May 31, 2011

aku jutawan - episode 3

Hari kedua terakhir di Jakarta. 
Masih belum beli barang-barang yang dipesan oleh kawan-kawan. 

Selepas breakfast, Abah ajak sight-seeing before pergi ke Pasar Tebet semula untuk settlekan payment. Kalau pergi Jakarta, tak sah kalau tak jenguk Monumen Nasional atau lebih dikenali sebagai Monas.

i touched the golden monas
Budget da sentuh bahagian atas Monas yang disalut emas tu. Tapi terlebih budget pula. Cameragirl tak terror cari angle. Penat gelak sebab semua nak bergambar macam ni tapi satu pun tak jadi. This is the best shot.

teka tangan siapa
Ini pula gambar Istana Presiden Indonesia.

ambil dari jauh saja
Appointment di Pasar Tebet pukul 11.00 pagi. Masih awal lagi. Jadi Abah ajak ke Jati Negara. Sepanjang buat homework before datang sini, tak pernah baca pula blogger lain cerita pasal nak shopping di Jati Negara. Sesuatu yang baru ni. It turns out yang Jati Negara merupakan tempat orang-orang tempatan berbelanja. Harga murah daripada Tanah Abang!

kebaya sulam manik yang da siap dijahit
kain ela yang murah
Satu je yang anda semua kena tahan bila pergi ke Jati Negara. Keadaan di dalamnya agak panas berbanding di Tanah Abang dan Mangga Dua. Ruang memang sempit dan sesak. Lagi-lagi time kami pergi tu hari cuti sempena Hari Wesak.

Baru lah rasa bershopping walaupun masa terhad sebab nak bergegas pergi ke Pasar tebet pula. On the way nak pergi ke Pasar Tebet, semua da flat dan lapar. Kat Pasar Tebet, lama pula kena tunggu turn untuk check design dan spelling kat kad. Then, makan time. Kami makan kat Tebet juga. Kali ni try makanan western. Sedap!

muka penat tapi masih nak posing dengan sandwich di Burger&Grill
Alamak! Barang yang kawan-kawan kirim semua da beli. Tapi ole-ole untuk en.Nasir belum beli pula. On the way balik hotel, minta Pak Yus drop kan saya, Mak dan Dilla di Mangga Dua Square. Abah dan Akir akan menyusul kemudian.

Tak tahu nak belikan en.Nasir apa. Plan nak bagi boot bola atau kasut futsal since dia suka main bola. Cantik dan murah. Cuak juga takut tak original. Tapi sales person kat situ cakap yang ini original Indonesia.

sebahagian kasut futsal dan boot di Raja Factory Outlet
Disebabkan tak tahu size en.Nasir, last-last belikan dia jacket ZaraMen saja. Sangat penat hari ini. Esok da nak balik Malaysia, tapi ada lagi ole-ole yang belum dibeli untuk officemates. Minta-minta sempat nak pergi Mangga Dua ITC atau pun Pasar Pagi before bertolak ke airport esok.

p/s : Kesian Abah tak dapat pergi ke Masjid Istiqlal. Masjid ini merupakan masjid yang terbesar di Asia Tenggara. Ada 5tingkat dan boleh memuatkan lebih 200ribu jemaah pada satu-satu masa. Masjir ini dibina pada Ogos 1951 dan dibuka kepada umum pada Februari 1953.

.ohhshera.

May 30, 2011

aku jutawan - episode 2

Ini sambungan untuk hari kedua trip ke Jakarta.
Edisi rambang mata.

Waktu Jakarta lewat sejam dari waktu Malaysia. Tapi masih tak dapat nak adjust diri.

breakfast pada pukul 7pagi.
Aktiviti utama di hari kedua ialah pergi ke Pasar Tebet dan Tanah Abang. 

Sampai di Pasar Tebet pukul 10 lebih. Banyak kedai yang belum buka dan banyak juga kedai yang tak buka since hari tu ialah hari Ahad. Rambang mata tengok kad-kad di Pasar Tebet. Macam-macam bentuk dan macam-macam design yang cantik-cantik ada kat sini. 

kerja-kerjayang dilakukan secara manual untuk membuat kad kahwin di Pasar Tebet
Lama juga kat Pasar Tebet sebab pilih kad. Tengah pilih-pilih kad, tiba-tiba ada orang dari TransTV nak interview saya dan Dilla. Wuuu~ Malu ohh. Gwa ngak bisa ngomong bahasa Indonesia.

