Jul 24, 2012

Dari KL ke JB

Tajuk entri ala-ala nama cerita Dari Jemapoh Ke Manchester tak?

Kali ni, nak story pasal perpindahan Dilla dari KL ke JB. 

So, pada 14 Julai yang lepas, kami sefamily turun ke JB untuk tolong Dilla kemas-kemas rumah yang baru dia sewa. Ada barang yang dibawa dari KL dan ada yang dibawa dari BP. Selori juga lah barang-barang dia. Kami bertolak lepas Asar dari BP dan sampai di rumahnya lewat petang. Dilla, saya dan Fluffy 1 kereta, Boi dan Nasir naik lori. *Boi drive! Abah, Mak dan Ayu lagi satu kereta. Then Abang dan family satu kereta.

Bila dapat kunci rumah dari jiran, Dilla dan saya pun masuk lah ke rumah itu. Aduhai. Previous tenant tinggalkan tanpa bersihkan rumah. Kipas berhabuk, lantai berdebu. Ada almari yang da tak boleh guna dibiarkan saje di dapur dan macam-macam lagi lah. Sure banyak benda nak disettlekan dan penat. Yelah, nak basuh rumah dulu sebelum masukkan barang-barang lain.

Nasib baik ada Ayu. Dia yang banyak buat kerja-kerja ni. Termasuk juga Mak yang settlekan area dapur. Boi settlekan kipas dan tingkap. Dilla mop lantai area depan.

bersihkan bilik sendiri
Ayu!
Penat kemas-kemas, reward ourselves dengan dinner berdekatan area rumah. Just Mak je yang tak berapa lucky sebab sate yang diorder tak muncul-muncul.

makan time
ABC yang sedap!
Kemudian balik rumah dan siap untuk loading barang. Susun ala kadar sebab ada lagi yang Dilla perlu beli kat JB ni.

ready untuk unloading
susah wo angkat meja naik tangga pusing-pusing ni
motif? gambar permintaan Dilla
penat da ke?
Bila da siap susun-susun barang secara kasar, plan dengan Abang nak pergi Pasar Karat. Sekali, pintu bilik utama terkunci. Dala most barang-barang penting dalam tu. Try satu-satu kunci yang memang ada di dalam rumah tu, tapi satu pun tak boleh guna. Then Boi ketuk bagai nak rak untuk pecahkan tombol. Tengah-tengah malam bunyi bising. Nasib lah kalau jiran-jiran marah. Entah attempt yang ke berapa baru lah berjaya rosakkan tombol tu dan pintu dapat dibuka. Tapi plan pergi Pasar Karat dibatalkan.

macam-macam cara guna
Mandi dan ready untuk tidur. Tapi Abang dan family balik Ayer Hitam malam tu juga. 

alololo comelnya.
Fluffy pun ngantuk
Overall, satu pengalaman yang best sebab ni 1st time merasa masuk ke rumah di mana kami bukanlah tenant yang pertama. Masa Abah pindah kat Bukit Jalil pun saya tak merasa semua ni. Even tak banyak yang saya bantu tapi at least meriahkan suasana tu penting kan? Hehe.

Selamat bekerja di tempat baru Dilla. 
Hope everything goes well and good luck to you.

Last but not least.

mau?

Lots of Love,


Jul 21, 2012

Peristiwa 2 tahun yang lalu

Hari ini, 21 Julai 2012 atau mengikut kalender Hijrah ialah 1 Ramadhan 1433.
Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak kepada seleruh umat Islam di dunia. 
Semoga bertambah amalan dan pahala kita di bulan yang amat mulia ini. 
Dan selamat menjalani ibadah puasa dengan cemerlang ye :)

Cerita yang hendak saya coretkan di sini merupakan satu peristiwa yang berlaku pada diri saya sendiri. Sesuatu yang saya akan ingat selagi diberi akal dan memori untuk tidak saya lupakannya. 

Exactly 2 tahun lepas *mengikut kalender Hijrah, iaitu pada 1 Ramadhan 1431, bermulalah episod baru dalam diri saya. Sesuatu yang dianggap penting dan bermakna iaitu, berkawan secara serious dengan suami saya, Nasir. Sungguh tidak disangka kami berkawan rapat sehingga kami diijab qabulkan. Sesuatu yang tidak ternilai harganya.

"All couples have ups and downs,
But how you handle it is what defines true love.
Arguments are simply a test to see if a couple is strong enough to overcome it."

N <3 S

Lots of Love, 


Jul 20, 2012

Friday the Thirteen

Jumaat minggu lepas, *exactly da seminggu da ni, bumi Batu Pahat disirami hujan yang lebat. Nikmat dan rahmat dari Allah pada hari Jumaat. Sedapnya kalau dapat tidur time-time macam ni. Sejuk dan mendung. Memang malas nak bangun pagi dan bersiap awal-awal. Sure jalan jem, bisik hati.

Luckily, jalan dari BP menghala ke Parit Raja tidak dinaiki banjir. Just the opposite road je air naik. Tinggi juga. Ni gambar nya.

air setinggi divider.
And as expected, traffic jam dekat area Sharp. Slide in pada pukul 8.35 pagi. 

dari Maktab ke Sharp jem nya.
Ohh, the main reason nak update pasal hujan di BP minggu lepas ialah sebab office saya banjir. The front buidling yang kena. Air naik sampai paras buku lali. Nasib x-ray room di bangunan belakang, kalau tidak sure da kena panggil technician buka mesin x-ray.

Keadaan di bangunan depan terasa macam dalam kapal titanic pulak. Dengan air naik secara mendadak, orang kelam kabut selamatkan mesin dialysis, pc dan barang-barang lain ke belakang dan tiba-tiba je gelap gelita tiada bekalan elektrik. Mau tak cuak masa tu. 

Tapi kan, orang sibuk-sibuk selamatkan barang, saya sibuk snap gambar sana sini. Nak masuk buletin kononnya. Tapi alasan sebenar nak update blog. Hehe.

Jadi apa tunggu lagi, mari lihat gambar.

area kaunter
mangsa 'titanic' yang berjaya diselamatkan
da macam singa laut dengan bulu-bulu tu
The sad part is, our 'mers' tidak dapat diselamatkan. Memang tak sempat nak panggil technician untuk bukak kerusi dental ni. Dua bijik tu. The best part is, orang-orang dental boleh berehat la lepas ni.

ohoi airnya.
Hujan sampai ke tengah hari. Da pam air ke kawasan lain tapi air dari kawasan tu, masuk balik ke kawasan yang banjir tadi. Sudahnya, air makin naik ler. 

ini da bercampur dengan air kumbahan, air longkang dan air hujan. erk.
Then petang tu, air da surut sikit. Kemas-kemas ala kadar sebab takut hujan lagi. Tapi emergency room da siap kemas. Takut ada kes sempena MASUM yang sedang berlangsung. Lain-lain kami kemas next week. Bagi tempoh bertenang selama 2 hari, Sabtu dan Ahad. 

kawasan depan kaunter 
emergency room
Then, Isnin lepas, kami da complete kemas Pusat Kesihatan Universiti ni. Siap dapat bench baru kat area depan kaunter. Best juga pengalaman time banjir ni. Just tak boleh blah time tengah meredah banjir, tiba-tiba ada cicak hanyut. Ewww~

Lots of Love, 


Jul 19, 2012

Wafiy turns Seven

Name : Syed Muhammad Wafiy Alwee bin Syed Mohammad Firus
Date of birth : 10th July 2005
Place of birth : Hospital Batu Pahat
Time of birth : Tanya Ayah atau Ibu nya sebab saya lupa. haha

Little celebration for my favourite nephew on his birthday.
Wafiy nak makan KFC, Hadrami nak McD.
Jadi, ikut kata birthday boy. KFC it is.

aksi birthday boy sedang makan ayam goreng
aksi adik birthday boy sedang makan nugget
Lepas makan baru boleh main.

enjoying themselves selagi boleh.
Tup-tup ada birthday cake. Mari suap mereka.

aaaaaa....
beso nya mulut
Oklah. suap sendiri before boleh sambung main balik.

bergaya lah birthday boy ni
the photogenic one
Eh nak tahu cane boleh ada birthday cake tu secara tiba-tiba?
Sebabnya, ada satu family sebelah meja kiteorang pun celebrate birthday anak dia yang keempat tahun.
Suruh Wafiy ambil gambar sama-sama tapi Wafiy malu. Jadi, tangkap curi je lah gambar birthday girl itu.

Happy Birthday Girl.
Kepada Wafiy,
Selamat Hari Lahir yang ke-7.
Semoga menjadi anak yang soleh, pelajar yang pintar, insan yang kaya dan berjaya di dunia dan di akhirat.
Mama loves you.

Wafiy Alwee

Lots of Love,