May 30, 2012

Breathtaking Boracay - The Lodging

Sambung daripada entri semalam. 

Da penat, lapar dan hari pun da malam, barulah kami sampai ke Apartment kami. 
Fuuhh. Cantik, tertarik, menarik, bilik memang da bomb!
Tak sia-sia mengharungi perjalanan yang mencabar bersama family.

Jadi entri kali ini nak cerita pasal tempat tinggal kami sepanjang berada di bumi Philippines. Harap tak muak tengok gambar yang banyak ni nanti ye. *ada 2 dozens semuanya ;p

Kami ada 10 orang, 8 dewasa dan 2 kanak-kanak. Sebelum pergi, da plan siap-siap nak book 3 bilik je. 1 bilik untuk Abah and the 2 boys, 1 bilik untuk Mak, Dilla dan saya and the last room untuk Abang sekeluarga.

Kami berada di Boracay Island selama 6 hari 5 malam dan stay di Clark 1 malam sebelum berlepas pulang ke Malaysia keesokkan harinya. Selama 5 malam di Boracay, kami stay di 2 tempat yang berbeza. 

2 malam yang pertama, kami tinggal di Boracay Gems Apartment di Bulabog Beach. Kat Bulabog Beach ni terkenal dengan kiteboarding. Tapi time kiteorang datang tu, belum musim lagi. Jadi tak nampak lah orang terbang-terbang di awan sambil ditarik oleh boat.

Bila masuk je kat Boracay gems ni sangat lah teruja dengan interiornya. 
Why? 
Super duper besar dan comfy. 1 apartment ada 2 tingkat and 2 bilik. Mak pulak book untuk 3 apartment. Haaa. Terlebih sudah. Wafiy dan Hadrami pun boleh tidur katil sendiri dengan selasa. 
Jom tengok keadaan dalam Boracay Gems ni.

Pandangan belah kanan bila masuk master bedroom. Bedroom dengan living area sebelah-sebelah je. 
Pandangan depan bila masuk master bedroom.
Pandangan belah kiri bila masuk master bedroom. Closet dia very unique. Siap ada LCD TV.
Bathroom.
Tempat kami masak maggi.
Tempat makan sebelah dengan tangga.
Gambar-gambar di atas ni di bahagian bawah saje. Jom naik atas pulak.

Seram tak tangga ni? Wafiy luka sebab terjatuh kat tangga ni. Sian dia.
Bila da sampai atas, akan disambut oleh penyambut tetamu berbaju pink ini. Hehe. Gurau je.
Haa, ni la bilik kat atas. My sis and I punya bilik. Super best.
Time da nak tidur, tup-tup electric lak tak ada. But don't worry, emergency light da siap-siap disediakan di dalam bilik. 

Esok pagi, bangun dan berjalan-jalan sekitar apartment.

Pemandangan matahari naik dari dalam apartment
Pemandangan dari depan. 
Hammock di sebelah Boracay Gems. 7Stones punya facilities ni.
Boracay Gems ada 4 unit jek.
Amacam? Best? Tak reti nak describe ke-best-an nya. Heee. Setiap sudut nak snap gambar, sampai Dilla kata da macam kerja check hotel pulak.

So, for the last 3 nights at Boracay, kami stay di Surfside Boracay Resort and Spa di Boat Station 3, White Beach. Pun super best. Sebab laut dan pantai sini lagi best dari Bulabog Beach.

Warm welcome service by the staff.
Ingat nak massage dalam bilik, last-last tak massage langsung!
View dari balcony. Kerusi tu jadi mangsa tempat kami menyidai baju mandi sampai kering.
Time mula-mula masuk bilik ni, punya excited sampai terlupa nak snap gambar. Apa pun tak boleh.
Then, patutnya Abah satu bilik dengan Akir dan Adik, tapi sebab bilik ni super besar, kami berempat tidur satu bilik. Bilik Akir dan Adik kecik sikit dari bilik ni. And bilik Abang best sebab ada four-poster bed.

Ni ruang tidur kami. Da nak check out baru sibuk nak snap gambar.
Reception area. Staff sangat friendly dan service sangat best. Recommended to stay!
Jadi, the last night di Philippines, kami stay di Clark. Yang ni memang da malas nak snap gambar sebab camera pada Adik. Jadi, letak gambar transport dia yang ambil kami di airport saje la ye. Namanya Rumi Apartell Hotel. 


Haaaa. Begitulah ceritera tentang tempat penginapan kami sepanjang percutian di sana. Nak selit gambar lagi pasal hotel kat sana juga. Tapi yang ni kami tak stay pun.

Aqua Boracay di Bulabog Beach
7Stones, Bulabog Beach. Sebelah Boracay Gems
Fridays di Boat Station 1, White Beach
Hehe. Torres da ada hotel sekarang. Ni on the way pergi ke Kalibo Airport.
Kalau stay sini sure boleh melayari Facebook free. Facebook Resort at D'Talipapa
Cuba kira cukup tak 24 keping gambar? 

Ok. Esok update pasal aktiviti di sana pula ok?

Lots of Love,

Lots of Love

3 comments:

Fello de Caminero said...

ton ton mana ton ton???

Mama Cyg said...

salam..saya plan nak pergi boracay 23jun nanti..bole tak bagi tips hotel yg beach front..senan nag mandi manda depan hotel je hehe..yg budget murah below rm150 pernite..

miss shera said...

wsalam.
maaf lambat reply.
saya email ye :)