Jan 31, 2012

rp in action

Syukur Alhamdulillah ke Hadrat Allah SWT.

Perancangan saya untuk membuka booth Red Papyrus di Dataran Batu Pahat pada hujung minggu lepas dapat direalisasikan dengan jayanya.

Terima Kasih yang tak terhingga kepada Mak, Abah, Adik, Dilla, Boi, Kak Wahidah, Abang, Ayu, Wafiy dan Hadrami yang menyokong usaha saya ini. Paling teristimewa terima kasih kepada hubbybie yang sentiasa membantu dari semua segi dan juga memberi sokongan padu kepada isteri yang degil ini. *dalam bahasa arab habibi bermaksud orang yang disayangi. saje tuka ejaan bagi gedik sikit.

First night begitu mencabar sekali. Sebab orang Majlis Perbandaran Batu Pahat kata just datang bawa khemah dan lampu. Rupa-rupanya wiring lampu kena bawa sendiri. Mencari hampir setiap kedai elektrik di bandar yang masih buka, tetapi hampa. Bila da jumpa kedai yang buka, tak tahu pula apa yang patut dibeli. I mean tak tahu berapa panjang wayar yang nak dibeli, jenis wayar yang macam mana yang patut digunakan dan nak guna apa untuk sambung dari wayar ke cable. 8 lebih baru siap dan bergegas pergi ke lokasi booth. Adik tengah tunggu sorang-sorang. Mak dan Ayu balik ke rumah untuk solat.

Siap pasang itu dan ini, benda yang nak disambung ke cable pulak tak ada. Nasib ada abang booth sebelah-sebelah yang baik hati pinjamkan cok yang patut disambung dari wiring lampu ke cable. Selamat. Susun atur ala kadar sebab da penat. Tunggu Abah, Dilla dan Boi sampai dari Kuala Lumpur sebab Dilla lagi kreatif bab-bab susun atur ni. ;)

Settle malam pertama.
Penat.
Tidur sampai lewat bangun untuk sarapan bersama keluarga esok paginya.

Second night, da tahu apa kurang. So, da standby siap-siap apa barang yang perlu dibawa dan barang apa yang nak ditambah baik. Better than yesterday. Definately! Malam minggu, ramai juga yang datang berbelanja di booth kami. Alhamdulillah. Tak sia-sia usaha 2 hari ini. Syukur~

So, apa yang ada di booth Red Papyrus kami?

antara produk yang ada
Jom intai rupa bentuk booth Red Papyrus.

dari jauh
close up sikit
mannequin dan handbags 
kain ela
Last night which is hari Ahad malam Isnin. Ingat da malas nak buka sebab esok da kerja plus malam tu ada Anugerah Juara Lagu. Perasaan sendiri - mesti tak ramai yang datang dataran. Tapi gagahkan juga hati ini untuk buka sebab Abah da sacrifice nak balik KL sebelum subuh esok instead of malam ini. *sorry Abah, Dilla and Boi susahkan korang. Eh, alhamdulillah ada juga rezeki kami malam itu. Ingat tak ada orang singgah. Hehe.

Kira-kira banyak juga barang yang dijual. Alhamdulillah lagi ;)

Ohh, by the way kami cuti 3 minggu tak buka booth. Bukan sombong sebab da untung tapi sebab tiada di Batu Pahat.
Next date yang kami akan buka ialah pada 24-26 Februari 2012. Please mark your calender ye ;) Nanti free-free singgah lah ke booth kami.

.ohhshera.

6 comments:

sPrInT sPiRiT said...

congratz kak!!...bagus la dpt buat bisnes..

babybeba said...

sangat best!!!

miss shera said...

mim : bole la. dr xbuat apa2 kat uma
dla : thanx so much tolong. next time tolong lg

nurhafiza said...

sejak bila jadi usahawanita ni?..menarik..nnti ada rezeki akk singgah ye..

miss shera said...

baru lagi kak. dulu secara online. now try2 jual pulak. wikend je asek ckp bosan. so dapat idea membz kn diri dgn cara berniaga pulak

Pida said...

good luck. nanti kalau akak balik bp akak singgah. ;)