May 20, 2011

kuala lumpur international book fair 2011

Kuala Lumpur International Book Fair (KLIBF)
Venue : Putra World Trade Centre (PWTC)
Date : 22nd April 2011 - 1st May 2011

Ini ialah kali pertama saya pergi book fair seumur hidup saya. Itu pun sebab tengah cuti dan kebetulan ada di Kuala Lumpur sempena minggu exam. 

Pagi tu bangun lambat sebab syiok sangat tidur, sampai hujan pun tak perasaan. Bangun dan kemas-kemas rumah sikit. Tengok tv then mandi sebab da janji dengan Dilla nak pergi lunch sama.

Sampai kat parking Station Putra dekat pukul 1.00 pm. Lunch di The Mall bersama Dilla, Kak Nana dan Fifi. After da isi perut, bermulalah ekspedisi meredah ribuan buku. 

Tapi sebenarnaya saya nak pergi book fair ni ada 1 sebab je. Bukan lah sebab saya ni kaki baca buku. The day before Dilla ada cerita pasal KEDAI PINK AIN MAISARAH. So, nak jenguk lah kedai pink yang dikatakan menarik dan hot ni.

dari jauh da boleh nampak kedai blink-blink ni.
Stylo ohh KedaiPinkAinMaisarah ni. Deco dia comel. Pastu, orang yang jual kena pakai apron pink. *even yang jual ialah lelaki. Sweeeeeetttttt kan. Macam candy bar je.

tengok tu jejaka ber-apron pink dan goodies kalau beli buku AinMaisarah
Buku-buku AinMaisarah sangat comel. Cover buku cute dengan warna-warna yang menarik hati. Tajuk buku dia pun best. Sebagai contoh, Aku Mahu Saiz S, Projek Fesyen Ain Maisarah, Cinderellah vs Rapunzellah, Aku Mahu Superbibik dan macam-macam lagi.

antara novel-novel AinMaisarah
Saya beli 5buah buku. Lepas tu beratur pula sebab nk minta autograf AinMaisarah ni. Sementara tengah tunggu turn, snap picture ini.

inilah AinMaisarah
Time tengah syok-syok berbual dengan kak AinMaisarah dan kak Izanor, lupa pula nak snap gambar. So, masa orang lain yang tengah minta aotugraf, saya snap picture ini.

kak AinMaisarah pakai tudung kelabu dan kak Izanor pakai tudung hijau

Berkobar-kobar mahu baca novel-novel kak AinMaisarah. Saya mula dengan buku ni. Nanti sambung lagi. Tata~


Ohh, by the way, boleh lah terjah facebook kak AinMaisarah dan belog dia.

p/s : saya dapat pen HelloKitty yang ada lampu kelip-kelip bila tulis dan postcard AinMaisarah.
p/s/s : last week da post entri ni, tapi tuptup ilang da.so now saya repost balik ;)

.ohhbelog.

2 comments:

CikanoT said...

gambo pen hello kitty takde ke

miss shera said...

ada.tunggu entri nya nnt