Jun 20, 2012

Breathtaking Boracay - Finale

Rasanya da sampai ke entri yang terakhir edisi jalan-jalan ke Boracay. Rasa macam baru je pergi sana tengok Akir sambil berseronok bersama keluarga. Tapi hakikatnya da lebih sebulan trip ini berakhir.

Konon nak buat lagi 2 entri sebelum menamatkan cerita Boracay. Tapi rasanya benda yang nak dishare tu tak berapa panjang. Jadi boleh combine jadi 1 entri saje. 

First nak cerita pasal benda yang menarik perhatian dan unik yang sempat saya capture. 

pergh meter dia!
kedai serbaneka asli
wayar elektrik yang berserabut. 1st night kami di sana, wayar elektrik macam ni meletup. tu yang black out malam pertama tu. plus signboard Hangin Kite Centre. Saya baca hangin = mara. padahal hang-ing patutnya.
signage yang best!
Second nak share tentang perkataan-perkataan dalam bahasa Tagalog yang boleh digunakan semasa di sana. Tak kira lah time nak makan ke, nak tawar-menawar ke atau time nak converse dengan orang sana.

Selamat pagi = Magandang Umaga
How are you = Kamusta
I'm Fine = Mabuti
Panas = Mang Init
Sejuk = Mala Mit
How many = Ilan
How much = Magkano
Nice = Sarap
Satu = Isa
Dua = Dalawa
Tiga = Tatlo
Empat = Apat
Lima = Lima
Enam = Anim
Tujuh = Pito
Lapan = Walo
Sembilan = Syam
Sepuluh = Sampu
Senduk = Senduk
Abang = Kuya
Kakak = Ate
Terima Kasih = Salamat
Goodbye = Pa'alam
*credit to Akir!

Third, nak bagi tips bila anda berada di sana dan apa yang anda patut beri perhatian semasa plan nak ke sana.

Pertama sekali, anda perlu tahu yang Pulau Boracay ni kecik je. Before pergi, saya membayangkan yang Boracay tu paling-paling kecik pun macam Langkawi lah. So, bawak lah baju casual bukan main banyak lagi. Sampai sana baru tahu yang Pulau Boracay ni panjangnya hanyalah 7km dan lebar yang paling kecik ialah 4km. Patutlah Abah kata boleh jalan kaki je pergi ke D'mall dari Boracay Gems.

taken form Google dan edit sendiri lepas tu
Jadi, bawak lah baju santai-santai je. 2-3 hari saya pakai baju mandi yang sama sebab kebanyakkannya kami buat water activities. Hehe

The best shopping spot ialah D'Talipapa sebab murah. Sebagai contoh, beli fridge magnet di D'Mall PHP 80-100 per piece tapi di D'Talipapa boleh dapat PHP 50 per piece *untuk fridge magnet yang sama. Ohh ye,  beli dengan Muslim vendors yang pakai vest hijau tu pun best. Saya dapat pearl set (necklace, earrings dan bracelet) dengan harga PHP 500 je!

Ni guideline harga souvenier di sana:
T-shirt I Heart Boracay rata-rata berharga PHP 170-180 untuk 2 pieces. 
Fridge magnet kayu yang ada tulis Boracay berharga PHP 100 untuk 7-8 pieces.
Bracelet pearl berharga PHP 130-150 untuk seutas. *pandai bargain dapat lagi murah.
Keychain yang ada tulis Boracay berharga PHP 100 untuk 7-8pieces.

Untuk memudahkan pengangkutan dari Kalibo Airport ke Caticlan Jetty, boleh lah hubungi MyBoracayGuide untuk uruskan. Pakej termasuk transportation dari Jetty Boracay ke hotel. Nak book aktiviti melalui dorang pun boleh. Kira boleh dipercayai dan reliable lah. Recommended!

Kalau nak cari tempat penginapan yang happening ialah di area White Beach di belah Tablas Strait *rujuk map di atas. Night life sangat meriah, shopping dan dining area pun di area ini. Tapi kalau nak tempat yang agak tranquil tapi tak jauh dari White Beach, cari di area Bulabog Beach di belah Sibuyan Sea. Kalau nak lagi jauh dan pemandangan di atas bukit, cari di area Mount Luho.

