Showing posts with label preparation. Show all posts
Showing posts with label preparation. Show all posts

Nov 10, 2011

Gigi ohh gigi

Now, i'm waiting for my turn to do scaling and whitening to my teeth.

Di mana?
Di Klinik Pergigian Nuur, Jalan Tanjung Laboh.
Ditemani oleh my bridesmaid, the lovely T.R.A! Yay. Thanx darl.

Got to go.
Bye!

heee

Nov 9, 2011

aktiviti malam hari untuk hari ini

Pada saat ini, kami sekeluarga sedang bertungkus lumus menyiapkan doorgift untuk majlis nanti. Hadrami pun tolong sama.

Sakit-sakit tangan mengikat apa ntah nama yang digunakan untuk ikat potpuri tu. Jom layan gambar kami sekeluarga.

Ayu mengantuk la tu
terima kasih semua
Hadrami turut membantu
comel!

Nov 7, 2011

Facial ohh facial

Petang tadi bawa Nasir pergi facial. Lagi 5 hari nak nikah baru nak buat facial. Hopefuly bengkak-bengkak hasil facial cepat berkurangan. Since this is his first time, saya pun tunggu lah sampai dia siap. Saya tak buat sama sebab semalam da pergi dengan Dilla.

Bertempat di Jenny Beauty, dekat-dekat area Carrefour Batu Pahat. One of the best facial yang pernah saya buat. Sebab masa dia buat extraction, tak berapa nak sakit. Kira sakit yang boleh tolerate lah. Then the last mask yang dia letak, sangat sejuk. Lepas pakai mask tu, pipi rasa macam baru keluar dari fridge je.

Hari Rabu da buat appointment untuk Mak pula. Hope she like it. Da inform awal-awal dekat beautician tu yang hari Jumaat ada function, so buat extra gentle kat Mak. So that tak nampak la muka baru difacial.

Mengikut pengalaman saya yang baru first time buat semalam, saya sangat berpuas hati. Satu hari da susut da bekas difacial. Kira semalam petang saya buat, pagi tadi tengok muka da tak merah-merah. Tak macam selalu buat facial di tempat lain. 3 4 hari baru lah kurang merah-merahnya.

Apa kata try test sendiri buat facial di Jenny Beauty. Harga berpatutan dan berbaloi. Sekarang ada promo. Buat 2 kali facial, dapat free toner Dr.Renaud. Kedainya di tingkat atas. Bawah tu ada kedai jual tudung. Kalau nak call, boleh minta saya nombornya. 

counter
company name
skin analysis
waiting area

Nov 5, 2011

simpan tarikh

Banyak betul kerja belum settle. Rasa nak 40jam sehari boleh tak? *lagi-lagi cakap benda yang sama. Sebenarnya rasa stress bila banyak benda yang perlu dibuat tapi tak ada masa. Lagi stress bila orang yang sepatutnya membantu, tak sanggup untuk menolong di saat-saat akhir. Dugaan.

By the way, barang untuk deco hantaran baru je beli pagi tadi dengan Dilla di Ayer Hitam. Lama juga spend time di sana. Sampai rasa nak pengsan sebab tak sedar da lepas lunch hour. Hantaran saya? There and then baru decide nak buat macam mana hantaran yang ada. Memang last minute betul.

Plan nak start malam ni tapi ada masalah di rumah yang tak dapat dielakkan. So, akan mengadap deco hantaran seharian esok. Mudah-mudahan siap semuanya esok or lusa. Seriously, memang buat simple sangat. Rasa macam effortless pula. Tapi, ikut kata Abah. 'The Thought That Count'.

Bagi menaikkan adrenalin rush mengira hingga ke tarikh 11.11.11, jom layan video save the date saya dan Dilla.
Video ini di shoot di rumah Abah di Batu Pahat oleh House Of Ideology.
Terima Kasih kepada Abah, Mak, Abang, Kak Wahidah, Syamim, Wafiy dan Hadrami yang menjayakan video penuh sempoi ini. You guys rox!


House Of Ideology akan menjadi Official Videographer saya dan Dilla untuk sepanajng majlis nanti. 
Kalau suka dengan hasil mereka, boleh lah terjah ke FB HOI.
Mereka sangat sempoi dan terbaik.

So enjoy the vid. Will update about hantarans tomorrow ;) Goodnite~
.ohhshera.

