Nov 2, 2011

tira miss you

Hari ini 02.11.2011.
Hari Lahir Mak yang ke 56.
Saya yang terakhir dalam family yang wish Mak. Seriously terlupa masa salam Mak before pergi kerja. *sorry Mak.
Plan nak ajak makan-makan di luar. Tapi Mak kata tunggu Abah dan yang lain balik baru nak pergi makan sama. Jadi kenalah tunggu next week. 

Habis waktu locum, saya pergi beli cake before balik ke rumah. 
Ada masalah nak pilih cake apa.
Mak tak suka cheese, tapi kami suka.
Mak suka black forest, tapi ada yang tak suka.
Ada cake durian, tapi Syamim tak suka.
Ada cake mango, tapi yang suka Mango ialah Abang.
Chocolate cake pula da biasa.
Call Syamim dan tanya pendapat dia, either nak beli Pecan butterscotch atau Tira Miss You.
Keputusan dicapai. Cake Tira Miss You ialah pemenangnya.

Sampai rumah, ingat nak surprisekan Mak. Sekali tengok Mak dan Ayu tengah sibuk assemble kotak doorgift. Wrong timing la balik. Mak sibuk buat kerja, Tak tengok pun cake atas meja. T__T

Mak gigih assemble kotak doorgift
kesian birthday cake tak dihiraukan. ohh itu tangan Wah
After siap kerja, kami makan malan dan after siap makan malam, barulah upacara memotong cake dilakukan. Wafiy selaku penyanyi cilik tak berbayar malam itu mendendangkan 2 buah lagu iaitu Selamat Hari Lahir dan Allah Selamatkan Kamu. Comel betul.

baru siap nyanyi
birthday cake Mak
Potong Tira Miss You cake before makan. Mak kata cream tebal sangat, susah nak potong.

potong kue nya, potong kue nya - nyanyi versi indonesia
close up pula
Ohh, I call it Tira Miss You cake and Dilla tanya cake apa tu? Sedap ke?
Tira Miss You = Tiramisu. 
Saje bagi nama panjang sikit. Baru dramatik.

ni lah cake Tira Miss You
Untuk Mak, 
Selamat Hari Lahir yang ke 56
Semoga dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur dan dikurniakan rahmat olehNya.
Terima Kasih sebab membesarkan saya dan adik beradik yang lain dengan cara Mak tersendiri. 
Even mak tak suka masak tapi masakan Mak jugalah yang sedap di tekak kami. *jadi rajin-rajinlah ke dapur selalu ye.hehe.

Untuk Kak Wahidah, Dilla dan diri sendiri.
Mak kata siapa yang boleh bagi Mak cucu perempuan pertama, cucu tu akan dishower dengan hadiah yang best since da lama tak ada baby girl dalam family. Last time was 25 years ago! *saya la tuu.
Jadi mari bagi Mak cucu perempuan pada birthday Mak tahun depan. ;) Haha.

p/s : kotak doorgift baru siap half. plus isi doorgift belum finalize nak bagi apa. time is ticking ni yopp!

.ohhshera.

3 comments:

oshinz said...

wah.. kena berusaha dengan gigihla macam ni. haha. happy belated birthday auntie!

Fello de Caminero said...

kalau nak birthday mak tahun depan, mmg tak dpt laa. Sebab adik perempuan wafiy dan hadrami akan kuo pada 12 December 2012.

miss shera said...

asz : gigih sungguh.so little time left but yet so many things to do
abg : cantik date ;p