Bila waktu yang paling bagus untuk pergi sana?
Januari hingga awal Jun - Musim panas
Awal Jun hingga Disember - Musim hujan
Jun hingga Ogos - Typhoon paling kuat
September hingga Disember memang musim hujan tapi tak teruk macam Jun hingga Ogos. Kadang- kadang je hujan dan kalau panas pun tak panas macam Januari hingga awal Jun.
*ni pun kena Akir yang bagi info. Salamat Po'

Ada yang bertanya tentang money changer di Boracay dan Clark Airport. Jadi ini jawapan saya;
Money changer banyak di Boracay tapi certain tempat je yang terima Ringgit Malaysia. Jadi make sure tukar siap-siap RM ke PHP sebelum ke Boracay. Tak pun tukar RM ke USD, EUR, GBP dan SGD. So that, kalau tak cukup PHP, boleh tukar USD, EUR, GBP dan SGD ke PHP.
Money changer di Clark Airport terima RM. Rate nya lebih kurang sama dengan di Malaysia. PHP 100 = RM 7.50. Masa kami pergi hari tu, Abah yang tukarkan. Ratenya PHP 100 = RM 7.42

Kalau tak cukup juga cash, boleh withdraw di ATM. Tapi kena surcharge RM 14 per transaction. Kalau nak keluarkan cash guna ATM di sana, baik withdraw sekali banyak. SO, takde lah kena surcharge RM 14 tu banyak kali. Rate pun sama kalau tak silap. Tapi make sure activatekan ATM card tu dulu before pergi. ATM di Boracay boleh didapati di D'Mall, berdekatan Tilapia 'N Chips, di tepi main road pun ada.

Haaa, orang yang sama bertanya tentang airport tax. Terima kasih kepada yang bertanya. :)
Airport tax dari LCCT ke Clark = Da dibayar semasa book tiket flight
Airport tax dari Clark ke Kalibo = PHP 150 seorang
Airport tax dari Kalibo ke Clark = PHP 40 seorang
Airport tax dari Clark ke LCCT = PHP 600 seorang

Bercerita pasal airport, ada satu benda yang menarik masa di sana. Yang rasanya, only in Clark Airport je ni. Nak tahu apa? Meh tengok gambar di bawah ini

Tangkap curik ni. Time ni nak pergi Kalibo.
Yang ni time nak balik Malaysia.
Nampak tak apa yang lain dalam both gambar di atas. nampak macam pemeriksaan tubuh yang biasa kan?
Tengok part kaki kak Wahida.
Hehe.
Nak melepasi Imigresen kat Airport Clark ni bukan je baggage kena lalu bawah mesin x-ray dan kita lalu bawah metal detector tu, tapi kena buka kasut juga tau. First time dalam sejarah kena tanggalkan kasut.

Mari pakai kasut balik. Hehe
Anak-anak pakai kasut sambil beg kak Wahida kena spot cek. Ni time  nak pergi  Kalibo.
Masa nak masuk ke SM Mall di Clark pun ada polis yang jaga kat entrance. Dia akan check handbeg, kot-kot ada yang bawa bomb ke apa. Mak kata kat Manila pun macam tu bila nak masuk ke shopping mall yang besar-besar. Abah pun kata kalau masuk shopping mall yang besar-besar kat Jakarta macam Grand Indonesia tu ada polisyang jaga juga kat entrancenya.

Jadi rasanya, ini sahaja lah yang saya boleh share tentang trip saya dan family ke Boracay.
Sangat happy dan teruja sebab da lama tak pergi trip bersama family ramai-ramai macam ni. Bersyukur sangat sebab dapat gather dan berpeluang meluangkan masa bersama family. Even tho Syamim dan suami-suami tidak dapat join. Tak apa, next time ada lagi.  Nanti propose dengan Abah anjurkan family trip macam ni at least once a year. Hehe.

Feel free to ask anything about Boracay. InshaAllah saya akan cuba jawab dan share apa yang saya tahu.

Thanks!
^_^

Recaps;

Lots of Love;


9 comments:

sPrInT sPiRiT said...

taun dpn egypt jom!..haha..

Anonymous said...

thank so much dearies....nice to meet u :) so much info and do appreciate it

miss shera said...

Mim: bulan bile tu?
Anon : glad to help you. Ada apa2, tanya lagi ye. Takut ada info yang lupa nak dishare. If you have blog, please leave the link :) boleh baca trip korang pulak.. Btw, have a safe trip dan selamat bersunburn. Ehe

Fello de Caminero said...

amim - egypt?? Jom...

babybeba said...

jom jom!

miss shera said...

abg + Dla : jom. next year

mak said...

added info. SM Mall. SM tu stands for Shoe Mall.

Feyo Leeyas said...

Hai sheera, thanks for the info in ur blog, just nak tnya, airport tax slain LCCT ke Clark to kena byr di airport2 tu ke? Or dah di byr ms book tix kt airasia?

miss shera said...

Hi Feyo :)
Terimakasih atas pertanyaan.
Ha a. Airport tax yang selain dari LCCT ke Clark tu perlu dibayar masa kat airport yang berkenaan. Before check in masuk ke departure hall tu, ada kaunter untuk bayar tax. Make sure ada enough cash. Put aside siap2. Sebab dia tak boleh bayar guna credit card.
Hope jawapan ini membantu :)