Jan 26, 2012

parti ala madagascar

Berminggu-minggu memikirkan tema yang sesuai untuk anak dara Kak Diana. Tak nak terlalu girly dan tak nak terlalu budak-budak. So, tema Barbie, Princess, Power Puff Girls, Mickey Mouse dan juga Hello Kitty awal-awal da kena reject. Tuptup timbul idea nak buat tema Madagascar

Tarikh da diset dan ini merupakan parti kejutan buat birthday girl. *even belated tetap suprise party. Kami bersiap sedia di taska lebih kurang pukul 3 petang. Kena siapkan semua before birthday girl balik dari Sekolah Agama lebih kurang pukul 4.30 petang. Ingat sempat lah nak setting table dan deco sikit-sikit, tapi sebenarnya kami tak cukup masa. Belum siap tiup belon, Caca da sampai. *caca = birthday girl.

Mari lihat gambar untuk cerita selanjutnya.

alakay alex and no 8
marty, alex, gloria and melmen
Cake ditempah dari sini mengikut tema yang dipilih. *ibunya yang pilih design cake.

Next on the buffet line are;
heart and star shape sandwiches
nuggets 
fruits
apam polkadot
tidbits 
mari makan
Makanan kami sediakan sendiri kecuali cake dan apam dot-dot. Apam super cantik lagi menawan ditempah dari kawan saya.

goodies
Goodies dibuat oleh kami bertiga, Kak Diana, Shahnaz dan saya. Kalau berminat boleh tempah di sini.

Mari tengok aksi si gadis harijadi pula.

muka happy campo terkejut
mari potong cake
bagi hadiah kat kawan-kawan
Ibu dan Aunty Shahnaz
Overall, majlis berjalan seperti yang dirancang. Cuma belon buih yang tiup-tiup tu je tak berfungsi dengan baik. Jadi, tak dapat shoot gambar Caca bersama belon buih. Penat tapi happy!

Kepada Nurul Aisyah, 
Aunty ucapkan Selamat Hari Lahir yang ke-8.
Semoga menjadi anak yang solehah dan pelajar yang cemerlang.
Ikut nasihat Ibu dan Bapak.
Good luck in your future undertakings. 
Hugs~

.ohhshera.

2 comments:

Huda said...

Kek tu sangat menarik..pas ni boleh tempah dari situ..

miss shera said...

bole2 ;)