Showing posts with label KL. Show all posts
Showing posts with label KL. Show all posts

Jul 6, 2012

Istana Negara Lama


It is mandated by the Malaysian Constitution that on the first Saturday of June yearly is the Yang di-Pertuan Agong's official birthday.

So, it is the perfect time to visit Agong's Palace on his special day. Right?
*tak dapat jumpa Baginda in person, tengok-tengok istana je pun sudah cukup baik kan.

Sempena Pameran Raja Kita di Istana Negara, saya pun ajak Abah dan Mak pergi sana.
Pergi hari Sabtu pada hari jadi Agong yang sememangnya public holiday, so please expect the crowd. Luckily Abah dapat parking cantik punya. *hasil pengeluaran aura positive oleh diri sendiri. 

Check it out apa yang ada di Istana Negara

logo tu yang mahal tu




Nak ambil gambar kat singgahsana punya lah susah. Ramai orang tak kira Malaysians dan non-Malaysians. 


kasi close up sikit bahagian atas singgahsana
By the way, wanna meet the 'King'?
Nasib baik jumpa.

King AbdulAziz
Hehe. Comel je kan Abah layankan saya nak ambil gambar macam ni. Tak pasal-pasal kena knee down. Gambar tak tengok camera tu yang mahal.

Kalau ada 'King', mesti ada 'Queen'.

patut gambar Mak tapi Mak entah hilang ke mana bersama Adik
Kemudian berjumpa pula kawan 'King' tadi




cop Mohor Besar Raja-Raja
manuskrip asal Hukum Kanun Melaka
Lama juga berlegar-legar di dalam ruang pameran. Then masa untuk pulang.

laman istana
Sebelum pulang, makan ice-cream dulu sebab cuaca panas.


Tak rugi lah pergi melawat Istana Negara Lama ni. Sebab masuk free tapi rasanya pameran tu da habis. Tak tahu la pulak kalau diextend date nya.

Feeling diraja habis.



Lots of Love,


May 23, 2012

Mereka lebih besar dari yang lain

Apa yang lebih besar tu?

Kereta?

Rumah?

Handphone?

Handbag?

No. No. 
Yang lebih besar ialah burger mereka. 
Besar ke?
Check it out~

Adik with his Fontana Burger
Me with OZ burger
Nasir's Sloppy Joe
Aduh. Time-time puasa di bulan Rejab ni pula la nak up entry pasal makanan kan.
Mahu tergugat iman tengok burger-burger yang besar dan sedap ni.
Sabar. Sabar.

Kenapa anda mesti try burger kat sini?

- Sebab burger dia special, dihidang bersama fries.
- Sebab burger dia super besar.
- Sebab kedai dia cozy.
- Sebab kedai ni pernah masuk dalam rancangan Jalan-Jalan Cari Makan musim terbaru.
- Sebab harga dia berpatutan.
- Sebab selain burger, ada juga menu lain seperti
#western - Beef Steak, Fish&Chips
#middle eastern - Khabsa Rice, Lahem Mishwi
#goreng-goreng - Nasi Goreng Cina, Char Kuey Teow
#Thai cuisine - Pad Thai, TomYum
#Chinese cuisine - Sichuan Chicken, Kung Bo Chicken
#pasta - Lasagna, Spaghetti Carbonara

Interior dalam kedai
Apple Juice Jumbo Size. 
Perasan tak mostly barang-barang yang di display dalam kedai ni banyak nya Aussie stuff? Ada boomerang, lukisan Aboriginal Australians, bendera Aussie dan didgeridoo. Sebabnya, owner kedai ni memang asal dari sana. 

Nampak Nasir macam makan burger tu betul-betul kan

Mana nak carik? *gaya Johan

Fontana Cafe & Catering
No.7, Jalan Putra Permai 1A,
Taman Equine,
43300 Seri Kembangan,
Selangor Darul Ehsan

Lots of Love,



Mar 20, 2012

Hot Air Balloon vs MATTA Fair

Rasanya tak lah lama sangat saya tak menggunakan pengangkutan awam di Kuala Lumpur ni. Tapi baru beberapa bulan, da ada perubahan yang ketara. 
Apa dia tu? 
Jom sambung baca entri ini

Hari Ahad lepas, selepas hantar kakak dan abang ipar ke LCCT, saya bercadang nak pergi ke MATTA fair di PWTC bersama Abah, Mak, Nasir dan Adik. Plan asal ialah nak pergi ke Putrajaya menaiki belon udara panas. Tapi disebabkan tak nak beratur panjang-panjang beli tiket, plan bertukar. 

