Jul 18, 2012

Keluarga dan Kuantan

Sambungan daripada entri semalam.

Di Kuantan, kami stay di FnK Homestay di Beserah. Rumah memang superb. Bersih, luas dan selesa. Ada 4 bilik ngam-ngam untuk kami bertujuh. Then siap ada tempat BBQ di halaman depan rumah. Tapi sayang kami tak sempat guna pun. 

ruang tamu. tv siap ada astro!
Malam tu, kami makan di Tanjung Lumpur. Seperti yang diwar-warkan oleh ramai orang especially my BFF Naz dan suami, dorang kata seafood situ best terutama ketam nya. So, kami ke Tanjung Lumpur untuk dinner. Banyak kedai yang ada di situ. Tapi tak dapat cari kedai yang Akmal suggest. Main masuk je kedai yang ada parking kosong sebab kedai-kedai lain pun nampaknya full house. Orang park kereta sampai tepi-tepi jalan. 

Da lupa apa nama kedainya. Tapi macam tak berapa nak recommend la sebab pelayan yang ambil order kami tu a bit sombong dan tak friendly. Dan yang paling sedih, tak dapat pun makan ketam kari sebab stok ketam habis. :( 

ini sahaja yang tinggal

Esoknya, selepas breakfast dan bersiap, kami pun check out. 1st thing mestilah nak tengok laut! Da pergi Pantai Timur sure terbayang-bayang lautnya. Tapi Abah kata tak boleh mandi sebab ombak kuat. Hampa. Jadi just drop by a few beaches along the way before sampai ke Cherating. 

angin sangat la kuat. best. tenang.
ice cream yang sedap dan murah. rm1 jek.
Plan nak ke Cherating je, tapi terus menuju ke Kemaman. Ada apa di Kemaman? Sure lah nak beli keropok lekor! *Syamim sila jealous. Tapi before that, kami singgah di Muzium Kemaman. Boleh pula, hari yang kami pergi tu ialah hari pembukaan muzium ini. Terbaik lah, siap dapat goodies.

harus singgah jika anda di Kemaman
Bila da berjalan-jalan ni, perut cepat lapar kan. Jadi kami singgah di kedai Aziz Satar untuk lunch. Ingatkan pelakon Aziz Satar yang punya sekali bukan daaa.. Kedai ni popular dengan satar dan ownernya bernama Aziz. 

di depan warung Aziz Satar
Then before heading back to Pahang, singgah beli keropok.

borong
Mengikut plan, hanya Mak dan Abah je yang akan stay lagi satu malam di Kuantan. Yang lain-lain akan balik ke KL petang tu juga. Tapi tiba-tiba kami berempat tak jadi balik. Nak tahu sebab apa last minute tukar plan?

Sebabnya ialah ini;

tak tahan dengan godaan ini
Jadi, terus minta Dilla book lagi satu bilik untuk kami berempat. Yelah, tak kan nak tidur 6 orang satu bilik kan. Petang tu juga saya dan Dilla cari baju mandi. Yang lelaki da siap terjun tanpa berlengah lagi. Mak dan Abah hantar Adik balik rumah dia. Dari Pantai Balok sampai ke Teluk Cempeka kami cari, last-last tak jumpa pun yang berkenan di hati. Petang tu kami makan hati sebab tak dapat mandi swimming pool. Sedih!

Malamnya, dinner di Sara Thai Kitchen, dekat-dekat dengan hotel. Tapi saya dan Nasir stay bilik sebab saya tak berapa larat nak keluar. 

Esoknya breakfast di hotel dengan kekalahan Italy.


Selepas breakfast, kena burn balik calories yang di consume tadi.

Abah kata nak beli meja pingpong satu letak kat rumah.
Aktiviti lain, 

akhirnya Dilla beli baju mandi kat hotel je.
dan saya?

hanya mampu duduk tepi sambil baca paper sebab saya period!
Then, siap-siap untuk check out dan pulang ke KL. Tapi sebelum tu kena isi perut dulu. Disebabkan malam tu saya tak dapat makan kat Sara Thai Kitchen, so, untuk lunch, Abah bawak ke sini lagi. Interior menarik, makanan sedap, suasana nyaman. Highly recommended.

stailo
makanan sedap!
Last sekali before saya tidur sepanjang perjalanan dari Kuantan ke KL, kami singgah di sini,

tengok je. tak beli apa-apa pun
I'm looking forward nak ke Kuantan lagi. 

Next yang nak dibuat di Kuantan ialah;
- makan ketam kari di Tanjung Lumpur
- having fun di Gambang Resort
- lepak di TC yang da stailo tu
- shopping di East Coast Mall

Jadi, sesiapa di Kuantan, sila contact saya dan bawa saya jalan-jalan ok.

Lots of Love,


Jul 17, 2012

Adik ke MATA

Mata?
Apa tu?
Matta Band ke mata yang boleh melihat?
MATA di sini ialah Malaysian Aviation Training Academy.

Adik sudah pun selamat mendaftar di MATA pada 30 Jun yang lepas. Disebakan saya memang cuti pada hari Sabtu, terus saya sibuk-sibuk ikut Mak dan Abah pergi Kuantan untuk hantar Adik.