Nov 4, 2011

cuti bermula

PERHATIAN : 
Juru X-ray di Pusat Kesihatan Universiti, UTHM sedang bercuti. 
Semua kerja-kerja berkaitan dengan X-ray akan diambil alih oleh rakan sekerja.

borang yang diisi pada 31/10/11
Kat borang just isi 10 hari je tapi, last minute ambil cuti on 4th November sebab baru teringat belum beli chocolate hantaran. Nasib sempat beli. Pheeeww~

.ohhshera.

Oct 25, 2011

Sweet 17...days to go

Ya ALLAH. Tinggal 17 hari je lagi. Banyak benda tak settle.
Kad belum siap edar.
Hantaran belum finalize nak gubah macam mana.
Doorgift belum decide nak bagi apa. *any idea?
Bilik belum kemas. Jadi katil pun belum boleh bawa masuk.
Baju pengapit belum beli.
Chocolate hantaran belum beli.
Wedding cake untuk majlis belah Nasir belum tempah.
Facial belum buat.
And the list continue...
Adoi. Sempat ke buat semua tu dalam masa singkat ni?

So little time but yet so much to do.

Mode:cemas

Oct 11, 2011

111011

Hari ni 11.10.11
Tinggal sebulan je lagi.
Perasaan? Haruslah cuak.

Persiapan banyak belum settle.
Change of deco hantaran.
Change of theme untuk resepsi siang.

Borang nikah baru nak isi.
IC belum photostat!
Sijil nikah belum photostat!
Tak tahu nak minta tolong siapa untuk jadi saksi borang.
Jadi,esok kena settle kan semua before serah borang.

And...
Esok ada interview di Pejabat Agama. Wish us luck ;)

Oct 5, 2011

Ouch.

Pergi Klinik Kesihatan Batu Pahat petang tadi untuk buat HIV test dengan Nasir, Dilla dan Boi.

Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Servise kat KK Batu Pahat memang superb. Staff friendly and tak payah tunggu lama.

Next week interview pula.

p/s : jari masih sakit sebab kena cucuk.
.ohhshera.

Oct 1, 2011

new kids on the block


Lagu Step by Step dari New Kids On The Block.

Kenapa lagu ini dipilih?

Sebab, at this stage, saya sedang menyusun langkah demi langkah untuk menempuh satu lagi hari yang bersejarah dalam hidup saya. *apart from 1st day went to school, my graduation day and my engagement day. Step by step dalam menyediakan semua termasuk preparation untuk hantaran, majlis dan juga persedian diri sendiri. 

Dan New Kids On The Block dipilih sebab ini :-


New gadget in the house actually.

So, 1 down and 2 more to go sebelum semua barang hantaran settle dibeli. 
41 hari je lagi!

.ohhshera.

Aug 19, 2011

jom jakarta - episode akhir

31 Julai 2011.
Hari ni merupakan hari terakhir di Jakarta. Esok da puasa. Hari terakhir buat apa lagi kalau bukan last minute shopping kan. Since Hotel N1 is just a walking distance to Tanah Abang, amatlah tak patut kalau tak shopping di sini.

Lepas breakfast, kami start berjalan ke Tanah Abang. Jalan sangat sesak dengan kenderaan dan orang. Disebabkan masih awal dan kebanyakkan kedai masih belum buka, Abah nak tunjuk Nasir Masjid Tanah Abang yang terletak di 'Lantai Atap' atau dalam english, Roof Floor.

dari tepi masjid
Abah bagi waktu 3jam je untuk shopping. So, Mak dan saya da decide nak pergi 1 floor je. Concentrate dengan benda yang dicari. Telekung!

the 1st shop yang kami pergi
sulaman yang halus.
Then pergi mencari baju hoodies untuk diri sendiri dan Dilla. Tuptup mak pun nak juga. Jiwa remaja. Hehe. Abah dan Nasir beli kemeja solat untuk adik, Boy dan diri masing-masing. Abah kepenatan, Jadi Mak dan saya je yang berjalan mencari telekung hantaran saya. Manakala Abah dan Nasir duduk. *Abah sampai tertidur.kesian.

Balik hotel, mandi-mandi dan bersiap untuk check out selepas menunaikan Solat Zohor. 

Hotel N1
Budget jalan akan jem, tu yang gerak awal dari hotel. Rupanya kami sampai awal. Lunch di Airport before check in. Saya tak lapar, jadi just makan pisang keju yang hangat diperkatakan kesedapannya. Tapi, bila da rasa, terasa macam biasa saje. Nothing special pun. 