Abah, Mak dan Adik pergi wedding di Gombak, manakala saya dan Nasir hantar Dilla dan Boi di LCCT. Akan jumpa rombongan yang pergi ke majlis kahwin di PWTC setelah selesai tugasan masing-masing. Oleh kerana, malas hendak menempuh jam di KL dan takut kena saman sebab parking merata-rata, saya dan Nasir putuskan untuk menaiki tren ke PWTC dari Sri Petaling. 

Nasib kami baik sebab dapat park kereta tak berapa jauh dari entrance station Sri Petaling. Selepas Nasir bayar tambang perjalanan sehala kami berdua, kami pun berjalan menuju ke gate nak menaiki tren. 

Eh, apa ni? 
Takde tiket ke? 
Star da tak guna tiket lagi? 
Dan digantikan dengan ...

cip ke coin nak panggil ni?
Terasa begitu jakun sekali menggunakan cip/coin untuk menaiki tren. Excited pun ada. Macam baru first time naik tren je rasanya. Tapi rasanya saya sorang je kot yang rasa begitu. Nasir rilex-rilex je.

muka yang excited
muka yang tak ada perasaan
Sampai di PWTC, orang yang maha ramai di sini. Semua pun sibuk mencari deal terbaik untuk percutian di dalam dan di luar negara. Tak sempat nak snap gambar keadaan di sana. Pakej yang ditawarkan memang best dan superb. Murah dan berbaloi. Tak sia-sia bayar RM3 sebagai entrance fee. 

the wrist tag
Penat berjalan dan meronda-ronda di dalam 3 hall utama. Before balik rumah, makan bersama family di Haderabad. The must-try dish ialah Rumali Bread. Roti yang dilempar tinggi ke udara dan disambut kemas oleh pembuat roti nya sebelum di masak kejap-kejap di atas bontot kuali. Super sedap dimakan dengan kambing atau daging.

Balik rumah dalam keadaan penat dan kaki sakit. 
Konon nak tengok game Liverpool tapi tertidur depan tv. Nasib Liverpool tetap menang malam tu ;)

Lots of Love,

Jan 17, 2012

sepetang di petrosains

Last Saturday pergi Petrosains di KLCC bersama Wafiy, Nasir, Mak dan Abah. Actually plan nak pergi pagi tapi disebabkan kepenatan sebab tak cukup tidur, masing-masing terbongkang sampai tengah hari. Bangun-bangun tengok jam da pukul 2.30 petang. Siap cepat-cepat sebab da janji dengan Wafiy nak pergi hari ni, kalau tak pergi, mau dia mengamuk satu hari. 

Masuk Petrosains lebih kurang pukul 4 petang. Tapi tak puas sebab ada certain tempat yang da ditutup. Tak dapat naik helicopter ride dan hurricane chamber. Rasanya wafiy pun tak berapa nak puas belajar macam-macam di sana. Definitely kena pergi lagi nanti.

So, inilah gambar yang sempat dicapture sebab Mama Wafiy pun teruja sama sampai tak sempat nak snap gambar banyak-banyak. 



Untuk pengetahuan, Petrosains ditutup pada hari Isnin. Jadi plan lah datang pada hari lain. Masa cuti sekolah dan public holiday, Petrosains memang dibuka kecuali Hari raya Puasa dan Hari Raya Haji.

