more to go
Tempat duduk kurang selesa dan kaunter yang tak macam kaunter. Nasib ada aircond. Kalau tak, lagi panas hati nak bayar.

siapa-siapa nak bayar balik, sila tengok bunting ni
Turn 2029 sudah sampai. *kaunter pembayaran hanya ada 1.

bye bye duit yang kacak
Berat hati nak bagi duit ni kat orang di kaunter itu. Sedih, terharu dan segan bila fikir abah bersusah payah keluarkan duit dia untuk settlekan PTPTN kami. TerimaKasih banyak-banyak abah. *sobsob.

amboi.muka suka no kira duit
After that, dapat resit yang menyatakan kami da bayar semua. In case masa kat airport sangkut, tunjuk je resit ni. Pegawai yang mula-mula kami jumpa tu kata, 1hari bekerja da boleh unblacklist nama. Maximum 3hari bekerja. Jadi, next week nya bila akak check kat website imigresen, tengok nama da tak disenaraihitam lagi. ^__^

resit nya camni
Again. Nak ucap TERIMAKASIH yang tak terhingga kat ABAH.

THANK YOU SO MUCH ABAH!

p/s : Abah, if you read my blog, thank you so so so much. will pay back ASAP.

.ohhshera.