Oct 31, 2011

Nombor 11 dan saya

Hari ini 31.10.11.

Esok sudah masuk bulan 11. Bulan yang dinanti-nantikan. *dupdapdupdap.

11.03 pada setiap tahun saya akan jadi popular sekejap sebab ramai yang message, call dan post di wall fb saya. Kadang-kadang ada yang bersusah payah siap bagi hadiah. Sayang betul mereka semua pada saya. Hehe.

Tapi 11 yang paling special ialah 11.03.11 sebab saya melalui satu lagi fasa baru dalam hidup saya. I'm engaged yaww.

Mengikut counter di bawah blog saya, lagi 11 hari ke tarikh 11.11.11 *banyak nya 11! Tak sabar campur nervous.

 Jadi saya ada masa 11 hari sahaja lagi untuk menyiapkan diri sebelum melangkah ke alam yang baru. Sedia tak sedia saya kena lalui juga.

11 hari juga yang saya ada untuk settlekan semua kerja-kerja untuk majlis nanti termasuk untuk pampering myself. Sempat tak sempat kena sempatkan juga.

Untuk bergelar single atau pun cik, saya hanya ada 11 hati je lagi untuk guna gelaran itu. Selepas itu title bertukar.

Cuti kahwin ialah 11 hari bekerja ;) Tiada honeymoon. Booo!

Bermula esok, akan ada 11 entri berkaitan saya, preparation dan wedding.

surprise cupcake untuk Nasir ;)

ps : hari hujan. tiba-tiba rasa sedih pula bila tinggal 11 hari je lagi.

.ohhshera.

8 comments:

Hudalatip said...

wah untung nasir dapat cupcake surprise!! semoga shira bersedia untuk menempuh segalanya..

miss shera said...

tapi xtau apa jadi kat cupcake tu sbb smlm dia naik motor.cane ntah bawak balik cupcake tu.mau tunggang langgang jadinya :((

oshinz said...

emmmm... tak sabar nak tukar status. hehehe. selamat pengantin baru in advance eh shera.

Dalisa said...

Oh yeah, 11.11.11 adalah hari lahir saya yang ke-33 (11+11+11=33).

miss shera said...

asz : thanxie dear.dtg tau majlis nnt ;)
dalisa : wahhh.yg tu kena celebrate besar2an.susa nak dapat no cantik begitu. happy becoming birthday yaa

Fello de Caminero said...

ahh - tau ke dalisa tu sape??

miss shera said...

errr.xkenal.hehe.sape ek?

Fello de Caminero said...

kawan abang masa sekolah SDBL dulu.