Sep 8, 2011

namakan bandar diraja negeri perak

Ipoh? salah. Itu ibu negeri bagi negeri Perak.
Kuala Kangsar? Ye.. Tepat sekali.

Sehari sebelum raya, kami sefamily except abang and his family pergi jalan-jalan melawat Kuala Kangsar. Meriah sungguh. Kami konvoi 2 kereta dari Ipoh ke Kuala Kangsar. 

First pit stop ialah Galeri Sultan Azlan Shah. Galeri ini merupakan Istana lama yang dikenali sebagai Istana Ulu atau pun Istana Kota. 


Macam-macam yang boleh dilihat di dalam galeri ini. Antaranya, gambar-gambar Keluarga Diraja Perak, Pingat-pingat Kebesaran, Piala-piala yang dimenangi oleh Sultan Azlan Shah dan hadiah-hadiah Baginda. Yang paling saya suka ialah koleksi kereta mewah Sultan Azlan Shah, koleksi bagasi Baginda *custom made dari LV! dan kad pengenalan serta passport Baginda dan isteri.

di pintu masuk galeri
the gallery
Next, pergi solat di masjid berdekatan. Mana lagi kalau bukan Masjid Ubudiyah.


Then, pergi ke Istana Kenangan. Istana ini juga dikenali sebagai Istana Lembah dan Istana Tepas. Tapi kami tak masuk istana ini sebab ada renovation.


Abah dan air tak dapat dipisahkan. *tak caya boleh tanya ahli keluarga yang lain. Kalau jumpa air je, mesti nak ambil gambar. Tak kira lah sungai ke laut ke. Hatta, kolam dan empangan sekalipun. Mesti kena berhenti kejap untuk snap picture.


Apa lagi yang terkenal di Kuala Kangsar, kalau bukan labu sayong nya. Jadi kena lah shopping labu sayong untuk dibawa balik ke Johor. Tapi sayang, sebab time kami datang tu, orang yang buat labu sayong da cuti raya. Jadi tak dapat tengok cara labu sayong dibuat.

bersama owner kedai
Lagi satu tempat yang wajib pergi bila sampai Kuala Kangsar. Tak lain dan tak bukan ialah, MCKK! Teringat dulu pernah pergi sini dengan kawan-kawan setingkatan sebab menjadi ahli sorak untuk pasukan bola jaring sekolah kami. Lawan kat sekolah all boys tapi main bola jaring. Haha.


Haaa, yang last ni special sikit. Anda tahu tak pokok getah yang pertama ditanam di Tanah Melayu berada di Kuala Kangsar? Saya pun tak tahu dan baru je tahu. Cari punya cari, akhirnya jumpa.


Penat seharian berjalan bersama family but overall sangat happy. Tak tahu bila lagi boleh jalan-jalan macam ni sebab nak kumpul adik-beradik serentak agak sukar. Hopefully, bila masing-masing da besar dan da ada family sendiri, kita tetap akan rapat dan dapat jalan sama-sama macam ni lagi.
Ameen~

It was an awesome day trip to Kuala Kangsar.
Yippy yay.

Syamim lompat tak ingat dunia

.ohhshera.

5 comments:

red_torres said...

syamim terlebih lompat ea??terus injured balik..hahaha

miss shera said...

tu la pasal

babybeba said...

best kan?

nur athirah j said...

knapa mim gmbr last2 ?

miss shera said...

dla : best sgt!
tra : sakit lutut.org tua la katakan