Showing posts with label event. Show all posts
Showing posts with label event. Show all posts

Jul 19, 2012

Wafiy turns Seven

Name : Syed Muhammad Wafiy Alwee bin Syed Mohammad Firus
Date of birth : 10th July 2005
Place of birth : Hospital Batu Pahat
Time of birth : Tanya Ayah atau Ibu nya sebab saya lupa. haha

Little celebration for my favourite nephew on his birthday.
Wafiy nak makan KFC, Hadrami nak McD.
Jadi, ikut kata birthday boy. KFC it is.

aksi birthday boy sedang makan ayam goreng
aksi adik birthday boy sedang makan nugget
Lepas makan baru boleh main.

enjoying themselves selagi boleh.
Tup-tup ada birthday cake. Mari suap mereka.

aaaaaa....
beso nya mulut
Oklah. suap sendiri before boleh sambung main balik.

bergaya lah birthday boy ni
the photogenic one
Eh nak tahu cane boleh ada birthday cake tu secara tiba-tiba?
Sebabnya, ada satu family sebelah meja kiteorang pun celebrate birthday anak dia yang keempat tahun.
Suruh Wafiy ambil gambar sama-sama tapi Wafiy malu. Jadi, tangkap curi je lah gambar birthday girl itu.

Happy Birthday Girl.
Kepada Wafiy,
Selamat Hari Lahir yang ke-7.
Semoga menjadi anak yang soleh, pelajar yang pintar, insan yang kaya dan berjaya di dunia dan di akhirat.
Mama loves you.

Wafiy Alwee

Lots of Love,


Mar 28, 2012

Bursary UTHM Family Day 2012

Venue : Lanjut Golden Beach & Golf Resort
Date : 24 & 25 March 2012

Bertolak dari UTHM ke Pahang menaiki bas.
Singgah di Jentayu untuk breakfast. 
Lunch di Bandar Rompin.

Setelah check in dan berehat sekejap, turun bawah untuk acara sukaneka.

1st acara meniup tepung dalam pinggan untuk kanak-kanak bawah 4 tahun.

nampak macam mak-mak yang tiup ek

2nd acara bawak bola ping pong dalam sudu. Juga untuk kanak-kanak bawah 4 tahun.

Masih pegang bola ping pong dan sudu time amek hadiah
3rd acara isi air dalam botol guna sponge untuk kanak-kanak 5 tahun dan ke atas.

isi elok-elok ye
4th acara tiup belon sampai pecah. Juga untuk kanak-kanak 5 tahun dan ke atas.

tiup sampai pecah ok.
Acara Lelaki
Lari dalam guni.


Lanun mabuk.

pusinggggg

Bola sepak pantai.



Acara Wanita
Baling belon berisi air.


Acara Campuran
Bola tampar.


Petang acara bebas bermandi manda di swimming pool.

Malam pula berBBQ di dalam dewan. Plus ada cabutan bertuah.


Balik bilik dan tidur tapi Nasir pergi memancing.

Esok pagi malas nak bangun beraktiviti. Rehat-rehat di dalam bilik sementara nak tunggu lunch dan masa untuk check out.

Bergerak balik UTHM.
Singgah sebentar di Bandar Mersing untuk beli keropok lekor. My fav!

Ahh, beautiful weekends.

Lots of Love,



Mar 20, 2012

Hot Air Balloon vs MATTA Fair

Rasanya tak lah lama sangat saya tak menggunakan pengangkutan awam di Kuala Lumpur ni. Tapi baru beberapa bulan, da ada perubahan yang ketara. 
Apa dia tu? 
Jom sambung baca entri ini

Hari Ahad lepas, selepas hantar kakak dan abang ipar ke LCCT, saya bercadang nak pergi ke MATTA fair di PWTC bersama Abah, Mak, Nasir dan Adik. Plan asal ialah nak pergi ke Putrajaya menaiki belon udara panas. Tapi disebabkan tak nak beratur panjang-panjang beli tiket, plan bertukar. 

Abah, Mak dan Adik pergi wedding di Gombak, manakala saya dan Nasir hantar Dilla dan Boi di LCCT. Akan jumpa rombongan yang pergi ke majlis kahwin di PWTC setelah selesai tugasan masing-masing. Oleh kerana, malas hendak menempuh jam di KL dan takut kena saman sebab parking merata-rata, saya dan Nasir putuskan untuk menaiki tren ke PWTC dari Sri Petaling. 

Nasib kami baik sebab dapat park kereta tak berapa jauh dari entrance station Sri Petaling. Selepas Nasir bayar tambang perjalanan sehala kami berdua, kami pun berjalan menuju ke gate nak menaiki tren. 

Eh, apa ni? 
Takde tiket ke? 
Star da tak guna tiket lagi? 
Dan digantikan dengan ...

cip ke coin nak panggil ni?
Terasa begitu jakun sekali menggunakan cip/coin untuk menaiki tren. Excited pun ada. Macam baru first time naik tren je rasanya. Tapi rasanya saya sorang je kot yang rasa begitu. Nasir rilex-rilex je.

muka yang excited
muka yang tak ada perasaan
Sampai di PWTC, orang yang maha ramai di sini. Semua pun sibuk mencari deal terbaik untuk percutian di dalam dan di luar negara. Tak sempat nak snap gambar keadaan di sana. Pakej yang ditawarkan memang best dan superb. Murah dan berbaloi. Tak sia-sia bayar RM3 sebagai entrance fee. 

the wrist tag
Penat berjalan dan meronda-ronda di dalam 3 hall utama. Before balik rumah, makan bersama family di Haderabad. The must-try dish ialah Rumali Bread. Roti yang dilempar tinggi ke udara dan disambut kemas oleh pembuat roti nya sebelum di masak kejap-kejap di atas bontot kuali. Super sedap dimakan dengan kambing atau daging.

Balik rumah dalam keadaan penat dan kaki sakit. 
Konon nak tengok game Liverpool tapi tertidur depan tv. Nasib Liverpool tetap menang malam tu ;)

Lots of Love,

Feb 1, 2012

rabu yang kurang kata-kata

Looking at this photo;


Makes me wanna sing this song;


p/s : mood holiday sudah mari.

.ohhshera.

Jan 30, 2012

peach putih, aini dan faris

Hari ini, genap seminggu Majlis Perkahwinan Aini dan Faris berlangsung. Seorang lagi BFF saya sudah menamatkan zaman anak daranya. Lets flashback together, shall we?

22 Januari 2012
Pagi

Majlis Khatam Al-Quran dan Majlis Potong Jambul anak sedara Aini yang paling baru dalam familynya. Saya diberi penghargaan untuk make up kan Aini dan adiknya, Amni. Serious cuak nak make up kan BFF sendiri. Sorry lah Aini dan Amni kalau tak menepati cita rasa sendiri. Bab kening memang fail. Haha. Sorry!

gambar dicurik dari fb asum (abang pengantin)
Malam

Majlis Pernikahan Aini dan Faris. Dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Encik Musa Abas. Nasib lah kami BFF, dapat cop tempat paling terbaik yang ada. *paling baik mestilah tempat pengantin lelaki kan. Dengan sekali lafaz, Aini dan Faris selamat diijab qabulkan. Alhamdulillah ;) Tiada adegan nangis menangis sebab pengantin perempuan begitu tegar sound tak bagi sedih-sedih. Fine.

stay. stay, stayyyyy belum snap gambar lagi. stayyyy
the pengantins and next in line *gambar cilok dari shidie punya album
Baju Aini comel. Suka.

23 Januari 2012
Tengah hari

Hari Persandingan Raja Sehari.
Tema Peach+Putih. Kelas! Baju pun cantik. Suka lagi.

the bride and the polkadots. bff hugs!
the gorgeous bride *cilok dari album asum lagi.
Jadi tol girls tapi sedih tak dapat duit tol. Sungguh tak tegar hati kami. Kesian tengok Faris terkebil-kebil tak dapat masuk. Plus time tu da lambat sangat nak bersanding. Jadi, kami open jelah laluan untuk Faris.

without mak buyung and pengantin. *cilok dari kak ni (kakak pengantin)
Sangat seronok pada hari itu. 
Hujan di petang hari. Lantas outdoor photoshoot tidak dapat dijalankan seperti yang dirancang. Plan pergi ke Ayer Hitam, satu tempat yang sangat teringin nak pergi oleh semua orang sebab tempatnya menarik. Tapi last-last pergi ke UTHM saje. 

Sebenarnya banyak gambar bole boleh diletak di dalam entri kali ini. Tapi teringat iklan di radio Era oleh Acha, jangan cilok mencilok. terus tak jadi cilok gambar orang banyak-banyak. *eh ada kena mengena ke? Abaikan.

Kepada pasangan baru kahwin, Aini dan Faris,

Semoga hubungan kalian berdua diberkati Allah swt dengan dilimpahkan rezeki yang tidak putus-putus dan  diredhai kehidupan sekeluarga di dunia dan di akhirat.
Didoakan agar dapat cahaya mata yang soleh dan solehah.
Dan semoga berbahagia hingga ke syurga ye.

Last but not least, my fav pic;

kami.
Love it!

.ohhshera.

Jan 27, 2012

cika da tunang!

HipHipHorrey!

