Jul 9, 2011

cerita di tengah hari

Pada suatu tengah hari, 3 orang kawan baik berjalan-jalan di Batu Pahat Mall bagi menghabiskan waktu lunch di hari Jumaat. Selepas mereka makan yong tau foo di food court, mereka berjalan-jalan di Batu Pahat Mall sebelum pulang ke tempat kerja.

Tiba-tiba perut salah seorang daripada mereka merasa lapar dan ingin makan sesuatu yang tidak terlalu berat. 2 orang rakannya dengan berat hati menemaninya pergi membeli sesuatu untuk dimakan. Tetapi, perjalanan yang dekat dirasakan begitu jauh kerana melayan nafsu untuk melihat-lihat shawl. Niat yang konon-kononnya mahu melihat-lihat saja sudah bertukar menjadi mahu membelinya. *bertambah lah lambat.perut da bunyi-bunyi ni.

Akhirnya, sampai lah ke tempat yang diidamkan.


Mereka order makanan yang agak-agak menggoda nafsu dengan nama dan gambar yang dipaparkan. Mereka tunggu dengan sabar sambil bergelak-gelak ketawa.



Akhirnya, makanan yang diidam sudah siap dan sedia untuk dimakan. Yippy yay.


Mereka bergerak pulang ke tempat kerja kerana jam sudah menunjukkn jam 2.30petang. Makan panas-panas di dalam kereta. 

Tapi salah seorang dari mereka 'memang ikut suka hati dia je'. Orang kata, kenyang perut senang hati. Tapi si dia ni, da melampau.


Kenyang perut, buang sesuka hati. Eeeepp! 

p/s : perhatian kepada Shahnaz, sila buang sampah di tong sampah ye.

.ohhshera.

No comments: