Jun 14, 2012

Breathtaking Boracay - The Shopping Spots

Kalau kita pergi jalan-jalan kat tempat baru, sure kite nak beli something untuk kenang-kenangan kan. Baik untuk diri sendiri, family mahupun untuk kawan-kawan. So, di entri kedua terakhir tentang trip saya dan family ke Boracay ni, saya akan cerita pasal shopping spots di Boracay. 

First stop ialah, 
D'Mall

tabik hormat di D'mall
D'Mall ni berada di Station Boat 2. D'Mall bukanlah satu bangunan macam Mid valley tu, tapi dia satu kawasan yang ada banyak-banyak kedai. Ada souvenier shop, ada kedai makan, rock climbing, ferris wheel, pub, convenient store, branded shop dan macam-macam lagi lah. 

1st kedai yang diserbu 
Kedai pertama yang kami masuk ialah seperti gambar di atas. Berhenti di kedai itu sebab ada tulis,
BUY 1,
GET 1.
Dalam hati rasa, lawak ke apa ni. Beli satu mesti la dapat satu. Lain la tulis, buy 1, get 1 free. Apa da dorang ni. Bila tanya rupanya memang betul buy 1 get 1 free. Harga pulak boleh tahan murah. Ownernya yang tengah duduk di kerusi tu. Muslim. Dapat lah special price sebab kami pun Muslim juga. Hehe. Best.

Kedai-kedai lain yang ada di D'Mall
Hand painting t-shirt mengikut nama sendiri dan pemandangan Boracay. Awesome!
Kalau dari main road masuk ke D'Mall ni, kita boleh jalan kaki sampai ke beach road. Kita akan lalu la kedai-kedai tadi. Akan nampak tempat rock climbing dan ferris wheel. Then taadaa, jumpa lah laut yang cantik itu.

wiwit!
Bapa-bapa boleh duduk-duduk minum air kejap sementara Ibu-ibu pergi shopping dan anak-anak mandi laut. Bagus kan.

Belakang tu D'Mall
aksi menyelam dari Abang
Dari D'Mall beralih pulak ke next shopping spot. 
D'Talipapa

Ni gambar kat jetty. Bukan kat d'talipapa itself
Mostly banyak souvenier shops kat D'Talipapa. Harga barang-barang kat sini pun lebih murah dari di D'Mall. Kena pandai bargain la ye. Selain itu, D'Talipapa ada wet market yang jual fresh seafood, ada kedai makan yang menawarkan service memasak, ada kedai runcit jual minyak masak dalam plastik dan macam-macam lagi lah. Ohh, tak lupa juga, kat D'Talipapa ada kedai makan Muslim yang saya cerita dulu.

wet market
sesi tawar menawar 
ada cerita disebalik gerai 89 itu
ingat juga kedai no 74 ni ye!
kedai buah-buahan
Sepanjang perjalanan yang tak berapa jauh dari D'Mall ke D'talipapa tu, anda akan melalui deretan kedai. Ada kedai jual souvenier dan kedai makan. Berdepan dengan deretan kedai ni, ada peniaga yang berniaga di tepi-tepi jalan. Bila malam hari, tempat ni jadi tempat makan yang sangat la happening. Salah satunya tempat yang kami makan seafood tu.

Saya namakan tempat ini, Street Market. *suka-suka bagi nama sendiri. Di area-area ni lah saya dan Dilla buat hair-braiding.

berniaga tanpa kedai
beli mangga sedap manis masam
cewah adik beradik jalan
Nama pun pergi Filipina kan. Kalau tak beli pearl tak sah.
Yelah, kalau pergi Sabah sibuk beli pearl kat Philippine Market kan. Da sampai sini, harus kena beli juga.
Nak tahu kat mana kami beli original pearl? 
Di sini.

tengah kawtim harga
Ha a. Tepi jalan je. Time kita jalan-jalan tu, sure ada yang approach nak jual pearl, topi, sunglasses, perhiasan ukiran kayu dan macam-macam lagi. Cari orang yang pakai vest hijau macam dalam gambar di atas tu sebab mereka yang pakai vest hijau macam tu ialah peniaga-peniaga Muslim di Boracay. 

on the spot buat! 
nama peniaga ni AbdulAziz. sama cam nama Abah
Ada lagi satu tempat, tapi tak ambil gambar pulak. So, cari dari Google saje. Kedai tu dekat-dekat dengan Nigi Nigi Nu Noos. Haha. Comel kan nama dia. 

cari sign board ni. kedai souvenier dekat-dekat situ
Then masa di Clark, kami shopping di SM Mall. Dia macam shopping mall di Malaysia juga. Ada fast food, kedai makan, branded shops, wayang, dan tempat mainan untuk kanak-kanak. Nak masuk siap kena spot check dulu tau. Yang ni cerita kat entri lain ok. 

dari luar. gambar ambil dari Google
gambar di dalam SM Mall. pun ambil dari Google
Penat bershopping dan beraktiviti, sepatutnya reward badan sendiri dengan Hilot Massage tapi sesuatu yang tidak dapat dielakkan berlaku pulak. Dilla kena bertanggungjawab!

Lots of Love,


9 comments:

Pida said...

U all memang sempoi la. I loike!!!

Anonymous said...

nak tnya..at Clarks airport & boracay money changer nyer rate ok ker...better tukar kat Msia or Phip

miss shera said...

kak pida : naseb mak dan abah pun layan sama

anon : rate kat Clark Airport lebih kurang sama dengan rate di Malaysia (PHP100 = RM7.50)
Di Boracay, money changer banyak tapi untuk currency Ringgit Malaysia dorang tak terima. Abah kata sebab dulu Tun Dr M lancarkan yang RM tidak laku di luar Malaysia (untuk elakkan money laundering). Kalau nak tukar di Boracay, make sure bawa USD, EUR, GBP atau SGD
Jadi better tukar di Malaysia. Hari tu kami tukar rate PHP100 = RM7.42 - RM7.45
Diharap info ini dapat membantu :)

Fello de Caminero said...

pida - apa yg sempoi nye?? Shopping tepi jalan eh?? heheh

Anonymous said...

thanks dear...mmg mambantu..bila nak update yg baru nie...trip we all end of june..huhuhu harap2 cuaca menarik la :)

Bunga September said...

Boracay memang terbaik lah. =D

Anonymous said...

sorry dear nak tanya lagi :)
kena airport tax tax masa from clark to kalibo & kalibo to clark
(i cuma tahu sala irport tax frm clark to msia jer php 750.
maaf byk tanya

babybeba said...

harhar... yes yes aku responsible!
tp aku bg yg kl saje suda ok!

miss shera said...

wawa : boleh g hanimun sana nnt
anon : suda di up di dalam entri terbaru. terima kasih bertanya :)
dla : rugi la xamek gambar kat niginigi nunoos tu. eh lari topik