Mar 28, 2012

Bursary UTHM Family Day 2012

Venue : Lanjut Golden Beach & Golf Resort
Date : 24 & 25 March 2012

Bertolak dari UTHM ke Pahang menaiki bas.
Singgah di Jentayu untuk breakfast. 
Lunch di Bandar Rompin.

Setelah check in dan berehat sekejap, turun bawah untuk acara sukaneka.

1st acara meniup tepung dalam pinggan untuk kanak-kanak bawah 4 tahun.

nampak macam mak-mak yang tiup ek

2nd acara bawak bola ping pong dalam sudu. Juga untuk kanak-kanak bawah 4 tahun.

Masih pegang bola ping pong dan sudu time amek hadiah
3rd acara isi air dalam botol guna sponge untuk kanak-kanak 5 tahun dan ke atas.

isi elok-elok ye
4th acara tiup belon sampai pecah. Juga untuk kanak-kanak 5 tahun dan ke atas.

tiup sampai pecah ok.
Acara Lelaki
Lari dalam guni.


Lanun mabuk.

pusinggggg

Bola sepak pantai.



Acara Wanita
Baling belon berisi air.


Acara Campuran
Bola tampar.


Petang acara bebas bermandi manda di swimming pool.

Malam pula berBBQ di dalam dewan. Plus ada cabutan bertuah.


Balik bilik dan tidur tapi Nasir pergi memancing.

Esok pagi malas nak bangun beraktiviti. Rehat-rehat di dalam bilik sementara nak tunggu lunch dan masa untuk check out.

Bergerak balik UTHM.
Singgah sebentar di Bandar Mersing untuk beli keropok lekor. My fav!

Ahh, beautiful weekends.

Lots of Love,



Mar 22, 2012

Mengintai apa tu?

Birthday celebration untuk si gadis 17 *bajet! disambut lewat seminggu. 
Makan malam ini disertai seramai 7 orang dewasa di suatu tempat terpencil.

muka-muka kelaparan
Tunggu punya tunggu punya tunggu, minuman tak sampai-sampai. Makanan apa tah lagi. Jangan kata nak nampak pinggan, bau pun takde. Lambat sungguh. Mungkin sebab chef nya sorang je kot. Then ramai customers juga malam tu.

Tunggu lagi dan tunggu lagi.

Akhirnya.

Dilla's
Nasir's
Adik's
Boi's and Mine. Bukan share tapi order yang sama. Tengok sotong tuu
paling special - Mummy's
paling biasa - Daddy's
Makanan memang sedap. Tapi nak tunggu lama lah pulak. 
Lagi satu yang special di sini ialah minuman dia. Macam-macam buah yang dicampur. 
Contoh; *kalau taksilap lah ye
KELACI = Kelapa + Limau Kasturi + Laici
CINGGO = Ciku + Manggo
PETURI = Pegaga + Epal + Limau Kasturi
Unik dan menarik. rasa pun sedap!

Maaf tiada gambar sebab sibuk makan dan tak endah dengan kamera masa itu.

Mak tengah minum Kelaci.
deko ruang makan yang menarik di belakang sana
Suasana makan di sini sangat tenang dan nyaman. Ada kolam dan ada pokok-pokok. Deko pun menarik, cosy dan mendamaikan.

aksi naik basikat bajet k-pop
Eh, apa nama tempat ni?
Intai-Intai Restaurant

Kat mana restoren ni?
Lot 378 Backyard,
Jalan Ampang Hulu Kelang (MRR2 Highway),
Ampang, Selangor

Bukak hari apa?
Tiap-tiap hari pun buka.

Pukul berapa boleh pergi sana?
Waktu perniagaan 12.30 tengah hari sampai 12.30 pagi

jom intai-intai makanan di sini

Lots of Love,

Mar 21, 2012

Cuba Teka

Cuba teka apa ini?
Berwarna-warni sangat cantik tertarik kan.
Macam mainan tapi sebenarnya ialah
Anak Ayam!

Yups. Anak ayam yang hidup boleh bergerak-gerak tu. 
Ha aa. Anak ayam yang boleh bunyi-bunyi 'cipp cipp cipp' tu.

Macam mana boleh jadi warna-warni seperti ini?
Mengikut kata Abah, pewarna akan diinject ke dalam telur ayam. Kira sebelum mak ayam eram telur sendiri, pewarna da diinject kot. Saya pun tak pasti. Dan tak tahu la berapa banyak kali kena inject dan sukatan pewarna yang digunakan. Tapi da lama-lama bila anak ayam ni besar, warna tu akan hilang.

close up
Dilla sure takut ni!

