Sep 30, 2011

entri lewat sebulan

Hari ini 30 September 2011.
Cerita yang hendak dikongsi ini berlaku sebulan yang lalu, iaitu pada tarikh 30 Ogos 2011.

Ceritanya begini

Pada suatu malam, di sebuah rumah di Gunung Rapat, terdengar hilian tawa 3 orang lelaki. Semakin lama semakin rancak bunyinya. Di dapur pula, kelihatan beberapa wanita sedang duduk di kerusi sambil tekun menulis tanpa mengendahkan apa yang berlaku di ruang tamu.

bunyi gelak ketawa dari mereka
nampak tak busy-busy kat belakang tu

Jam menunjukkan hampir ke 12.00 malam. Tetapi suasana tetap meriah lagaknya seperti malam masih muda. Tiba-tiba lampu di ruang tamu terpadam. Taap!

dilla jadi hantu dan syamim separa hantu
Suara-suara sumbang kedengaran menyanyikan lagu Happy Birthday To You sambil Mak membawa cake buatan resepi rahsia. Ada yang tersipu-sipu malu. Cuba teka birthday siapa.

akir turns 18
Yups. It's Akir's Birthday. 
Happy 18th Birthday dear Akir. 
Sorry lambat nak post kat blog pasal Birthday Akir.

birthday boi
Akir dearie, 
Selamat menyambut hari kelahiran yang ke18.
Semoga Akir berjaya dalam bidang yang Akir ceburi.
Dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur dan dirahmatiNya.
Jadi anak yang soleh ye ;)

.ohhshera.

Sep 29, 2011

berakhir sudah syawal 2011

Lirik lagu 'Berlalulah sudah Ramadhan, sebulan berpuasa' 
kena tukar kepada 'Berlalulah sudah bulan Syawal, sebulan beraya'.

Berakhir Syawal bukan bermakna tiada cerita raya di blog ini. Hendak ditaip tapi masa yang ada dipenuhi dengan kerja-kerja hakiki seorang juru x-ray yang kena mengadap medical check up student-student yang baru register. 

Tanpa melengahkan masa lagi, mari saya sajikan gambar-gambar raya untuk tahun ini. *nama je saji, tapi bukan untuk dimakan ye.

Tahun ni saya sekeluarga beraya di Ipoh, Perak. Semua ada kecuali abang dan family. 

Pagi-pagi raya, kami pergi ziarah kubur Umpong, Nyang Din dan Nyang Wok. Balik rumah, bersiap-siap dengan baju raya. Minta maaf sesama sendiri sebelum ke rumah jiran dan sedara mara Mak di sekitar bandar Ipoh.

kami di rumah Wah
First rumah yang kami pergi ialah jiran sebelah rumah Wah. Tiap-tiap kali raya Ipoh memang wajib makan raya di rumah ni.

makan-makan isi perut
Next ialah rumah Opah Nab. Rumah nya depan taman rumah Wah. Dekat je, tapi still naik kereta sebab lepas tu nak round rumah yang lain.

makan kuih raya je konon nak diet
Dan seterusnya raya rumah opah-opah sedara di Ipoh. Dari pagi sampai ke petang. 



Beraya juga ke rumah kawan Mak semasa sekolah rendah. Family Aunty Azian dan Uncle Te *sebut Tay memang friendly and Uncle Te suka usik Dilla. Haha.


Petang tu, balik rumah kepenatan. Tapi, trip beraya ke rumah sedara mara bukan berhenti sampai di situ. Malamnya, sambung lagi 2 buah rumah.

Dilla dan Akir muka penat
rumah last untuk malam itu
Ohh, actually raya kali ni special sikit. Seboleh-bolehnya nak cover semua rumah sedara yang ada sebab sambil beraya, sambil edar kad kahwin. Wiwit~

Bersambung...

Episode berikutnya beraya di Teluk Intan, Shah Alam dan Batu Pahat.

.ohhshera.

Sep 23, 2011

cerita bowling

Rasanya da lama gila tak main bowling especially dengan kawan-kawan sekerja. Bola bowling pun da berhabuk minta dilap. 