Lepas settle hal di Pasar Tebet, kami bergerak ke Tanah Abang. Excited!! sebab selalu dengar orang cerita yang Tanah Abang ni. Tanah Abang ialah 1 bangunan yang besar dan best untuk shopping barang kahwin, especially kain ela dan kain lace.

Sampai di Tanah Abang je, terus cari surau. Jenuh juga nak sampai ke level Atap. Bila sampai di level Atap, rasa terpegun habis. Siapa sangka kat roof top bangunan ini ada masjid yang besar. Yup. Masjid! Bukan nya surau ataupun bilik solat. Subhanallah.

Lepas solat, kami ke tingkat 8 untuk menjamu selera di food court. Saya makan nasi dan lele nyeresep. Mak pilih untuk makan nasi uduk sebab nak try rasa dia macam mana. *Mak tengok heroin jual nasi uduk dalam cerita Kejora dan Bintang

nasi uduk yang mak teringin sangat nak makan
Perut pun da kenyang dan da recharge tenaga, jadi sekarang masa untuk shopping! Rambang mata lagi sekali nak pilih macam-macam. Ada handbag, kasut, telekung, kain sulam, jubah, kaftan dan macam-macam lagi. Tapi sayang sangat sebab masa sangat mencemburui kami. Tak sempat nak survey kain. Hanya sempat terjah 1 kedai ni je. *sebab terlalu lama di tingkat 5 teman Dilla cari kaftan.

kedai jual kain sulam
Kecewa betul bila da sampai tapi tak dapat shopping habis-habisan. Pula tu, mostly kedai kat sini before pukul 6 petang da start kemas-kemas dan nak tutup kedai. Jadi, mana yang ada jelah kami terjah. T__T

Keluar dari Tanah Abang; Abah ajak pergi Taman Mini Indonesia or Dunia Fantasi Ancol. We vote for DunFan Ancol.*last time pergi masa kecil lagi. Tapi on the way nak pergi Ancol, Pak Yus kata DunFan da tak ramai orang pergi sebab harga tiket mahal. So, kami fikir-fikir tak payah lah pergi sana. Lagipun nanti dapat main kejap je sebab dia tutup pukul 9 malam. 

Untuk menggembirakan hati, Pak Yus bawa kami ke Nasi Padang Garuda. Memang teringin nak makan nasi padang kat sini. Disebabkan nak buang masa, kami jalan-jalan dulu di sekitar Restoren Garuda before makan. *sempat pergi supermarket beli coco crunch.

Dinner time~

sebelah tangan je tu bawa
separuh dari lauk yang dihidang
lagi separuh lauk yang dihidang
Amacam? Lauk je ada 25 mangkuk. Tu pun ada yang dia tak hidang kat meja kami. Tapi jangan bimbang. Tak perlu nak habiskan semua lauk yang dihidang. Pilih mana yang nak je. As long as tak cuit, mereka tak kan charge. Jadi, sekali lagi rambang mata nak pilih lauk. 

 Minuman yang saya teringin sekali nak minum ialah Avocado Chocolate.

khas buat kakDiana bagi dia jealous
Kekenyangan. Ohh, makan malam dibayar oleh Mak. TerimaKasih Mak. 

.ohhshera.

May 27, 2011

surat buat ibu dari wafiy

Surat untuk Ibu Dari Wafiy *tapi dikarang oleh Mama.

Hi Ibu. Ibu sihat tak? Ibu da makan?

 Tadi Wafiy pergi pasar malam dengan Nayne dan Mama. Wafiy beli apam balik. Sampai rumah, Mama cakap nak bawa Wafiy jalan-jalan malam nanti. Mama suruh Wafiy makan cepat-cepat lepas tu siap. Mama kata nak pergi tempat sejuk.