Since masa masih banyak before boarding, kami jalan-jalan di souvenir shops dan duty free shops. Again. Last minute shopping beli souvenir untuk rakan-rakan di Malaysia. *yang lelaki je shopping ye. Maybe nak habiskan duit Rupiah kot. 

aksi Nasir memanggil
Da lah sampai Airport awal, flight delay pula tu. rasa macam, "Eeeee, ruginya sampai awal. Kalau tahu boleh shopping lagi kat Tanah Abang,". Sementara tunggu kapal terbang sampai, main angry bird dulu. ;p 

Naik flight, perut da lapar pula. Lepas makan, baru terasa kepenatan. So, mahu tidur.

That's the end of my 3 days 2 nights trip to Jakarta with my parents and my fiancee. Stressful, hectic and exhausted but at the end of the trip, it was a meaningful trip to me.

bye!

.ohhshera.

Aug 17, 2011

86 days to go

Hari ni 17 Ogos 2011.

Hari ni Hari Nuzul Al-Quran. 
Tapi disebabkan saya rakyat Johor, jadi hari ni tetap bekerja seperti biasa. Untunglah sesiapa yang bekerja di Selangor, Perak, Pualau Pinang, Perlis, Pahang, Kelantan dan Terengganu sebab dapat cuti di tengah-tengah minggu. 

Mengikut counter yang berada di bawah blog ni, tinggal 86 hari je lagi untuk saya memegang title single. Lepas ni kena tukar lah katil single saya kat bilik tu ke katil double. Jangan ditanya tentang preparation. Rasanya banyak benda nak dibuat tapi tak tahu nak mula dari mana. 

Ohh, sebenarnya saje nak tunggu sampai angka 86 dalam perkiraan perjalanan sebelum ke hari pernikahan sebab saya dan Nasir lahir pada tahun yang sama iaitu tahun 1986. Ada kesinambungan tak 2 benda ni agak-agak? Emm, tak kisah lah.

Lagu ini dituju khas buat Nasir sempena lagi 86 hari menuju ke alam baru. Enjoy~


Lagu ni selalu dengar kat bilik Abah pagi-pagi hari Sabtu atau Ahad. Nyanyian dari Mille Small.

.ohhshera.

Aug 15, 2011

jom jakarta - episode dua

Ingat lagi entri pasal trip budget ke Jakarta? Kalau ingat mesti anda tahu pada entri kali ni, saya akan bagitahu saya pergi Bandung atau Bogor pada hari kedua. Mari sama-sama baca.

Hari kedua dimulakan dengan breakfast di Hotel N1. Kami breakfast pada pukul 6.30 waktu Jakarta. Breakfast biasa-biasa saje since tak banyak choice makanan.

mee goreng, keropok dan telur
Setelah difikir-fikir dengan begitu kuat, Abah decide untuk pergi ke Bogor sahaja since urusan kad masih belum settle. Punah sudah harapan untuk bershopping di branded outlet store =(  Bye-bye Rumah Mode

After makan, siap-siap untuk ke Bogor. But before that, pergi ke pejabat courier untuk tanya rate. Perjalanan ke Bogor lebih kurang 2 jam. Sempat tidur dalam kereta sebab bosan. Kereta nak naik ke Bogor dan Puncak sangat banyak sebab hari ni ialah hari Sabtu. Tambahan pula, Presiden pun nak datang Puncak petang nanti.

Pemandangan cantik. Tapi tak sempat nak berhenti untuk snap. Hanya sempat snap dalam kereta while moving. Banyak lah gambar blur. Kami ada berhenti untuk beli ubi bakar dan pisang. Lepas tu berhenti lagi untuk makan tengah hari. Time ni, Mak beli kuih gemblong dan Abah beli strawberry yang super murah. Rasa kuih gemblong ni macam kuih getas kat Malaysia.

ni lah rupa kuih gemblong
mak tengah makan kuih gemblong
After lunch, rushing balik Jakarta dan terus heading to Pasar Tebet. Mak oi! 1 kotak kad sangat berat dan tak muat nak masuk semua dalam kereta. Jam pula laju macam air terjun. Cepat betul masa berlalu. Pejabat courier da nak tutup pukul 4 petang. So, sumbat 5 kotak dalam kereta dan lagi 2 naik teksi. Abah dan Mak gerak dulu, while saya dan Nasir naik teksi. 