Pula tu petang semalam, tiba-tiba Nasir suruh saya pergi main bowling dengan kawan-kawan. Untuk hilangkan stress kerja katanya. Saya pun terus ajak En.Ciken *selaku sifoo saya melalui facebook beliau. Reply yang positive diterima dan akhirnya malam tadi kami mula berbowling kembali setelah berbulan-bulan merehatkan diri.

Saya bawa bodyguard kecil. Kesian dia duduk rumah je. Sesekali kena lah ajak dia keluar hiburkan diri. Kan? 

Kasut paling kecil saiz 1. Agak besar untuk dia tapi masukkan juga. Pakai stokin tebal-tebal bagi tak berapa nak longgar. Bola pula special untuk dia. Keluar dari kaunter punya.

Mula-mula bukan main happy lagi sebab dapat main bowling dan ada lane sendiri *bersama Uncle M. Saya main di lane sebelah bersama Sifoo Ciken dan Cikgu Amer. Lama-lama bila bola asyik masuk ke longkang, muka dia pun da berubah jadi bonyok. Nak baling bola pun da tak mahu.

muka terpaksa
Saya cakap kat Wafiy, kena baca Bismillah baru baling. Lepas tu dia marah-marah cakap, 
"Mama, da baca Bismillah pun masuk longkang juga,"
Terus rasa bersalah sebab ajar benda yang salah. Mungkin dia ingat baca Bismillah je bola tak kan masuk ke longkang agaknya. Then cakap kat Wafiy, 
"Wafiy kenalah baling tegak, baru bola tak masuk longkang,"

Sudahnya, game yang last dia da malas nak baling. Dan inilah score game ke3 iaitu game terakhir Wafiy.

actually, yang score 6 pin je yang betul. yang lain, pin jatuh sendiri even bola masuk longkang
Paksa Wafiy ambil gambar di lane bowling pula.

muka kecewa. btw, kasut bowling dia comel kan
Sementara nak tunggu saya habis game, Wafiy duduk sorang-sorang. Maybe muhasabah diri atas kekecewaan game bowling sebentar tadi.

mode : sedih
Nasib tak ada drama swasta adegen mengamuk semalam. Hehe.

.ohhshera.

Sep 22, 2011

homemade roti terbaik dari jay bee

Memang sengaja type Jay Bee instead of JB sebab nak dapat feel betapa best dan terbaik nya roti yang bakal diwar-warkan sebentar lagi. Bagi feel ngada-ngada gedik kat roti berkenanan sebab sangat sedap, gebu dan superb.

inilah kedai nya
Salahuddin Bakery atau nama asal pemilik kedai ini ialah Shamsul Hak. Mula beroperasi sejak tahun 1937. Yang best kat kedai ni ialah, roti-roti yang dibuat di sini dibakar menggunakan arang. Yups. jangan tak percaya pula. Bole datang dan lihat sendiri. Tapi sebab kami datang hari Ahad, tiada pembakaran roti baru dibuat. Mereka hanya jual roti yang dibakar semalam dengan harga yang murah. Still sedap tau.

tempat bakar roti dan di sebelah nya ialah acuan roti
terbaik ini roti
Sambil-sambil memilih roti yang menjadi pilihan hati, boleh lah baca sejarah kedai ni sementara nak tunggu abah pilih roti.

masuk dalam jejak warisan iskandar puteri
para lelaki memilih roti. yang kiri tu empunya kedai.
Pilih punya pilih, tak sedar kat luar da start hujan. Tapi yang penting hati sangat happy sebab dapat merasa roti yang sedap. Memang teringin sangat nak pergi kedai ni sejak baca entri pasal kedai ni di blog HentakBelipat. Mak kata kedai ni da lama since mereka duduk JB dulu. Saya je yang tak tahu.

para wanita yang happy
Lepas snap picture terakhir ni, terus lari-lari masuk kereta sebab hujan makin lebat. 

Sila cuba rasa roti yang sedap ini di 
26, Jalan Dhoby, JB

.ohhshera.

Sep 21, 2011

wordless wednesday two

Current status : 

Due to : 
student registration @UTHM
and
get ready for my 1st class this weekend
Super busy and super exhausted.

p/s : time-time macam ni lah, pc nak hang sentiasa.thus nak buat kerja yang banyak terganggu.

.ohhshera.

Sep 14, 2011

raya di uthm

Pagi tadi ada sambutan raya di UTHM. Meriah juga lah sambutan nya. Bertempat di Padang Kawad, UTHM. Lebih luas, lebih selesa dan lebih meriah dari tahun lepas.

sampai di Padang Kawad
Bermacam-macam juadah yang dihidangkan. Ada ketupat, lemang, rendang, nasi briyani, serunding, sate, laksa johor, buah-buahan, ais-krim dan bermacam-macam lagi. Tak lupa juga pelbagai jenis minumam untuk penghilang dahaga.

meriah kan. ni baru sikit khemahnya
Kami pun apa lagi, seranglah setiap khemah yang ada. Ketupat, lemang, rendang dan sate jadi pilihan. Barulah raya. Tak lupa laksa, ais-krim, dadih dan buah jambu. Tempat yang UTHM sediakan untuk staff makan adalah terhad, so terpaksa tapau dan makan di office.

di gerai PPA
Now, sangat kenyang dan rasa malas nak kerja. Tapi banyak student nak x-ray untuk medical check up. Terpaksa gagahkan diri untuk bekerja dengan perut yang penuh ni.

Terima Kasih UTHM 
dan 
Selamat Hari Raya

p/s : photos taken from Shahnaz.

.ohhshera.

Sep 13, 2011

wedding wan & waty

Last Saturday night ialah wedding my 2nd cousin. Syazwan a.k.a Wan dengan Shahlawaty a.k.a Waty.
Wah.. Nama ada ong la. Both innitial sama. Nama sebenar start with S dan nama panggilan start with W.

Night reception was held at Villa Felda on 10th September 2011.
The theme were tiffany blue and white. Nice lah!

Wan muka cuak
Next ialah pengantin di pelamin.

with aunties, cousin and the 'pengantins'
Makanan memang superb lah. Nama pun Felda punya. Tapi sebab saya take late lunch before that, tak dapat lah makan banyak-banyak. Kami satu family duduk satu meja dengan Uncle Isa & Aunty Mon dan Uncle Mansor & Aunty Ha.

notes from Abah to Wan
Selebihnya berphoto sakan bersama family yang ada. Even, tak semua family yang hadir, saya tetap tak kenal family members yang ada. Lebih-lebih lagi yang jarang-jarang jumpa atau jarang-jarang tunjuk muka. Apa da, sedara sendiri pun tak kenal.

Thus, terus terasa yang Hari Keluarga TTS patut dianjurkan lagi. Barulah boleh kenal sedara mara. Tidak lah kalau terlanggar bahu kat mana-mana, buat tak tahu je. Tu pun kalau ada yang tak nak join juga, tak tahu lah kan. Masing-masing da besar, sendiri fikir mana baik mana buruk. Jangan nanti, bila turn kita pula yang buat event, tak ada sedara yang nak support. Time tu jangan pula berbunyi sedara tak nak datang tolong. 

with dla and aunties yang macam sepupu je
families
more families
Last but not least, Syamim with cousin Haikal and the most sporting grandma in the world, Tokmak.

semua single lagi
Sila ambil tahu asal usul anda. Eratkan hubungan dan sayangi kelurga anda.
Lots of love.

To Wan & Waty,
Congratz. Semoga berbahagia hingga ke syurga. 
Cepat-cepat dapat baby comel ok.

p/s : TTS means Tongkat Timun Som. Names of the late great grandparents. Legacy TTS la kiranya ni.

.ohhshera.

Sep 12, 2011

persamaan antara kumpulam mamu raja lawak dengan nasi vanggey di ipoh

Bukan main panjang lagi tajuk entri kali ini. Nak tahu apa persamaan antara kumpulan Mamu Raja Lawak dengan Nasi Vanggey di Ipoh? Kalau nak tahu, kena baca sampai habis entri kali ini.

Last buka puasa untuk tahun ini, saya sekeluarga berbuka di Restoren Nasi Vanggey di Greentown, Ipoh.