Wafiy da siap tapi Mama dan Amie Kir belum siap lagi. Tadi Mama suruh Wafiy pakai baju lengan panjang tapi Wafiy tukar sebab baju tu panas sangat. Uncle Nasir baru sampai. Dia kata nak bawa Wafiy pergi makan roti. *eleh Wafiy tahu Uncle Nasir tipu.

dalam kereta.
Mama ni. Da lah tak nak beritahu Wafiy nak pergi mana. Lepas tu sibuk nak ambil gambar Wafiy. Wafiy tak nak tengok camera. Asyik-asyik cakap nak pergi makan roti. Boring betul Wafiy

Ibu! Mama bawa pergi BP Mall. Mesti nak main bowling sebab Uncle Nasir park kereta kat atas. Atau Mama nak bawa Wafiy kaler-kaler guna pasir warna-warni tu. Suka!

Wafiy buat muka
Mama ni. Asyik nak ambil gambar je. Wafiy boring lah.

Eh Ibu, Wafiy tak pergi bowling. Tak pergi kaler-kaler pun. Cuba Ibu teka Wafiy pergi mana. kalau Ibu nak tahu Wafiy pergi mana, cuba Ibu tengok gambar kat bawah ni.

Wafiy da tak masam muka lagi
Yelah Ibu. Wafiy pergi tengok wayang. Tapi Wafiy tak tahu cerita apa. Mama, Amie Kir dan Uncle Nasir tak nak beritahu. Geram betul Wafiy. Mungkin tengok cerita pirates tu kot. Wafiy suka cerita tu.

Ohh, wafiy da tahu. Mama bawa wafiy tengok cerita bear yang gemuk tu.

cermin mata 3D xmuat untuk Wafiy
Ok lah Ibu. Cerita tu da nak start. Nanti Wafiy cerita lagi kat Ibu. Bye Ibu. Assalamualaikum.
p/s : Ibu, Wafiy da doa supaya Ibu dapat baby perempuan.
.ohhshera.

May 26, 2011

aku jutawan - episode 1

Fuyoo. Da jadi jutawan tu. Hehe. Actually, jadi jutawan bukan lah sebab menang cabutan bertuah atau pun menang peraduan Shell tu. Apa tah lagi menang loteri. Jadi jutawan sebab
...
...
...
...
...
...
jutawan segera
 Sebab duit Ringgit Malaysia sudah ditukar kepada Rupiah.

Ingat tak entri pasal Abah bayarkan ptptn saya sebab nak pergi Jakarta? So, kali ni, saya nk cerita pasal trip ke sana bersama family.

Flight dari LCCT ke Jakarta pada 14 Mei yang lepas. Sampai di Lapangan Terbang Soekarno-Hatta, Jakarta pada pukul 2.15petang waktu Jakarta. 

On the way pergi hotel, nampak sesuatu.

sogo yaw~
Tak tahu pula kat Jakarta pun ada Sogo. Ingat kat Kuala Lumpur je ada. Kelam kabut snap picture macam orang jakun tak pernah nampak Sogo.

Ohh, jalan kat sana sangat lah packed. Traffic jam dan banyak kenderaan yang berhimpit-himpit. Rasa macam nak terlanggar pula. Tapi sangat respect dengan Indonesian drivers sebab dorang tak pentingkan diri sendiri. Ada give and take bila memandu. Tak macam Malaysian drivers. *kesal.

Akhirnya sampai lah ke hotel tempat kami menginap. Best Western Hotel. Abah book online, so dapat rate murah.

Abah dan Mak tengah tunggu turn nak check in
Bilik dia memang best dan superb. Katil dia besar dan selesa. Tidur 1 katil 2 orang pun selesa lagi. Lepas tu, boleh layan tengok TV sampai lebam sebab TV dia ada 41 channels.

bantal merah katil kiri da senget
Masuk bilik, solat dan rehat-rehat sekejap. Lepas maghrib, perut rasa lapar, jadi Abah ajak pergi ManggaDua which is sangat dekat. *jalan kaki pun boleh. Plan nak jalan kaki saja. Baru keluar dari kawasan hotel, hujan turun renyai-renyai. So, kami patah balik ke hotel dan tunggu sampai pukul 8malam sebab hotel ada sediakan shuttle van pergi ke ManggaDua. Sementara nak tunggu pukul 8malam, kami ronda-ronda facilities yang ada kat hotel.

ready to go~
Bila sampai ManggaDua, Abah yang kelaparan terus ajak pergi makan dulu. Makan di food court tapi banyak yang da nak tutup. Abah makan soto daging, Dilla makan mee soto dan saya makan soto banjar.

ni ler rupa soto banjar
After makan, terus turun bawah. Tapi banyak kedai da start tutup. *hampa. Kami hanya sempat pergi ke Raja Factory Outlet saja. Barang-barang kat situ best dan murah. Terfikir juga, original ke tidak. Jawapan pekerja di situ ialah "Ini original Indonesia,"

Pukul 10malam, van yang tadi hantar kami, ambil kami semula. Off to bed after that. Esok ada benda penting yang perlu dilakukan. Jadi, kami perlu rehat yang secukupnya.

.ohhshera.

May 25, 2011

blacklist PTPTN

Susah hati kan bila nama kena blacklist kat PTPTN. Bukan tak nak bayar tapi saya tak pernah dapat statement. Tak tahu macam mana nak bayar. Serious. Bila call PTPTN nak minta statement berapa banyak kena bayar dan macam mana nak bayar, dia kata dia akan hantar by post. Tuptup dapat surat menyatakan saya da blacklist. Habis punah harapan nak pergi UniversalStudioSingapore. T__T

Terasa PTPTN ni jadi PTPTipu lak. Orang minta statement tapi tak bagi. Then terus nak blacklist. Bila da blacklist, lagi lah rasa tak nak bayar. Sebab untuk unblacklist kan nama kena baya lumpsum. Kalau RM100 tu tak apa lah juga. Ini jumlah siap boleh beli PS3, Nintendo Wii, Camera DSLR d90, kasut Christian Louboutin dan handbag Juicy Couture.

Ohh tapi kan, hari tu abah dengan baik hatinya ingin membantu. *TerimaKasih Abah. Abah kata, biarlah dia bayarkan dahulu untuk settlekan PTPTN saya dan kakak. Nanti-nanti bayar balik kat dia. Mula-mula rasa segan nak terima pelawaan abah tu. Ye lah, sendiri punya masalah. Then nak bayar balik, abah pula tak tetap kan duedate macam bank. Malu ohh.

Tapi, disebabkan nak pergi Jakarta untuk survey barang kahwin, kuatkan hati juga pinjam duit kat abah walaupun malu dan segan. 

Hari Jumaat, 29 April 2011, saya dan kakak pergi ke HQ PTPTN di Damansara untuk settlekan semua. Pergi dengan perasaan marah dan bengang sebab kes minta statement tapi kena blacklist. Kaunter di sini rasanya tak user friendly. Nak ambil nombor giliran pun tercari-cari mesinnya. Rupa-rupanya mesin tu diletakkan di belakang bunting. *haihs.

Masa pergi pagi tu, jumpa dengan pegawai untuk bincang cara pembayaran dan tempoh untuk unblacklistkan nama dari senarai hitam imigresen. Bila da tahu amount yang perlu dibayar, petang tu datang balik untuk buat pembayaran.

 5 more to go
Tempat duduk kurang selesa dan kaunter yang tak macam kaunter. Nasib ada aircond. Kalau tak, lagi panas hati nak bayar.

siapa-siapa nak bayar balik, sila tengok bunting ni
Turn 2029 sudah sampai. *kaunter pembayaran hanya ada 1.

bye bye duit yang kacak
Berat hati nak bagi duit ni kat orang di kaunter itu. Sedih, terharu dan segan bila fikir abah bersusah payah keluarkan duit dia untuk settlekan PTPTN kami. TerimaKasih banyak-banyak abah. *sobsob.

amboi.muka suka no kira duit
After that, dapat resit yang menyatakan kami da bayar semua. In case masa kat airport sangkut, tunjuk je resit ni. Pegawai yang mula-mula kami jumpa tu kata, 1hari bekerja da boleh unblacklist nama. Maximum 3hari bekerja. Jadi, next week nya bila akak check kat website imigresen, tengok nama da tak disenaraihitam lagi. ^__^

resit nya camni
Again. Nak ucap TERIMAKASIH yang tak terhingga kat ABAH.

THANK YOU SO MUCH ABAH!

p/s : Abah, if you read my blog, thank you so so so much. will pay back ASAP.

.ohhshera.

May 24, 2011

raikan cinta naziha & akmal

Entri kali ni berkisar tentang wedding one of my bffs. Even da nak hampir sebulan, kira masih pengantin baru kan ;)

Namanya Noornaziha Binti Abdul Majid, *kami panggil Naz saja. Dan pasangannya, Mohd Akmal Bin Daud. *yang ni kami panggil Mal.

Bernikah pada 30 April 2011 *sama birthday dengan bff lagi sorang nama Arina dan majlis di rumahnya pada 1 Mei 2011.

Bila cerita bab nikah, rasa nak nangis sebab saya tiada di tempat kejadian time saksi cakap sah! Sebab apa? Sebab saya stuck dalam traffic jem sepanjang highway PLUS dari Kuala Lumpur ke Johor. Nasib ada video dan gambar dari bff yang lain. Time saya sampai tu, Naz dan Mal da selamat jadi suami isteri.

selamat diijab kabul
Da tak sempat, nak buat macam mana kan. So sorry Naz & Mal. T__T

Sementara pasangan pengantin baru sibuk mengambil gambar, kami pun sibuk posing di luar rumah.

1 selamat da. 5 to go~
 Tak lama stay kat rumah Naz, sebab mostly yang lain semua da penat. Nak kena get ready untuk esok pula. *eh bunyi macam kami lak yang nak kawin kan.

Esok nya, 1 Mei 2011, kami berkumpul di rumah Arina before pergi majlis kahwin Ermazahura. Masa pergi rumah Erma, Erma masih pakai baju nikah lagi. Kira baru jadi puan lah ni. Tak stay lama di sana. Jot down note kat guest book, jumpa Erma, jumpa family dia dan beransur pulang. 

Next, kami pergi ke rumah Naz. Orang da mula ramai kat rumah Naz. First sekali mestilah nak tengok pengantin before menjamu selera. Masuk bilik pengantin, tengok Naz da siap di make up. Tema yang digunakan ialah merah dan gold. Nice~

the 3P = pengantin + pelamin + pengapit
wedding cake + cuppies
Makanan kat rumah Naz sangat meriah. Ada kambing golek dan cendol selain makanan wajib nasi minyak dan lauk. Kambing golek dia sangat terbaik ahh. Lembut, manis dan enak! Time kawan-kawan sekolah kahwin, mestilah jumpa kawan-kawan lain yang sama sekolah yang da bertahun-tahun tak jumpa tu kan. Kira da jadi macam mini reunion pula.

tms + tigs gals
Ohh lupa pula nak cerita. Apa yang lain di majlis Naz ni ialah sesiapa yang related to Naz akan diberi tag. Selalunya kan family members je yang pakai. Ni kami yang bff dia pun dapat juga. Siap tulis 'Bride's BFF'. Kalau adik-adik Naz pakai 'Bride's Sister'. So, senang lah para tetamu nak tahu siapa tuan rumah kan.

Sign guest book dan lepak-lepak minum cendol sambil tunggu nak ambil gambar dengan pengantin.

tulisan Arina yang kacak
Sungguh excited bila kawan baik kahwin. Lagi-lagi Naz is the first one. Next in line ialah Arina. 

Buat Naziha & Akmal, 
Semoga kamu berdua berbahagia sampai ke syurga.
Ameen~
Love u lots!

kami dan pengantin

p/s : credit to Aida for the superb photos!
.ohhshera.

May 23, 2011

date dengan abah

Mahu cerita pasal Abah sempena birthday Abah Sabtu lepas.

Ekoran daripada tinggal berdua dengan Abah di rumah masa minggu exam bulan lepas, Abah ajak lah saya pergi dinner. Plan nak pergi tengok wayang tapi tak ada cerita best. Semuanya cerita hantu. Dilla pula pergi tengok wayang cerita Thor. Lagi pun esoknya saya ada paper. So, makan-makan saja lah.

tengah tunggu Abah ambik kereta
Pergi The Mines. Eh, da lama kot tak jejak kaki kat The Mines ni. Rasanya da banyak juga perubahan. Dulu tak berapa banyak kedai. But now da better. Jalan-jalan cari tempat makan best, terjumpalah satu kedai makan Iran. Kecil je tempatnya. Berdepan dengan Auntie Anne's.

macam da janji je pakai baju warna sama
 Menurut review di guest book, dish paling popular kat situ ialah Lamb Shank. Tapi time kami datang tu, Lamb Shank da habis. Ohh, kecewa. Jadi Abah order nasi dan daging. Saya pula order nasi dan ayam.

sedap
yang hijau tu air timun dan kelihatan jari Abah di situ
Nasi dia memang superb. Sedap. Air dia pulak sangat refreshing. Tapi kalau pekena Lamb Shank lagi masyuk kot. Tak apa, nanti boleh datang lagi bawa Mak pula.

Sebelum balik dan bayar bil, Abah tulis review dalam guest book kedai ni.

comel kan Abah guna pen bulu-bulu
Hehe. Abah tulis guna pen HelloKitty yang saya dapat masa beli buku AinMaisarah hari tu. Malam tu Abah yang belanja ye. TerimaKasih Abah.

.ohhshera.

May 21, 2011

selamat hari ulang tahun buat abah tersayang

Hari ini 21 Mei 2011.

Hari ini birthday my dearest Abah yang ke 58.

Kepada Abah, *kalau abah terbaca belog ini

Selamat Hari Ulang Tahun yang ke 58.

Semoga Abah panjang umur.

Semoga rezeki Abah bertambah.

Semoga hidup Abah diredhaiNya.

Semoga Abah dikurniakan kesihatan yang baik.

Semoga bertambah amal dan ibadah buat bekalan di sana.

Semoga dipermudahkan urusan Abah di dunia dan di akhirat.

AMEEN~

Kepada Abah tersayang, 

Terima Kasih kerana membesarkan kami adik beradik dengan penuh kasih sayang dan didikan agama.

Terima Kasih kerana mengajar kami adik beradik erti kehidupan. Tak semua yang kami hendak, kami akan dapat.

Terima Kasih kerana Abah telah menunaikan tanggungjawab Abah sebagai seorang Abah yang melindung dan menjaga kami sekeluarga

Terima Kasih atas segala-galanya. Kami tak akan dapat membalas segala apa yang telah diberi kepada kami. Semoga ALLAH membalas dengan setimpalnya.

AMEEN~

.ohhshera.

May 20, 2011

entri khas sempena 6tahun belog cuzzy

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Ini adalah entri yang dibuat khas untuk sepupu saya sempana ulang tahun ke-6 belog beliau. 

Korang suka tak kalau masuk contest tak payah susah-susah fikir slogan apa paling kreatif nak kena reka?

Korang suka tak kalau join contest tapi tak payah nak beli barang dari kedai orang yang buat contest tersebut?

Korang suka tak kalau dapat hadiah FREE?
Kalau suka, apa kata jom join giveaway contest yang dibuat oleh sepupu saya ini.
Simple gila caranya.
i) Jadi follower di blog beliau.
ii) Tinggalkan comment di entri giveaway beliau.
iii) Kalau ada cadangan untuk improvekan blog beliau, pun boleh ditype di ruang comment.

Senang je kan? So, apa tunggu lagi. Jom lah join.

Ohh, contest dari hari ini sampai 3rd June 2011. *means ada lagi 14hari. Pemenang akan dipilih berdasarkan lucky draw. Siapa bertuah dia dapat.

ALL THE BEST!

.ohhshera.

kuala lumpur international book fair 2011

Kuala Lumpur International Book Fair (KLIBF)
Venue : Putra World Trade Centre (PWTC)
Date : 22nd April 2011 - 1st May 2011

Ini ialah kali pertama saya pergi book fair seumur hidup saya. Itu pun sebab tengah cuti dan kebetulan ada di Kuala Lumpur sempena minggu exam. 

Pagi tu bangun lambat sebab syiok sangat tidur, sampai hujan pun tak perasaan. Bangun dan kemas-kemas rumah sikit. Tengok tv then mandi sebab da janji dengan Dilla nak pergi lunch sama.

Sampai kat parking Station Putra dekat pukul 1.00 pm. Lunch di The Mall bersama Dilla, Kak Nana dan Fifi. After da isi perut, bermulalah ekspedisi meredah ribuan buku. 

Tapi sebenarnaya saya nak pergi book fair ni ada 1 sebab je. Bukan lah sebab saya ni kaki baca buku. The day before Dilla ada cerita pasal KEDAI PINK AIN MAISARAH. So, nak jenguk lah kedai pink yang dikatakan menarik dan hot ni.

dari jauh da boleh nampak kedai blink-blink ni.
Stylo ohh KedaiPinkAinMaisarah ni. Deco dia comel. Pastu, orang yang jual kena pakai apron pink. *even yang jual ialah lelaki. Sweeeeeetttttt kan. Macam candy bar je.

tengok tu jejaka ber-apron pink dan goodies kalau beli buku AinMaisarah
Buku-buku AinMaisarah sangat comel. Cover buku cute dengan warna-warna yang menarik hati. Tajuk buku dia pun best. Sebagai contoh, Aku Mahu Saiz S, Projek Fesyen Ain Maisarah, Cinderellah vs Rapunzellah, Aku Mahu Superbibik dan macam-macam lagi.

antara novel-novel AinMaisarah
Saya beli 5buah buku. Lepas tu beratur pula sebab nk minta autograf AinMaisarah ni. Sementara tengah tunggu turn, snap picture ini.

inilah AinMaisarah
Time tengah syok-syok berbual dengan kak AinMaisarah dan kak Izanor, lupa pula nak snap gambar. So, masa orang lain yang tengah minta aotugraf, saya snap picture ini.

kak AinMaisarah pakai tudung kelabu dan kak Izanor pakai tudung hijau

Berkobar-kobar mahu baca novel-novel kak AinMaisarah. Saya mula dengan buku ni. Nanti sambung lagi. Tata~


Ohh, by the way, boleh lah terjah facebook kak AinMaisarah dan belog dia.

p/s : saya dapat pen HelloKitty yang ada lampu kelip-kelip bila tulis dan postcard AinMaisarah.
p/s/s : last week da post entri ni, tapi tuptup ilang da.so now saya repost balik ;)

.ohhbelog.

May 11, 2011

ini ialah entri sedih

*warning : may contain gruesome photos

Isnin, 9 Mei 2011. 
7.00 pm : Mak call, suruh balik cepat. Bila ditanya kenapa, mak jawab, 
"Mak terlanggar kucing awak".
7.55 pm : Sampai rumah, park kereta dan terus ke garage belakang rumah. Nampak anak kucing terbaring. Ohh poor Tazz.
8.00 pm : Call Dr.Mohan dan beritahu ada urgent case. *credit to abang sebab bagi phone number dr.mohan. Call Nasir minta dia teman bawak pergi jumpa vet.
8.25 pm : Sampai di Hari Pet Clinic & Surgery. 2minutes tunggu Dr.Mohan prepare, then masuk dalam bilik treatment.

Dr.Mohan cakap Tazz in really bad condition. Dr.Mohan tak boleh buat apa-apa sebab takut fracture di area cervical spine and blood clots dalam brain Tazz. So, Dr.Mohan bagi injection; 1 untuk reduce pain dan lagi 1 untuk reduce bengkak. Esok kena datang untuk buat x-ray, nak tengok ada patah kat area neck dan skull Tazz ke tidak. Then baru Dr.Mohan boleh bagi further treatment. Malam ni, just bagi Tazz minum glucose pakai syringe untuk bagi dia tenaga.

8.40 pm : Keluar dari  treatment room dan tunggu Dr.Mohan prepare ubat spray dan glucose. 

3minutes kemudian, Dr.Mohan suruh saya masuk. Dr.Mohan terangkan keadaan Tazz yang sebenar. Dia suruh saya tunggu sampai esok pagi. Tengok weather Tazz can make it or not. *sedih bila dia cakap macam tu. If Tazz getting better, then baru buat x-ray. After bayar bil, balik rumah dalam keadaan sedih.

9.00 pm : Sampai rumah. Sediakan tempat tidur untuk Tazz. Semetara itu, just letak Tazz dalam kotak. Tapi Tazz tak nak baring. Maybe sebab dia sakit.

masih nak bangun ye
9.30 pm : Bagi Tazz minum glucose dan sediakan tempat tidur Tazz dalam storage box. Tapi Tazz still tak nak baring. Dia lebih selesa rehat style dia sendiri. Macam dalam gambar di bawah ni.

takut dia lemas je
Selasa, 10 Mei 2011
6.30 am : Tak sampai hati nak kejutkan Tazz untuk minum glucose sebab dia tidur dan tak meragam macam malam tadi. Tapi gagahkan juga hati untuk bagi Tazz glucose. Tazz kena kuat dan ada tenaga, baru boleh cepat baik. 

10.30 am : Mak dan Akir bawa Tazz pergi jumpa Dr.Mohan untuk buat x-ray. Tapi saya cakap kat mak, bawa Tazz pergi Klinik Haiwan Kerajaan je.

10.45 am : Call Nasir minta dia teman Mak dan Akir pergi Klinik Haiwan Kerajaan.

11.30 pm : Mak, Akir dan Nasir sampai ke Klinik Haiwan Kerajaan.Dapat ubat tahan sakit dan antibiotik.

12.00 pm : Mak call tanya pasal hotpack sebab Gov.Vet minta letak hotpack di kepala Tazz untuk cepat kurangkan bengkak. Hotpack tak ada, jadi guna hot pillow je. Then, Nasir cakap, Gov.Vet bagi Tazz 2jam je untuk hidup sebab keadaan dia sangat kritikal. Tazz nazak. *sedih sangat sampai minta Nasir bawa Tazz ke tempat kerja saya.

12.20 pm : Mak, Akir dan Nasir sampai rumah. Bagi Tazz makan ubat dan letak kan Tazz di atas hot pillow. Berdoa agar Tazz akan cepat sembuh.

5.50 pm : Sampai rumah dan terus tengok Tazz. Dia tengah tidur dan nafas dia tak lah selemah pagi tadi. *alhamdulillah.

6.10 pm : Siapkan glucose untuk Tazz. Tercari-cari mana ubat Tazz. Rupa-rupanya kat meja di ruang tamu rumah.

6.30 pm : Panaskan hot pillow dan bagi Tazz minum glucose. Sikit-sikit bagi Tazz minum dan Tazz minum 2ml je. Tu pun da nampak Tazz susah nak telan.

6.40 pm : Berhenti sekejap dan baringkan Tazz. Bersihkan badan Tazz dengan baby wipes. Bila lap kaki kiri Tazz yang belah depan, Tazz cepat-cepat tarik kaki dia. Maknanya sakit lah tu.

ubat Tazz - tahan sakit, antibiotik dan spray untuk elak infection kat luka Tazz
6.50 pm : Bagi 1ml antibiotik untuk Tazz. Tazz telan sikit-sikit. Semoga Tazz cepat sembuh.

6.55 pm : Bagi 0.5ml ubat tahan sakit untuk Tazz. Baru minum 0.2ml, Tazz da nampak lain macam. Baringkan Tazz. Tazz mengeliat sekali, then senyap. Bila panggil Tazz, dia mengeliat lagi sekali. lepas tu, terus diam tak gerak-gerak. 

7.00 pm : Mak, Akir dan Wafiy baru balik rumah. Tazz da tak ada
T________________________________T

Tazz in memory
7.05 pm : Nasir call. Beritahu dia Tazz da tak ada. Minta Akir tolong galikan lubang untuk Tazz. Masih dalam keadaan tak percaya yang saya da kehilangan Tazz.

7.35 pm : Upacara menanam Tazz dilakukan. Itu pun setelah 2 tempat yang digali dirasakan tidak bersesuaian kerana ada paip di bawah nya. Tempat yang ketiga baru lah ok. Tapi tanahnya sangat keras dan banyak batu. Tazz da kejung dan keras. *sedih lagi.

r.i.p dear Tazz
7.40 pm : Tazz selamat ditanam. Masuk dalam rumah dan kemas tempat Tazz. Makin sedih sebab hot pillow untuk Tazz masih panas. Ubat tahan sakit masih ada 0.3ml dalam syringe. Spray untuk luka Tazz pun baru guna 2 kali.

mission fail
Mood dari malam tadi hingga ke saat ini ialah, extremely sad. Rasa belum puas jaga Tazz. Tapi Tazz da pergi. 

Mak cakap, "Tadi, doctor jangka dia hidup 2jam je. Maybe dia nak tunggu Shahirah balik baru dia mati".

Dilla text, "Jangan lah sedih-sedih. Cat has 9 lifes".

Nasir kata, "Lebih baik dia pergi. Kita tak tahu dia sakit macam mana. Kalau dia hidup tapi makin terseksa kan kesian. Doa supaya nanti jumpa dia lagi di akhirat".

en.AnuarMenhat nasihat, "Mungkin dia akan jadi pembela saya di akhirat kelak".

.BERKABUNG.
p/s : nama Tazz diberi oleh Wafiy.

.ohhshera.