Cousin sepermainan sewaktu kecil sudah pun melangkah ke fasa kehidupan yang seterusnya. Menamatkan zaman single dan menuju ke zaman menjadi tunangan orang. Wiwit! Half way untuk menamatkan zaman bujang dan seteruskan melangkah ke alam perkahwinan. Sabar ye~

Majlis Pertunangan dijalankan di rumahnya di Batu Pahat pada 22 Januari 2012. Walaupun dekat dengan rumah saya tapi saya datang lambat. Sebab rushing dari Majlis Khatam BFF Aini dan juga tunggu MakAbah sampai dari KL. Masa kami sampai, majlis da pun start. 

Ramai juga sedara yang ada. Tak macam Majlis Pertunangan saya tahun lepas. Ada sedara rapat yang tak hadir even da dijemput. Sedikit terkilan di situ. :((

sebahagian family yang hadir
Mula-mula sampai saya duduk di dapur. Lama-lama rasa bosan sebab tak berapa nak dengar sangat apa yang mereka bincangkan. So timbul idea nak takutkan Cika konon-konon bakal mak mertua dia da sampai nak sarungkan cincin. Jadi saya tinggalkan orang-orang dewasa berbincang dan pergi ke biliknya. 

Cubaan menakutkan dia menjadi. Time salam dia siap tangan dia berpeluh-peluh. *cuak lettew! Gelak-gelak ketawa bersama BFF Cika dan Cika sambil tunggu saat cincin bakal disarungkan. 

Jengjengjeng. Masa yang ditunggu telah tiba. Cuak kebebeh!

pasti tengah dupdap ni
tanda hubungan direstui
ze E ring
Snapsnap. Clickclick. Posepose. Smilesmile. Laughlaugh. 

Now time untuk ketemu sama tunangannya ya.

Cika + Hayat
makHayat, makCika, Cika, Hayat, abahCika, ayahHayat
Not forgetting The Hantarans;

from him to her
from her to him
Eh 7 dulang berbalas 7? Hentam saja lah labu.

The thing that I love is, 'dia punya deco kat corner bilik yang digunakan untuk tempat penyarungan cincin'. The kelambu, kerusi dan bunga ialah simple, nice and sweet! 

mestilah nak interframe sekali
Akhir kata untuk bakal pengantin ini.

Tahniah! Tahniah! Tahniah!
Selamat menempuh alam pertunangan yang penuh cabaran. 
Sabar itu penting.
Dan semoga persiapan ke majlis seterusnya berjalan lancar seperti yang dirancang.


p/s : gambar kawin sendiri da siap!

.ohhshera.

Jan 26, 2012

parti ala madagascar

Berminggu-minggu memikirkan tema yang sesuai untuk anak dara Kak Diana. Tak nak terlalu girly dan tak nak terlalu budak-budak. So, tema Barbie, Princess, Power Puff Girls, Mickey Mouse dan juga Hello Kitty awal-awal da kena reject. Tuptup timbul idea nak buat tema Madagascar. 

Tarikh da diset dan ini merupakan parti kejutan buat birthday girl. *even belated tetap suprise party. Kami bersiap sedia di taska lebih kurang pukul 3 petang. Kena siapkan semua before birthday girl balik dari Sekolah Agama lebih kurang pukul 4.30 petang. Ingat sempat lah nak setting table dan deco sikit-sikit, tapi sebenarnya kami tak cukup masa. Belum siap tiup belon, Caca da sampai. *caca = birthday girl.

Mari lihat gambar untuk cerita selanjutnya.

alakay alex and no 8
marty, alex, gloria and melmen
Cake ditempah dari sini mengikut tema yang dipilih. *ibunya yang pilih design cake.

Next on the buffet line are;
heart and star shape sandwiches
nuggets 
fruits
apam polkadot
tidbits 
mari makan
Makanan kami sediakan sendiri kecuali cake dan apam dot-dot. Apam super cantik lagi menawan ditempah dari kawan saya.

goodies
Goodies dibuat oleh kami bertiga, Kak Diana, Shahnaz dan saya. Kalau berminat boleh tempah di sini.

Mari tengok aksi si gadis harijadi pula.

muka happy campo terkejut
mari potong cake
bagi hadiah kat kawan-kawan
Ibu dan Aunty Shahnaz
Overall, majlis berjalan seperti yang dirancang. Cuma belon buih yang tiup-tiup tu je tak berfungsi dengan baik. Jadi, tak dapat shoot gambar Caca bersama belon buih. Penat tapi happy!

Kepada Nurul Aisyah, 
Aunty ucapkan Selamat Hari Lahir yang ke-8.
Semoga menjadi anak yang solehah dan pelajar yang cemerlang.
Ikut nasihat Ibu dan Bapak.
Good luck in your future undertakings. 
Hugs~

.ohhshera.