Lirik lagu 'Berlalulah sudah Ramadhan, sebulan berpuasa'
kena tukar kepada 'Berlalulah sudah bulan Syawal, sebulan beraya'.
Berakhir Syawal bukan bermakna tiada cerita raya di blog ini. Hendak ditaip tapi masa yang ada dipenuhi dengan kerja-kerja hakiki seorang juru x-ray yang kena mengadap medical check up student-student yang baru register.
Tanpa melengahkan masa lagi, mari saya sajikan gambar-gambar raya untuk tahun ini. *nama je saji, tapi bukan untuk dimakan ye.
Tahun ni saya sekeluarga beraya di Ipoh, Perak. Semua ada kecuali abang dan family.
Pagi-pagi raya, kami pergi ziarah kubur Umpong, Nyang Din dan Nyang Wok. Balik rumah, bersiap-siap dengan baju raya. Minta maaf sesama sendiri sebelum ke rumah jiran dan sedara mara Mak di sekitar bandar Ipoh.
kami di rumah Wah |
First rumah yang kami pergi ialah jiran sebelah rumah Wah. Tiap-tiap kali raya Ipoh memang wajib makan raya di rumah ni.
makan-makan isi perut |
Next ialah rumah Opah Nab. Rumah nya depan taman rumah Wah. Dekat je, tapi still naik kereta sebab lepas tu nak round rumah yang lain.
makan kuih raya je konon nak diet |
Dan seterusnya raya rumah opah-opah sedara di Ipoh. Dari pagi sampai ke petang.
Beraya juga ke rumah kawan Mak semasa sekolah rendah. Family Aunty Azian dan Uncle Te *sebut Tay memang friendly and Uncle Te suka usik Dilla. Haha.
Petang tu, balik rumah kepenatan. Tapi, trip beraya ke rumah sedara mara bukan berhenti sampai di situ. Malamnya, sambung lagi 2 buah rumah.
Dilla dan Akir muka penat |
rumah last untuk malam itu |
Ohh, actually raya kali ni special sikit. Seboleh-bolehnya nak cover semua rumah sedara yang ada sebab sambil beraya, sambil edar kad kahwin. Wiwit~
Bersambung...
Episode berikutnya beraya di Teluk Intan, Shah Alam dan Batu Pahat.
.ohhshera.
3 comments:
sama macam akak la shira..sesambil beraya, abah akak siap bawak beg penuh isi kad kawin..sambil edar kan...:)
hehehe.da save duit setem kat situ kan kak.
adik akak punya majlis bulan bape?
dah lah tarikh lahir haribulan sama. penat pun sama juga ke dila and akir???!!!
Post a Comment