Dec 21, 2011

pre-honeymoon

11.12.11 hari tu, genaplah sebulan saya bergelar isteri kepada Mohd Nasir Mohamad Rosdi. Kejap je da sebulan kahwin. Honeymoon pun tak lagi sebab Nasir tak boleh cuti lama-lama. Sad =(

Dari dulu memang teringin nak pergi Universal Studio Singapore tapi tak berkesempatan untuk pergi. Jadi, on this very special day, saya plan short trip ke Singapore untuk pergi ke USS. Kira this is our Pre-Honeymoon cum 1st Monthsary lah.

Kami tidur di JB dan pergi ke Singapore on Saturday pagi. *kira celebrate a day before our 1st monthsary. Naik Coach Odyssey dari Tune Hotel. Tapi disebabkan hari tu school holiday, kami dapat bas tambahan je. Tak dapatlah merasa free wifi dalam bas. Lebih kurang pukul 8.45 pagi bas pun bergerak. Di Johor Immigration tak lama tapi agak lama di Singapore Immigration. Beratur panjang. Rasa macam menyesal pula naik bas. 

Selepas selesai urusan di Singapore Immigration, bas bergerak ke Pulau Sentosa. Ohh, jangan takut ditinggal bas ye. Sebab driver bas akan tunggu semua penumpang ada, baru bas gerak. Tapi kalau naik bas tingtong dari Larkin, kena lari-lari kejar bas. Hehe.

Bas akan turunkan kita kat bawah Sentosa Resort World. Then kena naik escalator untuk ke Universal Studio. Ada signboard, jadi jangan takut sesat. Sampai je kat level atas, bila pusing kan badan 180 degree, anda akan nampak globe pusing-pusing tu. Tapi at that moment kami berdua tak ada nafsu untuk ambil gambar tersebut sebab fikirkan masa yang ada untuk bermain di dalam. Kaunter tiket? Ada di luar pintu masuk USS. Tapi, memang beratur panjang gile. Jadi dinasihatkan beli awal atau beli online.

Disebabkan ini ialah pre-honeymoon trip, Nasir dan saya decide untuk beli express pass. Tak nak lah kami buang masa beratur dan rasa bosan menunggu sampai akan timbul rasa tak enjoy kan. Rasa membazir tapi Nasir kata pembaziran yang worth. Ok, once in a lifetime. Ohh ye, kalau anda da ada tiket USS dan nak beli tiket express, jangan pula beratur panjang kat kaunter luar entrance tu. Masuk USS dan pergi ke customer service yang berada di sebelah kiri anda selepas entrance tu.

Lepas beli tiket express dan ambil map, kena lah study dulu nak pergi mana. 1st thing in our minds is, nak naik Transformer Ride. Terus jalan laju-laju menuju ke ride tersebut sampai Poo, Woody Woodpecker dan Betty Boop yang tengah sibuk pose bergambar pun tak pandang. Tapi harapan kecewa lah sebab bila sampai di ride tersebut, ada masalah teknikal pulak. Jangan spoil mood. Mari menuju ke Mummy Ride pulak.

Mummy Ride ialah sangat best dan seronok dan errr best. Eh da cakap best ke tadi. Ok. Mummy ride ialah best. Harus cuba walaupun anda takut naik roller coaster. Nasir sebenarnya tak berapa berani naik roller coaster sebab dia takut muntah. *ye ke?ke memang takut? But, really, I'm so proud lah sebab dia sanggup teman saya naik Battlestar Galactica yang Cylon tu. Human tak naik sebab dia tak berani. *harus pergi dengan Dilla pulak ni.

The whole day jalan 1 USS dengan puas hati sebab dapat naik ride dengan mudah dan jayanya. *terasa macam VIP bila dapat potong queue. Kami pusing 3 kali sampai kaki penat. Kalau nak cerita every rides yang kami naik, rasanya sampai esok tak siap taip. So, better pergi dan rasa sendiri. Worth to go. Really!

My favorite rides are;
i) Transformers Ride
ii) Battlestar Galactica - Cylon
iii) The Mummy Ride

So, photo ada di FB, yang ni yang tidak dipublish di FB ye ;)

Kungfu Fighting
Woody and his GF
WaterWorld Live Performance
Human Or Cylon?
I like to move it move it
err... next!
SantaRina
the globe
kaki yang penat
Nak tahu apa-apa pasal USS? Boleh tinggalkan pertanyaan di komen ye. 
Thanxie and have a great day.

.ohhshera.

3 comments:

cahya indah said...

I tak naik pun Mummy Ride tu..and Battlestar Galactica (belum launched yet masa tu)..and of course la tak merasa naik Transformers Ride kan. Huhu. Next time kena beli Express Pass la like you guys did. Baru la tak bosan and panas queue up berzaman.

CikanoT said...

berape ringgit express pass tu? tp masa cuti sekolah mmg worth it la kan kalau beli...

miss shera said...

bad : best! jadi u kena lah pergi again. lagi best kalau g dgn kawan2 kan
cika : tambah lagi $50 utk peak. bole main sekali for each rides. tp worth la.kalau nk main berkali2 kena beratur panjang.tp yg transformer tu ada single rider.cepat la juga.