Alhamdullillah, sempat sampai walaupun traffic jam yang amat. *KL pun kalah. Nasib pejabat tu belum tutup lagi. Setelah dikira semua kotak, urusan membayar dijalankan before balik. Kotak-kotak akan dibawa berlayar dan akan sampai dalam masa 2 minggu. Amboi lama betul. Padahal dari Indonesia ke Malaysia je pun.

have a safe journey ya
 Jam menunjukkan belum pukul 5 petang. So, rasanya masih sempat untuk singgah Tanah Abang. Survey-survey before shopping esok pagi. Balik jalan kaki dari Tanah Abang dan since memang da kat luar, kami terus pergi ke Restoren Minang untuk dinner. Before balik, singgah kedai runcit untuk beli air. 

anak owner yang duduk tu. lelaki sebelah Abah ialah yang jaga kedai bersama familynya
Sampai Hotel N1, jumpa The Legendary Pak Erwan. Kenapa dia lagend? Sebab Pak Erwan sudah terkenal di kalangan saya dan Dilla. Macam mana kenal? Sebab baca blog dan banyak yang recommend untuk ambil kereta sewa dengan Pak Erwan sebab murah dan dia tak berkira. Tapi sebab last minute booking, Pak Erwan tak free, tu yang dia suruh Pak Nana ganti.

Mak, Abah, Pak Erwan dan Pak Nana
Hari belum malam tapi badan sangat penat, jadi mari kita tidur.

Sesiapa yang ingin menggunakan khidmat The Legendary Pak Erwan di Jakarta, boleh call atau SMS beliau di no +6281513914533 

Bila call cakap lah nama saya, nanti dapat discount 10%. Haha. Memandai je. Kidding je. Kalau dapat, tu dikira bertuah.

.ohhshera.

Aug 10, 2011

jom jakarta - episode satu

Just before Ramadhan, my parents, en.Nasir and me pergi Jakarta. Again! Kali ni untuk settelkan hal yang tertangguh before this. Trip 3hari 2malam ni merupakan trip budget. Kenapa budget? Sebab pergi semata-mata nak settlekan pasal kad, shopping terhad, tidur di hotel biasa-biasa dan kereta sewa yang biasa.

The story goes right this.

29Julai2011

Flight dari KLIA pukul 7.10pagi
pada masa itu, tiket Garuda lagi murah dari AirAsia
Sampai di Lapangan Terbang Soekarno-Hatta, Jakarta lebih kurang pukul 9.00pagi. Pak Nana *driver kami di sana da sedia menanti di ruang menunggu. 
tengah tunggu kereta sampai
First thing first. Settlekan hal kad di Pasar Tebet. Tapi nasib tak berapa baik. Kad belum siap dipacking ke dalam kotak dan Pak Idris belum sampai office. So, shoot ke Jati Negara untuk shopping dengan begitu laju. Jalan ke Jati Negara sangat jam sebab da nak puasa, semua orang sibuk shopping.

Para lelaki pergi solat Jumaat di tingkat atas Jati Negara manakala para wanita memulakan tugas mencari kain yang diburu. Plan asal nak jalan seluruh Jati Negara before membeli. Tapi, last-last pergi ke kedai yang last time datang. Tak larat da nak berjalan. Keadaan panas dan sesak.
tokey Prima Textile yang pakai kemeja putih
Lepas shopping, perut pun lapar. Kami makan di Restoren Beringin berdekatan dengan Jati Negara. After that, heading to Pasar Tebet. 
antara kad yang ada
Fuhh, part ni mencabar sebab tak tahu pula yang kad tu maha berat. Nak bawa balik naik flight rasanya tak terbawa. So, terpaksa cari courier service yang boleh hantar ke Malaysia dengan kadar yang berpatutan. Pula tu Pak Idris tak cukup cetak. Nak tunggu siap cetak makan masa lagi. At this point, semua orang pun stressed out dan nak marah-marah saje.

Tiada keputusan yang paling best buat masa ini untuk membawa balik kad-kad tersebut. Akhirnya, ambil keputusan untuk check in di Hotel N1 di Tanah Abang dulu. Lepas mandi, turun untuk makan di sekitar hotel. For the first time, kami makan di kedai tepi jalan *betul-betul percutian budget. Soto ayam yang sedap tapi, Abah mengalami buang-buang air selepas itu. *perut Abah memang sensitive.

