Jun 19, 2011

ada apa dengan polkadot?

Polkadot. Da macam zaman retro kan.

Entri kali ini nak cerita pasal Polkadot. Eh, eh bukan cerita pasal apam polkadot cikCika. Bukan juga cerita pasal kucing nama Polkadot cikCika. Tapi kedai nama Polkadot.

ini kedainya
simple je kedainya
Kedai ini berada Square One, Batu Pahat. Bersebelahan dengan Foot Spa, DOK yang saya pernah pergi dulu.

Apa yang special dengan kedai ini?
klik untuk tumbesaran gambar
Menu special ialah burger bermacam-macam daging. Selain daging ayam dan lembu, ada daging kambing, burung unta, rusa, arnab, ikan dan udang. Nak daging burger ni letak kat roti john pun boleh. Ada juga steamboat, western dan tomyam. Kalau nak try grill or rebus sendiri steamboat pun boleh. Tapi minimun order RM20.00 untuk tuan kedai sediakan personal grill.

Ini merupakan kali kedua saya dan en.Nasir makan di sini. First time pergi, saya order Burger Daging Burung Unta dan en.Nasir order Burger Daging Arnab. Lepas makan burger ostrich ni, badan rasa panas dalam. Bila nak tidur rasa tak selesa pula.

Malam tu, saya order Burger Daging Arnab Cheese Regular dan en.Nasir order Burger Daging Rusa Cheese Regular. Minuman kat sini pun ada yang special. Saya ingat 3 layer tea tu paling latest di pasaran. Rupanya da ada orang buat 3 layer nes.

burger daging rusa cheese special
burger daging arnab cheese special
kanan - 3 layer tea. kiri - 3 layer nes
Sedap! Kalau tak percaya, kena try sendiri.

Selamat mencuba dan menjamu selera.

.ohhshera.

10 comments:

missbby said...

tak penah cuba lagi..macam menarik je rasanya..kena cuba ni..hehe

miss shera said...

sedap kak..mesti cuba nanti yee

Fello de Caminero said...

yee betol. Kedai nie terbaek. Abg selalu lepak sini sambil tunggu org abis di dok spa..

miss shera said...

sedap kan burger kat sini

wahida said...

3-layer tea dia jek agak mendukacitakan. burger best. harga berpatutan

miss shera said...

bege dia mmg best.3layer tea.boleh lah.kat kuching lagi best dan lagi manis

red_torres said...

comotnye baju patik...

miss shera said...

comot tang mana?

CikanoT said...

apsal termiss entry yg ini...hohoohoh mesti tgh bz bekerja time ni...pergh faymes my kitty polkadot

miss shera said...

bz g padang hari tu kott