Lots of Love,

Mar 20, 2012

Hot Air Balloon vs MATTA Fair

Rasanya tak lah lama sangat saya tak menggunakan pengangkutan awam di Kuala Lumpur ni. Tapi baru beberapa bulan, da ada perubahan yang ketara. 
Apa dia tu? 
Jom sambung baca entri ini

Hari Ahad lepas, selepas hantar kakak dan abang ipar ke LCCT, saya bercadang nak pergi ke MATTA fair di PWTC bersama Abah, Mak, Nasir dan Adik. Plan asal ialah nak pergi ke Putrajaya menaiki belon udara panas. Tapi disebabkan tak nak beratur panjang-panjang beli tiket, plan bertukar. 

Abah, Mak dan Adik pergi wedding di Gombak, manakala saya dan Nasir hantar Dilla dan Boi di LCCT. Akan jumpa rombongan yang pergi ke majlis kahwin di PWTC setelah selesai tugasan masing-masing. Oleh kerana, malas hendak menempuh jam di KL dan takut kena saman sebab parking merata-rata, saya dan Nasir putuskan untuk menaiki tren ke PWTC dari Sri Petaling. 

Nasib kami baik sebab dapat park kereta tak berapa jauh dari entrance station Sri Petaling. Selepas Nasir bayar tambang perjalanan sehala kami berdua, kami pun berjalan menuju ke gate nak menaiki tren. 

Eh, apa ni? 
Takde tiket ke? 
Star da tak guna tiket lagi? 
Dan digantikan dengan ...

cip ke coin nak panggil ni?
Terasa begitu jakun sekali menggunakan cip/coin untuk menaiki tren. Excited pun ada. Macam baru first time naik tren je rasanya. Tapi rasanya saya sorang je kot yang rasa begitu. Nasir rilex-rilex je.

muka yang excited
muka yang tak ada perasaan
Sampai di PWTC, orang yang maha ramai di sini. Semua pun sibuk mencari deal terbaik untuk percutian di dalam dan di luar negara. Tak sempat nak snap gambar keadaan di sana. Pakej yang ditawarkan memang best dan superb. Murah dan berbaloi. Tak sia-sia bayar RM3 sebagai entrance fee. 

the wrist tag
Penat berjalan dan meronda-ronda di dalam 3 hall utama. Before balik rumah, makan bersama family di Haderabad. The must-try dish ialah Rumali Bread. Roti yang dilempar tinggi ke udara dan disambut kemas oleh pembuat roti nya sebelum di masak kejap-kejap di atas bontot kuali. Super sedap dimakan dengan kambing atau daging.

Balik rumah dalam keadaan penat dan kaki sakit. 
Konon nak tengok game Liverpool tapi tertidur depan tv. Nasib Liverpool tetap menang malam tu ;)

Lots of Love,

Mar 15, 2012

Feeling ala-ala chef

I love cooking. *tapi selalu masak tak sedap.
And I love baking too~ 
Time puasa, mulalah buka buku resepi Mak. Konon nak try itu ini. Siap da beli bahan-bahan. Tak nak buat awal takut nanti time raya da tak sedap. Kalau boleh nak buat time period, so that boleh nyambil-nyambil merasa time buat tu. Last-last satu apa pun tak buat. Balik-balik buat kek cokelat *ihsan resepi EndeJah dan juga kek yang saya suka buat, kek lapis asam manis. 

Pernah try buah biskut tart *resepi arwah MakTok. Menangis woo buat tu. Sebab, bila nak tekap doh yang telah diuli guna acuan bunga, nanti doh tu pecah sebab sangat rapuh dohnya. MakTok punya resepi biskut tart paling lazat sebab biskutnya lembut dan jem nenas tu buat sendiri. Memang patut pun orang yang tak reti macam saya ni, akan cepat give up bila nak membuatnya.

Well, lately ni asyik-asyik nak membaking je rasa. Semalam, try power lagi. Kali ni cuba buat Peach Crunch Cake. Tak tahu la menjadi ke tak. Tapi bila makan, boleh tahan lah dengan tekak dan lidah ni. Cuma saya rasa ada part yang sangat manis. Bila makan dengan ice-cream vanilla, rasanya less sweet than the previous one.

