Dec 27, 2011

tapi...jangan bilang orang ya.

Tersenyum bila dengar ayat begitu.
"Tapi, jangan bilang orang ya,"
Terasa seperti menonton filem lama. Filem-filem P.Ramlee lagaknya.

Christmas Eve, kami sekeluarga pergi ke Singapura. Abah kata, nak sambung tradisi melihat lampu-lampu di sekitar bandar Singapura especially di Orchard Road. Setelah sekian lama tak buat macam ni dengan family, tahun ni, Abah ajak kami semua pergi. SEMUA ada kecuali Syamim yang jauh di perantauan. Actually, tujuan sebenar pergi Singapura ialah sebab nak ambil Akir yang landed a day before. 

Perjalanan dari Batu Pahat dimulakan dengan breakfast dulu di kedai Timah Sari di depan Tabung Haji. Kemudian singgah di Pasir Gudang sebelum masuk ke Singapura melalui Second Link. Kalau ikut Woodlands memang jem giler. Jauh pun jauh lah asalkan tak berapa nak jem. Hari hujan, jadi tak dapat nak ambil gambar banyak-banyak masa atas jambatan tu.

lihat kereta yang beratur panjang nak masuk Johor
Destinasi pertama ialah pergi ke rumah AyahLong dan MamaLong di Tempines untuk berjumpa dengan Akir. Nasib Abang sefamily dan Dilla manage untuk sampai ke rumah AyahLong dengan selamat even da sesat-sesat. Lepas solat dan makan keropok yang sedap, kami bergerak untuk makan murtabak di tempat wajib; VICTORY. 

makan-makan
4 Briyani Kambing + 1 Briyani Ayam + 2 Large Murtabak Kambing + 1 Large Murtabak daging dikongsi oleh kami berlapan dewasa dan dua kanak-kanak. Kenyang! Satu perkataan lagi nak beri selain kenyang, Delicious! Next, melawat Masjid Sultan yang berada di hadapan kedai Victory. Tahukan anda, di Masjid Sultan ini lah, Natrah disembunyikan suatu ketika dahulu. Kagum dengan interior di Masjid Sultan. Selepas bergambar di luar dan dalam masjid, kami ke Kampung Glam.

dari entrance utama
 Kampung Glam. *sila sebut ala-ala gelam bukan glamors ok. Deretan kedai di sini kebanyakkannya kedai Melayu. Ada kedai souvenir, butik, kedai kamera, kedai makan dan juga B&B. Sementara tunggu Abang salin pampers Hadrami di dalam kereta, saya gatal-gatal la kaki masuk ke kedai kamera. Ada sale up to you, eh salah. Sales up to 50%.  Harga Ipad2, Iphone 4s, lens camera, DSLR dan Galaxy Tab yang softwarenya belum keluar kat Malaysia lagi, berharga jauh lebih murah dari Malaysia. Fine!

Adam yang sebut "Tapi jangan bilang orang ya." Bilang pasal sales di kedai kamu boleh kan Adam?
Seterusnya kami berjalan kaki ke Bugis Village untuk beli baju I heart SG melalui Bussorah Street dan Arab Street. Singgah di butik yang buat sales. Mak beli seluar yang original pricenya ialah S$ 89.90 dan harga semasa membeli ialah S$10. Murah kan. Cantik pulak tu. Kak Wahidah pula beli blouse super cute dengan harga S$9. Berbaloi. 

suasana di dalam Bugis Village
Kalau nak beli souvenir Singapura, datang lah ke Bugis Village. Dia ala-ala Petaling Street tapi lebih selesa. Sesak memang sesak, sampai Abah bosan nak jalan. Kami berjalan di level bawah saje. Di sini juga terdapat banyak kedai yang menjual jam, baju ala-ala Korea, beg dan accessory. Murah harganya dalam S$. Bila convert ke MYR da sama je macam shopping di Malaysia. Masuk Bugis Village, matahari masih ada, bila da keluar, hari da gelap. Kembali ke pangkal jalan, menunaikan solat di Masjid Sultan.

Masjid Sultan di malam hari
Sebelum berangkat pulang ke Malaysia, kami lalu Orchard road dan kawasan sekitar. Yelah. Tujuan asal selain nak ambil Akir ialah nak mengembalikan tradisi 'tengok lampu masa nak Christmas' kan. Teringat masa kecik-kecik. Da nak Christmas je wajib pergi Singapura sebab nak tengok lampu. Comel! 

lampu yang ada
 Keluar dari Singapura ikut Woodlands dan kami terus balik ke Batu Pahat tanpa dinner. Jalan menghala ke Highway sangat jem. Tengok cerita Magika dalam kereta dari mula sampai habis pun tak masuk-masuk Highway Plus lagi. Saya? Tidur hingga sampai di gate rumah.

.ohhshera.

6 comments:

aini musa said...

mana nasir???

miss shera said...

Nasir jadi pengapit kpd pengapitnya dulu.

Fello de Caminero said...

terapit...

Satu jek nak cakap... Baru jadik pengapit dah demam. Hahaha...

miss shera said...

tu la pasal.abes da murtabak yg bawak balik nasir xdpt mkn.
demam ngalahkan pengantin

red_torres said...

hoiii...demam bukan sebab mengepit tp sebab hujan ohh...bomoh ujan MC hr tu...

miss shera said...

alasan