Mengikut perancangan di awal tahun, sepatutnya sekarang saya berada di Pulau Mutiara bersama Nasir dan rakan-rakan sekerja. But, saya end up berada di office dan sedang menaip entri ini.
Sebabnya, pada hari kami sepatutnya terbang ke Penang, hari itu jugalah makcik Nasir melangsungkan perkahwinannya. Ohh, sungguh mencabar. Fikir punya fikir, keluarga diberi keutamaan. Burn tiket flight pun tak apa. T__T
Well, ini ialah pengalaman pertama saya merewang. Mula-mula rasa cuak sebab saya tak reti nak tolong potong-potong bawang ni. Masak lagi lah tak pandai. *kenyataan benar. Tambah pula, tak berapa kenal sedara mara belah Nasir yang ramai tu. Kang panggil makcik, tapi rupanya pangkat nenek. Hehe.
Task pertama, merewang di dapur semasa majlis pernikahan dijalankan. Berjaya diharungi walaupun tak sempurna mana kerja saya. Tengok orang kiri, kanan dan depan laju gile potong memotong sambil berbual. Potong kacang panjang tak paya guna chopping board. Kalau masuk pertandingan memotong sayur di dapur, sure dorang juara. Saya pulak masih terkial-kial potong guna chopping board, tapi masih jauh ketinggalan di belakang.
Task kedua ialah menolong mak mertua saya masak lauk untuk makan beradap. Adoi. kalau tak sedap, nasib lah ye pengantin. Eh eh tapi saya tak masak pun. Tolong potong-potong bawang, halia, lada, carrot dan bahan-bahan lain untuk dimasak oleh mak mertua saya dan makcik-makcik Nasir. Seronok. Rasa ada kepentingan yang besar pula di situ. Hehe.
Task yang terakhir ialah bersiap-siap dan pergi ke rumah pengantin yang dekat sangat tu. Jalan kaki, seminit da sampai. Untuk apa lagi, makan ler. Nasib tak payah nak kena basuh-basuh pinggan ke, kemas-kemas meja ke. Phew~
Alamak, tak ada bukti kenangan pula yang saya merewang untuk kali pertama ni kan. Sebab terlalu busy dan excited merewang, handphone pun ditinggalkan. Jadi hanya ada gambar semasa pengantin lelaki baru tiba.
Nampak kumpulan kompang ni, teringat masa majlis bertandang di rumah Nasir 6 bulan lalu |
Budak yang sama juga yang bersilat depan pengantin. Sure pengantin kena 'kacau' |
Suami berbaju oren, teringat time dia dulu letteww |
Faktor usia tak meghalang untuk bersilat pengantin ye. |
Hanya di Johor. Tol berlapis-lapis. |
Tol paling mahal masa majlis perkahwinan. Sampai jem dibuatnya. |
Gambar pengantin tak sempat nak snap. Hehe. jangan mara aaa..
Overall, ianya satu pengalaman yang menarik dan seronok. Pasti akan ada lain kali sebab Nasir kata ramai lagi makcik-makcik dan sepupu-sepupu dia yang masih single. Berminat? Boleh isi borang. Tak tak. Gurau je. Untuk saya pula, just ready kan badan saje lah.
p/s : majlis perkahwinan sendiri pun belum siap update, da buat entri pasal orang lain punya majlis kan. ;)
Lots of Love,
3 comments:
aahlah shera, buat la entry masa shera kawin..nak nengok gambar.
akan dibuat. tp cam segan pulak sebab da lama
video kawin mana? tak nampak bayang pun. knpe lama sangat?
Post a Comment