May 23, 2013

1st Wedding Anniversary

1st Wedding Anniversary Trip
11.11.12 - 16.11.12
Bandung-Jakarta

Pejam celik pejam celik da setahun kami menjalani hidup bersama. *Kira time entri ni ditype da hampir setahun 7 bulan la. Gembira, gaduh, merajuk, pujuk, senyum, masam muka, geram dan suka semua da rasa. Just belum lagi rasa loya-loya di pagi hari dan juga kena bangun pukul 2-3 pagi. BELUM ye, bukan tak nak. ;)

Sempena setahun da jadi puan dan tuan ni, kami plan bercuti-cuti di Bandung & Jakarta bersama kawan-kawan. 1 word, Awesomeness! 

Plan asal ada 10 orang yang akan pergi bersama, tapi last minute tinggal 8 orang je. 7 dewasa dan seorang budak kecik yang banyak cakap yang selalu menceriakan suasana dengan kecomelan dia tu. *Fiya, aunty selly and uncle yayang rindu awak ler!

Hari Pertama
Kakak dan saya naik flight pagi and the rest naik flight tengah hari. Tak dapat nak naik satu flight sebab nak tiket murah punya pasal. Sesampainya group kedua ke Terminal 3 Soekarno Hatta, kami terus bergerak ke Bandung. Tempat pertama yang dituju; RUMAH MODE! Tak perlulah diceritakan ke-best-an shopping di situ. Kena pergi dan rasa sendiri :) Lepas shopping, kami makan malam dan kemudian check in di Amaris Hotel.

Hari Kedua
Selepas breakfast, kami ke Tangkuban Perahu. Cuaca best, tak panas dan tak berapa sejuk. Plan nak makan di Kampung Daun masa on the way turun tapi sebab perut masing-masing masih kenyang, kami teruskan perjalanan ke factory outlet yang sedia menanti kunjungan duit poket kami. Quick shopping at Donatello, Gossip, Blossom, Jetset and Episode. Kemudian kami ke Angklung Udjo untuk menyaksikan persembahan angklung. Dapat main angklung ramai-ramai sekali. Sangat recommended untuk pergi. Next, isi perut yang sudah kelaparan. Aktiviti terakhir pada hari kedua diisi dengan menabung di Cascade dan Heritage. Balik hotel dan tido.

kami di Tangkuban Perahu
gerai jualan di Tangkuban Perahu
Saung Angklung Udjo

Hari Ketiga
Ready untuk breakfast dan check out. Singgah di Kartika Sari untuk beli brownies yang sangat sedap dan last minute shopping di Rumah Mode. Lunch di Gampong Aceh sebelum meneruskan perjalanan yang lama ke Puncak. Tertidur-tidur semua nya. Sampai Puncak da malam, perut siap da lapar semula. Dinner di Rumah Makan Alam Bakar Indah 1 sebelum check in di Safari Lodge.

Kartika Sari

Hari Keempat
Bangun pagi walaupun kesejukan di Puncak boleh membuatkan diri sendiri untuk menarik selimut dan lelap kembali. Gagahkan mata untuk buka sebab aktiviti seterusnya ialah TAMAN SAFARI. Yang ni pun best dan patut pergi. Di Taman Safari, kita boleh bagi binatang yang jinak makan dengan tangan kita sendiri. Kiranya, kita stay dalam kereta, nanti binatang seperti Llama, kuda. rusa dan seladang akan datang dekat, So kita hulurkan tangan berserta lobak melalui tingkap. Nanti binatang tu akan makan. Best! Haiwan liar seperti singa, harimau, gajah dan badak pun ada juga. Selain itu, ada juga mini zoo, animal show, souvenir shop dan kedai makan kat Taman Safari tu. Boleh singgah sebelum keluar. Plannya nak singgah ke Taman Mini Indonesia Indah masa on the way ke Jakarta. Tapi sebab hujan, kami tak jadi singgah. Terus check in di Orchardz Jayakarta Hotel.

Safari Lodge
Geng Badak 
mari makan~
adventure gile kereta lalu air camgini

Hari Kelima
Again. Plan yang tak menjadi. Nak pergi ke Dunia Fantasi Ancol. Tapi disebabkan terlalu ramai orang yang beratur nak beli tiket, kami putuskan untuk pergi shopping di Tanah Abang instead of pergi bermain di Ancol. Part shopping ni yang Nasir tak suka. Maaf Yayang. Lepas ni pergi dengan kaum Ibu je untuk shopping ok. Malam pulak pulun karaoke kat hotel sampai ke pagi. Err, tapi saya naik awal sebab da mengantuk.

Hari Terakhir
Masa untuk mengucapkan selamat tinggal kepada Kotaraya Jakarta.
Terima kasih kepada driver Adi. Semoga kita bertemu di lain hari.

Adi the driver yang kiri sekali.
p/s : kalau nak no phone Adi atau harga tiket masuk, sila email ye (",)

Lots of Love

No comments: