Dec 4, 2012

Tanah Lego

Venue : 1st Legoland in Asia
Date : 1st September 2012
Event : 1st Family Day of Legoland Malaysia

Wah.. Nampak 1st, 1st dan 1st sajek. Kira, dapat masuk Legoland ni pun antara orang yang 1st batch juga. Disebabkan kakak kerja di sana, jadi dapatlah tiket masuk ke private event yang tak berapa nak private sangat. Sebab still crowded dengan orang yang ramai. Still kena beratur panjang-panjang. 

Enough said. Mari layan gambar di sekitar Legoland Malaysia sempena Hari Keluarga Legoland Malaysia pada September yang lalu.

Mari masuk
Kuda ku lari gagah berani
Happy Mum
Permainan yang agak bahaya. Eh memang bahaya.
Kawan baru
4D 
Lego Express
Junior Driving School
Driving School yang tak berapa nak junior
Tak dapat naik Project X, jadi snap gambar di luar saje
Pembuat roti lego
Kami tabik pada LLM
Itu antara gambar yang sempat disnap dan dishare di sini.
Thank you sangat-sangat pada Dilla sebab sponsor 10 tiket ke LLM.
Pasni sponsor lagi yek (",)

Last but not least;
We have been there. Yay :)

Lots of Love


Dec 3, 2012

A Lonnnnngggggg Break

Haaaaaaa....
Lama sangat Ohhbelog ni kaku dan layu.
Padahal setiap pagi bukak belog sendiri untuk ke link blog kawan-kawan yang lain.
Tapi, tak pernah ada masa nak update cerita.
Padahal banyak benda nak ditaip.
Ok lah. Mulai esok, berjanji pada diri sendiri untuk update entri dengan cerita-cerita yang da berlaku, tak kira lah baru terjadi atau da lama, yang penting belum basi dalam ingatan.

By the way, hari ni 03.12.12
Hari kelahiran kakak ipar, Kak WahidahWahid yang ke 34.
Selamat hari lahir kak.
Semoga dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur dan dirahmati hidupnya di dunia dan di akhirat.

Sampai jumpa nanti.

Lots of Love


Jul 25, 2012

Second Time

This is the 2nd time and I hope the luck will be with me. 
Amin.

Hee.
Assalamualaikum wbt and Hi my fellow readers.

Hari ni, saya nak share apa yang da kali kedua saya buat ni. No no. Nothing to do with crime dan bukan juga kali kedua percubaan untuk mengandung ye. Bab berbadan dua ni, kita serahkan pada yang lebih tahu bila Dia nak turunkan rezeki tu pada saya.

Yang sebenarnya, ini ialah kali kedua saya sign up as Mary Kay Independent Beauty Consultant. 
Sebelum ni saya sign up masa saya belajar di UiTM. Together with my sis, Mak and my sister in law. My sis yang perkenalkan Mary Kay ni pada kami. The best part is bila dapat extra income time belajar. Best sangat time tu. Then ada benda yang berlaku pada my sis dan pada masa tu, saya pun rasa macam tak ada semangat nak teruskan sebab tak ada geng kamceng macam Dilla. 
...
...
...
Semua orang suka shopping, nampak cantik, tampil bergaya, ada designer hand beg, designer shoes, designer cloths dan bermacam-macam lagi. With my fixed salary, I cannot always fulfill my own desires. So, my mind keep telling me that I should do part time business. But what kind of business should I do?

Saya jual baju-baju, aksesori wanita, brooch dan buat chocolate. Saya enjoy dan puas hati buat benda tu semua. Tapi jauh di sudut hati saya, saya nak buat sesuatu yang betul-betul boleh bagi saya keuntungan yang lebih besar. Yups. Saya tamak. Tapi menurut Hadith Nabi, 9 daripada 10 punca rezeki datangnya dari perniagaan. Jadi saya pun mencari-cari business apa yang saya minat dengan modal yang berpatutan. 

Kembali kepada Mary Kay adalah antara option terakhir yang saya pilih. Sebab saya nak sesuatu yang baru dalam hidup saya. Saya nak berniaga benda yang saya tak pernah lakukan. Kalau boleh memang tak nak kembali aktif semula bersama Mary Kay. Tapi Allah Maha Mengetahui apa yang baik untuk saya. 2 kali saya bermimpi saya join semula Mary Kay. Is it a sign atau mainan tidur saya? Saya bagitahu Dilla, Mak dan Nasir. Minta pendapat mereka dan sekarang, I'm back again in this awesome businee with all fiery spirit in my heart.

Saya memegang kepada kata-kata Fiona Tahir, 
"For Things To Change, I Must Change First"


Saya kena ubah pemikiran saya yang mahukan business yang baru dalam hidup saya. 
*instead saya kembali ke Mary Kay. 
Saya kena ubah diri saya dari negative thinking ke positive thinking. 

Kalau orang lain boleh, mesti saya boleh dan anda boleh!

The next entri, saya akan cerita serba sedikit pasal Mary Kay ni ye.

For the mean time, 
Siapa mahu join Skin Care Class saya?
Macam-maca benda yang awesome dan best dalam kelas tu nanti.

Anda akan belajar cara-cara penjagaan muka dengan betul.
Belajar make up asas.
Yang paling best dapat FREE Gift bila join my class!
Dan, kosnya PERCUMA!
*jangan risau, tiada hidden charge, tiada paksaan untuk join atau beli. Itu janji saya.


Apa tunggu lagi, 
SMS or email me to book your seat now.

Can't wait to meet such an awesome people like you.
Take care and have a nice day :)

p/s : Doakan saya berjaya ye. Terima kasih.

Lots of Love


Jul 24, 2012

Dari KL ke JB

Tajuk entri ala-ala nama cerita Dari Jemapoh Ke Manchester tak?

Kali ni, nak story pasal perpindahan Dilla dari KL ke JB. 

So, pada 14 Julai yang lepas, kami sefamily turun ke JB untuk tolong Dilla kemas-kemas rumah yang baru dia sewa. Ada barang yang dibawa dari KL dan ada yang dibawa dari BP. Selori juga lah barang-barang dia. Kami bertolak lepas Asar dari BP dan sampai di rumahnya lewat petang. Dilla, saya dan Fluffy 1 kereta, Boi dan Nasir naik lori. *Boi drive! Abah, Mak dan Ayu lagi satu kereta. Then Abang dan family satu kereta.

Bila dapat kunci rumah dari jiran, Dilla dan saya pun masuk lah ke rumah itu. Aduhai. Previous tenant tinggalkan tanpa bersihkan rumah. Kipas berhabuk, lantai berdebu. Ada almari yang da tak boleh guna dibiarkan saje di dapur dan macam-macam lagi lah. Sure banyak benda nak disettlekan dan penat. Yelah, nak basuh rumah dulu sebelum masukkan barang-barang lain.

Nasib baik ada Ayu. Dia yang banyak buat kerja-kerja ni. Termasuk juga Mak yang settlekan area dapur. Boi settlekan kipas dan tingkap. Dilla mop lantai area depan.

bersihkan bilik sendiri
Ayu!
Penat kemas-kemas, reward ourselves dengan dinner berdekatan area rumah. Just Mak je yang tak berapa lucky sebab sate yang diorder tak muncul-muncul.

makan time
ABC yang sedap!
Kemudian balik rumah dan siap untuk loading barang. Susun ala kadar sebab ada lagi yang Dilla perlu beli kat JB ni.

ready untuk unloading
susah wo angkat meja naik tangga pusing-pusing ni
motif? gambar permintaan Dilla
penat da ke?
Bila da siap susun-susun barang secara kasar, plan dengan Abang nak pergi Pasar Karat. Sekali, pintu bilik utama terkunci. Dala most barang-barang penting dalam tu. Try satu-satu kunci yang memang ada di dalam rumah tu, tapi satu pun tak boleh guna. Then Boi ketuk bagai nak rak untuk pecahkan tombol. Tengah-tengah malam bunyi bising. Nasib lah kalau jiran-jiran marah. Entah attempt yang ke berapa baru lah berjaya rosakkan tombol tu dan pintu dapat dibuka. Tapi plan pergi Pasar Karat dibatalkan.

macam-macam cara guna
Mandi dan ready untuk tidur. Tapi Abang dan family balik Ayer Hitam malam tu juga. 

alololo comelnya.
Fluffy pun ngantuk
Overall, satu pengalaman yang best sebab ni 1st time merasa masuk ke rumah di mana kami bukanlah tenant yang pertama. Masa Abah pindah kat Bukit Jalil pun saya tak merasa semua ni. Even tak banyak yang saya bantu tapi at least meriahkan suasana tu penting kan? Hehe.

Selamat bekerja di tempat baru Dilla. 
Hope everything goes well and good luck to you.

Last but not least.

mau?

Lots of Love,