Restoren ini merupakan restoren nasi kandar yang terkenal di Ipoh. Ada beberapa cawangan Nasi Vanggey ni di Ipoh dan yang di Greentown merupakan salah satu cawangan yang ada. 
boleh pilih nak duduk di tempat kipas atau air-cond
Masa kami sampai di sana, baru pukul 6.30 petang. Masih banyak seat kosong dan tak ramai yang beratur nak ambil makanan. Jadi, lepak-lepak dulu.
aksi Akir, Adik dan Abah sebelum berbuka
Jam menunjukkan hampir pukul 7 malam. Barisan bertambah panjang. Mari sertai barisan yang sedia ada untuk mengambil juadah makanan yang disediakan.
saat tunggu azan
Makanan super sedap. Harga tak berapa nak mahal. Memang berbaloi lah. Ayam goreng dia memang Pergh habis!
gambar sesudah makan
tangkap curi
Ok. Jawapan kepada soalan tadi, apakah persamaan antara kumpulan Mamu dengan Nasi Vanggey ini ialah,
Vanggey bererti Mari.
Means, memang Mari ahh makan nasi kandar kat sini. *mari ahh ye bukan Mariah macam kelas kau Maria atau pun meriah.
Tagline kumpulan Mamu pula, "Mesti Mari!".
Sekarang kita tukar.
Mesti Vanggey!
memang mesti mari punya lah!
Fin.

.ohhshera.

Sep 8, 2011

namakan bandar diraja negeri perak

Ipoh? salah. Itu ibu negeri bagi negeri Perak.
Kuala Kangsar? Ye.. Tepat sekali.

Sehari sebelum raya, kami sefamily except abang and his family pergi jalan-jalan melawat Kuala Kangsar. Meriah sungguh. Kami konvoi 2 kereta dari Ipoh ke Kuala Kangsar. 

First pit stop ialah Galeri Sultan Azlan Shah. Galeri ini merupakan Istana lama yang dikenali sebagai Istana Ulu atau pun Istana Kota. 


Macam-macam yang boleh dilihat di dalam galeri ini. Antaranya, gambar-gambar Keluarga Diraja Perak, Pingat-pingat Kebesaran, Piala-piala yang dimenangi oleh Sultan Azlan Shah dan hadiah-hadiah Baginda. Yang paling saya suka ialah koleksi kereta mewah Sultan Azlan Shah, koleksi bagasi Baginda *custom made dari LV! dan kad pengenalan serta passport Baginda dan isteri.

di pintu masuk galeri
the gallery
Next, pergi solat di masjid berdekatan. Mana lagi kalau bukan Masjid Ubudiyah.


Then, pergi ke Istana Kenangan. Istana ini juga dikenali sebagai Istana Lembah dan Istana Tepas. Tapi kami tak masuk istana ini sebab ada renovation.


Abah dan air tak dapat dipisahkan. *tak caya boleh tanya ahli keluarga yang lain. Kalau jumpa air je, mesti nak ambil gambar. Tak kira lah sungai ke laut ke. Hatta, kolam dan empangan sekalipun. Mesti kena berhenti kejap untuk snap picture.


Apa lagi yang terkenal di Kuala Kangsar, kalau bukan labu sayong nya. Jadi kena lah shopping labu sayong untuk dibawa balik ke Johor. Tapi sayang, sebab time kami datang tu, orang yang buat labu sayong da cuti raya. Jadi tak dapat tengok cara labu sayong dibuat.

bersama owner kedai
Lagi satu tempat yang wajib pergi bila sampai Kuala Kangsar. Tak lain dan tak bukan ialah, MCKK! Teringat dulu pernah pergi sini dengan kawan-kawan setingkatan sebab menjadi ahli sorak untuk pasukan bola jaring sekolah kami. Lawan kat sekolah all boys tapi main bola jaring. Haha.


Haaa, yang last ni special sikit. Anda tahu tak pokok getah yang pertama ditanam di Tanah Melayu berada di Kuala Kangsar? Saya pun tak tahu dan baru je tahu. Cari punya cari, akhirnya jumpa.


Penat seharian berjalan bersama family but overall sangat happy. Tak tahu bila lagi boleh jalan-jalan macam ni sebab nak kumpul adik-beradik serentak agak sukar. Hopefully, bila masing-masing da besar dan da ada family sendiri, kita tetap akan rapat dan dapat jalan sama-sama macam ni lagi.
Ameen~

It was an awesome day trip to Kuala Kangsar.
Yippy yay.

Syamim lompat tak ingat dunia

.ohhshera.