Oct 30, 2011

tortura

Apa itu TORTURA?
Totura ialah satu exhibition tentang bentuk penyeksaan di zaman dahulu. Dalam exhibition ini, pengunjung dapat melihat alatan yang digunakan untuk menghukum pesalah pada zaman dahulu. *mungkin tortura bermaksud torture tua atau torture amat.

pintu masuk tortura
Exhibition ni bertempat di tingkat atas Dataran Pahlawan Mall, Melaka. Dibuat seolah-olah bentuk castle, fully covered dengan khemah dan kain. So, keadaan sedikit gelap. Plus sepanjang berada di dalam tu, ada music yang seram macam ada ritual terlarang pula. *rasa seram sejuk sebab aircond sejuk.

sama-sama pakai hitam except me ada inner pink
Masuk-masuk je nampak patung ni. Mula-mula takut juga nak ambil gambar. Mana lah tahu, tiba-tiba patung ni bergerak. Tapi setelah dicucuk-cucuk perutnya bagi memastikan ianya adalah patung, barulah berani nak snap picture.

Banyak peralatan yang dipamerkan di sini termasuk juga gambar-gambar yang menunjukkan macam mana hukuman dijalankan. Rasanya exhibition ni tak sesuai untuk kanak-kanak. Saya yang tengok dan baca pun boleh sakit kepala sampai balik BP sebab fikir betapa seksanya orang yang dihukum itu.

pesalah digantung dan badannya dicarik-carik
gambar menunjukkan alat untuk menarik usus
baring, kaki dan tangan diikat kemudian diregangkan. badan kena besi yang bergolek di bawah badan. ouch
Lembu Jantan Falaride dicipta oleh Perillus untuk mengampu Raja Phalari kerana raja yang zalim itu menawarkan hadiah kepada sesiapa yang berjaya mencipta alat untuk menyeksa manusia. Tetapi, nasib Perillus sangat malang kerana dia dijadikan mangsa pertama yang dibakar di dalam perut lembu besi yang diciptanya.

dikatakan pekikan orang yang dibakar di dalam lembu besi ini mirip seperti lembu mendenguh
kerusi ini diganti dengan kerusi elektrik pada masa kini
click untuk lihat gambar di belakang dengan lebih jelas
potong kepala
Banyak lagi alat yang dipamerkan di sini. Mostly memang rasa ianya amat menyeksakan. Macam manalah rasa orang yang dihukum tu ek. Diseksa teruk sebelum mati. T__T

Rasanya exhibition ni last pada 31 Oktober 2011. Tapi tak tahu lah kalau penganjur extend kan tempoh pameran. Tiket RM10 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak. Kalau bawak camera atau video camera, kena xharge RM5.

Last but not least.

the legendary Iron Maiden 
.ohhshera.

1 comment:

mak said...

ni belum kat neraka lagi