Sebelum bertolak, kena isi perut dulu dengan Nasi Lemak Berlauk di Sri Petaling. Plan nak pergi awal pagi, tapi last-last pukul 10 lebih baru gerak. Then berhenti di Genting Sempah sebab Abah nak reload T&G dan beli buah berangan yang sedap. Nasib sempat sampai di Kuantan sebelum waktu pendaftaran habis.

gambar wajib amek bila lalu terowong
mari mendaftar hei
ni masa buat pembayaran
ni pulak masa nak ambil kunci rumah dan kit
Selesai mendaftar, kami pergi ke asrama Adik pulak. Bukan asrama pun, tapi rumah yang dijadikan asrama. 1 rumah ada 14 orang. Time kami sampai kat rumah Adik tu, ramai lah juga student yang baru masuk tengah berkemas-kemas. Sesak!

cadar pink tu lah katil adik
Lepas Adik siap tukar baju, kami balik semula ke tempat mendaftar tadi untuk sesi taklimat. So, dapat lah gambaran serba sedikit apa yang dorang akan belajar dan macam mana kerja dorang ni nanti bila da habis belajar. Yang paling best mestilah part gaji. Hehe 

sedang mendengar taklimat
ikrar pelajar
 Tiba-tiba dapat tahu Dilla and Boi pun join sekali. Tup-tup je muncul depan MATA. The more the merrier. Best! 

Disebabkan minggu orentasi start hari Isnin, jadi Adik boleh lah stay dengan kami di homestay. *Cerita homestay dan aktiviti di Kuantan akan menyusul kemudian.

ni lah rupa bentuk bangunan MATA
close up sikit
To Adik,
Selamat menempuh alam pembelajaran lagi sekali.
Buat sehabis baik untuk semua subject.
Bila da kerja, jangan lupa belanja akak.

da macam bersih 3.0 saje.
Jumpa weekend ni.

Lots of Love,


Jul 6, 2012

Istana Negara Lama


It is mandated by the Malaysian Constitution that on the first Saturday of June yearly is the Yang di-Pertuan Agong's official birthday.

So, it is the perfect time to visit Agong's Palace on his special day. Right?
*tak dapat jumpa Baginda in person, tengok-tengok istana je pun sudah cukup baik kan.

Sempena Pameran Raja Kita di Istana Negara, saya pun ajak Abah dan Mak pergi sana.
Pergi hari Sabtu pada hari jadi Agong yang sememangnya public holiday, so please expect the crowd. Luckily Abah dapat parking cantik punya. *hasil pengeluaran aura positive oleh diri sendiri. 

Check it out apa yang ada di Istana Negara

logo tu yang mahal tu




Nak ambil gambar kat singgahsana punya lah susah. Ramai orang tak kira Malaysians dan non-Malaysians. 


kasi close up sikit bahagian atas singgahsana
By the way, wanna meet the 'King'?
Nasib baik jumpa.

King AbdulAziz
Hehe. Comel je kan Abah layankan saya nak ambil gambar macam ni. Tak pasal-pasal kena knee down. Gambar tak tengok camera tu yang mahal.

Kalau ada 'King', mesti ada 'Queen'.

patut gambar Mak tapi Mak entah hilang ke mana bersama Adik
Kemudian berjumpa pula kawan 'King' tadi




cop Mohor Besar Raja-Raja
manuskrip asal Hukum Kanun Melaka
Lama juga berlegar-legar di dalam ruang pameran. Then masa untuk pulang.

laman istana
Sebelum pulang, makan ice-cream dulu sebab cuaca panas.


Tak rugi lah pergi melawat Istana Negara Lama ni. Sebab masuk free tapi rasanya pameran tu da habis. Tak tahu la pulak kalau diextend date nya.

Feeling diraja habis.



Lots of Love,


Jul 4, 2012

Si penjaga lebih-lebih dari si owner

Memperkenalkan,
King Fluffy Mex Cheng
Atau nama pendeknya,
errr, ikut suka la nak panggil apa.

gambar diambil minggu lepas, sehari selepas dia tiba di rumah
Semalam, bawak dia pergi vet sebab dia luka. 
Risaurisau. 
Nasib si penjaga cuti semalam. Dapat bawak dia pergi vet.

muka rilex saje
overview bilik rawatan 
Ingatkan dia luka sebab nak keluar dari cage nya. Rupa-rupanya, dia belum inject ubat cacing da. Patut la kena sakit kulit. Patutlah bulu dia da start gugur-gugur. Mencian dia. So, balik tu, mandikan dia, bersihkan rumahnya, bagi vitamin dan sapu ubat.

nyomel betul sape yang bagi dia ubat tu
sapu cream kat tempat sakit
ok jom tido
Next appointmnet dengan vet ialah next month. 
Best pergi vet kerajaan. Murah dan selesa. 
Tadi dia kena inject, then dapat ubat vitamin dan ubat cacing *plus MC, dicharge RM28.00
Murah!

Semoga cepat sembuh King Fluffy Mex Cheng!


Lots of Love,