Waktu Operasi
Selasa - Jumaat 
9.30 pagi - 5.30 petang (last masuk 4 petang)

Sabtu, Ahad dan Cuti Umum
9.30 pagi - 6.30 petang (last masuk 5 petang)

Tiket Masuk
Warga Emas (56 tahun & ke atas)
Pemegang MyKad : MYR 8.00
Non MyKad : MYR 18.00

Dewasa (18 - 55 tahun)
Pemegang MyKad : MYR 15.00
Non MyKad : MYR 25.00


Remaja (13 - 17 tahun)
Pemegang MyKad : MYR 10.00
Non MyKad : MYR 20.00


Kanak- kanak (3 - 12 tahun)
Pemegang MyKad : MYR 5.00
Non MyKad : MYR 15.00


Kanak- kanak (2 tahun & ke bawah)
Percuma

Pakej Keluarga ( 2 dewasa & 2 kanak-kanak)

Pemegang MyKad : MYR 30.00
Non MyKad : MYR 50.00





Jom belajar di Petrosains!

.ohhshera.

Dec 30, 2011

My first dim sum

Hey hey. Hari ni birthday my dear sis. She is 30 years old on 30th December. Da masuk 3 series da. Hehe.

Well, now we are celebrating her birthday at Restoren Jom Cari Makan. A bit sad sebab tak cukup korum. Adik beradik ada yang tak ada untuk celebrate sama. Ok, tinggalkan part sedih. Lets yay with the food.

Masing-masing makan macam-macam jenis makanan. Dari chinese ke western ke mongolian. Ohh the best part is, this is my first time makan dim sum. Lame right.

Ok. Makanan da sampai. Nak makan bersama family yang ada. Happy 30th birthday Dilla. Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Ohh by the way, hari ni juga birthday anak sedara paling kecik setakat ini, Syed Ahmad Hadrami Altamis yang ke 3. Full of number 3 betul hari ni. Maybe abang and kak Wahidah sedang celebrate birthday boy tu kat Johor.

Bye!
Tunggu! Esok ada birthday seseorang dalam family. Meriah betul birthday sebelah-sebelah yek.

p/s : try to upload gambar dimsum yang dimakan tapi tak dapat. :(

.ohhshera.

Sep 7, 2011

wordless wednesday

iftar at hyderabad @solaris
overseas students
us
the food!
.ohhshera.

May 23, 2011

date dengan abah

Mahu cerita pasal Abah sempena birthday Abah Sabtu lepas.

Ekoran daripada tinggal berdua dengan Abah di rumah masa minggu exam bulan lepas, Abah ajak lah saya pergi dinner. Plan nak pergi tengok wayang tapi tak ada cerita best. Semuanya cerita hantu. Dilla pula pergi tengok wayang cerita Thor. Lagi pun esoknya saya ada paper. So, makan-makan saja lah.

tengah tunggu Abah ambik kereta
Pergi The Mines. Eh, da lama kot tak jejak kaki kat The Mines ni. Rasanya da banyak juga perubahan. Dulu tak berapa banyak kedai. But now da better. Jalan-jalan cari tempat makan best, terjumpalah satu kedai makan Iran. Kecil je tempatnya. Berdepan dengan Auntie Anne's.

macam da janji je pakai baju warna sama
 Menurut review di guest book, dish paling popular kat situ ialah Lamb Shank. Tapi time kami datang tu, Lamb Shank da habis. Ohh, kecewa. Jadi Abah order nasi dan daging. Saya pula order nasi dan ayam.

sedap
yang hijau tu air timun dan kelihatan jari Abah di situ
Nasi dia memang superb. Sedap. Air dia pulak sangat refreshing. Tapi kalau pekena Lamb Shank lagi masyuk kot. Tak apa, nanti boleh datang lagi bawa Mak pula.

Sebelum balik dan bayar bil, Abah tulis review dalam guest book kedai ni.

comel kan Abah guna pen bulu-bulu
Hehe. Abah tulis guna pen HelloKitty yang saya dapat masa beli buku AinMaisarah hari tu. Malam tu Abah yang belanja ye. TerimaKasih Abah.

.ohhshera.

May 20, 2011

kuala lumpur international book fair 2011

Kuala Lumpur International Book Fair (KLIBF)
Venue : Putra World Trade Centre (PWTC)
Date : 22nd April 2011 - 1st May 2011

Ini ialah kali pertama saya pergi book fair seumur hidup saya. Itu pun sebab tengah cuti dan kebetulan ada di Kuala Lumpur sempena minggu exam. 

