Mar 20, 2012

Hot Air Balloon vs MATTA Fair

Rasanya tak lah lama sangat saya tak menggunakan pengangkutan awam di Kuala Lumpur ni. Tapi baru beberapa bulan, da ada perubahan yang ketara. 
Apa dia tu? 
Jom sambung baca entri ini

Hari Ahad lepas, selepas hantar kakak dan abang ipar ke LCCT, saya bercadang nak pergi ke MATTA fair di PWTC bersama Abah, Mak, Nasir dan Adik. Plan asal ialah nak pergi ke Putrajaya menaiki belon udara panas. Tapi disebabkan tak nak beratur panjang-panjang beli tiket, plan bertukar. 

Abah, Mak dan Adik pergi wedding di Gombak, manakala saya dan Nasir hantar Dilla dan Boi di LCCT. Akan jumpa rombongan yang pergi ke majlis kahwin di PWTC setelah selesai tugasan masing-masing. Oleh kerana, malas hendak menempuh jam di KL dan takut kena saman sebab parking merata-rata, saya dan Nasir putuskan untuk menaiki tren ke PWTC dari Sri Petaling. 

Nasib kami baik sebab dapat park kereta tak berapa jauh dari entrance station Sri Petaling. Selepas Nasir bayar tambang perjalanan sehala kami berdua, kami pun berjalan menuju ke gate nak menaiki tren. 

Eh, apa ni? 
Takde tiket ke? 
Star da tak guna tiket lagi? 
Dan digantikan dengan ...

cip ke coin nak panggil ni?
Terasa begitu jakun sekali menggunakan cip/coin untuk menaiki tren. Excited pun ada. Macam baru first time naik tren je rasanya. Tapi rasanya saya sorang je kot yang rasa begitu. Nasir rilex-rilex je.

muka yang excited
muka yang tak ada perasaan
Sampai di PWTC, orang yang maha ramai di sini. Semua pun sibuk mencari deal terbaik untuk percutian di dalam dan di luar negara. Tak sempat nak snap gambar keadaan di sana. Pakej yang ditawarkan memang best dan superb. Murah dan berbaloi. Tak sia-sia bayar RM3 sebagai entrance fee. 

the wrist tag
Penat berjalan dan meronda-ronda di dalam 3 hall utama. Before balik rumah, makan bersama family di Haderabad. The must-try dish ialah Rumali Bread. Roti yang dilempar tinggi ke udara dan disambut kemas oleh pembuat roti nya sebelum di masak kejap-kejap di atas bontot kuali. Super sedap dimakan dengan kambing atau daging.

Balik rumah dalam keadaan penat dan kaki sakit. 
Konon nak tengok game Liverpool tapi tertidur depan tv. Nasib Liverpool tetap menang malam tu ;)

Lots of Love,

6 comments:

oshinz said...

eh kite pun jakun dengan token tu. haha.

miss shera said...

hehehe. sgt jakun. sbb xtau nk touch macam mana token tu

cahya indah said...

kena naik tren jugak la lepas ni, been 3 years duduk melaka balik..jakun jugak. haha

miss shera said...

hehehe. kena lepak kl n use public transport la camni..

Fello de Caminero said...

Bukan dah lama ke guna chip mcm tu?? (Ayat poyo...)

miss shera said...

yeee keee? - gaya hadrami