Sebelum tidur, berbincang esok either nak pergi Bandung or Bogor.

Nak tahu kami pergi mana?
Kena tunggu episode seterusnya. Hee~

.ohhshera.

Jun 22, 2011

first thing first

Apabila sampai waktu untuk kita nak berkahwin, apakah perkara pertama yang perlu dilakukan? *kiranya sesudah family belah lelaki merisik dan meminang dan seterusnya kita sudah pun selamat bertunang.

Set date nikah dan majlis?
Bincang berapa hantaran?
Bagitahu sanak saudara seantero dunia yang anda bakal berkahwin?
Cari mak andam dan pilih pelamin?
Atau siap-siap pergi beli barang hantaran?

Cooopppp!

Yang hang dok kalut nak pi beli PS3, barang kemaih semua tu awatnya? 
Kursus kawin hang da pi ka?

Opps!
Selalu rasa macam ni dulu-dulu.
"Buat apa pergi Kursus Pra-Perkahwinan awal-awal. Kan nak kahwin lambat lagi".

Now, da terkial-kial nak cari Kursus Pra-Perkahwinan. Tinggal berapa bulan je lagi. Da lah satu apa pun tak buat lagi. Ok, masa untuk cuak sudah bermula.
...
...
...
Ini cerita pasal last minute baru nak pergi Kursus Pra-Perkahwinan.

Last month, on 21st May *eh Abah punya birthday! saya, en.Nasir dan en.Boi pergi Kursus Pra-Perkahwinan di Pejabat Agama Daerah Batu Pahat. Kursus 2hari yang bermula dari 8pagi hingga 5petang. RM120 seorang. *da naik harga. 

Nama pun last minute kan. Peserta yang datang jangan cakap lah ramainya. Sampai tak cukup tempat duduk. Ada yang tak dapat meja dan ada yang kena duduk di sisi-sisi meja. Nasib tak ada yang kena bersila. Saya duduk di sebelah mereka ni.


Pagi-pagi lepas register, semua kena buat ujian pemahaman. Erk. Soalan ada yang susah dan ada yang senang. Mana lah nak ingat Talak Ba'in tu apa. Main hentam saja. Siap text en.Nasir tapi dia lambat reply. *saya tak tiru.saya tanya je ;p

Setiap slot, ada penceramah yang berlainan. Ada yang super best buat kami ketawa dan segar biji mata. Ada juga yang buat orang menguap dan hampir terlelap.

keadaan kelas yang padat
Since makanan tak cukup dan keadaan kelas yang tidak selesa, jadi tak boleh lah bagi rate A untuk kursus ni. Kira ok lah dan biasa-biasa saja. Bila sampai petang Ahad, rasa tak sabar nak tamatkan kursus 2hari ni. Lagi-lagi lepas penceramah yang terakhir habis bagi ceramah. Masing-masing da resah gelisah nak balik. Yelah, nama je weekend tapi tak berehat pun.

en.Nasir dan en.Boi duduk depan sekali tu. semangat betul
Lepas dapat sijil kursus, kami pergi makan pisang goreng dengan Dilla dan Wafiy di bus stand Jalan Omar.


Sekarang da ada Sijil Kursus Pra-Perkahwinan. Borang Nikah pun da beli. Buat test HIV lepas raya. Interview pun lepas raya. Now boleh start proceed dengan benda yang lain.

Emm, apa kata cari baju nikah dulu? Sebab baju nikah yang sedia ada tu, warna peach. Rasa nak tukar warna lain pula.

.ohhshera.

Jun 21, 2011

143 hari

Semalam tengok my wedding counter kat bawah belog saya.

OMD!

Lagi 144 hari to go. 
Means hari ni tinggal lagi 143 hari. 
And saya satu apa pun belum settle lagi.

Jadi malam tadi buat list apa yang perlu dibuat.

Start with listkan barang hantaran nak bagi kat en.Nasir.


List kan je, mana yang boleh satu kan, kita akan combine. Mana yang tak nak, kita slash. Mana yang nak tambah, kita list lagi.

Next, listkan barang yang saya nak minta en.Nasir pula dan nikah thingy. 


Semoga saya akan sangat excited untuk update progress kat list yang dibuat malam tadi. So, kena work it from now!

So, sekarang nak blogwalking blog bride-to-be.

Tata~

.ohhshera.