May 29, 2012

Breathtaking Boracay - The Journey

Lama sungguh rasanya tak bercuti bersama keluarga. I mean the whole family members ada sama. Seingat saya, last time pergi bercuti yang semua adik-beradik join ialah trip ke Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Time tu Abang masih single lagi. Then lepas-lepas tu, pergi jalan-jalan sure tak cukup korum. 

Kali ni, Abah plan pergi ke Filipina melawat Akir yang da nak habis belajar. Teruja sangat sebab Abang dan family join. Dilla join. Adik-adik pun ada. Just Syamim dan menantu lelaki MakAbah je yang tak dapat ikut. *still tak cukup korum. Tapi sangat excited. Terasa macam nak pergi jalan masa kecik-kecik dulu. 

13th May 2012.

Pagi-pagi, matahari belum naik lagi:
# Bertolak dari LCCT ke Clark. 
# Berada di atas awan selama hampir 4 jam diisi dengan sarapan pagi, baca buku dan nap.

Hampir tengah hari:
# Menjejakkan kaki di bumi Filipina. Cuaca yang panas dari Malaysia.
# Sambil tunggu Akir sampai, munch-munch cekedis, ice cream dan minum mineral water sambil main kad.
# Tunggu flight dari Clark ke Kalibo sampai lebam. Lapar jangan cakap lah.

Petang yang panas:
# Boarding dengan perasaan suka sebab penantian selama hampir 3 jam sudah berakhir.
# Stuck dalam plane sebab traffic jam kat Kalibo Airport, so flight dari Clark ke Kalibo terpaksa dihold dulu selama sejam. 
# MakMak, IbuIbu, MamaMama, UmmiUmmi, MummyMummy dan yang seangkatan dengan nya diberi kejutan dengan pemberian bunga ros merah sempena Mom's Day oleh staff AirAsia.

Petang-petang:
# Sampai ke Kalibo Airport dalam masa lebih kurang 1 jam. Hujan renyai-renyai.
# Disambut oleh staff MyBoracayGuide.
# Naik private van dari Kalibo Airport ke Caticlan Jetty. 
# Kecoh dalam van dengan upacara mengambil gambar dan video. Plus jakun sebab kereta berada di lane kanan sebab kat sana left hand drive.

Hampir gelap:
# Sampai di Caticlan jetty 2 jam lepas tu. Masih renyai-renyai hujannya.
# Settlekan tiket jetty dan ready untuk naik Paraw dari Caticlan Jetty ke Boracay.
# Baru tahu wide lens Lola jatuh dan protector lens dia retak :((

Sudah gelap:
# 15 minit atas Paraw, akhirnya sampai ke Boracay Jetty.
# Naik long buggy car untuk ke Boracay Gems Apartment. 
# Sangat penat dan lapar.
# Check in kat apartment yang super comfy. 
# Dinner Maggi Cup pun rasa sedap.

End of Day 1

Fuhh!! 
Boleh bayangkan tak penat dia macam mana?
Dari tak nampak matahari sampai matahari da terbenam balik, baru sampai ke destinasi. 
Semua jenis pengangkutan kami dapat rasa dalam 1 hari. Dari pengangkutan udara, darat dan air kami lalui dalam masa kurang dari 24 jam.

Sekarang masa untuk tengok gambar pulak. 
Enjoy :)

Ready to go
Cuaca masih gelap di luar sana
Ready for landing
Mabuhay Filipinas
Akir baru tiba. Lihat baju kami yg berpasang-pasangan
Bersedia untuk terbang sekali lagi ke Kalibo
Love
Terima Kasih AirAsia Philippines 
Left hand car
Kami dalam private van
Naik paraw pula
Dalam paraw. Da gelap da time ni
Last transport before sampai ke destinasi.
Next entri baru cerita pasal tempat tinggal kami dan juga aktiviti yang dilakukan di sana. 

Lots of Love,


19 comments:

Muhammad Al-Afiq said...

jauh gila nk smpai ke tempat tu kak syira..btw akk edit guna software apa ek.?!

miss shera said...

tahu takpe. penat gile. tapi ada juga flight dari manila terus ke caticlan airport. kira xjauh dari caticlan jetty.
yg ni edit guna phone je. LINE camera nama app dia

Fello de Caminero said...

keh keh keh...

myfairx said...

Makan kat sana camne OK ke? ke bawak dari Malaysia?

Cadangnye bulan 7 nak pegi sebelum puasa. Tiket dah book.

Harap balas ye? ;)

miss shera said...

Kami ada bawak maggie dan sardin dari Msia. Sampai sana beli roti, mentega, susu, telur etc sbb 1st 2 nights tidur di apartment yg bole masak. Selebihnya makan seafood. Tu pun cari tempat yg xde serve pork. Ada 1 kedai makan halal di D'talipapa. Cari kedai no74, kedai makan di dalam kedai jual souvenir bernombor 74. Nanti saya akan blog pasal ini.
Terima kasih :)

myfairx said...

Terima kasih banyak2 sebab sudi balas, Kami pun cadang nak bawak satu baggaage dari sini barang makan.

Harap dapat baca blog pasal makan kat boracay tu nanti. kami pun cadang nak tulis detail juga pasal boracay sebab susah nak cari info pasal boracay dari orang Melayu Malaysia,

Syabas! And keep up the good work! ;)

waNiEsYa said...

thank you...sangat informative...=)..planning to go boracay jugak dis coming Nov...nice tips!

miss shera said...

Pleasure waniesya :)
baca entri yang lain juga ye untuk cerita2 di sana.
dan selamat bercuti di Boracay. sangat seronok!

Unknown said...

Beshh nye... Nk sgt pi sane tp x tau camne nk booking :(

Unknown said...

Beshh nye... Nk sgt pi sane tp x tau camne nk booking :(

miss shera said...

Watie :
1st Option :
Book flight AirAsia dari LCCT pergi Clark. Then dari Clark pergi Kalibo.
Pastu dari Kalibo kena naik kereta ke Caticlan Jetty.
Then dari Caticlan Jetty amek bot pergi ke Boracay.

2nd Option :
Book flight dari Malaysia pergi ke Manila. Then dari Manila ke Caticlan.
Sampai Caticlan terus naik bot ke Boracay.

You can email me :)
I am please to help you :)

Unknown said...

Utk flight booking rasanye boley je redah2 boking..but after depart kat kalibo dah xtau nk buat ape..sgt2 memerlukan pertolongan u..dah lama I try nk contact u..boley bg email u x?? Thanks sbb membantu

Unknown said...

Seriously..I mmg pening after I bukak boracay guide..

miss shera said...

misstorred@gmail.com

email me ya :)

Unknown said...

Tq darll

Unknown said...

I dah email u..if u free Nanti reply yer..thanks

miss shera said...

watie...
tak dapat pun ur email :(

Unknown said...

Alaa... I dah email dah..now email u lg.. :( or u ade fb x..senang I fb u

adiaz said...

Nak tye sket... berape tambang flight? and nak kene book awal2 ke flight tuh?