Apr 18, 2012

Double the pain

Kes Pertama : 

Sabtu lepas, Nasir ada bola sepak friendly di Maktab Perguruan Batu Pahat bersama Abang. Saya pulak pergi ngeteh dengan BFF yang ada di BP. Selesai sessi minum petang sambil bergosip, saya pulang ke rumah. Tunggu Nasir balik sambil tengok game Liverpool. 

Saya bergegas ke pintu rumah bila dengar bunyi kereta Nasir. Konon-konon nak bawak berita palsu yang Liverpool da kena gol sebijik. Sekali, saya yang terperanjat sebab tengok dia jalan terdengkot-dengkot. 

Pergi main bola ke pergi bergaduh ni? 
Rupa-rupanya kaki terseliuh time main bola. Fine. 
Lepas mandi, tuamkan dengan ice dan balut dengan bandage. Nasir cakap Shahnaz balut lagi best. *memang ler. dia kan orang fisio. 

berehat pada hari Ahad

Kes Kedua : 

Semalam Abang call, tanya boleh tak x-ray. Pelik juga tiba-tiba Abang nak x-ray. Mula-mula rasa tak perlu nak xray, tapi lepas Abang cakap kaki dia da bengkak, terus suruh dia datang PKU.

Lepas x-ray, minta Doc. Sai tengokkan x-ray kaki Abang. Sekali Doc cakap ada patah. Hair line fracture. Ayok! Tapi takde lah serious. Dia macam retak tapi takdelah tulang tu terpatah dua.

Lepas x-ray buat fisio. Sama juga macam Nasir buat di rumah tu. Tuam dengan ice dan kemudian balut. Tapi ni special sebab Shahnaz yang buat. Hehe. Ambil ubat dan Abang dapat MC untuk hari ini. Tapi dia tak gunakan pun. Amboi. pekerja berdedikasi nampaknya. 

Tapi kes Abang bukan sebab main bola walaupun dorang pergi sama-sama Sabtu lepas tu. Jari kaki Abang kena camtu sebab terlanggar tepi kolam air terjun kat rumah. Punya la luas jalan kat area tu, nak juga langgar simen bentuk tunggul kayu tu ek Abang. 

jari kaki sedang dituam ice
Nasir : sakit di kaki kanan sebab main bola.
Abang : sakit kaki kiri sebab terlanggar tepi kolam air terjun.

Lots of Love,


8 comments:

wahida said...

kesimpulan :: kedua-duanya berehat dari bermain bola buat masa ini. hanya menonton sahaja. hehe!

miss shera said...

Abang bagi alasan xbole lasak2 kat Boracay

sPrInT sPiRiT said...

2 org injured dalam 2 hari berturut..pergh..

miss shera said...

Mim nak join sakit tak? hehe

mak said...

amim dah mmg sakit selalu. amacam?

Fello de Caminero said...

triple the pain.... Adi bro...

red_torres said...

adi bro??peeggghh..seriau....
firus sepak kolam sebab arsenal kalah ngan wigan hr tu...wakakaka

miss shera said...

mak : mim pun bole join sekali. hehehe. tp area knee la kan dia sakit
abg : perghh adi bro tu kategori kronik da
nasir : naseb awak pun xsepak sama time liverpool kalah ;p