Jun 7, 2012

Breathtaking Boracay - The Activities

Banyak sangat aktiviti yang boleh dilakukan di Boracay. 
Tapi, kalau nak puas, rasanya kena stay dua minggu. 

So, ini adalah antara aktiviti yang kami buat sepanjang berada di Boracay. 
*makan dan shopping kena buat entry lain ye ;)

Hair braiding 
Service untuk hair braiding ni banyak terdapat di White Beach. Harganya berbeza-beza mengikut panjang rambut dan add on yang hendah dibuat seperti nak letak tali atau nak letak extension rambut. Saya dan Dilla punya PHP 200 seorang, kira-kira RM 15. Abang pun buat juga. Orang tu charge PHP 100 untuk rambut dia. 

terbaik!
ATV dan Buggy Ride
Sepanjang berada di White Beach, akan ada banyak orang yang akan approach untuk ambil pakej aktiviti dengan dorang macam island hoping, helmet dive, fly fish, para sailing dan ATV ride. Kena pandai tawar harga even harga yang dorang publish tu mahal dan dorang da turun kan, still kena tawar sampai puas hati. 

Hari tu, kami ambil pakej, ATV&Buggy ride dan Helmet Dive dengan seorang brother ni. Minta half dari harga yang dorang tawarkan. *harga akan diupate bila jumpa balik kertas yang mak jot down tu.

ATV riders
Abah, Mak dan Hadrami
Abang, kak Wahida dan Wafiy
berhenti di mini zoo
tangga nak pergi ke look out point
kami di look out point
Dream Land
Taman tema yang baru dibuka di Boracay. Sempat lah naik 1 ride kat situ. Nak masuk kena bayar, nak main pun kena bayar juga. Pakej ATV & Buggy ride yang kami ambil tu berada di dalam Dreamland. So, masa bayar pakej, da termasuk sekali bayaran nak masuk Dreamland. Ada juga ATV & Buggy ride di luar Dreamland.

ride yang ada di situ
go-kart
Aladino ride - Akir, Adik, Me, Mak, Dilla and Kak Wahida

Merry go round for the kids and Abang
Helmet Dive
Mula-mula ambil pakej Helmet Dive ni, kami bayar untuk 8 dewasa dan 2 kanak-kanak. End up, kanak-kanak bawah umur 10 tahun tak boleh join atas sebab merbahaya untuk mereka. Bila da habis berhelmet dive baru lah paham kenapa benda ni bahaya. Sebabnya, bila kita turun ke dasar laut yang dalamnya 14 kaki, kita kena equalize udara dalam badan kita. Rasanya budak-budak susah nak buat cara yang dia ajar tu. Adik tak equalize betul-betul, bila dia naik ke pelantar hidungnya berdarah.

sebelum mendengar penerangan untuk ke dasar laut
Mak! 
Zorb
For me, this is the most exciting and fun activity that we did. Before pergi Boracay, kami ada beli kopun di Groupon untuk zorb ride, glass bottom boat ride and snorkeling. RM53.75 per person for the 3 activities. Jimat! Dan untuk 2nd zorb ride dapat 50% discount.

rolling from top to down
menunggu untuk dilenyek
the wet zorb. habis basah tapi sangat best!
hardness zorb. lagi cuak.
Happy us!
Zipline
Disebabkan kami masih ada masa selepas zorbing dan glass bottom boat ride pula pukul 2 petang, so kami decide untuk berzipline. Zipline ni macam flying fox. Harga PHP 500 seorang sebab kami ada beli kopun dari Groupon tu, kalau tak, harganya PHP 1500 seorang. *kalau tak silap.

tabik hormat dulu
Mak yang berani
track pergi, track balik kat tepi tapi tak nampak
Wafiy dan Eagle
Glass Bottom Boat & Snorkeling 
Pusing-pusing Boracay Island naik Glass Bottom Boat. Apa itu Glass Bottom Boat? Bot ni direka khas di mana permukaan bawah bot ditukar kepada glass. So, bole nampak kat dalam laut tanpa perlu snorkeling. Duduk je kat seat dalam bot, dah boleh tengok ikan dan batu karang. Tapi saya pening juga sebab asyik nak menjengah ke bawah je.

crystal clear
ikan ohh ikan
1st time Wafiy snorkeling 
glass bottom boat berdesign nemo
Sight-seeing (Willy's Rock)
Jalan-jalan di White Beach. Pasir yang super halus dan putih. Air laut jangan cakap la kan. Sangat cantik, jernih. Patutlah dapat 2nd best beach in the world untuk tahun 2011. Best woo. Kat area-area Station Boat 1, ada Willy's rock. Nak ke tempat tu, just seberang laut je, tak berapa dalam airnya.

Ini lah Willy's Rock
Air jernih dan cetek
Swimming
Bila lagi nak merasa mandi di Lautan Pasifik kan. Ini lah masa nya!

mereka tengah mandi manda
gambar cilok dari Kak Wahida
Istana Pasir
Membina istana pasir ye bukan Istana Takeshi pulak. Yelah, pasir bukan main lagi putih melepak, halus-halus macam bedak, sure geram kalau tak bermain dengan pasir ni kan. Apa lagi, mari bina istana pasir bersama-sama. Aktiviti yang disukai Wafiy dan Hadrami.

kesian la. ambil air pakai sabut kelapa je
terbaik la istana pasir gini.
Banyak aktiviti yang kami terlepas seperti, kite boarding, fly fish, stand up paddle, banana boat, boat sailing, cliff diving at Ariel's Point, jungle trekking, kayak, tornado jet, jet ski, para sailing dan wind surfing.
Urgh... Rugi

Next time maybe.

Lots of Love, 


4 comments:

mak said...

orang yang braid rambut dila mmg expert. laju gila jari2 dia berjalan

wawa said...

tak boleh jernih lagi ke air laut tu >_< jeless..

babybeba said...

mak, yg tu kna up video! baru tau laju ke x....

overall sume activities best!!

miss shera said...

tak reti nak save video mak tu dlm pc