The journey begins from here;

the ingredients 
Masukkan peach berserta sirap yang ada dalam tin ke dalam loyang. Potong-potong peach jadi kecik.
Tabur rata mix cake atas peach tadi.
Potong mentega kepada beberapa bahagian. *lebih kurang 16 keping. dan susun atas lapisan mix cake tadi.
Tabur rata gula perang.
Tabur selerak walnuts.
Bako.
Siap dan boleh dimakan.

tambah ice-cream vanilla untuk balancekan rasanya.
Tak sampai 3minit;

licin tak licin sangat
Next, nak try buat RedVelvet hasil permintaan Dilla ;)

By the way. Nak wish Happy 80th Birthday kepada my dear TokMak
Semoga dikurniakan kesihatan yang sejahtera.
Dilimpahkan rezeki yang mencukupi.
Dan semoga kehidupan diredhai oleh Allah SWT di dunia dan di akhirat.
Amin.

Lots of Love,

Mar 13, 2012

dari pakaian, kini beralih ke makanan pula

Assalamualaikum semua.

Ingat lagi entri pasal Oreo Truffles yang pernah saya cuba try test dulu?
Semalam try lagi. kali ni buat sebab Nasir nak hadiahkan untuk sepupu-sepupunya sempena birthday mereka. 

siap!
close up sikit
sealed elok-elok
Lain-lain produk yang berasaskan cokelat boleh lah tengok di page RP di FB
Atau boleh cekidaut di blog RedChocolate.

Now nak makan balance yang ada.



Lots of Love,


Mar 11, 2012

11.03.2012

11th March

Ohh, I love this date.
Why?
It is my born day! 

Setiap tahun haruslah menunggu tarikh ni tiba dengan penuh excited. Budget ada orang buat surprise party ke, ada birthday celebration ke, kan?

Belek-belek album masa kecik-kecik, akan nampak gambar saya bersama kek berbentuk nombor 1. Tengok date kat gambar tu, 11.03.1987. Ok. Sah da setahun. Wondering, time tu kat rumah di Taman Pelangi yang ada hanya Abah, Mak, Abang, Dilla dan saya, habis ke makan cake beso camtu?

Selak-selak album lagi, tengok ada lagi birthday celebration saya. Masa tu da pindah Batu Pahat. Dunno time tu saya berapa tahun. But ingat masa tengok video time celebrate my birthday tu, Mak potong kek dan asyik bagi kat semua orang. Last sekali baru birthday girl dapat. Time Mak bagi kek kat orang lain, mata saya asyik tengok je kek yang da diambil orang. Mesti time tu saya fikir bila turn saya nak rasa kek sendiri dan takut kek habis sebab Mak asyik bagi kat orang lain je.

Then the most memorable birthday celebration time kecik-kecik ialah masa saya berumur 5 tahun. Pakai overall Bugs Bunny warna purple, nyanyi lagu 3 Little Ducks sambil berjoget. Then nyanyi dengan Dilla lagu Twinkle-Twinkle Little Star. Ohh, I miss that moment. Mana lah video tu ek.

Then da masuk primary school dan secondary school. Celebration yang biasa-biasa dan tak berapa nak ingat. But masa darjah 5, my best friend, 1st time period masa birthday saya. Hehe. So, sebab tu saya ingat bila time dia akil baligh. 

Masa di MRSM, saya jumpa someone yang lahir sama date dengan saya. We are in the same sport house, same homeroom, same interest and what even weirder is, nombor katil kami dan nombor bilik asrama kami ialah sama. Just blok je yang berbeza. Hehe, Happy Birthday dear Twin!

My 21st Birthday disambut bersama Abah, Mak, Dilla dan family Mary Kay. Time tu kami ada De' Red Jackets Retreat di Port Dickson. Tengah happy-happy time prize giving ceremony, tiba-tiba Dilla bawa keluar birthday cake. Sangat terkejut dan happy. Ramai-ramai nyanyi lagu Happy Birthday buat saya malu-malu la kan. I love them so much! At that time, it was my best birthday celebration ever. 

Tapi, yang paling best sekali birthday celebration setakat ini ialah pada tahun lepas. Kira yang sambutan yang 21 tahun pun boleh kalah. Kenapa? Sebab pada pada tahun lepas, saya bertunang pada hari lahir saya yang ke 25. Itulah hadiah yang paling berharga dalam hidup ;) Tukar usia sekaligus tukar status sekali.

Tahun ni pulak, first time sambut birthday sebagai isteri dan ada suami pulak tu. Tapi tiada birthday celebration yang special. Just makan di Jengkuan dan tengok movie. *kena postpone sebab tak cukup korum. 