Pagi tu bangun lambat sebab syiok sangat tidur, sampai hujan pun tak perasaan. Bangun dan kemas-kemas rumah sikit. Tengok tv then mandi sebab da janji dengan Dilla nak pergi lunch sama.

Sampai kat parking Station Putra dekat pukul 1.00 pm. Lunch di The Mall bersama Dilla, Kak Nana dan Fifi. After da isi perut, bermulalah ekspedisi meredah ribuan buku. 

Tapi sebenarnaya saya nak pergi book fair ni ada 1 sebab je. Bukan lah sebab saya ni kaki baca buku. The day before Dilla ada cerita pasal KEDAI PINK AIN MAISARAH. So, nak jenguk lah kedai pink yang dikatakan menarik dan hot ni.

dari jauh da boleh nampak kedai blink-blink ni.
Stylo ohh KedaiPinkAinMaisarah ni. Deco dia comel. Pastu, orang yang jual kena pakai apron pink. *even yang jual ialah lelaki. Sweeeeeetttttt kan. Macam candy bar je.

tengok tu jejaka ber-apron pink dan goodies kalau beli buku AinMaisarah
Buku-buku AinMaisarah sangat comel. Cover buku cute dengan warna-warna yang menarik hati. Tajuk buku dia pun best. Sebagai contoh, Aku Mahu Saiz S, Projek Fesyen Ain Maisarah, Cinderellah vs Rapunzellah, Aku Mahu Superbibik dan macam-macam lagi.

antara novel-novel AinMaisarah
Saya beli 5buah buku. Lepas tu beratur pula sebab nk minta autograf AinMaisarah ni. Sementara tengah tunggu turn, snap picture ini.

inilah AinMaisarah
Time tengah syok-syok berbual dengan kak AinMaisarah dan kak Izanor, lupa pula nak snap gambar. So, masa orang lain yang tengah minta aotugraf, saya snap picture ini.

kak AinMaisarah pakai tudung kelabu dan kak Izanor pakai tudung hijau

Berkobar-kobar mahu baca novel-novel kak AinMaisarah. Saya mula dengan buku ni. Nanti sambung lagi. Tata~


Ohh, by the way, boleh lah terjah facebook kak AinMaisarah dan belog dia.

p/s : saya dapat pen HelloKitty yang ada lampu kelip-kelip bila tulis dan postcard AinMaisarah.
p/s/s : last week da post entri ni, tapi tuptup ilang da.so now saya repost balik ;)

.ohhbelog.

Apr 5, 2011

tbs ohh tbs

TBS tu bukan short form untuk table spoon macam dalam resipi masak-masak tu yek. 

TBS yang dimaksudkan ialah Terminal Bersepadu Selatan, Bandar Tasik Selatan.

Hari tu 1st time naik bas turun kat TBS ni. Tersangat lah kagum *dan jakun dengan kecanggihan kat sini. Da terasa macam kat airport pun ye juga. So, jom layan gambar untuk lihat sendiri keadaan di sana.

tempat bas turunkan penumpang
naik escalator untuk ke terminal ketibaan
muka gembira.jalan menuju ke balai ketibaan
kat dalam tu ruang menunggu.
ni kat dalam tbs.tengok macik-macik tu bawak trolley macam kat airport
tbs dari luar
Ok. Yang ni pula tambahan gambar yang ada dari macam-macam belog orang lain.

kaunter tiket dan information board |source1|
ruang menunggu di balai berlepas |source2|
pandangan luar |source3|
pandangan malam |source 3|
kemudahan di sekitar tbs |source4|
Pendek kata mudah, senang, selesa dan nyaman lah bila berada di TBS ni. Harap-harapnya tak lah awal-awal je cantik kan. Silalah pergi ke TBS. Macam-macam kedai ada kat sana untuk makan, minum dan shopping. Tapi jangan sampai tertinggal bas pula. Make sure 30mins sebelum bas bergerak, anda da tunggu di balai berlepas. *kan da cakap macam kat airport. Dan kita sebagai pengguna, kena lah jaga kebersihan kat sana ye. ;) Bangga sikit bila tourist tengok Malaysia macam ni

.ohhshera.