Jadi, pada tahun ini, 11.03.2012, saya celebrate 3 occasions;
i) 4 bulan bergelar isteri kepada Mohd. Nasir.
ii) Setahun menyambut ulang tahun pertunangan kami.
iii) 26 tahun bernafas di bumi Allah.
d[^__^]b

Semoga pada hari-hari yang mendatang, saya menjadi insan yang lebih sempurna di sisi Allah SWT. 
Amin.

Lots of Love,



Mar 8, 2012

New Look

Hie.
Just revamp my blog.

Miss the old one?

Or this one is better?

Drop your comment below.
Lucky One will get special gift from me. 
*since March is my favorite month, I'm being generous here. hehe
Don't forget to state your email too, ok?

Will announce the chosen one on 31st March 2012.

Lots of Love,



Mar 7, 2012

new collection at RedPapyrus

Hie Hie Hie.
Lagi iklan pasal baju di Red Papyrus.
Kali ini, Red Papyrus (RP) mengeluarkan baju untuk lelaki pula. 
Untuk permulaan, 1 design diperkenalkan. 
*design ni direka oleh adik saya, Danial ;)

left -front view, right -back view
Ni pula contoh gambar yang dipakai oleh model tak berbayar.

smart beb!
Material : Cotton
Sleeve : Short
Colour : Black
Size : S, M, L and XL

 Boleh dipakai bila-bila masa di mana jua.
Boleh dihadiahkan kepada Abah, Abang, Adik, Kawan, Boss, Jiran sebelah rumah. Eh yang perempuan pun boleh pakai kalau suka sebab design ni ada juga yang lengan panjang. *tapi size M da habis.

Berminat nak beli, boleh la order dengan saya sekarang. Atau layari page RP di FB.

Thank you so much.
hugs~

p/s : lepas ni nak keluarkan collection untuk budak-budak pulak lak. RP Jr. hehe. InshaAllah

.ohhshera.

Mar 6, 2012

artis youtube lagi?

Hari Ahad lepas, Abang ada cakap pasal remaja yang upload video di Youtube dan seterusnya menjadi artis macam Yuna dan NajwaLatif. The latest is Syed Shamim. Ehem, bukan Syamim adik saya ok. Nama sama pulak tu. *ejaan je lain. So, hari ni saya pun mencari lah video Syed Shamim ni di youtube.

Tapi yang saya nak cerita ni bukan pasal video Syed Shamim. Tapi pasal video lagu opening cartoon-cartoon jepun. 

1st, my favorite cartoon ShinChan. Lagu opening dalam Bahasa Indonesia.


Next ialah cartoon Sailormoon. Lama nya tak tengok cartoon ni.


Dan ini yang paling best ;)
Empunya suara dan rupa di sebalik nyanyian lagu opening cerita Doraemon!


Terbaik. 

.ohhshera.

Mar 5, 2012

kemaja polos in the house!

Kemaja Polos?
Apa tu?
Polos = Plain.
Jadi,
Kemaja Plain.

Suka pakai baju kemeja plain? 
Jom shopping kemeja plain dari RedPapyrus.

Ini antara kemeja plain yang dijual ;





Apa tunggu lagi. 
Check out our FB page now.

Happy shopping semua ;)

.ohhshera.

Mar 1, 2012

welcome marvelous march

Ini perbualan Nasir dan Hadrami di suatu malam.

Saya dan Hadrami sedang menonton Wipeout di ruang rehat di rumah.
Nasir baru saje turun dari bilik dan join kami. 
Sambil Nasir berjalan ke kerusi, saya buat muka protes sebab kejap lagi Nasir nak pergi main futsal.

Nasir : Hadrami, Hadrami rasa Mama comel tak? *dengan muka yang berniat nak perli.
Hadrami sambil tengok saya dia pun jawab,
Hadrami : Comel lah.
Nasir tak puas hati dan bertanya lagi,
Nasir : Comel macam apa?
Hadrami : Comel macam patung lah.
Time ni pasti lah saya da kembang-kembang terus tukar dari buat muka ke tersenyum lebar. 
Dalam hati berkata begini untuk ditujukan kepada Nasir, 'Rasakan sendiri. Nak kena kan orang konon,' 
Nasir sambung lagi sebab tak puas hati.
Nasir : Comel macam patung apa?
Hadrami : Macam patung Mr. Bean yang kelakar tu.
FINE!!

.ohhshera.